Nota:
Terma 'tren' dalam artikel ini merujuk kepada perkhidmatan tren antara bandar (inter-city) dalam Malaysia oleh syarikat KTMB. Ia terkecuali perkhidmatan tren LRT / MRT / ERL dan sebagainya baik di dalam negara mahupun luar negara.
Pendahuluan
Mengembara dengan berbasikal sudah pastinya memberikan pelbagai pengalaman yang tersendiri. Itu memang tidak dapat dinafikan. Jika boleh mengambil cuti panjang, mana-mana individu pasti akan berbasikal dari rumahnya sendiri, ke destinasi yang dituju dan kemudian berkayuh pulang ke rumahnya. Tidak tergambar akan kepuasan melakukan sedemikian. Percayalah ...
Tetapi, bagaimana pula jika tidak boleh mengambil cuti panjang ? Jangan khuatir, masih ada jalan penyelesaiannya. Oleh kerana masa yang terhad, kita harus gabungkan antara kayuhan dan menaiki pengangkutan lain sebagai cara untuk berkembara basikal.
Sebagai contoh:
(a) berkayuh dari rumah - tiba di destinasi - pulang ke rumah dengan pengangkutan lain seperti bas, keretapi, kapalterbang, atau feri / bot, ATAU
(b) pergi ke lokasi permulaan kayuhan dengan pengangkutan lain - tiba di destinasi dan berkembara basikal - pulang ke rumah dengan berkayuh, ATAU
(c) pergi ke lokasi permulaan kayuhan dengan pengangkutan sendiri - mula berkayuh ke destinasi dituju - pulang ke lokasi permulaan kayuhan - pulang ke rumah dengan pengangkutan sendiri.
Seorang rakan dari grup Facebook Darul Ehsan Touring Cyclist (DET-C) bertanya, "nk (nak) bawa basikal naik kretapi (keretapi) boleh dok (tak) ?". Jawapan saya, sudah tentu boleh jika kena pada caranya. Terima kasih pada beliau, jika tidak kerana ingin menjawab soalannya sudah pasti laman sesawang saya ini akan terus bersawang (hahaha)
Berikut saya kongsikan pengalaman menggunakan perkhidmatan tren antara bandar sebagai medium pengangkutan semasa berkembara basikal. Ingin saya kategorikan ianya kepada dua jenis, iaitu:
(1) Membawa basikal bersama tren yang dinaiki, ATAU
(2) Menghantar basikal dengan khidmat kurier tren KTM Distribution (KTMD)
Membawa basikal bersama tren yang dinaiki
Ianya membawa maksud, pemilik basikal dan basikalnya menaiki tren yang sama. Iya, ianya boleh dilakukan ! Sejujurnya, saya tidak menggemari kaedah ini. Disenaraikan beberapa kelebihan dan kekurangan kaedah ini:
Kelebihan:
(a) Basikal dan pemiliknya akan sampai bersama ke destinasi yang dituju.
(b) Keadaan basikal lebih terjamin, kerana proses 'handling' nya dilakukan sendiri oleh pemilik berbanding dengan kaedah pengurusan penghantaran oleh pihak kurier.
(c) Hanya perlu membayar kos tambang pengangkutan, tidak perlu membayar cas lain (khidmat kurier). Tetapi saya terdengar desas desus ada juga rakan yang dikehendaki membayar sejumlah amaun tertentu (tidak pasti berapa kosnya) sebagai cas 'oversize baggage' kepada pegawai bertugas di dalam tren. Jika itu berlaku, jangan lupa untuk meminta resit bayaran atau jangan bayar jika mereka tidak keluarkan resit rasmi.
(d) Tidak perlu urusan yang banyak, berbanding dengan menghantar basikal menggunakan khidmat kurier tren KTMD.
Kelemahan:
(a) Jika anda membawa barangan seperti beg pannier, beg handlebar, beg kamera dan lain-lain lagi; membawa basikal bersama barangan tersebut akan sedikit sebanyak menyusahkan. Lebih-lebih lagi dengan rekaan platform tren (sebagai contoh, KL Sentral) dan juga rekaan dalaman tren itu sendiri yang sempit atau tidak 'mesra-basikal'. Itu belum lagi mengambil kira aspek bersesak dengan penumpang lain ketika di platform mahupun di dalam tren.
(b) Basikal atau beberapa komponen anda mungkin dicuri jika ianya tidak dikunci. Bayangkan basikal diletakkan di suatu lokasi jauh dari tempat duduk. Anda berseorangan tanpa rakan kayuhan lain untuk menjengah keadaan basikal. Terlena di dalam kesejukan penghawa dingin tren, dan tidur nyenyak tanpa menyedari yang basikal atau sebahagian dari komponennya telah dicuri individu tertentu semasa mereka ingin turun ke destinasi. Jadi, jangan lupa untuk membawa kunci !
(c) Terdapat koc tren yang mempunyai ruang legar cukup besar untuk menempatkan basikal anda. Walaubagaimanapun harus diingat ada juga tren yang tidak berkeadaan sedemikian. Basikal anda mungkin mengganggu keselesaan penumpang lain mahupun diri sendiri untuk lalu lalang.
(d) Kaedah yang kurang sesuai bagi pemilik yang tidak begitu mahir membuka dan memasang kembali basikal mereka. Antara yang perlu dibuka atau dilonggarkan ialah wheelset, pedal, handlebar, brek dan lain-lain jika perlu.
(e) Kebarangkalian untuk sesuatu komponen rosak, lari aturannya (contoh, rear derallieur), hilang atau tertinggal boleh berlaku semasa proses membuka - pasang basikal. Bayangkan tiba di suatu destinasi dan mahu memasang kembali basikal untuk dikayuhi. Anda kemudiannya menyedari yang tiang tempat duduk (seatpost) bersama tempat duduk (saddle) anda tertinggal di rumah. Ohh sadisnya ...
Penyelesaian bagi masalah (c) di atas, anda mungkin boleh membeli tiket dengan kemudahan tempat tidur dan basikal bolehlah diletakkan di bahagian lantai tren, berhampiran dengan katil anda. Walaubagaimanapun, jangan lupa untuk meminta izin andainya basikal anda mengambil sedikit ruangan di bahagian penumpang lain ( :
Perkongsian gambar berikutnya, adalah dari koleksi peribadi rakan kayuhan saya, Ah Chong (bukan nama sebenar). Semua gambar boleh di klik untuk pembesaran imej.
Tips:
- jangan hilangkan resit atau slip anda !
- nama dan nombor kad pengenalan tercatat pada slip atau resit mestilah sama dengan pemilik atau rakan yang ingin mengambil basikal tersebut di destinasi dituju. Jika anda ingin meminta rakan mengambil basikal di destinasi dituju, pastikan tiada kesalahan mengisi borang pada ruangan nama dan nombor kad pengenalan penerima.
Gambar hiasan: Koc tren yang boleh menempatkan basikal di negara luar. Sumber gambar dari www.adventurecycling.org |

Gambar 1. Beg basikal, dalam keadaan masih berlipat |
Gambar 2. Beg basikal dalam saiz penuh apabila dibuka. Amaran: Merokok adalah merbahaya untuk kesihatan ... |
Gambar 3. Basikal Jamis Allegro 2X milik Ah Chong sebelum dimasukkan ke dalam beg |
Gambar 4. Keadaan basikal Ah Chong yang tersedia untuk dimasukkan ke dalam beg. Suratkhabar atau kain boleh diselitkan untuk mengelakkan basikal dari bercalar |
Gambar 6. Basikal yang dimasukkan ke dalam beg, dikunci untuk perlindungan dari kecurian. Ini adalah koc tren yang dilengkapi dengan katil dua tingkat |
Menghantar basikal dengan khidmat kurier tren KTM
Kaedah ini adalah yang paling digemari dan kerap diamalkan oleh saya dan beberapa rakan kayuhan rapat. Biarpun pernah mengalami beberapa situasi tidak menyenangkan, ianya tetap saya pilih sebagai cara dan medium pengangkutan untuk berkembara basikal.
Antara beberapa kelebihan dan kekurangan menggunakan kaedah ini:
Kelebihan:
(a) Menyenangkan pemilik basikal yang membawa banyak barangan. Tidak perlu untuk berasak-asak menempuh penumpang lain bersama beg basikal yang digalas beserta barangan lain yang dibawa. Hassle - less bak kata orang putih hihihi ...
(b) Tidak mengganggu keselesaan tempat duduk buat diri sendiri dan / atau penumpang lain.
(c) Tidak perlu membuka - pasang basikal untuk dileraikan bagi tujuan dibawa bersama menaiki tren.
(d) Tiada kebarangkalian untuk tertinggal sebarang komponen kerana basikal tidak perlu dibuka - pasang.
Walaubagaimanapun, tetap terdapat juga kelemahan bagi kaedah penghantaran basikal menggunakan khidmat kurier ini, seperti berikut:

(a) Kemungkinan untuk kerosakan atau kehilangan komponen basikal akibat pengurusan pihak kurier yang kurang cekap mahupun cuai. Basikal mungkin akan bercalar, rear derallieur (RD) akan lari aturannya, kehilangan komponen pada basikal (contoh: loceng, pemantul cahaya, penutup tiub, odometer kelajuan). Langkah penyelesaiannya adalah seperti membalut basikal dengan plastic wrapping atau kotak atau suratkhabar, menanggalkan komponen-komponen boleh-buka, memasang RD Protector dan sebagainya yang difikirkan perlu serta sesuai dilakukan.
*Pengalaman tidak manis:
Saddle (tempat duduk) saya yang mempunyai gel untuk keselesaan, bocor akibat individu tidak bertanggungjawab membuang puntung rokok lalu terkena pada getahnya mengakibatkan ianya berlubang dan gelnya terkeluar. Aishhh sabor ajelah ...

Gambar 7. RD Protector boleh dipasang untuk melindungi gear basikal anda ketika ianya dihantar menggunakan khidmat kurier tren KTMD. Gambar ihsan dari www.acorsport.com |
(b) Basikal mungkin lambat sampai atau tidak sampai langsung di destinasi. Saya secara peribadinya pernah mengalami situasi basikal yang dikirimkan ke lokasi Kuala Krai, Kelantan tidak tiba. Ketika itu saya dan teman kayuhan tiada pilihan selain meneruskan perjalanan kerana cuti telah diambil dan kami melakukannya dengan bermotorsikal. Satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. OK, kita lupakan sejenak kisah lalu !
Apabila ini berlaku, jangan takut untuk meminta pulangan wang kos penghantaran dari pejabat kurier KTMD tempat kita menghantar basikal. Pihak pengurusan kadangkala mungkin tidak mahu membayar semula (refund) kepada anda kerana prosesnya menyulitkan urusan mereka. Gertak dengan lembut mengatakan yang anda akan melaporkan kes ini kepada Tribunal Pengguna dan insyaAllah mereka akan mengembalikan wang anda. Ini cuma pengalaman peribadi saya untuk dikongsikan bersama.
(c) Harus berurusan dengan dua pihak dan dua lokasi, iaitu dari saat menghantar basikal untuk dikurierkan mahupun mengambil basikal di destinasi yang ditujui.

Gambar 8. Akibat basikal yang dikurierkan tidak tiba di destinasi permulaan kayuhan, perjalanan bertukar menjadi kembara bermotorsikal pula. Kenangan Julai 2011. |
(c) Harus berurusan dengan dua pihak dan dua lokasi, iaitu dari saat menghantar basikal untuk dikurierkan mahupun mengambil basikal di destinasi yang ditujui.
Tips:
- jangan hilangkan resit atau slip anda !
- nama dan nombor kad pengenalan tercatat pada slip atau resit mestilah sama dengan pemilik atau rakan yang ingin mengambil basikal tersebut di destinasi dituju. Jika anda ingin meminta rakan mengambil basikal di destinasi dituju, pastikan tiada kesalahan mengisi borang pada ruangan nama dan nombor kad pengenalan penerima.
Gambar 9. Nota konsaimen (consignment note) bagi tujuan penghantaran dan penerimaan basikal ataupun kargo lain |
(d) Kita tertakluk kepada waktu operasi pejabat penghantaran, samada untuk menghantar mahupun menerima. Sesetengah pejabat tidak beroperasi pada hari Jumaat, dan sesetengah pejabat beroperasi pada hari Ahad bergantung pada di negeri di mana ianya terletak.
Tips:
- Periksa dalam laman web KTMD atau hubungi stesyen keretapi di lokasi pengiriman dan penerimaan basikal anda untuk mengetahui hari dan waktu operasi.
- periksa jadual cuti umum bagi negeri di lokasi penghantaran mahupun penerimaan. Begitu juga dengan jadual cuti pihak KTMD.

Gambar 10. Mengetahui hari dan waktu operasi pusat kurier akan banyak membantu anda |
(e) Basikal tiba awal di destinasi penerimaan. Bagi saya, ia seharusnya tidak menjadi satu masalah malahan sangat menyenangkan hati. Mengikut KTMD, saya dimaklumkan basikal yang dihantar akan sampai dari tiga hari mulai hari kita menyerahkan basikal tersebut di pejabat penghantaran. Walaubagaimanapun kadangkala mungkin akibat ketidaksesakan kargo, basikal kita akan sampai pada keesokan harinya.
Saya kemudiannya dihubungi oleh pegawai bertugas di pejabat penerimaan negeri sebelah utara semenanjung (tidak ingin menyebut stesyen mana) mengatakan basikal telah selamat tiba. Fuhhh, lega dan seronok rasanya ... Tetapi perasaan gembira itu tidak lama setelah pemanggil mengatakan akan mengenakan bayaran penyimpanan yang dikira mulai dari hari ianya diterima. Setahu saya, tiada hitam dan putih mengatakan terdapatnya kos penyimpanan barang. Setelah kami tiba di stesyen tersebut untuk mengambil basikal, proses penerimaan berjalan seperti biasa dan tiada bayaran kos penyimpanan dikenakan. Hmm, entahlah ...
(f) Pejabat penghantaran dan penerimaan hanya terdapat di beberapa stesyen sahaja. Tidak semua stesyen atau lokasi mempunyai pejabat operasi kurier KTMD. Pastikan laluan anda mahupun destinasi permulaan atau pengakhiran kayuhan berhampiran dengan pejabat kurier KTMD yang anda ingin gunakan perkhidmatannya.
(f) Bukan semua pejabat penghantaran / penerimaan kurier KTMD berada di stesyen keretapi itu sendiri. Saya ambil sebagai contoh, pejabat KTMD Arau, Perlis. Oleh itu pastikan lokasi penginapan anda berhampiran atau terdapat kemudahan pengangkutan awam untuk kembali ke lokasi penginapan setelah anda menghantar basikal untuk dikurierkan. Alternatif lain, minta khidmat rakan anda untuk membantu menghantar anda pulang ke tempat penginapan.
(g) Pelekat penanda basikal yang ditampal meninggalkan kesan pada tempat duduk. Bagi saya ianya bukanlah satu masalah, tetapi mungkin tidak pada segelintir yang lain.
Demikian sahajalah panduan dan tip yang dapat saya kongsikan untuk rakan-rakan kayuhan kembara sekalian. Andai ada yang terlepas pandang, tersalah info, ada pembaharuan ataupun penambahan info untuk dikongsi bersama, diharap dapat diinfokan kepada email saya di azizanzolkipli@gmail.com. Terima kasih ( :

Gambar 11. Cawangan kurier KTMD mengikut zon. Info kemaskini sehingga Feb. 2013. |
(f) Bukan semua pejabat penghantaran / penerimaan kurier KTMD berada di stesyen keretapi itu sendiri. Saya ambil sebagai contoh, pejabat KTMD Arau, Perlis. Oleh itu pastikan lokasi penginapan anda berhampiran atau terdapat kemudahan pengangkutan awam untuk kembali ke lokasi penginapan setelah anda menghantar basikal untuk dikurierkan. Alternatif lain, minta khidmat rakan anda untuk membantu menghantar anda pulang ke tempat penginapan.
Gambar 12. Pejabat KTMD Arau, Perlis yang terletak di berjauhan dari stesyen keretapi. Dua individu dalam gambar ini banyak membantu saya dan rakan kayuhan sewaktu kami berada di Kangar dan Arau. |
(g) Pelekat penanda basikal yang ditampal meninggalkan kesan pada tempat duduk. Bagi saya ianya bukanlah satu masalah, tetapi mungkin tidak pada segelintir yang lain.
Gambar 13. Pelekat untuk menandakan nombor konsaimen (consigment) dan destinasi penghantaran |
Gambar 14. Biarkan sahaja pelekat itu, ia akan tertanggal dengan sendirinya apabila diduduki. Gambar dari pengalaman tahun 2010 yang lalu. |
Demikian sahajalah panduan dan tip yang dapat saya kongsikan untuk rakan-rakan kayuhan kembara sekalian. Andai ada yang terlepas pandang, tersalah info, ada pembaharuan ataupun penambahan info untuk dikongsi bersama, diharap dapat diinfokan kepada email saya di azizanzolkipli@gmail.com. Terima kasih ( :
11 comments:
WakJan, terima kasih atas perkongsian maklumat sebagai rujukan.
Best!
@Akmal Hizam: Sama2 bro. Semoga memperoleh manfaat dari perkongsian di artikel ini ( :
mahal basikal lipat tu kan?
Haiiiii..Cakkk!!
done follow sini no. 77
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)
http://tengkubutang.blogspot.com/
dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
@tenku butang:
Ehhh, tak juga. Ada yang murah tak kurang juga yang mahal. Terima kasih sebab sudi follow saya ya ( :
My bike awaiting to be crashed back up again by me soon. Harap boleh join bike touring if ada! Tp tak pernah touring lagi sebelum ni. Just biking dalam bandar saja.
@Norariani: Wahhh, tak sabar Wakjan nak nunggu peluang pergi touring dengan kamu. Jom kita jadikan ianya satu realiti !
Infor terbaik yg boleh dikongsi semua..teruskan menulis..
Tahniah..infor yg baik..teruskan menulis
Johari Ahmad: Terima kasih kerana sudi singgah membaca artikel saya. Amat dihargai kerana meninggalkan komen anda di sini ( :
PKCIK KTM, SDRA AZIZAN, PKCIK BRHRP SUATU HARI NNT DPT TOURING BERSAMA SDRA AZIZAN MERENTAS NEGERI SARAWAK. PKCIK KTM YG BIAYA SEMUA KEPERLUAN SEMASA TEMPOH BERTOURING.
@Zakaria Majid
Terima kasih encik Zakaria kerana sudi singgah dah tinggalkan komen di blog saya ini.
InsyaAllah mudah2an satu hari nanti ...
Post a Comment