Kesinambungan
dari episod lalu boleh dibaca di sini.
Awalan
penceritaan boleh dibaca di sini.
Nota:
Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Pembesaran imej dapat dilakukan dengan cara klik pada setiap gambar. Koleksi gambar adalah ihsan dari Ah Chong dan Muzammil. Semua hakcipta penulisan serta gambar adalah terpelihara dan sebarang penggunaan mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari pemilik. Terima kasih.
Lebuhraya Simpang Pulai - Gua Musang (A181)
Di suatu kawasan, abang Joe yang pada mulanya sekadar menjadi sweeper (pengiring paling belakang) telah mula memintas kami bertiga. Mungkin kerana terlalu bosan mengekori kami dari belakang yang terlalu perlahan. Ternyata pada umur 50an, kudratnya kayuhannya seolah pemuda berusia 30an. Saya cuba mengekorinya secara rapat tetapi tidak dapat mendekatinya dan ketinggalan beberapapuluh ratus meter di belakang.
Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Pembesaran imej dapat dilakukan dengan cara klik pada setiap gambar. Koleksi gambar adalah ihsan dari Ah Chong dan Muzammil. Semua hakcipta penulisan serta gambar adalah terpelihara dan sebarang penggunaan mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari pemilik. Terima kasih.
Lebuhraya Simpang Pulai - Gua Musang (A181)
Di suatu kawasan, abang Joe yang pada mulanya sekadar menjadi sweeper (pengiring paling belakang) telah mula memintas kami bertiga. Mungkin kerana terlalu bosan mengekori kami dari belakang yang terlalu perlahan. Ternyata pada umur 50an, kudratnya kayuhannya seolah pemuda berusia 30an. Saya cuba mengekorinya secara rapat tetapi tidak dapat mendekatinya dan ketinggalan beberapa
Gambar 1. Sekali sekala, abang Joe memecut laju memintas dan meninggalkan kami jauh di hadapan |
Sampai di satu
kawasan lapang dan terbuka, terbentang di hadapan satu bukit yang panjang. Di situ kami berhenti rehat di tepi jalan sementara
menunggukan kedatangan Ah Chong dan Muzammil. Tidak beberapa lama kemudian,
mereka berdua pun datang. Di sini, saya merasakan badan terlalu panas akibat
berkayuh melalui laluan berbukit meskipun matahari telah mula tenggelam dan
keadaan telah beransur kelam.
Tanpa segan silu,
saya membuka baju dan cuma mengenakan vest
pemantul cahaya yang menjadikan ianya kelihatan masih tetap memakai baju.
Mengikuti jejak saya, Ah Chong dan Muzammil turut berbuat demikian.
Masing-masing ketawa pada mulanya, tetapi apakan daya panas badan membuatkan
kami berasa runsing dan tidak selesa semasa berkayuh.
Menuju Pos Slim
Dari situ, kami berempat menyambung kembali kayuhan dan melalui laluan curam panjang yang pertama untuk jalan A181 hari itu. Laluan tersebut mempunyai jalan yang lebar, dengan terdapat dua lorong pada kedua-dua hala dan mempunyai pembahagi jalan di tengahnya. Di sini, kami terpisah kepada dua kumpulan iaitu kelompok hadapan saya dan abang Joe manakala di belakang Ah Chong dan Muzammil. Saya tidak dapat mengikuti belakang Ah Chong dan Muzammil kerana basikal hanya dilengkapi dengan cassette 7 kelajuan (7 speed), kelajuan yang perlahan akan membuatkan saya terpaksa bekerja lebih keras dan ini akan menggunakan lebih tenaga berbanding basikal mereka berdua.
Saya tinggalkan keduanya kerana yakin, Ah Chong dan Muzammil dapat menjaga keselamatan mereka sendiri dan mereka tidaklah berkayuh berseorangan. Pada suatu ketika, abang Joe seolah sangat energetic. Tindakannya mengekori sebuah lori dari bahagian belakang membuatkan saya terdetik, "orang tua ini tiada jantungkah ...". Beberapa ratus meter di hadapan, abang Joe menunggu saya di tepi jalan. Saya pun menanyakan beliau, "abang tak penat ke kayuh laju-laju ikut belakang lori tu ?" Jawabnya, "tak, lagi ringan sebab dapat cucuk angin ..."
Saya dan abang Joe mensasarkan untuk berhenti di Pos Slim bagi menunggu kedatangan Ah Chong dan Muzammil yang berkayuh agak perlahan di belakang. Tetapi malangnya, akibat kegelapan malam dan tiada lampu jalan, kami telah terlajak di hadapan dan tidak menemukan simpang jalan masuk ke penempatan orang asli tersebut. Perjalanan diteruskan hinggalah kami menemui sebuah pondok yang dijadikan tempat berniaga oleh suku kaum orang Asli. Saya mencadangkan pada abang Joe agar kami berhenti di situ untuk berkumpul semula (regroup) sementara menunggu ketibaan mereka berdua. Sementara menunggu, abang Joe berbaring dan saya memasak air bagi menyediakan minuman.
Gambar 2. Ah Chong dan Muzammil mengikuti stail saya, tidak memakai baju dan cuma mengenakan vest pemantul cahaya sahaja |
Menuju Pos Slim
Dari situ, kami berempat menyambung kembali kayuhan dan melalui laluan curam panjang yang pertama untuk jalan A181 hari itu. Laluan tersebut mempunyai jalan yang lebar, dengan terdapat dua lorong pada kedua-dua hala dan mempunyai pembahagi jalan di tengahnya. Di sini, kami terpisah kepada dua kumpulan iaitu kelompok hadapan saya dan abang Joe manakala di belakang Ah Chong dan Muzammil. Saya tidak dapat mengikuti belakang Ah Chong dan Muzammil kerana basikal hanya dilengkapi dengan cassette 7 kelajuan (7 speed), kelajuan yang perlahan akan membuatkan saya terpaksa bekerja lebih keras dan ini akan menggunakan lebih tenaga berbanding basikal mereka berdua.
Saya tinggalkan keduanya kerana yakin, Ah Chong dan Muzammil dapat menjaga keselamatan mereka sendiri dan mereka tidaklah berkayuh berseorangan. Pada suatu ketika, abang Joe seolah sangat energetic. Tindakannya mengekori sebuah lori dari bahagian belakang membuatkan saya terdetik, "orang tua ini tiada jantungkah ...". Beberapa ratus meter di hadapan, abang Joe menunggu saya di tepi jalan. Saya pun menanyakan beliau, "abang tak penat ke kayuh laju-laju ikut belakang lori tu ?" Jawabnya, "tak, lagi ringan sebab dapat cucuk angin ..."
Saya dan abang Joe mensasarkan untuk berhenti di Pos Slim bagi menunggu kedatangan Ah Chong dan Muzammil yang berkayuh agak perlahan di belakang. Tetapi malangnya, akibat kegelapan malam dan tiada lampu jalan, kami telah terlajak di hadapan dan tidak menemukan simpang jalan masuk ke penempatan orang asli tersebut. Perjalanan diteruskan hinggalah kami menemui sebuah pondok yang dijadikan tempat berniaga oleh suku kaum orang Asli. Saya mencadangkan pada abang Joe agar kami berhenti di situ untuk berkumpul semula (regroup) sementara menunggu ketibaan mereka berdua. Sementara menunggu, abang Joe berbaring dan saya memasak air bagi menyediakan minuman.
Gambar 3. Ah Chong dan abang Joe berbaring seketika di pondok jualan orang Asli |
Kesejukan semakin mencengkam tulang kami. Minum air panas yang saya sediakan, sekurang-kurangnya dapat memanaskan badan dan memberikan sedikit tenaga untuk meneruskan kayuhan. Tanpa rakan-rakan lain ketahui, sebenarnya penyediaan air minuman ini adalah satu taktik bagi menaikkan semangat kayuhan disamping memberikan kami sedikit masa untuk berehat memulihkan tenaga. Setelah berkayuh sekian lama dari Bidor ke Simpang Pulai, dan kini melalui laluan pendakian, sedikit sebanyak pastinya akan melemahkan semangat seseorang. Mujurlah apabila berkayuh pada waktu malam, cuaca tidak panas dan jalan yang akan dilalui tidak boleh dinampak pada jarak jauh oleh semua.
Selesai minum, berkemas dan bangun dari tidur, perjalanan diteruskan menghala ke Kampung Raja. Pada beberapa bahagian, terdapat laluan menurun bukit dan ini dapat menjimatkan tenaga kami serta berpeluang berehat sebentar dari mengayuh.
Lagi 30 kilometer ke Kampung Raja
Setelah beberapa lama mengayuh, kami tiba di sebuah batu tanda yang memberitahu tinggal 30 kilometer menuju ke Kampung Raja. Itu bagi kami adalah titik tengah kerana jarak dari Simpang Pulai ke Kampung Raja ialah sejauh 61 kilometer. Di situ, kami berhenti rehat seketika sebelum menyambung perjalanan. Apa yang saya ingati, selepas itu boleh dikatakan kami berempat berhenti di setiap 1 kilometer untuk berehat. Cuaca yang semakin sejuk berikutan aras dari laut semakin tinggi, ditambah dengan hujan rintik-rintik dan perut yang lapar menambahkan lagi kesengsaraan kami. Mujurlah masing-masing membawa bekalan makanan dan minuman yang dibeli dari sebuah kedai runcit di Simpang Pulai.
Gambar 4. Berhenti rehat serta makan-minum bagi menambah tenaga ketika jarak perjalanan berbaki 30 kilometer. |
Tayar basikal Ah Chong pancit ) :
Puas makan dan berehat secukupnya, kami menyambung perjalanan bagi menghabiskan baki kayuhan untuk hari itu. Mata saya telah mula mengantuk, akibat dari berkayuh lebih masa dan telah menjangkaui waktu tidur. Tiba di satu kawasan, Ah Chong tiba-tiba berhenti dan mengisyaratkan kami untuk turut berhenti. Rupa-rupanya, tayar hadapannya pancit. Kami mencari kawasan yang selamat untuk berada di tepi jalan, di sebuah kawasan yang mempunyai laluan sedikit lurus agar mudah dinampak oleh pengguna jalanraya yang lain.
Sedang Ah Chong membuka tayar hadapan keluar dari rim basikalnya, sebuah van yang sedang dalam perjalanan turun ke Simpang Pulai tiba-tiba menukar arah, berpatah balik ke atas dan menghampiri kami. Kami berempat mulai risau, menyangkakan kami akan dirompak pada malam itu. Seorang lelaki Melayu bertubuh gempal keluar dari vannya, menghampiri kami seraya memberikan salam. "Assalamualaikum. Ada apa-apa masalah ke ?" "Ha'a, tayar basikal saya pancit ni bang," ujar Ah Chong. "Ohhh, takpe saya suluhkan korang nak tukar tayar ni, lagipun dapat juga saya berehat dan hisap rokok untuk hilangkan mengantuk" kata beliau lagi.
Lelaki itu mematikan enjin vannya, tetapi tidak mematikan lampu hadapan semata-mata untuk menerangi Ah Chong yang sedang menukar tiub hadapan tayar basikalnya. Saya yang melihatkan tindakan ini, berperasaan bercampur baur antara sedikit terharu dan gembira. "Ada juga orang baik dalam dunia ni, sanggup menolong orang lain dalam kesusahan ketika waktu dah mencecah sepertiga malam dan di laluan yang berliku serta sepi ini," detik saya dalam hati.
Gambar 5. Mujurlah ada lelaki baik hati yang menerangi kami dengan lampu kenderaannya |
Dalam pada masa Ah Chong menukar tiub, sempat juga kami berbual-bual bersama beliau. Katanya, dia baru sahaja balik dari Raub dengan mengikuti laluan baru Sungai Koyan - Ringlet untuk menghantar minuman kesihatan keluaran syarikat tempat dia bekerja. Selepas ini, dia akan meneruskan perjalanan pulang ke kediamannya di Kampar. Perbualan kami berselang seli dengan hembusan asap rokok yang keluar dari mulut lelaki itu, mungkin bagi menghilang kesan mengantuk akibat memandu berseorangan dalam jarak yang jauh pada waktu malam.
Gambar 6. Berbual dengan lelaki yang memberhentikan vannya demi untuk mencerahkan kami berempat |
Selesai menukar tiub, kami berempat memohon untuk menyambung perjalanan lalu mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan lelaki tersebut. Kami memohon maaf kepadanya disebabkan tidak boleh berhenti terlalu lama kerana ingin menyelesaikan segera kayuhan dan ingin menghindari kemungkinan kekejangan kaki (cramp) akibat cuaca yang semakin sejuk.
Lampu oren ( :
Dari jauh, di sebalik sebuah bukit kami ternampak satu cahaya oren yang kadang-kadang ada dan kadang-kadang menghilang. Mungkinkah itu lampu di menara pemancar ? Hmm, jika lampu menara pemancar biasanya berwarna merah. Atau mungkinkah ianya sebuah lampu jalan ? Tetapi persoalannya, kenapa ia sekejap ada dan sekejap menghilang. Jika sebelum ini kami berhenti di setiap kilometer, seolah mendapat satu suntikan semangat, kami menjangkaui 2 kilometer dan ada kalanya lebih dari itu.
Lebih kurang jangkaan belasan kilometer berkayuh, kami sampai di lokasi yang mempunyai 'lampu oren' tersebut. Ia adalah pejabat JKR Kinta, satu-satunya lokasi mempunyai lampu jalan sepanjang kami berkayuh selepas perjalanan berbaki lagi 30 kilometer menuju Kampung Raja. Kami berhenti seketika di pintu pagarnya yang berkunci, berehat dan bergambar kenangan. Tibanya di situ seolah menambah semangat kayuhan kami kerana kami tahu jarak ke Kampung Raja tidak sampai 17 kilometer lagi.
Gambar 7. Di hadapan pintu pagar JKR Kinta |
Sempadan Perak - Pahang
Dari JKR Kinta, kami meneruskan perjalanan dan lebih kurang 30 minit berkayuh kami berempat tiba di sebuah laluan yang kiri dan kanannya adalah bukit yang dipotong. Terasa sungguh gembira apabila dapat melihat sebuah papantanda biru yang berjata negeri Pahang dan dibawahnya bertulis SEMPADAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR. Kesempatan itu digunakan untuk berehat seketika dan yang paling penting, merakamkan kenangan berjaya tiba di situ. Dari situ, batuan tanda memberitahu kami yang perjalanan berbaki 14 kilometer menuju Kampung Raja.
Gambar 8. Ah Chong, Muzammil dan abang Joe di papantanda sempadan negeri Pahang |
Kejayaan hampir tiba !
Masing-masing semakin bersemangat, dan kelajuan kayuhan sedikit meningkat. Namun, kejayaan tidak datang begitu sahaja, rupa-rupanya masih terdapat laluan pendakian walaupun jarak ke Kampung Raja semakin dekat. Pada satu kawasan berhampiran kebun sayur, kami berempat berhenti tidur akibat terlalu mengantuk. Jam pada waktu itu menghampiri 0330 pagi, saya Ah Chong dan Muzammil tanpa mempedulikan perkara lain masing-masing terus berbaring di tepi jalan untuk melelapkan mata walaupun dalam keadaan sejuk dan titis hujan halus membasahi kami. Abang Joe yang kelihatan duduk di atas palang pada mulanya kerana menunggu kami, juga kemudian tidur dengan meletakkan tangan di atas handlebar basikalnya.
Setelah hampir 30 minit melelapkan mata, masing-masing bangun untuk meneruskan perjalanan. Beberapa kilometer dihadapan, kami ditemukan dengan simpang tiga dimana ke arah kanan menghala ke Kampung Raja manakala jika terus menuju ke Lojing atau Gua Musang. Setelah memasuki simpang ke kanan, laluan terus menurun sejauh 3 kilometer dengan kecuraman lebih kurang 10%. Beberapa minit kemudian, ternampaklah akan kami sebuah papantanda berlatarbelakang putih bertulis Kampung Raja di sebelah kiri . Akhirnya ! Perjalanan hari kedua kami berjaya menemukan titik noktahnya. Di papantanda itu, kami berempat bergambar kenangan, sebagai simbolik kejayaan kami menawan laluan pendakian Simpang Pulai - Cameron Highlands.
Gambar 9. Ah Chong dan abang Joe bergambar kenangan di papantanda Kampung Raja |
Gambar 10. Ah Chong, sangat berpuas hati setelah berjaya tiba di checkpoint hari kedua |
Jika diingat-ingat kembali, agak getir perjalanan hari kedua kami. Hujan yang kadangkala turun lebat membataskan masa dan jarak kayuhan, tiga kali tayar pancit sedikit merendahkan momentum dan semangat kami, memulakan perjalanan dari Simpang Pulai selewat jam 1800 petang dengan melalui jalan pendakian yang berliku dalam keadaan kelam malam, sejuk mencengkam tulang dan hujan gerimis serta berkayuh dalam keadaan mengantuk. Ianya satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan dan dijual beli.
Checkpoint hari kedua kayuhan: Surau Kampung Raja
Lamunan itu terhenti dan kemudiannya saya menawarkan diri berada di hadapan bagi mengetuai rakan-rakan menuju ke surau Kampung Raja, tempat yang telah direncanakan sebagai checkpoint hari kedua kami. Pintu surau berkunci, dan ini menghancurkan harapan kami untuk berehat dengan selesa. Mahu ataupun tidak, kami terpaksa tidur di luar surau. Satu kawasan bersimen lapang dan rata berhampiran tempat mengambil wuduk menjadi pilihan kami untuk tempat berehat. Sebuah motorsikal yang diletakkan di situ kami alihkan, agar tidak menghalang kedudukan kami. Kami juga menyusun posisi yang sesuai supaya tidak menganggu jemaah-jemaah yang bakal menghadiri solat Subuh berjemaah beberapa jam kemudian.
Sempat saya mengambil odometer di basikal bagi melihat info kayuhan kami. Untuk hari kedua ini, kami telah berkayuh sejauh 120.21 kilometer dari Bidor, mengambil masa jam kayuhan selama 10 jam 4 minit 44 saat, kelajuan maksima 34.3 km/j dan kelajuan purata 11.9 km/j. Odometer saya letakkan kembali pada basikal, sebaik sahaja membentang sleeping mat dan memasukkan diri kedalam sleeping bag, saya terus terlena dalam keletihan. zZz krohhh krohhh krohhhhh ...
B E R S A M B U N G ...
Nota:
* Penulis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada
pembaca yang sudi klik pada iklan dalam artikel ini. Terima kasih ( :
2 comments:
memang hardcore. sbb perjalanan klu malam mmg gelap gelita tkder lampu..sampai dlm 3.30 pagi pulak tu..
Salam bro..saya azpul..kat mane nak cari fender utk tayar 700c...if abg ada tempat,sms saya kat 019-5057809..
Post a Comment