[Klik untuk pembesaran imej] |
Selamat tinggal 2012, selamat datang 2013 !
Salam sejahtera, rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2013 buat semua pengikut dan pembaca Ceritera Touring. Tidak kiralah samada anda pengikut tegar, pembaca setia mahupun jenis ON and OFF.
Setinggi-tinggi penghargaan pada mereka yang rajin memberikan komen, mengkritik, memberikan idea-idea segar, menambah dorongan dan semangat perangsang serta tidak kurang juga mengspam (jika yang ini senang sahaja, saya akan klik pada mark as spam, hahaha).
Terima kasih atas persahabatan yang terjalin, tidak kiralah secara maya (di blog ini, di Facebook atau di Twitter) mahupun secara realiti di mana-mana kayuhan atau di jalanan. Saya sangat menghargai setiap interaksi anda.
Harapan untuk tahun 2013 ini, untuk melakukan banyak lagi kayuhan dalam negara disamping berkayuh ke luar negara. Doakan keselamatan saya ketika berkayuh. InsyaAllah akan cuba berkongsikan segala pengalaman dan pengetahuan bersama para pembaca serta meningkatkan mutu penulisan bagi setiap artikel yang diterbitkan.
Salam kayuhan kembara !
Azizan Zolkipli
Shah Alam,
7hb Jan 2012, 0822 hrs
Nota:
Lokasi gambar ini diambil ialah di jalan Sungai Buloh - Ijok, berhampiran sebuah kuil Hindu tepi jalan yang berliku tidak jauh dari simpang tiga ke Batu Arang (jika datang dari arah Sungai Buloh). Bertarikh 1hb Jan 2013, ketika saya dalam perjalanan pulang dari Kuala Selangor ke Shah Alam. Ianya bersempena Kayuhan Penutup 2012 / Pembuka 2013 bermula pada 30hb Dis 2012 dan berakhir pada 1hb Jan 2013.
7 comments:
hahaha!!! ohsem sungguh momen ini pakcik~
@gadisBunga: Terima kasihhhhh ... Kebetulan berkayuh masa cuti tahun baru, terjumpa pulak papantanda ucap selamat tahun baru. Apalagi, kasi tangkap gambor lah hehehe ...
Selamat Tahun Baru 2013 Azizan Zolkipli
@AndaQue: Terima kasih tuan. Selamat tahun 2013 juga !
wow! hebat la gambar tu.. tahniah.. teruskan pengembaraan nye...
selamat tahun baru
tahniah... selamat tahun baru :-))
Lavender: Terima kasih atas kata semangat ! Juga terima kasih kerana sudi lihat gambar ni ( :
Post a Comment