Salam sejahtera. Lama rasanya saya tidak menulis dalam blog ini. Untuk artikel kali ini, saya ingin berkongsikan tentang majalah elektronik (e-magazine) bernama Bicycle Traveler yang kini telah pun masuk edisi yang ke sebelas.
Anda boleh memuat turunnya secara percuma di sini. Bagi mendapatkan majalah ini untuk edisi lalu iaitu edisi pertama hingga sepuluh, dapatkannya di sini. [Kemaskini pada 24/10/2016. Harap maaf, kena Subscribe dulu baru boleh dapatkan edisi lalu]
Secara amnya, untuk edisi kesebelas ini ianya menampilkan:
(A) Articles - sebelas artikel dari pelbagai individu kembara berbasikal
(B) Ready to Roll - dua segmen yang menampilkan dua individu, gambar mereka, perkongsian tentang maklumat seperti nama, sejarah kembara berbasikal yang lalu, cara berkembara, jenama / jenis basikal yang dimiliki, beg yang digunakan, gadget elektronik yang dibawa, peralatan yang disukai, laman web dan pelbagai lagi.
(C) Interview - sessi temubual bersama Alee Denham.
(D) Equipment - dua segmen reviu peralatan.
(E) Unclipped Adventures - satu segmen ilustrasi bergambar
(F) Photo Stories - dua artikel cerita bergambar
(G) Images From The Road - tujuh belas foto, perkongsian dari pelbagai negara yang dilalui.
(H) Parting Shot - satu foto perkongsian yang kelakar.
OK, malas nak cerita lagi selanjutnya. Kalian bacalah sendiri ya ! Kbaiii ...
Gambar di atas diambil dari laman web http://www.bicycletraveler.bicyclingaroundtheworld.nl/ |