Sedutan dari episod lalu.
"Lebih kurang sepuluh kilometer berkayuh melepasi persimpangan ke Bagan Lalang, saya berhenti rehat di sebuah batu penanda jalan yang menunjukkan jarak perjalanan ke Morib masih bersisa dua puluh lima kilometer. Kesempatan berhenti di situ saya ambil untuk menghabiskan kesemua pisang yang dibeli dan minum air untuk membasahkan tekak. Memang hebat dugaan berkayuh di situ berseorangan. Di kiri dan kanan jalan hanya terdapat semak, kekadang ladang kelapa sawit tinggal, kebun kelapa dan juga estet-estet kelapa sawit yang masih diusahakan memberikan satu pemandangan yang membosankan. Teringat pada kes kematian seorang jutawan kosmetik membuatkan saya berasa sedikit gentar, takut-takut jika ianya terjadi kepada saya. Semasa berhenti rehat, saya dihiburkan oleh gelagat gembala menghambat lembu-lembu peliharaan mereka ..."
Jika ketinggalan bahagian pertama pengkisahan ini, bolehlah merujuk di sini.
Nota:
Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Gambar dengan imej lebih beresolusi tinggi boleh dilihat dengan cara klik pada setiap gambar.
Bagan Lalang ke Tanjung Sepat
Bagan Lalang ke Tanjung Sepat
Selesai berehat dan bergelak ketawa sendirian melihat telatah gembala menghambat lembu-lembu peliharaan mereka. Saya memulakan semula perjalanan, kembali ke jalanraya yang sungguh membosankan. Jalan lurus terbuka yang panas, tiupan angin yang kuat dari arah hadapan dan pemandangan estet yang lebih kurang sama sepanjang kiri dan kanan jalan.
Ketenangan saya berkayuh tiba-tiba terganggu-gugat (chewaaahhh) dengan bunyi kuat dari ekzos motorsikal kapcai yang dipandu laju oleh dua orang pemuda berbangsa India. Walaupun jaraknya cuma beberapa meter dari basikal saya, namun kayuhan saya tetap terganggu buat seketika kerana terperanjat dan ianya sedikit sebanyak mengakibatkan basikal melilau ke kiri dan kanan. Perasaan marah saya reda dengan cepat, setelah melihat telatah pembonceng motorsikal pemuda tersebut mengangkatkan tangannya ke udara sambil menjerit "Malaysia Boleh" ! Cissss, kalau iye nak memberikan semangat sekalipun, janganlah sampai begitu. "Terperanjat Boboi" huhuhu ...
Kelibat kedua pemuda tersebut bersama motorsikal mereka semakin kecil dan terus hilang dari pandangan setelah memasuki simpang ke sebuah lorong di sebelah kiri jalan. Tidak sampai lima kilometer berkayuh, saya kini telah meninggalkan daerah Sepang dan mula memasuki daerah Kuala Langat. Di satu papantanda aluan selamat datang, saya berhenti seketika untuk bergambar.

Jam 1700 petang. Selamat tinggal daerah Sepang. Selamat datang daerah Kuala Langat. |
Meneruskan perjalanan hampir dua kilometer dengan tidak sampai sepuluh minit di hadapan, saya melepasi estet Ladang Tumbok. Terdapat perumahan estet dan sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil [SRJK(T)] di situ. Sedang melepasi sebuah padang di sebelah kanan jalan, pandangan saya tertarik pada satu papantanda tuntutan yang menarik minat untuk berfotografi.
Saya lantas berpatah balik, meletakkan basikal di tepi jalan dan melintasi jalanraya setelah memastikan keselamatan. Seorang warga emas berbangsa India yang entah datang dari mana tiba-tiba menghampiri ketika saya berfotografi. Sangkaan saya akan dimarahi, tetapi ianya meleset kerana beliau hanya tersenyum dan saya yang pada mulanya berasa sedikit ketakutan membalas senyuman beliau, sambil mengangkat tangan seraya menyapanya, "Anney", kata saya ...
Dari tulisan di papantanda tersebut, hati saya terdetik, mesti terdapat satu ketidakpuasan hati oleh bekas pekerja ladang di situ. Hanya Tuhan, majikan, bekas pekerja ladang, dan mungkin ADUN kawasan situ yang mengetahui kisah sebenar ... Saya kemudian meninggalkan kawasan tepi padang tersebut, melintasi jalan dan kembali ke basikal dengan seribu satu persoalan yang bermain di minda.
Jam 1707 petang. Papantanda tuntutan oleh bekas pekerja Ladang Tumbok |
Kayuhan disambung kembali dan lebih kurang lima ratus meter dihadapan, saya menemukan pemandangan yang sungguh indah. Bahagian tepi jalan yang hampir dengan laut, dengan terdapat banyak pokok bakau dan air laut yang sedang berkeadaan pasang. Hendak mengambil gambar, sayangnya pemandangan menarik itu terhalang oleh laluan paip air besar yang menghadang penglihatan. Saya hanya berhenti seketika untuk melihat keadaan sekeliling dan kembali meneruskan perjalanan. Satu kilometer dihadapan kemudiannya, saya mula memasuki kawasan pekan Tanjung Sepat. Lega rasanya kembali kepada 'ketamadunan', kerana semasa berada di kawasan estet tadi seolah berada di 'dunia berlainan' ...
Perjalanan saya dilihat dengan penggunaan Google Maps |
Ketika melalui kawasan pekan Tanjung Sepat, saya melepasi sebuah bangunan besar-tinggi di sebelah kiri jalan yang kelihatan seperti dewan orang ramai lalu terdengar kemeriahan muzik lagu raya dimainkan. Mata saya terpandang kepada sebuah kain rentang bertulis Majlis Aidilfitri DUN Batu Laut. Hmmm, ada majlis makan free rupanya, hati saya berbisik. Secara spontan saya terfikir pada makanan kegemaran saya iaitu lemang (padahal masa sarapan pagi tadi baru aje makan lemang hahaha). Mesti ada dihidangkan sempena majlis sambutan hari raya peringkat DUN ni kan ...
Sebelah minda saya menggesa agar berhenti seketika untuk menikmati hidangan manakala sebelah minda lagi menasihati agar meneruskan perjalanan kerana masa telah suntuk. Saya akur pada minda yang menasihati untuk meneruskan perjalanan, sekaligus bayangan lemang hilang dari fikiran. Plinggg ... Aduh ruginya ...
Tanjung Sepat ke Morib

Dari pekan Tanjung Sepat, saya meninggalkan kawasan yang mempunyai taburan berpusat itu kepada kawasan kampung yang mempunyai pola taburan penduduk berjajar dengan jalanraya. Walaubagaimanapun, jarak antara rumah ke rumah tidaklah berdekatan dan taburan penduduk seperti ini bolehlah juga dikelaskan sebagai petempatan berselerak.
Perasaan tenang dan damai bila melalui kawasan ini, melihatkan halaman rumah yang ditanami dengan pokok buah-buahan rendang. Terpesona juga apabila melihat gelagat beberapa warga kampung membersihkan daun-daun gugur serta kemudian membakarnya di satu sudut penjuru rumah mereka dengan api yang marak menyala.
Lebih kurang tiga puluh minit meninggalkan kawasan pekan Tanjung Sepat, saya tiba di kawasan mukim Kampung Batu Laut. Sebuah jeti kelihatan menarik pada pandangan saya, tanpa menghiraukan pengunjung yang datang ke situ, saya membawa basikal ke atas jeti untuk tujuan bergambar. Jeti itu dibina seolah terus memasuki ke dasar laut. Selesai bergambar apabila saya hendak kembali ke kawasan daratan, terpandang akan papantanda bertulis Kelab Pelayaran Batu Laut. Mungkin sebuah bangunan di situ adalah rumah kelab bagi organisasi maritim tersebut, "bertuah kampung ni mempunyai kemudahan sebegitu", bisik hati kecil saya.

Jam 1739 petang. Lautan seolah mahu menelan jeti tersebut |
Bangunan di kejauhan sebelah kanan, adalah rumah Kelab Pelayaran Batu Laut |
Meninggalkan kawasan sekitar bangunan Kelab Pelayaran Batu Laut tersebut, kayuhan diteruskan dan tidak sampai satu kilometer di sebelah kiri jalan, saya menemui kedai makan terletak bersebelahan kawasan pepohon kayu bakau yang telah mati. Panorama yang sangat menarik buat yang meminati fotografi. Oleh kerana kesuntukan masa, saya langsung tidak berhenti untuk menikmati pemandangan mahupun bergambar sambil berazam akan datang lagi ke tempat tersebut kelak. Perjalanan tidak sampai lima minit seterusnya membawa saya ke sebuah sungai yang dilintasi oleh sebuah jambatan kecil, di bawahnya terdapat jeti pendaratan ikan bagi penduduk mukim Batu Laut. Seperti biasa, peluang bergambar tidak saya lepaskan di sini.
Jam 1745. Deretan bot di kawasan jeti pendaratan ikan mukim Batu Laut |
Saya meneruskan kayuhan melintasi beberapa buah perkampungan yang namanya tidak diingati. Pencahayaan semakin kurang, menandakan bumi kita akan memasuki zon malam. Lebih kurang sejam selepas meninggalkan kampung Batu Laut, saya melalui sebuah jambatan yang melintasi sungai hanya beberapa kilometer sebelum memasuki kawasan Morib.
Subhanallah. Allahu Akbar. MasyaAllah. Terpacul perkataan-perkataan tersebut dari mulut saya secara spontan apabila melihatkan satu pemandangan indah di sebelah kiri jalan. Sebuah jeti nelayan dengan deretan bot-bot yang diletakkan, berlatarbelakangkan matahari terbenam. Saya mengambil masa beberapa minit di atas jambatan itu, sambil mata dan tangan sama berkoordinasi dengan kamera bagi merakamkan pemandangan tersebut. Tidak disedari berapa minit telah saya habiskan di atas jambatan tersebut, tetapi yang pasti saya puas hati dapat menikmati kebesaran Yang Maha Kuasa. Terasa diri ini sangat kerdil di sisiNya.
Jam 1852 petang |
Jam 1854 petang |
Jam 1854 petang. Pada sudut yang berlainan dari gambar di atas |
Terasa seakan ingin menyaksikan pemandangan tersebut sehingga hari betul-betul gelap, 'malangnya masa mencemburui saya'. Itu ayat standard jika hendak menghabiskan sesuatu syarahan atau pidato hahahaha ... Jika dihitung pada pengiraan masa, saya sebenarnya dijangka tiba di Shah Alam selewat-lewatnya pada jam 1900 malam jika melalui jalan Sepang - Litar F1 Sepang - Bukit Changgang - Olak Lempit - Jenjarom - Jalan Kebun.
Pada waktu menunjukkan hampir jam 1900 malam, saya masih belum tiba di Morib dan terdapat berpuluh kilometer lagi harus dilalui untuk tiba di Shah Alam. Di satu sudut pemikiran terasa seolah menyesal akibat melalui jalan yang jauh ini dan di satu perspektif lagi terasa amat bertuah dapat menyaksikan pemandangan alam yang begitu indah ini. Perasaan yang sungguh bercampur-baur huhuhu ...
Saya kembali berkayuh di jalanan, dan tanpa diduga lima minit berikutnya saya menemui apa yang ditunggu sekian lama. Papantanda Morib ! Yeayyyyy sorak hati saya girang. Kegembiraan ini tercetus kerana saya mengetahui jarak dari Morib ke Banting hanyalah sejauh sepuluh kilometer. Saya memberhentikan basikal dan meletakkan ianya berhampiran papantanda untuk bergambar. Setelah selesai, saya cepat-cepat berkayuh meninggalkan kawasan itu bagi menuju ke pantai Morib.
Jam 1901 malam. Memasuki kawasan Morib |
B E R S A M B U N G
"Every moment is a golden one for him who has the vision to recognize it as such"
- Henry Miller
4 comments:
bila berkait dgn alam...takde perkara yg merugikan sebenarnya walaupun kite beberapa jam lambat di belakang.
saya jelllllessss sgt sebab pakcik dpt tgk pemandangan yang teramat superb itu!!!
gadisBunga:
Benar tu, Pakcik setuju dengan kamu ! Kena bersyukur kan, terlepas yang lain tapi dapat nikmat yang lain ...
Hmmm, Pakcik dapat tahu yang kamu ni seorang pemburu pemandangan matahari terbit/terbenam kan hehehehe ...
Wak jan ini kawasan kelahiran saya di Banting, laluan ini saya telah lalui dengan berbasikal semasa saya berumur 15 tahun dengan basikal racing.
Azmi Zakaria: Wahhh ... abang kira otai lah dah lama merasa laluan tu ekk ... guna basikal racing pulak tu hehehe ...
Post a Comment