Kesinambungan
dari episod lalu boleh dibaca di sini.
Awalan
penceritaan boleh dibaca di sini.
Nota:
Tulisan
berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Pembesaran imej dapat dilakukan
dengan cara klik pada setiap gambar. Koleksi gambar adalah ihsan dari Ah Chong
dan Muzammil. Semua hakcipta penulisan serta gambar adalah terpelihara dan
sebarang penggunaan mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari pemilik.
Terima kasih.
18hb Nov. 2011, Jumaat
Kampar
Berkayuh sejauh lebih 30 kilometer dari Bidor, kami berempat tiba di pekan Kampar. Jika di pekan Tanjung Malim terkenal dengan pau Yik Mun nya, Kampar pula terkenal dengan biskut berperisa ayam. Perkara ini saya ketahui ketika menyertai rombongan bekas majikan meneroka Gua Tempurung beberapa tahun dahulu. Sewaktu perjalanan balik ke Shah Alam, bas kami berhenti di Kampar dan rakan-rakan sekerja yang berbangsa Cina memborong banyak biskut tersebut untuk dibawa pulang.
18hb Nov. 2011, Jumaat
Kampar
Berkayuh sejauh lebih 30 kilometer dari Bidor, kami berempat tiba di pekan Kampar. Jika di pekan Tanjung Malim terkenal dengan pau Yik Mun nya, Kampar pula terkenal dengan biskut berperisa ayam. Perkara ini saya ketahui ketika menyertai rombongan bekas majikan meneroka Gua Tempurung beberapa tahun dahulu. Sewaktu perjalanan balik ke Shah Alam, bas kami berhenti di Kampar dan rakan-rakan sekerja yang berbangsa Cina memborong banyak biskut tersebut untuk dibawa pulang.
Melepasi deretan
kedai di pekan Kampar yang berada dalam pola penempatan berjajar jika mengikut
subjek geografi sekolah menengah yang masih saya ingati. Kami memilih untuk
berhenti di tepi padang sebuah sekolah yang terdapat gerai menjual air tebu,
air kelapa pandan dan jus pegaga melihatkan pada papantanda promosi yang
diletakkan di tepi jalan. Menikmati keenakan minuman tersebut pada tengahari
yang panas, memang mengasyikkan.
Saya memilih untuk membeli jus pegaga, dengan
meminta untuk tidak diletakkan gula. Kata penjual wanita berbangsa Cina itu,
jus pegaga baik untuk menyejukkan badan. Tidak saya ketahui kebenaran kata-kata
tersebut adakah dapat dibuktikan secara saintifik mahupun cuma kata-kata manis
mahu melariskan jualan. Ah Chong turut mahu mencuba dengan meminum sedikit air
bungkusan saya, “tidak sedap”. katanya.
Gambar 1. Memasuki pekan Kampar |
Gambar 2. Kelapa pandan ! Hmm nyumm nyummm ... |
“Renti pekena air kelapa pandan b’hampiran sekolah ACS Kampar. Info
kayuhan: 32.88 km DST, 1:57:21 TM, 30.2 km/h MAX, 16.8 km/h AVG [18.11.2011, 1244
hrs] ...”
Gambar 3. Menikmati bungkusan air masing-masing |
Kehadiran kami berempat menarik perhatian pelajar-pelajar yang baru pulang dari sekolah menunggu ibubapa atau kenderaan mereka datang. Pengguna jalanraya yang terlibat dalam kesesakan jalanraya akibat waktu pulang dari sekolah turut mengambil kesempatan melihat-lihat pada basikal dan diri kami dari dalam kenderaan mereka.
Gambar 4. Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan menarik perhatian kami berempat dan orang sekeliling |
Gambar 5. Bersiap sedia untuk menyambung kembali kayuhan |
Kampar ke Simpang Pulai
Selesai menghabiskan minuman masing-masing, kami meneruskan perjalanan dan kali ini mensasarkan Simpang Pulai sebagai destinasi seterusnya. Tidak sampai 1 kilometer berkayuh, Ah Chong memberitahu yang beliau ingin memerut, istilah kami bagi membuang air besar. Oleh kerana terdapat dua stesyen minyak bersebelahan di seberang jalan, beliau meminta kami menjaga basikalnya sementara dia menyeberangi jalan untuk ke stesyen minyak Mobil yang terletak paling hampir dengan kedudukan kami pada masa itu. Kami memilih untuk berhenti di teduhan sebuah pokok besar di tepi jalan sementara Ah Chong menguruskan hal peribadinya.
Semasa menunggu Ah
Chong memerut, kami menonton kesesakan
jalanraya yang diakibatkan oleh waktu pulang dari sekolah bagi mengisi waktu
senggang. Tiba-tiba kami dikejutkan oleh seorang lelaki Cina, yang kelihatan
seperti orang kurang upaya. Basikal yang ditungganinya dilengkapi dua tayar
tambahan di bahagian belakang, dengan satu plet bertulis AWAS PEMANDU CACAT.
Kami cuba berbicara dengan beliau, tetapi dia hanya menggunakan bahasa isyarat
tangan yang tidak kami fahami. Setelah melihat-lihat pada basikal dan diri
kami, beliau lantas beredar dan saya lihat memasuki sebuah persimpangan ke kiri
jalan tidak jauh dari tempat kami berada.
Gambar 6. Ketenangan kami berehat, dikejutkan oleh kehadiran seorang yang ‘istimewa’ |
Gambar 7. Muzammil cuba berinteraksi dengan lelaki tersebut |
Gambar 8. Umpama lagak seorang artis, “no picture please !” |
Gambar 9. Puas memerhatikan kami, beliau lantas beredar |
Kedai antik di penghujung pekan Kampar
Sekembalinya Ah Chong
dari membuang air besar di stesyen minyak seberang jalan, kami meneruskan lagi
perjalanan meninggalkan pekan Kampar. Beberapa kilometer dihadapan, tidak jauh
dari sebuah jambatan yang melintasi Sungai Kampar. Perhatian kami tertarik oleh
deretan basikal antik yang disusun di hadapan sebuah kedai. Kedai itu terletak
antara deretan kedai yang kelihatan baru beroperasi. Kami yang telah sedikit terlajak,
mengambil keputusan untuk berpatah balik bagi meninjau kedai tersebut.
Apabila dihampiri, ternyata kedai dua pintu tersebut merupakan pusat menjual barangan antik. Di luarnya, diletakkan beberapa basikal lama, tempayan lama, kereta lembu dan yang paling menarik perhatian sebuah motorsikal berkuasa tinggi antik. Kami berempat memasuki bahagian kedai , menjumpai pemiliknya dan berkenalan. Dia meminta kami agar tidak mengambil gambar di bahagian dalam kedainya dan permintaannya kami hormati.
Apabila dihampiri, ternyata kedai dua pintu tersebut merupakan pusat menjual barangan antik. Di luarnya, diletakkan beberapa basikal lama, tempayan lama, kereta lembu dan yang paling menarik perhatian sebuah motorsikal berkuasa tinggi antik. Kami berempat memasuki bahagian kedai , menjumpai pemiliknya dan berkenalan. Dia meminta kami agar tidak mengambil gambar di bahagian dalam kedainya dan permintaannya kami hormati.
Gambar 10. Bahagian luar kedai antik yang kami singgahi |
Gambar 11. Sebuah basikal antik dipamerkan untuk jualan. Harga ? Jangan tanya saya ! |
Gambar 12. Motorsikal yang dipamer di luar kedai, paling menarik perhatian kami berempat |
Kami saling berkenalan; dimana beliau menanyakan destinasi perjalanan kami manakala kami pula banyak bertanyakan beliau mengenai beberapa barangan antik serta minat beliau dalam mengumpul dan menjual barangan tersebut. Beliau merupakan ahli kepada persatuan motorsikal antik/klasik, dan beliau berbesar hati menunjukkan kepada kami album gambarnya ketika menyertai perhimpunan motorsikal antik/klasik dalam mahupun luar negara. Beliau turut memberikan kad perniagaannya kepada kami.
Gambar 13. Gambar kenangan kami bersama pemilik kedai antik |
Gambar 14. Ehhh ! Elok pula lah basikal kami disusun di situ ( : |
Gambar 15. Deretan basikal kami bersama basikal antik yang dipamerkan |
Puas melihat-lihat
barangan yang dipamerkan dan berinteraksi dengan pemilik kedai tersebut, kami
memohon diri untuk meneruskan perjalanan. Setelah bersalaman dan mengucapkan
selamat tinggal, keempat-empat basikal dikayuh memasuki semula Jalan
Persekutuan No. 1. Meninggalkan jambatan yang melintasi Sungai Kampar, saya dan
rakan-rakan melalui Kampung Nyior tidak jauh dari kedai antik, kampung itu
merupakan lokasi kediaman rakan saya bernama Zahirah dan keluarganya. Kali
terakhir saya menziarahinya, iaitu pada Hari Raya Aidilfitri beberapa tahun
dahulu. Hmm, entah apa lah khabar
beliau sekeluarga.
B E R S A M B U N G ...
2 comments:
salam perkenalan,, teringin nak berbasikal dalam group
@beloGlsam: Salam perkenalan juga ! Meh lah, meh lah join berbasikal kumpulan ...
Post a Comment