ADS

16 November 2011

26 fakta tentang seorang basikalis 'touring' bernama Azizan Zolkipli ...

Salam sejahtera pembaca-pembaca yang dihormati sekalian. Ooppss, sila jangan ubah saluran anda kerana entry kali ini lain macam sikit. Tapi apa-apa hal pun, tetap tidak lari dari skop berbasikal touring. Moga kalian sudi membacanya hingga ke klik tetikus [terjemahan: mouse] yang terakhir ( :

Sebenarnya, aku rajin jengah blog Gadis Bunga, lebih-lebih lagi selepas dia add sebagai friend dalam Facebooknya, tanpa aku sedari. Ohh, so sweet ... Ehhh, tak, tak. Itu bukannya sebab utama ! Selain dari dia rajin mengemaskinikan blognya (bukan macam aku yang malas ni),  ia turut disertai gambar-gambar yang dimana aku ni memang juga seorang peminat fotografi. Dalam blog beliau, terdapat ruangan Best Travelling Blog yang menempatkan pautan ke blog Basikal Touring aku ni disamping blog Udey Ismail dan Backpacker Busuk.

Nak dijadikan cerita, aku komen dalam satu entry cik Fatt, selaku empunya blog Backpacker Busuk tu. Entry nya berjudul 26 fakta tentang seorang kaki jalan. Beliau mempelawa untuk aku turut serta menjawab soalan ala assignment tu. Rasa macam berminat juga untuk menyertai, lebih-lebih lagi setelah membaca beberapa entry dari rakan-rakannya dalam pelbagai jawapan yang tulus, kreatif dan bersahaja dengan disertai gambar-gambar posing ala diva ...

Oleh kerana terlibat dalam menguruskan program 'OGKL Family Day 2011' di Janda Baik, aku tidak yakin dapat cukup masa untuk menyiapkan entry tersebut sebelum tarikh 13.11.2011, jam 0800 pagi. Setelah berkomunikasi melalui Twitter, cik Fatt masih mahukan aku turut serta dan memberikan kelainan iaitu menjawab 26 persoalan tersebut dalam skop berbasikal touring. Dengan due date yang dipinda, aku menyahut seruan beliau untuk turut serta dalam menjawab set persoalan itu. 

OK, tanpa mahu membuang masa, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, aku merasmikan jawapan kepada persoalan tersebut. [clap, clap, clap ...konon-konon diiringi sound effect orang tepuk tangan ramai-ramai masa aku potong riben]

Nota:
Segala tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Pembesaran imej boleh dilakukan dengan cara klik pada setiap gambar. Terima kasih. 

(1) Perkenalkan diri anda secara ringkas 

Nama dalam surat beranak dan Mykad, Azizan Bin Zolkipli. Berzodiakkan Aquarius kalendar omputih dan kuda kalendar Cina. Lahir di Kuale Kangsor, Perak. Dibesarkan di Perak dan Pahang, melanjutkan pelajaran di Pulau Pinang dan Selangor, tempat mencari rezeki dan berteduh dari hujan panas sejak habis belajar sampailah sekarang di Selangor. Kesan dari menetap di pelbagai negeri ni membuatkan aku hilang sifat kenegerian walaupun dilahirkan di Perak.

Dipanggil 'Izan / Ijan' dikalangan ahli keluarga,  'Pakcikayo' oleh teman-teman pengajian di SMV Pulau Pinang dan MFI serta 'abang Ijan' oleh anak-anak gadis tempatan (Awww...) Satu lagi panggilan dan mungkin sampai bila-bila, gelaran 'Wakjan' oleh rakan-rakan penggiat aktiviti pendakian gunung, rakan backpacker mahupun rakan berbasikal. Nak berkenalan lebih lanjut, korang tengoklah sendiri album-album di sini. Nanti kalau terlebih, jadi tak ringkas pulak kan. Jangan marah haaa ... 

(2) Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel berbasikal touring ? 

Hmmm, sejak bila ekk ? Sekejap, kena ingat balik dan buka diari lalu. Tinggg, 'mentol minda' menyala ... Orait, secara rasminya selepas berjaya mengadakan kayuhan solo Sabak Bernam - Pulau Pangkor - Sabak Bernam pada Nov. 2008 lalu. Masa tu menggunakan basikal jenama Proton model T-Blaze yang dipinjam, dengan saiz rangka (frame) basikal yang kecil dan ilmu membaiki kerosakan basikal yang masih cetek. Aku gagahi juga dengan azam dan semangat yang membara, chewaaahhh ... Syukur pada Tuhan, aku berjaya menamatkan perjalanan dua hari tersebut ditemani adik bongsu yang bermotorsikal dengan jumlah jarak hampir 210 kilometer selama 10.5 jam kayuhan. Kronologi kayuhan dan gambar-gambar di sini. 

(3) Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist ? 

Aduhaiii, ada beza ke maksud kedua-dua perkataan ni. Maaflah, sebelum ni aku main belasah aje tak peduli apa pun. Choppp, mahu periksa dulu apa makna  keduanya.

*Traveller = one who travels or has traveled, as to distant places / to go from one place to another, as on a trip; journey / one that goes on a trip or journey. 

*Tourist = a person who travels for pleasure, usually sightseeing and staying in hotels / a person on an excursion or sightseeing tour.

Dari hasil selidik mengikut kefahaman sendiri dari pengertian kedua perkataan di atas, ternyatalah aku lebih kepada seorang traveller. Tidak syak lagi ... Hanya jika aku ditaja, barulah nak bertukar menjadi tourist kot ... Jom, jom, sapa sudi nak menaja aku ... 

(4) Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? i.e., memandai sendiri, touring agency 

Sudah pastilah mengamalkan konsep 'memandai sendiri', sebab rasanya belum pernah jumpa agensi yang menguruskan perjalanan berbasikal touring di Malaysia berbanding beberapa negara Indo - China (Vietnam / Thailand / Cambodia / Laos), USA mahupun negara-negara Eropah lain yang mempunyai tour agency khusus untuk kembara berbasikal.

Dengan 'memandai sendiri', kita dapat merancang laluan, singgahan dan juga hentian mengikut masa dan situasi yang difikirkan sesuai. Off topic sekejap, kalaupun ada nanti syarikat seumpamanya di Malaysia, belum tentu aku akan mengambil khidmat mereka kerana aku lebih suka menggunakan konsep 'R & R' (Redah & Redha) hehehe ...

(5) Siapakah travel touring partner anda ? 

Aku suka 'bertukar-tukar pasangan, tak kira lelaki atau perempuan'. Haippp, jangan nak 'otak kuning' dengan penyataan ini ekk ! Maksudnya beginiaku mempunyai hak mutlak untuk menentukan individu mana yang akan menjadi touring partner. Tidak kira jantina, bangsa, umur mahupun latar belakang. Siapa pun boleh asalkan sanggup berkayuh dalam jarak dan masa yang kadang-kadang luar dari kebiasaan, sudi mengorbankan keselesaan, boleh bekerjasama dan bertoleransi dengan aku mahupun rakan touring lain, tidak mementingkan diri sendiri dan bersedia dengan sebarang tindakan luar jangka.

Kebiasaannya, aku mengutamakan rakan-rakan dari grup Pedal Krem Riders (selepas ini akan disebut sebagai PK Riders) iaitu komuniti kecil berbasikal yang aku sertai. Ini adalah kerana mereka terdiri dari rakan-rakan pendakian gunung yang aku telah kenal lama dan paling sesuai dari segi fizikal mahupun mental untuk menyertai kayuhan touring. Mengikut rekod, rakan PK Riders, yang paling banyak menyertai aku bertouring ialah Muzammil diikuti Ah Chong dan Hairul Anwar.

Pada individu yang pernah bertouring dengan aku, diucapkan terima kasih atas kesudian meluang dan berkongsi masa, tenaga, kos, hujan-panas-angin serta susah-senang bersama. Jangan berkecil hati jika tidak lagi diajak bersama, mungkin kalian kurang sesuai bersama aku atau dengan gandingan rakan touring yang lain. Aku terpaksa memilih kombinasi terbaik yang difikirkan sesuai, maafkan aku ... InsyaAllah pada kombinasi yang sesuai nanti, korang akan digandingkan semula ... 

Part II: 

(6) Bilakah kali pertama anda bercuti bertouring di luar negara ? 

Pertama kali berbasikal di luar negara, secara ultralight touring aje pun iaitu pada Mei 2007, di Vientiane, Laos. Basikal disewa dari hotel tempat kami menginap pada kadar harga tidak sampai RM 10 (lupa harga sewaan sebenar) untuk sewaan selama 24 jam. Seronok juga mutar-mutar di bandar Vientiane dengan basikal ni, walaupun pada mulanya agak kekok kerana jalan di sana adalah secara 'left hand drive'. Album gambar di sini. 

(7) Senaraikan nama tempat / bandar / negara yang telah dilawati dengan berbasikal setakat ini. 

Dalam negara, 2008: 

- Sabak Bernam ~ Pulau Pangkor - Sabak Bernam (SB-PP-SB): Nov 2008
- Kuala Lumpur - Port Dickson - Kuala Lumpur (KL-PD-KL): Feb 2009

Dalam negara, 2009:

- Sungai Way ~ Putrajaya ~ Melaka (SW-P-M): Mei 2009
- Pulau Pangkor (PP): Jul 2009
- Sabak Bernam ~ Pangkor ~ Teluk Intan ~ Sabak Bernam (SB-PP-TI-SB): Ogos 2009
- Sunway Kayangan ~ Kuala Selangor ~ Sunway Kayangan (SK-KS-SK): Dis 2009
- Simpang Renggam ~ Tanjung Piai ~ Simpang Renggam (SR-TP-SR): Dis 2009 

Dalam negara, 2010:

 - Cherating ~ Kuala Terengganu ~ Cherating (C-KT-C): Feb 2010
- Kuala Kubu Bharu ~ Bukit Fraser ~ Kuala Kubu Bharu (KKB-BF-KKB): Mac 2010
- Puchong ~ Tanjung Bidara ~ Puchong (P-TB-P): Apr 2010

- Sabak Bernam ~ Taiping ~ Kuala Kangsar ~ Sabak Bernam (LTd Perak): Jun 2010
- Puncak Perdana ~ Kuala Selangor ~ Puncak Perdana (PP-KS-PP): Okt 2010
- Pulau Pinang ~ Perak ~ Selangor ~ Kuala Lumpur (Slowly2 Go Down): Nov 2010 

Dalam negara, 2011: 

- Kuala Lumpur ~ Bukit Fraser ~ Kuala Lumpur (KL-BF-KL): Jan 2011
- Temerloh ~ Tasik Bera ~ Tasik Chini ~ Temerloh (T-B-TB-TC-T): Feb 2011
- Shah Alam ~ Sabak Bernam ~ Shah Alam (SA-SB-SA): Mac 2011

- Kuala Lumpur ~ Melaka ~ Port Dickson ~ Kuala Lumpur (KL-M-PD-KL): Apr 2011
- Shah Alam ~ Port Dickson ~ Shah Alam (SA-PD-SA): Sep 2011
- Telok Kemang - Morib - Shah Alam: Sep 2011

Luar negara:

- Vientiane, Laos: Mei 2007. Album gambar pada pautan di soalan no. (6)
- Phnom Penh, Cambodia:  Feb 2010 

(8) Pernahkah anda melawat berbasikal touring di sesebuah tempat / negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut. 

(a) Pulau Pangkor, Perak: 3 kali
(b) Port Dickson, Negeri Sembilan: 6 kali
(c) Bukit Fraser, Pahang: 2 kali
(d) Pengkalan Balak, Melaka: 2 kali
(e) Taiping, Perak: 2 kali
(f) Kuala Kangsar, Perak: 2 kali 

(9) Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa.


En route Cherating - Kuala Terengganu - Cherating

Gambar-gambar di atas adalah kompilasi perjalanan Kayuhan Cherating - Kuala Terengganu - Cherating yang telah dilakukan pada Feb 2010 lalu. Aku ingin mengulangi destinasi tersebut, kerana sebab-sebab di bawah:

(a) Jarak Cherating ke Kuala Terengganu ialah 175 kilometer sehala dan kami lakukan kayuhan dalam jangkamasa cuma sehari. Mula berkayuh jam 0830 pagi dan sampai di Kuala Terengganu tepat jam 0000 tengah malam (15.5 jam !). Adalah rugi untuk bertouring dalam waktu malam kerana tidak nampak keadaan dan pemandangan sekeliling ) :
Bak kata John Ruskin, "Walk Ride while ye have the light, less darkness come upon you"

(b) Mahu membahagikan jarak perjalanan sehala kepada 3 hari, jika tidak pun dapat 2 hari sudah memadai.

(c) Terlalu suka akan pemandangan dan keadaan di Pantai Kemasik, ingin berada lebih lama atau jika boleh hendak bermalam di situ.

(c) Mahu singgah di semua pantai yang ada di sepanjang perjalanan. 

(d) Tidak sempat untuk berkunjung ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin, Rantau Abang.

(e) Mahu singgah di mana-mana pusat pembuatan kraftangan dan melihat sendiri bagaimana ianya dihasilkan.

(f) Tidak puas makan keropok lekor dan satar yang sedap.

(g) Kebanyakkan laluan mempunyai bahu jalan yang lebar, adakalanya sampai muat untuk 3 buah basikal bersaing di sisi sekaligus. Boleh berkayuh sambil berbual dengan kawan di sebelah.

(h) Hendak bertemu kenalan Fesbuk di Terengganu yang meminati sukan berbasikal. 

(10) Nyatakan 3 tempat / bandar / negara yang ingin anda kunjungi dengan berbasikal di masa hadapan. 

(a) Pulau Borneo, merangkumi negeri Sabah dan Sarawak serta negara Brunei Darussalam.

(b) Laluan Sutera (Silk Route) 

(c) Ostolia (Australia)

(11) Ceritakan pengalaman kelakar / manis yang pernah dialami semasa bercuti berbasikal touring. 

(a) Melakukan sambutan harijadi dengan cara berbasikal touring secara hatrik, iaitu tiga tahun berturut-turut dimulai pada tahun 2009 (Kuala Lumpur - Port Dickson - Kuala Lumpur), tahun 2010 (Cherating - Kuala Terengganu - Cherating) dan terbaru pada tahun 2011 (Temerloh - Tasik Bera - Tasik Chini - Temerloh). Moga diberikan lagi kesempatan untuk melakukan yang sama pada tahun 2012 pula, insyaAllah mudah-mudahan ...

(b) Seringkali disapa dengan ucapan Hello / Good morning / Good afternoon / Welcome oleh warga tempatan yang aku / kami temui semasa berkayuh kerana menyangkakan aku / kami pengembara dari negara luar. Aduhhh, muka aku yang jelas nampak kacukan Melayu - Jawa ni pun diaorg nampak macam warga asing. Atau diaorang nampak aku ni macam kacukan Pan - Afrikan ? Mentang-mentanglah kulit aku gelap dan tona warna terkeluar dari skala Garnier huhuhu ...

(c) Buat julung kalinya dapat menghadiri dan memeriahkan majlis perkahwinan kenalan dengan berbasikal semasa melakukan Kayuhan Z (Zaza) pada Apr ~ Mei 2011 lalu.

(d) Berjaya memujuk pengusaha chalet di Teluk Nipah untuk memberikan harga spesel kepada kami berdua [merujuk pada perkara (d) soalan no. 12 di bawah] . Chalet yang pada hari biasa (weekday) RM80, bertukar menjadi RM120 pada cuti hujung minggu. Berkat kesabaran dan 'manis mulut' memujuk penjaga chalet itu, kami diberikan sebuah dorm besar berkatil dua tingkat dan berkipas siling yang boleh memuatkan 18 orang pada harga RM20/pax. Apalagi, siap golek-golek aaa kat banyak katil dalam tu, basikal pun dibawa masuk dalam bilik hahaha ... Terima kasih abang penjaga chalet ( :

(e) Dapat merasa pelbagai minuman air tebu, nira nipah, cendol dan ABC yang dijual di tepi jalan. Minuman ni semua manis-manis belaka, kata nak pengalaman manis bukan ? Hahaha ... 

(f) Apabila terjumpa sesuatu yang di luar jangkaan, kelakar dan jarang dijumpai. Contoh, sila lihat gambar lampiran di bawah

Bekas air di Stesyen Minyak Petronas, Kuala Selangor
Jalan Jepun, Tanjung Karang, Selangor
Vandalisma papantanda @ Simpang Lima, Selangor


(12) Ceritakan juga pengalaman memalukan / buruk kurang baik yang pernah dialami semasa bercuti berbasikal touring. 

(a) Adat bagi kenderaan yang beroda; mestilah pancit, kurang angin atau bocor. Ooppsss, ini terkecuali buat keretapi dan jentera penggelek jalan, ataupun dipanggil sebagai stemroll hahaha ... Walaupun ia cumalah perkara yang kecil, tetapi ia tetap akan menjadi satu pengalaman pahit lebih-lebih lagi di kawasan yang terbuka dan panas dengan tiada satu teduhan pun di kiri kanan jalan, ketika dalam keadaan hujan lebat, semasa perjalanan mendaki bukit, mahupun ketika baru sahaja beberapa minit mula berkayuh. Proses menggantikan tiub gantian sedikit sebanyak mengganggu waktu dan momentum kayuhan.

(b) Crank bearing basikal dua orang rakan pecah ketika kami dalam perjalanan ke Behrang Ulu semasa Kayuhan Slowly2 Go Down Nov. 2010 lalu. Di hari terakhir kayuhan, kami terpaksa membuang masa mencari kedai basikal di sekitar kawasan Tanjung Malim dan mujurlah terdapat satu kedai di pinggir pekan yang boleh memperbaiki kerosakan tersebut.

(c) Dua batang jejari tayar (spokes) seorang rakan telah patah di bahagian pangkal hub, lalu mengakibatkan rimnya menjadi bengkok akibat tidak dapat menahan berat badan dan muatan yang dibawanya semasa Kayuhan Dua Tasik di Pahang. Cerita lanjut di sini. Sebelum itu, perkara yang sama terjadi pada sahabat yang sama semasa aku dan dua orang rakan berkayuh dari Kuala Lumpur ke Bukit Fraser. Bacakan kisahnya di sini. Maaf, aku malas nak taip panjang-panjang hehehe ...

(d) Pengalaman dimaki hamun oleh seorang lelaki tidak dikenali yang berada di satu kawasan gelap. "Tiba - tiba, aku dan seorang rakan mendapat jeritan berbunyi begini: "Woiii, beli motorsikal lah woiii ... Kedekut ke ? Takde duit ke, naik basikal" ... - petikan dari cerita penuh di sini.

(e) Terlupa bawa kad ATM semasa kali pertama berkayuh touring secara solo ke Pulau Pangkor dengan ditemani oleh adik bongsu yang bermotorsikal. Bukan aku seorang aje yang tertinggal, adik aku tu pun tertinggal juga kad ATM dia aduhaiii ... Dalam dompet aku masa tu cuma ada RM7 + USD 25 lebihan duit balik dari trip ke Vietnam. Dah jadi satu hal pula mencari pengurup wang (money changer) sekitar Seri Manjung ni tak berjumpa.

Nasib baiklah terdapat satu pengurup wang di pekan Lumut. Sesudah ditukar, dapatlah wang RM 89.00. Dengan duit itulah, kami gunakan secara berhemah untuk membeli tambang bersama kos membawa motosikal dan basikal untuk feri pergi balik Lumut - Pangkor, membeli makan tengahari / malam / sarapan pagi untuk dua hari satu malam, menginap di Teluk Nipah, membeli makanan dan minuman semasa berkayuh balik dan juga mengisi minyak motorsikal adik bongsu aku itu. Tak dapat beli souvenir huhuhu ...

(f) Di laluan mendaki selorong yang mempunyai bahu jalan sempit, kebiasaannya kenderaan lebar tidak dapat memotong aku / kami jika terdapat kenderaan dari arah bertentangan. Ini membuatkan mereka hilang sabar lalu membunyikan hon dengan sekuat mungkin mengakibatkan kami terkejut lalu terbabas ke sebelah kiri jalan. Jika aras bahu jalan dan permukaan tidak bertar tersebut sama rata atau cuma sedikit berbeza, tidak mengapa. Jikalau beza keduanya sangat tinggi atau mempunyai jurang seolah longkang, bayangkan apa yang akan terjadi kepada aku / kami ...

Hmm, mungkin ada beberapa lagi kot tapi minda aku ni tak dapat nak mengingatinya lagi buat masa ini ... 

(13) Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara / tempat ? 

Sudah semestinya, itulah perkara yang wajar dilakukan oleh seseorang yang mengaku dirinya seorang traveller.

(14) Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaannya.


Mentarang

Keistimewaannya:

(a) Ianya haiwan bercengkerang unik dan boleh didapati di kawasan antara Sekinchan dan Sungai Besar, Selangor. Paling banyak ianya dijual di tepi jalan sekitar kawasan Sungai Leman. Tak pernah pula aku tengok ianya dijual di lokasi lain secara meluas. Maafkan aku jika fakta ini tak betul ...

(b) Boleh dimasak pelbagai menu; bakar, rebus, goreng, masak tumis, kari, masak paprik dan sebagainya.

(c) Harga sederhana, taklah mahal  dan murah sangat.

(d) Pada penggemar haiwan cengkerang lain seperti kerang, lala, siput sedut, pepahat, remis, kepah dan lain-lain, ianya patut dicuba kerana keunikan rasanya.

Off record: Menatang ni dah lama aku tengok dalam perjalanan pergi-balik kampung, tapi sekali pun tak pernah singgah. Bila dah berbasikal ni, barulah aku teringin rasa nak singgah. Bila dah singgah, alamak sedap pula ! Lepas dari peristiwa itu, setiap kali aku nak balik kampung pada siang hari tak kiralah berkereta ke berbasikal ke aku mesti mau singgah ke gerai tu.

Ada lagi sebenarnya, tapi oleh kerana masa tidak mengizinkan jadi aku ceritakan yang ini sahajalah ...

Part III: 

(15) Yang mana menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli pannier ?

Sebelum itu, biarlah aku terangkan dulu apa dia beg pannier tu ? Ia adalah beg khas bagi pengembara berbasikal yang disangkut pada rack basikal. Untuk info lanjut, jengah sini.

Aku boleh katakan, secara amnya nisbah penggunaan backpack & beg pannier adalah lebih kurang 20/80, dimana aku lebih banyak kali mengggunakan beg pannier semasa sedang bertouring. Tetapi dalam kes tertentu, ada juga aku membawa keduanya sekali. 

(16) Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat / negara yang ia telah ikut anda berjalan.


Beg Lafuma

Beg ini dibeli lebih kurang tiga tahun lalu di butik Lafuma Bangsar dengan harga hampir mencecah RM290. Antara sebab aku membelinya ialah kerana saiznya yang sederhana iaitu 30 liter, fabrik Cordura nya yang tahan lasak, bahagian struktur belakang yang tidak bertulang memudahkan ia dilipat, dan mempunyai strap pengetat yang membuatkan ianya sesuai untuk aktiviti dinamik seperti berlari, mendaki gunung dan berbasikal.

Hanya digunakan pada awal zaman berbasikal, kerana pada masa itu belum lagi memasang basikal dengan rack dan membeli beg pannier. Sekarang hanya digunakan untuk balik kampung mahupun travel kemana-mana.


Beg pannier (bulatan merah)

Beg berjenama O-GNS ini merupakan pannier pertama yang aku miliki. Dibeli dari sebuah kedai basikal di Sungai Way pada harga RM110. Ia banyak mengikuti aku berkembara dari mula hinggalah sekarang. Pernah dilucutkan tugas setelah aku membeli beg pannier yang kedua. Kini, tugasnya disambung kembali setelah beg pannier kedua aku mengalami kerosakan teruk. 

Kelebihan beg ini ialah ianya tidak mudah jatuh kerana diikat oleh 6 strap keselamatan, 4 di bahagian atas dan 2 di bahagian sisi serta mempunyai beberapa compartment berasingan. Keburukannya pula ialah kesukaran memasang dan membuka, tidak kalis air serta sukar dibawa kemana-mana kerana tidak mempunyai tali sandang. Sementara aku belum beli beg pannier yang lebih mahal dan baik, nampak gayanya guna beg ini dulu lah.


Pannier drybag (bulatan merah)

Pannier drybag berjenama Top Peak ini dibeli sekitar 2 tahun lepas di kedai basikal Rodalink USJ Taipan pada harga RM400. Banyak kali dibawa bersama iaitu ketika ke Terengganu, Tanjung Piai, Le Tour de Perak, Slowly2 Go Down, Bukit Fraser dan beberapa trip lagi dengan diakhiri di Kayuhan Dua Tasik di Pahang akibat mengalami kerosakan teruk.

Kebaikan beg ini ialah mudah dipasang-buka kerana menggunakan konsep cangkuk (hook), kalis air, dan senang dibawa kerana mempunyai tali untuk disandang. Keburukannya ialah cangkuk yang tidak berapa bagus dengan beberapa kali beg terjatuh semasa berkayuh, material yang tidak tahan dan hanya mempunyai satu compartment dengan tiada poket sisi.

Untuk info, beg ini telah rosak dan tidak dapat diperbaiki lagi. Jadi, aku dan kamu tidak akan menjumpai lagi kelibat beg ini pada mana-mana kayuhan ...


Hydration bag c/w water bladder (bulatan merah)

Beg paling bongsu dalam koleksi backpack yang aku miliki. Beg galas kedua yang berusia hampir dua tahun ini diperolehi dari kiriman seorang kawan yang menetap di Alor Setar dan kebetulan ke Padang Besar, Perlis. Berjenama Deuter (tiruan kot?) pada harga RM60, ia dibekalkan dengan water bladder berkapasiti 1 liter. Tidak kalis air, tetapi mempunyai beberapa compartment seperti ruangan meletak water bladder, ruangan utama, dan 2 poket di belakang bersama ruangan khas bagi menempatkan helmet. Di bahagian penggalas bahunya, terdapat ruangan kocek untuk meletak telefon bimbit.

Beg ini aku akan bawa jika hendak membawa kamera DSLR. Disamping itu, ia turut dimuatkan dengan dompet, kunci, tiub gantian, tuala muka kecil dan juga kain pelikat untuk kegunaan solat. Telah banyak kali menemani aku bertouring, kadangkala turut digunakan untuk berkayuh offroad.


Dry bag (bulatan merah)

Drybag berjenama Sea to Summit ini dibeli pada harga USD 7 ketika aku berkunjung ke Luang Prabang, Laos pada 2007 lalu. Beg ini kalis air, digunakan dengan cara menggulung dan dikuncikan dengan klip yang tersedia. Hampir keseluruhan perjalanan touring aku, beg ini akan setia menemani samada diletakkan di luar atau berada dalam beg pannier mahupun backpack. Digunakan bagi melindungi sleeping bag, pakaian tidur, pakaian solat, kamera, mahupun dompet atau telefon bimbit.

(17) Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti bertouring 

(a) Kamera, lengkap bersama bateri gantian dan pengecas. Tetapi sejak aku kehilangan kamera Nikon D200 semasa bercuti di Beijing pada 2010, sekarang nak bertouring ni terpaksalah meminta belas ihsan saudara / kawan-kawan untuk meminjam kamera huhuhu ... Kamera penting kerana aku ni bukanlah jenis yang suka membawa buku nota bersama pen untuk mencatatkan peristiwa, biarlah foto yang menceritakan segalanya. Lagipun, pada setiap gambar kan dah ada sekali info tarikh bersama masa. AMARAN (untuk peringatan diri sendiri): Jangan lupa periksa setting tarikh dan masa kamera setiap kali pada awal penggunaan mahupun selepas menukar bateri yang baru. 

(b) Tiub gantian, bersama kombinasi set alat pembuka tayar dan pam tangan - Memang wajib bawa ! Kalau tak, jika tayar pancit di mana-mana lokasi yang tiada kedai basikal, susah wooo ... AMARAN (untuk peringatan diri sendiri): Pastikan saiz tiub yang dibawa bersesuaian dengan saiz tayar atau rim yang digunakan dan tiub masih berkeadaan baik.

(c) Lampu keselamatan; headlight & blinker - Sebagai persediaan jika terpaksa berkayuh pada malam hari atau keadaan hujan. AMARAN (untuk peringatan diri sendiri): Pastikan bracketnya sedia terpasang pada handlebar dan seatpost, berkeadaan baik serta membawa bateri gantian. 

p/s: Fatt, apasal kau minta cuma 3 barang wajib aje ? Udah aku tertinggal nak masukkan helmet sebagai barang wajib-bawa. "No helmet, no ride". Safety first ! Selain itu, ada beberapa lagi barang wajib-bawa yang tak dapat disenaraikan, adoyaiii ...

18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe 

(a) Bantal bucuk - Hehehe ... Bila dah bertouring ni, tidur sekadar berbantal lengan atau beg mahupun tuala yang dilipat pun tak jadi masalah punya. "I'll sleep wherever i may roam" ...

I'll sleep where ever, when ever ...

(b) Toiletries (sabun / ubat gigi / syampu / buih mandian) - Ini kalau tertinggal pun takpe, boleh singgah beli di mana-mana kedai semasa dalam perjalanan. Paling senang, 'pau' aje dari rakan-rakan kayuhan lain hahaha ... Berus gigi takde pun takpe, boleh guna jari telunjuk ( :

(c) Buku nota & pen - Kalau ada, rajinlah tulis apa yang nak ditulis sebagai peringatan. Jika tak bawa, tidak mengapa sebab kalau ada bukan guna sangat pun ... Khidmat keduanya boleh digantikan dengan penggunaan kamera digital ... 

(19) Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti bertouring (contoh: update blog, tulis poskad, ambik gambar, dsbnya). 

(a) Ambik gambar - Ini memang jadi satu kewajipan, selain dari menjadi bukti ketibaan di mana-mana destinasi, ia juga berfungsi sebagai merekod maklumat sesuatu lokasi atau situasi. Lagipun, berfotografi tu kan memang menjadi obsesi aku ... 

(b) Mengemaskini status Fesbuk (bukan nama sebenar) - Aku ada nombor telefon Meksis (bukan jenama sebenar) dan berlanggan dengan aplikasi 'Fb2mobile on Fesbuk' (juga bukan nama sebenar), jadi dapatlah diinfokan status Fesbuk secara sms. Biasanya, aku akan memberi info seperti destinasi dan waktu ketibaan, serta info kayuhan [jumlah jarak (km) , purata kelajuan (km/j), masa kayuhan (jam:minit:saat), dan kelajuan maksima (km/h)].

Selain bertujuan mengumpul data untuk dijadikan sumber rujukan menulis blog apabila pulang dari bertouring nanti, ia juga berfungsi sebagai langkah keselamatan. Mengambil kes kapal terbang terhempas sebagai contoh, proses menyelamat dapat dilakukan lebih cepat dengan mengesan dan mengganggar laluan terakhir pesawat tersebut. Begitulah juganya diharap berlaku kepada aku jika terjadinya sebarang kejadian tidak diingini.

Agenda tersembunyi pula, apabila seseorang alert dengan kehadiran aku di mana-mana lokasi. Besarlah harapan sekiranya mereka akan membelanja aku makan-minum, jika tidak pun akan mengajak aku menumpang tidur di kediamannya. Jadi, itu boleh mengeratkan silaturrahim dalam persahabatan (ayat cover line), mengurangkan kos perbelanjaan touring, dan juga yang paling penting sebab aku malas nak pasang-buka khemah ni huhuhu ... Pada individu yang pernah membelanja makan-minum dan menumpangkan kediamannya, aku sungguh berbesar hati dan ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih. Moga Tuhan sahajalah yang akan dapat membalas budi baik kalian ...

Oppsss, ada lagi satu, tertinggal pulak !  Kadang-kadang berlaku masalah kerosakan teknikal pada basikal. Ia boleh terjadi di satu tempat asing dimana aku tidak pernah sampai disitu. Nasihat rakan-rakan basikalis di Fesbuk diperlukan untuk mengetahui di manakah lokasi kedai basikal terhampir. Aku tidak pernah meminta pertolongan ini. Tetapi aku percaya, satu hari aku akan menggunakannya juga jika keadaan memaksa.

(c) Berbual dengan warga tempatan - Aku suka mengambil peluang untuk bertemu, berkenalan, mendengar perbualan, bertukar-tukar pendapat mahupun berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan warga tempatan yang ditemui. Biasanya ini dilakukan di warung-warung, kedai makan, mahupun kadang-kadang cuma di hentian bas atau stesyen minyak tempat kami berhenti seketika. 

(d) Menikmati pemandangan flora dan fauna - Kekadang, aku akan melalui kawasan hutan rimba, tasik, sungai. laut, taman serta lain-lain kawasan yang berlanskap menarik. Berhenti menikmati dan bertafakur sejenak membuatkan kita lebih kagum dan dekat dengan penciptaNya.


Pantai Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, Selangor

Gelagat lotong dan manusia di Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor

Pokok & bunga teratai @ tepi parit Tanjung Karang, Selangor

(20) Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing ? 

Aku sememangnya suka bergambar, lebih-lebih lagi jika ada jurufoto yang bagus. Cerita pasal bergambar ni, dulu-dulu aku memang tak suka bergambar sebab sukar nak senyum, muka mesti nak serius aje. Tetapi selepas lama kelamaan berlatih, akhirnya dapat juga aku memberikan senyuman yang boleh dikatakan OK lah hehehe ... Cuma, aku lebih suka mengambil gambar orang lain kerana fotografi itu adalah satu hobi yang aku minati ... Satu lagi alasan kenapa tak mahu bergambar sendiri, sebab orang yang nak ambil gambar tu tak mengikuti spesifikasi dan angle yang aku mahukan huhuhu ... 

(21) Letak gambar anda sedang bercuti bertouring dengan posing yang suka hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah.


Azizan Zolkipli ... Dimana-mana ...
Galeri Alam Impian, Shah Alam
Refleksi @ Jugra, Banting, Selangor
Bersama aci penjual kacang @ Muzium Negara, Kuala Lumpur
Dalam perjalanan ke Tasik Chini, bangkai ular disyaki King Cobra
Meditasi @ Tasik Bera, Pahang
Aku, di Sepang, Selangor
Menawan Bukit Broga dengan basikal MTB. Kau ada ?

(22) Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut ? 

Ya ! Aku mengumpul freezer magnetic (FM), lebih kurang macam rakan-rakan lain yang suka berkembara juga. Selain itu, aku turut mengumpul keychain.

(23) Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan ? 

Bergantung pada bajet dan situasi. Jika membawa lebihan wang saku, aku akan membeli dan menghadiahkan souvenir untuk keluarga dan kawan-kawan. Untuk keluarga, ia cuma bagi keluarga terdekat (ibubapa & adik-adik) manakala untuk kawan-kawan terhad kepada rakan serumah sewa. Untuk info, semua FM yang dikumpulkan seperti soalan no. (22) diberikan pada mak aku di kampung. Dialah pengumpul yang sebenar, aku ni tukang beli aje hehehe ... Biasanya untuk keluarga dan rakan-rakan, aku akan membelikan mereka sehelai t-shirt buat seorang. 

(24) Selain dari jawapan dalam soalan no. (22), apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat ? 

Hmm, apalagi ekk ... Adalah sikit-sikit macam t-shirt, peta, brochure pelancongan, poskad, lukisan, cetakan gambar (photo print), tiket pengangkutan awam, dan pas masuk sesuatu tempat tu. Tapi aku ni cukup obses dengan peta, kalau orang lain 'giler kentang', aku ni 'gila peta'. Aku tengok peta macam orang baca kamus. Tak heranlah jika aku ni selalu buka Google Maps hahaha ...  

Part IV 

(25) Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian (observation) yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat / negara / bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random) 

Bukit Fraser:
 
- Jarak dari Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser ialah 40 km manakala jarak dari Gap ke Bukit Fraser sejauh 8 km, dengan laluan yang lebih curam.

- Dalam perjalanan dari Kuala Kubu ke Bukit Fraser, seseorang akan melalui pekan Kuala Kubu Bharu, Empangan Sungai Selangor, Santuari Ikan Sungai Chiling, airterjun mini Rekreasi Sungai Semangkok, kawasan Sir Henry Gurney mati dibunuh oleh komunis, rumah rehat lama Gap, dan laluan sehala berlampu isyarat Gap - Bukit Fraser sebelum tiba di menara jam Bukit Fraser.

- Terdapat waktu kawalan untuk naik dan turun di laluan sehala Gap - Bukit Fraser. Waktu naik dan turun diberikan selama 40 minit sahaja, dengan waktu untuk naik adalah pada jam ganjil (7am, 9am, 11am, 1pm, 3pm, 5pm & 7pm) manakala waktu turun pada jam genap (8am, 10am, 12pm, 2pm, 4pm, & 6pm)

- Sebagai contoh, waktu untuk naik ialah pada jam 7am, dan pada jam 7.40am kemudian pintu akan dikunci untuk menghalang sebarang kenderaan dari melalui jalan tersebut. Waktu yang keadaan trafiknya tidak dikawal ialah bermula pada jam 8pm hingga ke 6.40am setiap hari.

- Bukit Fraser hanya popular sebagai destinasi percutian tanah tinggi, berbanding dengan Cameron Highlands yang turut dikenali sebagai tempat pertanian tanah tinggi.

- Terdapat beberapa buah bangunan lama peninggalan zaman British, contohnya bangunan pejabat pos, balai polis, pejabat kesihatan kecil dan beberapa buah banglo lama.

- Menyediakan beberapa jungle trail untuk peminat flora dan fauna melaluinya.

- Dikunjungi oleh ramai peminat aktiviti melihat burung (birdwatching)

- Hanya mempunyai beberapa tempat makan dan kedai runcit sahaja, tiada langsung stesyen pam minyak.

- Mempunyai hotel-hotel dan banglo untuk disewa, juga rumah penginapan persendirian bagi kegunaan kakitangan kerajaan dan agensi swasta

Taiping: 

- bandar yang mempunyai banyak peninggalan bangunan lama dan bersejarah.

- sinonim dengan Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping, Penjara Taiping dan Bukit Larut (Maxwell Hill).

- kawasannya kerap dilanda hujan, selalunya selepas waktu tengahari atau sebelah petang. Tidak hairanlah ia digelar kawasan paling lembap di semenanjung Malaysia.

- walaupun terletak di negeri Perak, tapi warganya bertutur dengan slang utara 

Vientiane, Laos: 

- merupakan ibukota dan bandar terbesar di Laos.

- terletak di pinggir Sungai Mekong.

- merupakan bekas tanah jajahan Perancis, masih boleh dilihat nama jalan dan rekabentuk bangunan yang berunsurkan Perancis.

- bandar yang membangun, tetapi dimasa yang sama masih mengekalkan ciri tradisinya.

- pembangunan kebanyakannya menggunakan dana bantuan kewangan dari negara luar ataupun dari agensi dibawah UN (Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu / PBB). 

(26) Lengkapkan ayat ini. "Saya Aku berangan ..." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel. 

"Aku berangan diberikan percuma sebuah basikal touring; set beg pannier lengkap; sebuah khemah 4 musim (4-season tent) yang lasak tapi ringan; set dapur memasak multifuel beserta utensil; sleeping mat & sleeping bag 4 musim; sebuah kamera DSLR bersama lensa dan aksesori, sebuah GPS serta perbelanjaan yang cukup untuk aku mengembara secara solo mahupun berteman ke serata pelusuk dunia yang aku ingini mengikut ketentuan masa sendiri ..." 

Soalan Bonus: 

Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maksimum 3)


Siem Reap ~ Phnom Penh, Cambodia

Ini trip dimana aku dapat pertama kali berbasikal solo di negara orang, jelajah sorang-sorang dari utara ke selatan bandar Phnom Penh.


Phuket, Thailand

Takde kena mengena pun dengan berbasikal touring, saje nak cukupkan kuota. Pertama kali memiliki passport antarabangsa, stamp passport yang pertama dalam seumur hidup dan pertama kali bercuti ke luar negara. Trip bercuti yang ditaja penuh oleh bekas majikan, 3 hari 2 malam menginap di Club Med Phuket, walaweiii ...


Hong Kong

Juga tiada kena mengena dengan berbasikal touring. Pertama kali dihantar bertugas ke luar negara bersama 3 orang rakan sekerja yang lain, selama 13 hari dan bertugas di atas kapal kargo gergasi. Berpeluang bersiar-siar ke Shanghai, Xiamen, Shenzhen dan Hong Kong semasa kapal berlabuh. Terdapat stamp yang lain untuk trip ini tetapi ianya dicop di mukasurat berlainan.

Dengan ini saya akhiri dengan, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. [tettttttt ...habis siaran...]


24 comments:

Fatt said...

assalamualaikum!
terima kasih wakjan sbb sudi mencari masa menjawab 26 soalan sy :)

entry yg menarik sbb berbeza dgn blogger yg lain sbb cerita pasal peglmn berbasikal...yg pasal 3 barang tu sbnrnya buh extra pun boleh takpe, klu tak pakai helmet bahaya gak tu..hahaha

okla nti sy habiskan membaca ya...tp tadi bila sy skrol smpai bwh sy tergelak sbb ada skrin shot tv yg tamat siaran tu. HAHAHAAHA...mmg lawak :)

terima kasih byk2. nti kita tunggu keputusan ye. all the best! :D

Anash said...

WakJan,
..setakat nampak org bwk air, kamera, skateboard(adaaa....), payung, topi koboi, cekodok pisang (pun adaaa...) ke bukit broga..nih kan pulak beskal..pehh terbaek...
tumbs up untuk gambar tuh...hehe
Lain dari yang lain citer nih..
Fatt, good job la...

Anis said...

Salam.
Entry yang sangat menarik . Actually tak tahu pun pasal basikal2 ni ... tabik spring lah .. dah banyak buat tour basikal ni.. bukan senang tu.. skrg nak gi kedai naik basikal jea pun susah..

gadisBunga™ said...

haha mmg best baca entri yg ni. lawak lawak dan lawak. yg lawak lagi tu...starting and ending tu ha. tak menahannn! hahaha!

Biqque said...

hahahahahahahahahahaha ada dua benda yg buat i gelak gila!

gambar signboard siap conteng muka orang tu dengan rtm abih siaran!

hahahahahahaha! lawak la bro!

gadisBunga™ said...

baru perasan screen shot tuh. banyanya nombor satuuuu!!!!

Azizan Zolkipli said...

@fatt: Waalaikumussalam wrt ... Sama2 ... Terima kasih juga sebab memberikan peluang untuk menjawab persoalan kamu itu walaupun terpaksa extend due date.

hmm, mana boleh jawab lebih dari 3, nanti pemeriksa kertas soalan merangkap che'gu Fatt potong markah nanti hehehe ...

skrin shot tamat siaran tu dapat dari salah seorang rakan Fesbuk, menarik kan ? bertarikh 11.11.11 jam 01.11.11. nak dapat jam 11.11.11 tak boleh sebab RTM sedang bersiaran hahaha ...

sama2 Fatt. Terima kasih juga beri kebenaran untuk memasuki pencarian bintang 'blog, bukan sebarang rupa' ni ahakksss ...

@Anash: Terima kasih atas jengahan anda ( :
ada ceritanya Wakjan ke Broga tu, sebab kena tipu kononnya senang tempat tu. memang lah senang, kalau gi trekking. tapi bila bawa beskal, rasa macam mau mangkat hahaha ...

tapi apa2 pun, udah orang giler macam saya ni pantang berundur sebelum melawan. any how, thanks for reading yek !

Azizan Zolkipli said...

@Anis: Terima kasih sudi baca artikel mengarut ni. Kalau tak tahu, boleh belajar takde hal punya. saya dulu pun, bukannya terus2 tahu... yang penting, AZAM !

@ Biqque: Terima kasih atas lawatan kamu ! hehehe, semoga terhibur. akan mencari lagi gambar2 lawak semasa dalam kembara saya yang akan datang ...

@ gadisBunga: hai GB ! itu kan masa tarikh 11.11.11 jam 01.11.11. tak dapat aaa jam 11.11.11 sebab RTM masa tu sedang bersiaran hehehe ...

Ain Mardhiah said...

salam ziarah...

wow! bicycling!
Saya tak pernah pass sbb ada trauma eksiden atas jalan raya. huhu

Lily Riani said...

wakjan,

pirst time baca blog touring nih... i ada nephew kat kemaman pun suka cam nih gak, slalu nampak dia update pefbuk dia. i think its a good and healthy activity. siap baca seaya2 tuk paham... nak bg idea, kat jepun - hokkaido , diarang kata best touring masa musim spring till autumn becos of the landscape, another one yg dekat sket is ayuthayya in thailand.

ok... dah habis baca... nak rate and vote lak... ehehhe...

Ren said...

Aku suka part last skali RTM bile habes siaran heheh.

Anyway satu pengalaman yg sangat unik! Siap bawak basikal sampai atas Broga Hill tu! respect !

Pstt: Agak2 logo habes siaran tu ada lagi tak? (tak penah tengok tb sampai habes siaran ehhe)

Azizan Zolkipli said...

@Ainul Arina Madhiah: Salam kembali ke atas kamu ! ohh, trauma sampai gitu sekali ekk ? mesti ada kes besar tu huhuhu ...

@ Lily Riani: Terima kasih kerana sudi membaca, bertambah lagi semangat saya untuk berkongsikan pengalaman ...

memang ada juga mengidam nak touring ke luar negara. tapi itulah, dalam negara sendiri pun tak habis & tak puas lagi. ada rezeki nanti, insyaAllah mahu azam kesana juga ...

@Janggel: Terima kasih ! Naik Broga bawa basikal tu, pengalaman kena tipu dengan sorang kawan aduhaiii ...

P/s: ada lagi logo habis siaran, terutamanya pada RTM1 ...

Ely Hasrul said...

hahahahhahahahhahahahhahahha terbaekkkkkk!!! hahahahhahahhahahah

sori xsempat nk bagi salam hahahahhahahahhahahahhahaha


next time kalu lalu sekinchan leh roger2.. hahahahhahahahhahahahhahaha

Azizan Zolkipli said...

@Ely Hasrul: Isnin lepas baru aje kami bertiga lalu Sekinchan. kalaulah tahu kamu dok sana, boleh singgah jap 'pau' air mangga ke, ubi rebus ke, jambu air dsbnya hahahaha ...

anne rmz said...

wakjan,
gigih berkayuh ye, saya sampai skrg masih tak reti nak kayuh, basikal dah setengah tahun beli kayuhnya tidak, haha.
pengalaman cycling ni lain dari kisah travel lain, well done wakjan!

Azizan Zolkipli said...

@anne: Terima kasih sudi berkunjung ke laman saya. 'gigih berkayuh', wahhh saya suka perkataan tu ! 'passionate' kata orang kampung saya hihihihi ...

hah, basikal dah setengah tahun beli tapi tak berkayuh lagi ? alamak, camna tu ...

pengalaman travel saya ada juga, tapi lagi suka nak kelainan dari individu lain ...

anne rmz said...

hahaha.... masa beli beskal tu memang semangat gila nak belajar kayuh sbb plan nk overland ke thailand hujung thn ni. bila tetiba further study, poket kemarau kontang, cancel trip, semangat nak kayuh pun hilang ke laut.

Azizan Zolkipli said...

@anne: takpe, simpan dulu azam tu kukuhkan ia kuat2 dalam hati. ada kelapangan & kelegaan nanti, realisasikan ia ... moga trip tu akan jadi kenyataan nanti, Wakjan doakan insyaAllah ...

AieSha said...

peh wak jan, hebat la. penuh inspirasi... one day nak try juga buat touring ni... basikal dah ada, cuma azam masih belum kuat...

Azizan Zolkipli said...

@AieSha: Terima kasih atas kunjungan kamu ( : Wahhh, dah ada basikal dah ? itu dah boleh mula tu hehehe ... kuatkan azam, cuba dulu sekali nanti pasti nak buat lagi percayalah !!

Fatt said...

wakjan,
terima kasih lagi sekali sbb sudi menjawab soalan sy yg banyak tu. sy sendiri mmg suka bila baca benda2 yg baru sbb ia boleh menambah pgtahuan sy ttg benda yg sy tak tau. insya Allah kalau sy buat soalan lagi sy akan jemput Wakjan jawab sbb nak tau opinion dr perspektif seorang basikalis. tahniah :)

Azizan Zolkipli said...

@fatt: Sama2 ... Terima kasih juga sebab sudi buat kuiz 'tebang sawang' tu hihihi, sangat2 kagum dengan usaha kamu ! Alamak, ada soalan lagi ke ? Aduhhhh, masak Wakjan camni huhuhu ... Hmmm, tengoklah kalau berkesempatan lagi, Wakjan takkan hampakan permintaan kamu ...

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM..

BEST LA TGK ABG KAYUH BASIKAL...SY ADA BASIKAL MTB BIASA TP RERINGIN NAK CYCLING MCM ABANG BUAT. TP BIASALAH KALAU PEREMPUAN XDA GENG... XRAMAI PMPUAN SUKA AKTVITI MCM NI. SY PUN KURANG KAWAN PEREMPUAN SO TERSADAI DI RUMAH SAHAJALAH BESKAL TU :) PAPEW PUN ENJOY BACA BLOG ABG.. GD LUCK

Azizan Zolkipli said...

Mrs.BuduBilis:

Waalaikumussalam wrt ...
Best kan kayuh basikal ni ... ehhh, ada aje orang pompuan kayuh basikal. siap kayuh dengan suami & anak2 lagi ...

alahaiiii ... kesian basikal kamu tu tersadai aje kat rumah ... sekali sekala, bawalah ia gi jalan2 ekk ( :