Prolog
Lokasi: Kuala Lumpur (KL) – Melaka – Port Dickson (PD) - KL
Tarikh: 30hb Apr ~ 2hb Mei 2011
Kayuhan ini adalah diilhamkan oleh Uchu Zaza yang mahu merasai pengalaman bertouring di hari kelahiran beliau. Oleh yang demikian, saya memulakan perbincangan dengan Wakjan untuk menetapkan laluan dan kami bersetuju untuk memilih laluan KL – Melaka - PD - KL. Saya mewakili warga Batu Caves yang disertai oleh Uchu Zaza, Pak Abas & Anas manakala pihak Wakjan disertai oleh Ah Chong, Muzammil dan Aliep.
Kata Pengantar:
‘Saya’ dalam jurnal perjalanan ini, merujuk pada Subki selaku penulis yang menyumbang untuk artikel ini. Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan atau rujukan lanjut. Imej beresolusi lebih tinggi boleh dilihat dengan cara klik pada setiap gambar. Susunan gambar dalam artikel ini adalah kompilasi dari album gambar rakaman lensa peribadi Ah Chong, Muzammil dan Wakjan. Kayuhan ini turut dinamakan sebagai 'Kayuhan Cap Buruh' oleh Ah Chong sempena mengambil nama cuti Hari Buruh / Pekerja 2011.
Log Perjalanan dan Rakaman Lensa
Hari Pertama, 30hb Apr 2011:
*Taman Melati – Al Esfan (Batu Caves)
Waktu mula: Jam 0630 pagi
Waktu tiba: Jam 0645 pagi
Masa terkumpul: 0:15:46 (Jam/Minit/Saat)
Kelajuan purata: 22.1 km/j
Kelajuan maksima: 30.6 km/j
Jarak terkumpul: 5.78 km
Nota:
Berkumpul di Esfan sebelum mula berkayuh ke stesyen minyak Petronas jalan Cheras berhampiran Kem PGA (menuju ke Kajang).
*Al-Esfan – Stesyen minyak Petronas jalan Cheras (Berhampiran Kem PGA)
Waktu mula: Jam 0730 pagi (Waktu anggaran)
Waktu tiba: Jam 0850 pagi
Masa terkumpul: 1:23:24 (Jam/Minit/Saat)
Kelajuan purata: 20.5 km/j
Kelajuan maksima: 39.4 km/j
Jarak terkumpul: 28.49 km
Nota:
Sebelum sampai di stesyen minyak Petronas jalan Cheras, kami singgah di stesyen minyak Esso jalan Cheras disebabkan hujan turun dgn lebatnya. Tidak dapat meneruskan kayuhan kerana jarak penglihatan rendah (low visibility). Berhenti lebih kurang 10 minit sebelum meneruskan kayuhan dan bertemu dengan kumpulan kedua (Ah Chong, Wakjan, Muzammil dan Aliep) di stesyen minyak Petronas jalan Cheras.
*Stesyen minyak Petronas Jln Cheras ke stesyen minyak Petronas Mantin (melalui Kajang – Semenyih – Beranang)
Aliep, Muzammil, Wakjan dan Ah Chong memulakan perjalanan dari Bandar Tun Razak, rumah Ah Chong.
Sebuah kereta Proton Saga melanggar pembahagi jalan lalu terbabas ke arah stesyen minyak Petronas Jalan Cheras (hala Kajang)
Dua kumpulan mula bertemu di stesyen minyak Petronas Jalan Cheras.
Bergambar kenangan antara kesemua ahli konvoi sebelum memulakan perjalanan
Waktu mula: Jam 0910 pagi
Waktu tiba: Jam 1131 pagi
Masa terkumpul: 3:17:03 (Jam/Minit/Saat)
Kelajuan purata: 20.6 km/j
Kelajuan maksima: 44.8 km/j
Jarak terkumpul: 67.64 km
Suhu semasa tiba: 35 darjah Celcius
Nota:
Taklimat ringkas oleh Ah Chong dan Wakjan. Bacaan doa selamat dilakukan oleh Pak Abas sebelum memulakan kayuhan. Buat beberapa kilometer, konvoi masih bergerak dalam satu kumpulan besar dan selepas itu mula berpecah pada beberapa kumpulan kecil tapi masih lagi berpasangan (splitted, but in pair)
Taklimat ringkas oleh Ah Chong dan Wakjan. Bacaan doa selamat dilakukan oleh Pak Abas sebelum memulakan kayuhan. Buat beberapa kilometer, konvoi masih bergerak dalam satu kumpulan besar dan selepas itu mula berpecah pada beberapa kumpulan kecil tapi masih lagi berpasangan (splitted, but in pair)
Perjalanan menggunakan laluan jalan lama Kajang – Semenyih – Beranang – Mantin. Jalan yang rolling agak memenatkan. Walaupun demikian oleh kerana berkayuh beramai – ramai, penat – lelah kayuhan tidak dirasakan. Melalui jalan ini, saya berkayuh berdua bersama Pak Abas dengan kelajuan lebih kurang 25 km/j. Cuaca yang agak panas menemani perjalanan kami. Setibanya di Mantin, hujan turun dengan lebatnya.
Pada peringkat awal, konvoi masih lagi berkayuh dalam satu kumpulan
Melepasi Stadium Kajang
Konvoi mula terpisah kepada beberapa kumpulan bermula dari pekan Semenyih.
Wakil penjual nasi lemak kukus RM1 ?
Memasuki kawasan Beranang
Deretan kedai lama yang terdapat di Beranang
Papantanda menghala ke kedai basikal yang terdapat di Beranang
Jalan Enam Kaki ...
Meninggalkan Selangor dan mula memasuki Negeri Sembilan
Perjalanan berbaki 23 kilometer untuk ke Seremban
Gerai makan tepi jalan berhampiran Staffield Country Resort (SCR)
Menu yang kami nikmati di gerai makan pada tengahari itu; cendol, ABC dan mee bandung
Telatah masing - masing ketika menjamu selera di warung tepi jalan Beranang - Mantin
*Stesyen minyak Petronas Mantin ke stesyen minyak Shell jalan Seremban - Mantin ke Panchor Jaya (Seremban)
Waktu mula: Jam 1300 tengahari
Waktu tiba: Jam 1554 petang
Masa terkumpul: 4:44:55 (Jam/Minit/Saat)
Kelajuan purata: 19.6 km/j
Kelajuan maksima: 52.8 km/j
Jarak terkumpul: 93.10 km
Suhu semasa tiba: 32 darjah Celcius
Nota:
Setelah recharge (makan tengahari), kami memulakan perjalanan ke Seremban bagi menghadiri majlis kenduri kahwin sahabat kepada Wakjan (pasangan Wan Nazry dan Aiwa). Tayar basikal Aliep pancit ketika melepasi pekan Mantin, setelah tiub baru ditukar perjalanan disambung kembali. Perjalanan di sini agak mencabar disebabkan pendakian yang agak tinggi iaitu 170 meter dari aras laut ditambah pula dengan keadaan cuaca yg panas. Setelah berjaya menakluk bukit Mantin, kami menuruni jalan berbukit memasuki Bandar Seremban.
Di Seremban, kami sedikit tersesat akibat GPS Muzammil yang seakan memperolok – olokkan kami dalam usaha mencari lokasi rumah pengantin. Mujurlah dengan pengalaman Aliep yang pernah bekerja di sana, dapatlah beliau menjadi penunjuk arah dan diperkuatkan lagi bersama bantuan peta ke lokasi rumah pengantin. Alhamdulillah, kami selamat tiba di rumah kenduri pada jam 1554 petang. Setelah menjamah ‘sedikit’ makanan, kami meneruskan perjalanan dengan perut yang agak penuh. Tuan rumah pengantin berbesar hati memberi sebungkus nasi minyak bersama lauknya sekali. Ini menambahkan lagi beban beg pannier saya memandangkan tiada rakan lain dapat mengisikan bungkusan tersebut kerana beg mereka sudah dipenuhi dengan barang masing – masing.
Tayar belakang basikal Aliep pancit ketika melepasi pekan Mantin. Kebocoran kali pertama untuk perjalanan di hari permulaan
"Apa yang penting ? Kerjasamaaa" ...
Kemuncak pendakian di laluan Bukit Mantin. Jejantas di atas adalah laluan Lebuhraya LEKAS
Tiba di stesyen minyak Shell jalan Seremban - Mantin (hala Seremban)
Bergambar kenangan. Bukan selalu dapat bergambar dengan Pak Abas ni ( :
Serikandi Kayuhan Z yang tidur untuk mengecas kembali daya kayuhannya
Bila dapat berehat, semua muka ala sinyummm ...
Mula memasuki bandar Seremban
Sebuah kedai basikal di bandar Seremban
Entah bila masa lah diaorang jumpa artifak bersejarah ni ...
Menghadiri majlis kenduri kahwin pasangan pengantin, encik Wnazry Ismail dan puan Nor Aiwa Ahmad. Burrppp, Alhamdulillah ...
Bergambar kenangan bersama pasangan pengantin, encik Wnazry (paling kiri) dan puan Nor Aiwa (no. 3 dari kanan)
*Panchor Jaya (majlis kenduri kahwin) – Masjid Rembau
Waktu mula: Jam 1625 petang
Waktu tiba: Jam 1905 malam
Masa terkumpul: 4:44:55 (Jam/Minit/Saat)
Kelajuan purata: 19.5 km/j
Kelajuan maksima: 52.8 km/j
Jarak terkumpul: 122.01 km
Suhu semasa tiba: 30 darjah Celcius.
Nota:
Saya berkayuh berdua bersama Pak Abas, memandangkan tiada rakan lain yang mahu mengikuti beliau dan kami mengambil keputusan untuk berpisah dari ahli – ahli yang lain. Jalan yang luas membolehkan kami mengayuh dengan agak selesa tanpa gangguan dari kenderaan lain. Setelah berkayuh lebih kurang sejam setengah, saya dan Pak Abas mengambil keputusan untuk berhenti di pintu masuk utama ke Kolam Air Panas Pedas sementara menunggu rakan – rakan yang lain sampai. Di sini, kami bergabung semula, bergambar kenangan dan berehat selama lebih kurang lima belas minit. Perjalanan diteruskan ke Rembau dan kami tiba di masjid Rembau pada jam 1905 malam. Di masjid ini, rakan – rakan mengambil masa untuk bersolat dan ada juga yang sempat mandi bagi membersihkan diri.
Meninggalkan kawasan Panchor Jaya untuk ke destinasi seterusnya di Rembau
2 kilometer ke Kolam Air Panas Pedas, 12 kilometer ke Rembau
Bergambar kenangan di hadapan dindingtanda (bukan papantanda tau) Wet World Air Panas Resort, Pedas
Pintu masuk utama ke Wet World Air Panas Resort, Pedas
Nasihat keselamatan jalanraya pada papantanda, terima kasih pihak JKR ( :
Semakin menghampiri pekan Rembau
Atas: Pemandangan Masjid Rembau.
Bawah: 'Membelanda' tempat meletak kenderaan milik imam dan siak masjid
*Rembau (Masjid) – Tampin - Alor Gajah - Masjid Tanah – Sg. Udang - Pantai Puteri
Waktu mula: Tidak direkodkan
Waktu tiba: Jam 0050 tengah malam
Masa terkumpul: 9:31:50 (Jam/Minit/Saat)
Kelajuan purata: 19.8 km/j
Kelajuan maksima: 52.8 km/j
Jarak terkumpul: 188.74 km
Suhu semasa tiba: 26 darjah Celcius
Nota:
Perjalanan yang disulami gelap malam membuatkan jarak penglihatan kami agak terbatas. Kami meneruskan perjalanan sehingga simpang ke Melaka sementara menunggu ahli – ahli lain sampai. Dikhabarkan, tayar basikal Zaza telah pancit. Setibanya mereka berenam, perjalanan diteruskan ke Alor Gajah melalui lebuhraya AMJ.
Dalam perjalanan menuju ke simpang Tampin - Alor Gajah. 'Tolo' = telur dalam dialek Negeri Sembilan
Melalui satu bulatan untuk ke arah Alor Gajah, jalan ke kiri menuju susur masuk tol Alor Gajah / Simpat Empat, Melaka.
Memasuki daerah Melaka Tengah ketika melalui lebuhraya AMJ
Saya dan Pak Abas singgah sebentar untuk bergambar di papan tanda kampung ‘Ayer Pa’abas’. Ketika di situ, kami nyaris dilanggar oleh motorsikal mat rempit yang cuba lari dari dikejar polis. Berderau darah saya, hanya Tuhan sajalah yang tahu. Alhamdullillah, semuanya selamat …
Beberapa minit kemudian, saya dikejutkan dengan sebuah kereta Perodua Viva milik kawan saya yang tiba – tiba datang menyapa. Kami diikuti (escorted) oleh kereta beliau sehingga tiba di Pantai Puteri. Perjalanan ke Pantai Puteri melalui Masjid Tanah dan Sungai Udang amat memeritkan memandangkan permukaan jalannya yang berbukit. Ditambah pula perut sudah berkeroncong tanda lapar dan tenaga sudah mulai habis. Jalan yang dilalui kebanyakannya gelap, namun kami gagahi jua untuk meneruskan perjalanan ke Pantai Puteri.
Setelah beberapa jam berkayuh, kami tiba di kedai makan berhampiran Loji Penapisan Petronas. Kami meluangkan masa kira – kira sejam untuk makan bagi menambah tenaga. Setelah selesai makan, kami meneruskan kayuhan ke destinasi dituju lebih kurang berbaki tiga kilometer untuk menghabiskan perjalanan. Alhamdulillah kami sampai di Pentas Budaya Pantai Puteri kira – kira jam 0100 pagi.
Menu makanan Ah Chong untuk tambahan kalori bagi menyudahkan kayuhan ke destinasi terakhir
Setibanya di Pentas Budaya Pantai Puteri, saya membentangkan ground sheet dan tidak lama kemudian Zaza terus tertidur, mungkin kerana terlampau penat setelah seharian berkayuh. Rakan yang terakhir sampai pada pagi itu ialah Wakjan dan Muzammil.
Sinopsis Kayuhan Hari Pertama
Jangkamasa kayuhan: 9:31:50 (Jam/Minit/Saat, terkecuali waktu berhenti)
Kelajuan purata: 19.8 km/j (berdasarkan 6 rekod bacaan)
Kelajuan maksima: 52.8 km/j
Jumlah jarak terkumpul: 188.74 km
"What we see depends mainly on what we look for" - John Lubbock
2 comments:
papan tanda basikal tu: terbaekkk!!!
gadisBunga: Terima kasih. itulah, masa berkayuh ni macam2 benda boleh jumpa. padahal masa berkenderaan selalu lalu situ, tak pernah peduli pun hahaha ...
Post a Comment