ADS

24 December 2012

Batu tanda 0 kilometer


Batu tanda merupakan penanda jalan yang diperbuat dari simen dan diletakkan di permukaan tanah tepi jalanraya. Objektif utamanya ialah untuk memberikan maklumat jarak sesuatu destinasi yang ingin dituju kepada para pengguna jalanraya.

Terdapat dua jenis batu tanda yang saya perhatikan, jenis lama iaitu pada permukaannya cuma terdapat dua bahagian; di bahagian atas nama tempat manakala bahagian bawah pula jarak ke tempat tersebut, dalam unit kilometer. Rujuk gambar 3.

Bagi batu tanda jenis baru, biasanya akan terdapat 3 bahagian; atas, tengah dan bawah. Bahagian atas akan diletakkan nombor rujukan bagi jalan tersebut baik ianya Jalan Persekutuan mahupun jalan negeri. Jalan Persekutuan (Federal Route) hanya mengunakan nombor dari satu ke empat digit, dengan tiada sebarang huruf dihadapannya. Sebagai contoh: 1, 12, 123 dan 1234. Jalan negeri pula akan terdapat huruf dihadapan setiap nombor, dimana setiap huruf mewakili setiap negeri dimana ianya sama dengan nombor pendaftaran kereta. Sebagai contoh; A1 untuk jalan di negeri Perak, B12 di negeri Selangor, C123 di negeri Pahang dan lain lain lagi.

Bahagian tengah pula, nama tempat atau beserta jaraknya. Bagi bahagian tengah, kadang-kadang diletakkan lebih dari satu info jarak. Sila rujuk gambar 2. Bahagian bawah pula memberikan nombor rujukan batu tanda di laluan tersebut.

Kebiasaannya, nombor terkecil pada setiap batu tanda ialah 1, iaitu satu kilometer lagi untuk sampai ke sesuatu tempat yang dituju. Walaubagaimanapun, terdapat keunikan di beberapa lokasi yang meletakkan 0 kilometer sebagai menunjukkan yang kita telah pun sampai di destinasi yang dituju. Secara peribadinya, sepanjang kembara berbasikal saya dan juga rakan kayuhan telah menemui tiga buah batu tanda 0 kilometer. 


Pangkor 0 km
 
Ianya terletak lebih kurang empat ratus meter dari terminal jeti utama pulau Pangkor. Saya menemuinya di hari pertama ketika membuat kayuhan solo Sabak Bernam - Lumut - Pulau Pangkor - Sabak Bernam pada 22hb Nov. 2008 lalu.


Gambar 1. Pangkor 0 km. [Klik untuk pembesaran imej]



Butterworth 0 km
 
Kedudukan batu tanda ini terletak tidak sampai lima kilometer dari Terminal Feri Sultan Abdul Halim, Butterworth. Saya dan Muzammil menemuinya secara tidak sengaja ketika kami berhenti seketika bagi memeriksa koordinat sebuah hotel bajet yang ingin kami cari untuk bermalam menggunakan bantuan alat GPS (Global Positioning System). Ianya berlaku di hari pertama kayuhan yang kami gelarkan sebagai Slowly Slowy Go Down (SSGD) pada tarikh 4hb Nov. 2010 lalu.


Gambar 2. Butterworth 0 km [Klik untuk pembesaran imej]



Kuala Lipis 0 km

Antara batu tanda 0 yang paling terkenal, ianya telah menghiasi banyak artikel pelancongan baik di majalah mahupun dokumentari. Tidak kurang juga pada gambar-gambar peribadi setiap pengunjung yang telah datang ke pekan Kuala Lipis, Pahang. Terletak bersebelahan Pejabat Pos Kuala Lipis, ianya menjadi nostalgia kepada penduduk tempatan sebagai salah satu kesan sejarah pendudukan British telah berlaku di situ. Gambar ini dirakam di hari kedua ketika saya membuat kayuhan solo Kampung Raja (Cameron Highlands) - Pos Betau - Felda Sungai Koyan - Kuala Lipis - Felda Kechau - Merapoh - Gua Musang - Kampung Raja pada tarikh 24 hingga 27hb Nov. 2012 baru-baru ini.


Gambar 3. Kuala Lipis 0 km [Klik untuk pembesaran imej]



Pada pembaca yang mempunyai maklumat tentang batu tanda 0 kilometer selain di atas, diharap dapat memberikan info tentangnya di email saya azizanzolkipli@gmail.com. Maklumat yang akan anda berikan adalah sangat saya hargai.

* Penulis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pembaca yang sudi klik pada iklan pada laman ini. Terima kasih ( :

14 comments:

gadisBunga™ said...

pakcik! kat Johor ni ada tau. tapi saya kene tanya balik kat orang untuk pastikan kat mana tempatnya~

Azizan Zolkipli said...

@gadisBunga: Hahhh, ada ? Mana, mana ? Terus bersemangat nak tahu lebih lanjut ni. Sila kemukakan bukti bergambar, agar usaha untuk kesana boleh diusahakan hehehe ...

gerbanggunung said...

Pangkor 0 di belah Pulau atau di Lumut?

Azizan Zolkipli said...

@Apip Embi: Pangkor di sebelah pulau. Keluar aje terminal feri Pangkor tu, ambil ke kanan. Lebih kurang 400m tengok batutanda ni di sebelah kiri jalan, tepi satu bangunan

gadisBunga™ said...

pakcik. sini! :D

http://memanglumayan.wordpress.com/2008/11/12/zero-milestone/

Azizan Zolkipli said...

@gadisBunga: Terima kasih bebanyak GB ! Cayang kamu muahhhh atas info nya ( :

wakgelas said...

wak penah nmpk dlm blog kawan wak yg ituuu..

bandar johor bahru:
http://unblogging.me/2011/06/19/zero-milestone/

masai:
http://unblogging.me/2011/05/09/photo-essay-masai/

seri medan, batu pahat:
http://memanglumayan.wordpress.com/2008/11/12/zero-milestone/

gudluck bro, jgn bilang wak X ngomong yee..,

Azizan Zolkipli said...

@Wak Gelas: Terima kasih bebanyak Wak atas info yang diberikan tu ! Sangat2 menghargainya ...

SuzieLAWAti said...

pakcik... kat kg kita kompom ada...
selalunya tanda batu 0 tu akan berada di pejabat pos.. org kata lah..,
saya ingat blk kg nk tgok ade tak batu tanda 0 kat pejabat pos sg besar tuu...

klu ade saya roger2 yaa..

Azizan Zolkipli said...

CiKPuaNLawA: Ohhh, ada ke kat Sg. Besar tu ? Alamak, tak perasan daaa ... Yup, off course please my dear, please help to confirm it. Thanks in advance !

eL@pHoto's said...

Di pejabat Pos Malaysia Behrang, Perak ada jugak.. Batu 0km

Azizan Zolkipli said...

eL@pHoto's: Terima kasih atas infonya. Jika sudi, bolehlah berkongsi gambarnya dengan saya.

singoraora said...

Di pejabat pos johor bahru berdekatan dengan bazar karat

Azizan Zolkipli said...

@singoraora : Terima kasih atas infonya. Saya belum pernah jejakkan basikal ke situ lagi hehehe ...