ADS

17 January 2012

S240 (S Two Four O)

S24O (disebut "Es - Two - Four - Oh") bukanlah sinonim dengan cerita Hawaii Five O yang mungkin pernah kita tonton di kaca televisyen, tetapi adalah singkatan kepada 'Sub - 24 Hour - Overnight'.

Ia merupakan salah satu dari cabang kembara berbasikal atau bicycle touring. Grant Petersen dari Rivendell Bicycle Works telah cuba mempopularkan idea kembara mikro berbasikal (bicycle micro - touring), yang beliau gelarkan sebagai S24O. Matlamatnya adalah menggalakkan aktiviti kembara berbasikal kepada sesiapa yang tidak dapat meninggalkan kawasan kediaman untuk beberapa hari, minggu, bulan mahupun tahun.

Petikan mengenai bagaimana mula tercetusnya idea Grand Petersen mengenai S24O:

I used to spend a lot of time in the mountains, and then I got a full-time job, got married, had children, started Rivendell, and that cut in. I missed it a lot, so one night at about 7:30 pm I said, “You know, I think I’m going to sleep in the hills tonight... nothing bad, I’m not mad, and I’ll be back in the morning.” And I was back in the morning – before everybody woke up. That’s how it started.

Apakah itu S240 ?

(1) Jika basikal anda dilengkapi rack dan beg pannier (pannier bag), maka ianya telah bersedia untuk S240 !

(2) Ia kurang memfokuskan pada aktiviti kayuhan, sebaliknya lebih menumpukan kepada aktiviti berkhemah.

(3) Secara tipikalnya, seseorang itu akan bertolak dari rumahnya pada lewat petang ataupun malam. Berkayuh ke mana-mana tapak perkhemahan, mendirikan khemah, tidur, dan pada keesokan harinya berkayuh semula untuk pulang ke rumah.

(4) Kelebihan aktiviti ini ialah ianya hanya memerlukan sedikit perancangan dan komitmen masa. 

(5) Jika seseorang tinggal di kawasan bandar, perjalanan seperti ini boleh juga dilanjutkan. Ianya seperti mengambil tren, bas atau memandu sendiri kenderaan ke tempat permulaan yang sesuai, tetapi dilakukan dalam masa tidak lebih dari 24 jam, dengan menjadikan ianya sebagai kembara hujung minggu (weekend tour).

(6) Di luar negara, terdapat juga individu yang mengubahsuai istilah S240 ini kepada S48O atau S12O mengikut citarasa masa serta perjalanan yang dikehendaki mereka.

Antara e-book dan laman web yang boleh dijadikan rujukan ialah Petersen S240s, www.s24o.com, artikel Kevin Madzia di Century Cycles, Kent's Bike Blog dan laman Alex Wetmore.

10 comments:

Ija Zahri said...

Good Info.... will be doing it :)

Anonymous said...

haaaa...s240 ni mcm sesuai tuk aunty jer..:D

Janggel said...

ohhh itu ke maksudnya,.....baru paham! :)

Azizan Zolkipli said...

*Ija Zahri: Yezzzaaa ... Go, go sis Ija Zahri & family ! Do share your experience & pictures with us aaa ...

*Anonymous: Hah, sesuai sangat tu ! Apalagi aunty, belilah basikal seunit lalala ...

*Janggel: Yup, itulah maksudnya. Tak popular langsung di negara kita ni aduhaiii ...

gadisBunga said...

sebab negara kita 'kurang selamat' kot..tu pasal kurang popular?

Azizan Zolkipli said...

gadisBunga: Apa pulak ... janganlah cakap camtu ... 'selamat' adalah subjektif & bergantung juga pada ketentuan & nasib kita ... yang sebenarnya, konsep ini sangat asing bagi warga kita. harap dengan penjelasan ini akan dapat tarik lebih ramai peminat S24O ni ( :

shila said...

salam wak..update la pasal journey wak ke melaka baru2 ni..saya banyak dapat info dari baca blog wak..saya nampak wak di pengkalan balak tempohari tapi segan plak nak tegur.

Azizan Zolkipli said...

Wassalam Shila. Aduhhh, kisah yang lama pun pending lagi belum diterbitkan, ingat nak buat juga tapi sebab tak bawa kamera kan. Lagipun hari tu takde buat catatan lah, MALAS melanda hehehe ...

AieSha said...

wakjan, serius saya nak try... basikal dah ada, tapi rack belum ada, nak cari kat mana eh yg murah2....

Azizan Zolkipli said...

AieSha: nanti Wakjan berkomunikasi dengan kau di Fesbuk ekk ...