Tajuk
buku: Pedalling Around The Peninsula.
Penulis:
Sandra Loh Sook Peng (Sandra Loh).
Penerbitan:
MPH Publishing.
Katalog
Data Penerbitan Perpustakaan Negara Malaysia:
Loh,
Sandra
Pedalling
around the Peninsula: a Malaysian girl’s two-wheeled adventures / Sandra Loh
ISBN
978-967-5997-82-2
1. Cyclists –
Malaysia – Biography.
2. Bicyce touring
– Malaysia.
3. Voyages and
travels.
4. Malaysia –
Description and travel
Title
796.6091000
Bahasa
pengantar: Bahasa Inggeris.
Jenis
buku: Kulit lembut.
Harga:
RM 39.90
Penulisan:
Catatan pengalaman, penulisan diselang selikan dengan gambar dan info ringkas
tentang lokasi yang disinggahi.
Mukasurat:
349 helai, tidak termasuk bahagian kandungan, penghargaan dan pengenalan.
Reviu
asas:
Buku
ini menceritakan pengalaman berkembara basikal dua orang rakyat Malaysia
yang menunggang dua buah basikal, menjejaki empat penjuru
semenanjung Malaysia sejauh 2664 kilometer selama 37 hari.
Didalam perjalanan itu mereka juga sempat memasuki negara jiran ke Thailand
tidak jauh dari Padang Besar dan Betong; Indonesia di Pulau Karimun
Besar dan dari situ terus ke Singapura.
Penceritaan
dibahagikan kepada 10 bab; iaitu bab pertama perjalanan dari Pulau
Langkawi ke Pulau Pinang, bab kedua dari Pulau Pinang ke Teluk Intan, bab
ketiga dari Teluk Intan ke Port Dickson, bab keempat dari Port Dickson ke
Pontian Kechil, bab kelima dari Pontian Kechil ke Kota tinggi, bab keenam dari
Kota Tinggi ke Kuala Rompin, bab ketujuh dari Kuala Rompin ke Kuala Terengganu,
bab kelapan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, bab kesembilan dari Kota Bharu
memasuki Thailand di Betong dan bab terakhir iaitu kesepuluh dari Betong dan
berakhir di Pulau Langkawi.
Catatan
perjalanan dibuat secara harian;
didahulukan dengan jumlah hari, laluan, tarikh serta jarak
perjalanan dan masa perjalanan. Contoh:
Day
22: Mersing – Air Papan – Padang Endau – Kuala Rompin.
Date:
March 24th, 2009.
Distance
travelled: 79 km
Time
taken: 4 hours 50 minutes
Reviu
Peribadi:
Catatan pengalaman ini menarik;
pembaca, lebih-lebih lagi yang meminati aktiviti berkembara basikal,
seolah-olah dibawa ke dunia Sandra ketika saat mereka berdua berbasikal melalui
penceritaannya yang terperinci.
Plot penceritaan yang tidak
mendatar, melalui naik – turun roda kehidupan; pembaca akan dapat menyelami
perasaan mereka berdua ketika gembira – sedih, hujan – panas - redup, bertenaga
– penat, kelaparan – kekenyangan, mengantuk – cukup tidur, mandi – tidak mandi,
laluan landai – laluan berbukit.
Perkongsian lokasi menarik, tempat
makan – minum mahupun menu menerusi penceritaan dan gambar.
Pembaca akan mengetahui bagaimana
mereka menjalani kehidupan seharian ketika berkembara berbasikal seperti
memilih laluan, berhenti untuk berehat, mencari tempat untuk bermalam, memilih
tempat untuk makan-minum, menyimpan basikal dan barangan ketika bermalam,
mencuci pakaian, meneruskan perjalanan dalam keadaan hujan atau gelap
(malam),
Sepanjang perjalanan, mula wujud karekter tertentu yang menarik bagi
kedua-dua watak. Mereka saling melengkapi sesama sendiri di dalam perjalanan
ini dengan masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan tertentu.
Saya meminati karekter encik Mak
Shiau Meng yang pelbagai mengikut perspektif Sandra selama berkembara basikal
bersamanya
Antara kisah menarik pada kedua-dua
karakter:
Sandra
- tidak
fasih berbahasa Mandarin
“ They
offered us some warm water, and while he chatted with them in Mandarin, I just
smiled and nodded whenever they pointed at me, trying to act as though I
understood. Actually, I had no clue what they were saying ! …” (mukasurat
39, perenggan 2, baris 2)
- Menggelarkan
Mak dengan pelbagai gelaran.
- Kurang
gemar mencuba makanan – minuman yang belum pernah dijumpai:
“The
peculiar name of ‘Kakak coffee’ made Mak curious about their house drink:
coffee mixed with barley. I cringed at what I thought was a weird-tasting brew.
When he took a sip, Mak said it was surprisingly good ! He offered me some but
I declined, still skeptical about the combination …” (Mukasurat 52,
perenggan 2, baris 1)
Mak
- Tidak
pandai memakan ikan goreng:
“I
found out that this was the second time Mak had eaten fried fish. The first
time was last night’s dinner when Cheah ordered deep fried fish with soya
sauce. He didn’t know how to eat fried fish before ! Did he know what he’d been
missing ?” (mukasurat 26, perenggan 2, baris
1)
- Suka
mandi, walaupun belum tiba ke destinasi yang dituju:
“While
waiting for our lunch, Mak went to look for the bathroom and he came back,
excited to find a huge barrel of clean water to shower with. He asked whether I
wanted one too but I declined. I’d rather wait until we reached our destination
tonight for a good cold shower. I watched him take out all his bath – things
from his pannier. What’s the point in showering when you’ll start sweating
again once you’re back on the bike ? Still, if it made him happy …”
(Mukasurat 41, perenggan 1, baris 2)
- Berkebolehan
bertutur pelbagai dialek bahasa Cina:
“Mak
took the liberty of ordering for us. One good thing about his ability to speak
most of the Chinese dialects: I get to order food through him …” (Mukasurat
48, perenggan 1, baris 1)
- Suka
mencuba makanan – minuman yang belum pernah dijumpai:
“The
peculiar name of ‘Kakak coffee’ made Mak curious about their house drink:
coffee mixed with barley. I cringed at what I thought was a weird-tasting brew.
When he took a sip, Mak said it was surprisingly good ! He offered me some but
I declined, still skeptical about the combination …” (Mukasurat 52,
perenggan 2, baris 1)
Selain
itu, diselitkan sekali beberapa panduan berguna, antara perkara menarik yang
dikongsikan:
“Mak
taught me how to read the route numbers next to the name of a place on the
signboards. If we were following Kangar and the route number next to it was
‘7’, then we would need to follow route number seven …” (mukasurat 3,
perenggan 4, baris 3).
“When
we were in Langkawi, Mak said that for the first few days of our tour, we need
to take it easy and not chalk up too many kilometers, to let our bodies get
used to our bicycle and cycling for long hours …” (mukasurat 10, perenggan
6, baris 1)
Mengikat
tali kasut pada bahagian basikal sebagai motivasi diri.
“While bringing our
bicycles to the lift, Mak stopped me. He fished out a pair of colourful
smiley-patterned shoelaces and started tying them to our bicycles’ stem. While
doing short bike tours to Thailand with Ramly, he always tied something to
their bicycles for encouragement and support. (Mukasurat 37, perenggan 4,
baris 1)
Ada
banyak lagi perkara mahupun pengetahuan menarik disajikan di dalam buku
Pedalling Around The Peninsula yang tidak mahu saya ulaskan keseluruhannya di
sini, jadi anda perlu membacanya sendiri tidak kiralah samada membeli ataupun
meminjamnya.
Secara
keseluruhannya, pada harga jualan RM 39.90 saya merasakan ianya amat berbaloi
untuk dimiliki. Ianya akan menjadi semakin berharga jika anda berjaya
mendapatkan autograf penulis buku ini, seperti saya ketika menghadiri majlis
pelancarannya suatu masa dahulu. Klik sini diikuti sini untuk membaca pengalaman saya dijemput menghadiri
majlis pelancaran buku Sandra.
No comments:
Post a Comment