Selesai wakil penerbitan dari MPH berucap, pengerusi majlis menjemput Sandra untuk tampil ke hadapan bagi menyampaikan ucapannya. Beliau memulakan ucapannya dengan berterima kasih kepada hadirin yang datang, diikuti menceritakan pengalaman beliau ketika mula menulis dan mencari penerbit untuk menerbitkan bukunya. Antara isi ucapannya ialah penegasan beliau tentang kelebihan mengembara dan meneroka keindahan negara kita.
Di akhir ucapannya, beliau menyedari sambutan terhadap aktiviti berbasikal semakin meningkat dan berharap agar pengguna jalanraya lain akan lebih menghormati penunggang basikal. Secara peribadinya, beliau turut menyokong kempen berkongsi jalanraya (Share Our Roads) dan dalam majlis pelancaran buku 'PATP' ini ia dizahirkan dengan pemberian penanda buku dan pelekat cermin kenderaan.sebagai cenderahati.
|
Gambar 10. Memulakan ucapan dengan mengucapkan terima kasih kepada hadirin yang datang |
|
Gambar 11. Sandra ditemani teks sebagai panduan untuk beliau berucap |
|
Gambar 12. Mengharapkan agar pengguna jalanraya lain menghormati penunggang basikal |
Selesai sahaja ucapan Sandra, pengerusi majlis tampil semula. Kali ini, beliau menjemput pula ibubapa Sandra untuk ke hadapan. Selain Sandra dan ibubapanya, wakil penerbitan dari MPH turut bersama untuk acara kemuncak majlis pelancaran buku berjudul Pedalling Around The Peninsula ini. Maka secara rasminya, buku penulisan Sandra yang mengisahkan perjalanan berkembara basikal merentasi semenanjung Malaysia ini pun dirasmikan. Tahniah Sandra ! Pengerusi majlis menamatkan acara perasmian ini dengan menjemput tetamu untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan di kawasan luar berhampiran pintu masuk MPH.
|
Gambar 13. Pengerusi majlis menjemput ibubapa Sandra ke hadapan untuk acara kemuncak majlis pelancaran buku |
|
Gambar 14. Acara kemuncak pelancaran buku, bersama ibubapa Sandra dan wakil penerbitan dari MPH |
Berlangsung sudah acara kemuncak pelancaran buku. Beberapa tetamu yang hadir beredar meninggalkan lokasi majlis pelancaran, mungkin untuk pulang atau menikmati hidangan ringan yang disediakan di kawasan luar berhampiran pintu masuk MPH. Sandra pula, sibuk menurunkan autografnya dan bergambar kenangan. Seorang individu dilihat menghadiahkan sehelai jersi berbasikal berwarna hijau terang.
|
Gambar 15. Sandra sibuk menurunkan autograf untuk pemilik-pemilik bukunya |
|
Gambar 16. Peminat dan penyokong nombor satu Sandra: Ibubapanya ! |
|
Gambar 17. Seorang individu menghadiahkan Sandra dengan sehelai jersi berbasikal berwarna hijau terang |
Terdapat juga dua individu dari majalah berbasikal tempatan datang bagi memeriahkan majlis. Ini dapat saya teka dari baju yang mereka pakai. Jejaka berbadan gempal berambut panjang memakai baju berlambang BaikBike.com manakala jejaka tinggi berbadan sasa dan bercermin mata pula memakai baju Cycling Malaysia. Kedua-dua mereka membeli buku, mendapatkan autograf dan juga bergambar kenangan. Wakil dari Cycling Malaysia sempat menghadiahkan senaskah majalah kepada Sandra ketika mereka berdua bergambar kenangan.
|
Gambar 18. Wakil dari majalah dalam talian, BaikBike.com |
|
Gambar 19. Wakil dari majalah Cycling Malaysia |
Saya kemudian meninggalkan kawasan majlis pelancaran untuk keluar menjamu selera. Semasa makan, sempat saya berkenalan dengan individu dari majalah berbasikal dalam talian, BaikBike.com. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Alan, jurugambar merangkap editorial untuk majalah tersebut. Alan bertanya adakah saya mengetahui tentang kewujudan majalah dalam talian tersebut. Secara spontan dijawab yang saya selalu berkunjung ke laman tersebut, malahan membuat pautan (link) ke salah sebuah blog milik saya. Mendengarkan jawapan tersebut, beliau terus mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan saya itu.
|
Gambar 20. Jamuan ringan yang diadakan di kawasan luar premis MPH |
|
Gambar 21. Hidangan jamuan ringan petang itu. Sate pun ada, wowww !! |
Tidak lama kemudian, Sandra datang mendapatkan saya. Beliau mengenalkan saya kepada Melanie, "dia ni otai", kata Sandra. Sandra memberitahu kepada Melanie yang saya turut berkecimpung dalam aktiviti berkembara basikal (touring). Saya bersalaman dengan Melanie, dan kemudian bertanya, "you ni pun berbasikal juga kah ?" Jawab Melanie, "dulu lah, sekarang cuma menganjurkan acara - acara triathlon je". Saya menambah, "you mungkin ada sebagai friend dalam Facebook saya, mungkin tak berapa kenal sahaja. Samalah seperti saya dengan Sandra, ini kali pertama kami berjumpa." Saya kemudiannya mempelawa Melanie untuk turut sama menikmati jamuan, beliau menolak dengan alasan masih kenyang.
Puas menikmati hidangan, meletakkan pinggan makan dan membuang cawan plastik kedalam plastik sampah disediakan, saya kembali memasuki MPH ke kawasan majlis pelancaran buku sebentar tadi. Niat untuk berehat bagi menurunkan makanan di perut dengan duduk di sofa berwarna hitam terletak berhadapan papantanda acara pelancaran.
Bersama duduk di deretan kerusi itu, seorang lelaki yang saya sedari telah berada dalam majlis sejak dari awal lagi. Ingatan saya mengecam beliaulah individu yang diminta untuk memotret gambar kenangan bersama Sandra sebelum majlis pelancaran berlangsung. Saya menghulurkan tangan kepada beliau untuk bersalaman, sambil mengenalkan diri. Jabat tangan saya disambut, dan beliau mengenalkan dirinya sebagai encik Ho. Perbualan kami seterusnya, berkisar tentang minat kami yang suka berkembara basikal. Beliau kemudiannya meminta akaun Facebook saya dan kami saling bertukar-tukar nama akaun masing-masing. Encik Ho, atau nama penuhnya Ho Kam Wah meminta saya menulis nama akaun Facebook saya di belakang kertas pelekat cermin kereta yang diterimanya. Saya pula, menulis nama akaun beliau lalu menyimpannya di bahagian Draft mesej telefon bimbit.
Ketika kami berdua berehat, kelihatan ibubapa Sandra bergambar berdua dengan berlatarbelakangkan papantanda majlis pelancaran. Saya turut curi - curi mengambil gambar mereka hehehehe ... Tidak lama kemudian, mereka beramai-ramai pula berkumpul untuk bergambar kenangan. Saya mengeluarkan kamera yang dibawa, disamping turut diberikan sebuah kamera oleh salah seorang dari mereka minta dibantu untuk merakamkan gambar kenangan. Paling melucukan, ketika melihat mereka sepakat beraksi gaya 'berdiri tegak dengan kedua tangan diletakkan disisi', seolah mahu menyanyikan lagu Negaraku.
|
Gambar 22. Bergambar kenangan di papantanda pelancaran majlis penting anak mereka |
|
Gambar 23. Gambar beramai-ramai, gaya santai |
|
|
Gambar 24. Gambar dengan gaya serius [diambil dari album Facebook encik Ho Kam Wah] |
|
Gambar 25. 'PATP', menjadi 'highlights' di kedai buku MPH Subang Parade ketika ini |
|
Gambar 26. Suami - isteri yang menjadi jiran kepada Sandra, turut datang memberikan sokongan walaupun tiba agak lewat |
|
Gambar 27. Jiran Sandra sedang membelek-belek buku, sambil diperhatikan oleh seorang individu yang tidak saya kenali |
Ketika beliau kelihatan lapang selepas sesi beramah mesra bersama pemilik buku karyanya, saya menghampiri beliau untuk berbual. Saya bertanyakan tentang lokasi pelancaran buku yang seterusnya kerana ingin memaklumkan kepada rakan kembara basikal di Johor iaitu rakan DTR (Darul Takzim Randonneurs) seandainya beliau berkunjung ke selatan tanahair nanti. Beliau bertanyakan hal itu kepada penerbitnya, dan kemudian berjanji untuk memaklumkan saya tentang jadualnya kelak. Saya memohon untuk pulang, seterusnya bersalaman dan sekali lagi diucapkan terima kasih oleh Sandra atas kesudian untuk datang ke majlis pelancaran bukunya.
Langit mendung tetapi cuaca tidak hujan ketika saya keluar dari bangunan Subang Parade. Saya menuju ke stesyen komuter Subang, melalui lorong pejalan kaki bersebelahan Subang Parade dan kemudiannya melintas ke seberang jalan. Di satu persimpangan berhampiran bahagian belakang pasaraya besar Carrefour dan jalan masuk ke stesyen komuter Subang, terdapat van kecil penjaja bergerak yang menjual makanan dan minuman. Saya memesan semangkuk mee kari bersama secawan air asam boi ais, dan menikmati keduanya di meja yang redup sambil membaca buku yang baru saya miliki sebentar tadi.
Impresi pertama ketika membaca bahagian awal buku ini, wowww !! Penulisannya amat teliti, saya seolah dibawa ke detik dan lokasi ketika beliau dan rakannya, encik Mak melakukan kembara berbasikal. Mungkin juga kerana meminati aktiviti kembara berbasikal ini menyebabkan saya dapat menghayati pengalaman yang dituliskannya. Selesai makan dan membayar harga makanan - minuman, saya ke stesyen komuter Subang bagi mendapatkan tren untuk pulang ke Shah Alam. Setibanya ke kediaman saya di Shah Alam, titisan hujan mula turun sebaik sahaja membuka pintu pagar luar rumah, syukur !
|
Gambar 28. Harga yang rendah untuk nilai yang tinggi bagi sebuah buku |
|
Gambar 29. Mendapat autograf dan penanda buku sebagai cenderahati |
|
Gambar 30. Cetakan gambar pada kedua - dua belah penanda buku. |
|
Gambar 31. Bahagian paling berharga buku ini, autograf dari penulisnya |
|
Gambar 32. Pelekat cermin kenderaan kempen keselamatan yang bersaiz 22 x 20 cm |
|
Gambar 33. Bahagian kulit belakang buku |
Saya akan memberikan reviu untuk dikongsikan bersama pembaca blog ini sebaik sahaja tamat membaca buku tersebut. Ini bukan janji, tapi pasti ! Ahaksss ...
Nota:
(1) Buku berjudul "Pedalling Around The Peninsula" karya Sandra Loh ini boleh dimiliki secara pembelian dalam talian di MPHOnline.com. Selamat memiliki !
(2) Gambar majlis pelancaran oleh majalah Cycling Malaysia.
(3) Gambar majlis pelancaran dan reviu buku oleh BaikBike.com
(4) Artikel di akhbar dalam talian The Malay Mail
"The
difference between the impossible and the possible lies in a person’s
determination" - Tommy Lasorda
12 comments:
Mudah-mudahan satu hari nanti ada buku hasil karya Azizan Zolkipli pulak ya.....:)
AndaQue: Mudah2an juga satu hari nanti. InsyaAllah bang ...
WOW!!! SALAM... NK MINTAK IZIN TAG NAMA JOIN SEGMEN ..TQ ^_^ http://ahmoysimerah.blogspot.com/2012/04/segmen-menjelajah-blogger-bersama-by.html
SALAM.. NK MINTAK IZIN TAG UTK JOIN SEGMEN. ^_^ http://ahmoysimerah.blogspot.com/2012/04/segmen-menjelajah-blogger-bersama-by.html
sungguh lengkap cerita pelancaran buku ni. kire pakcik ni mmg femes la sampaikan sandra tu boleh cam!
Mrs.BuduBilis: Dipersilakan ...
gadisBunga: hehehe ... takdelah lengkap sangat pun, saja menulis bagi panjang kasi orang jemu ( :
Sandra tu memang Pakcik dah sekian masa kenal dalam Facebook. Jumpa dia je yang belum pernah selama ini ...
yeayyy !!!
cubaannn...cubaannnn !! 1,2,3 !!..hello..hello !!
jura juju: Yeayyyyy ! Anda berjaya membuat komen di percubaan yang pertama ini. Tahniah dan teruskan setia mengikuti pengkisahan di Ceritera Touring ini ( :
yerrr...aunty akan selalu 'curik2 baca' semua pengkisahan pakcik..^_^
p/s..sebenarnya itu adalah cubaan kali ke 3 tau..ihik !
jura juju: Terima kasih my dear aunty atas sokongan yang diberikan.
Post a Comment