ADS

01 August 2011

BMD2 - Bagai sirih pulang ke gagang

Pasti antara kalian pernah membaca satu artikel mengenai interaksi penulis dengan salah seorang pengembara berbasikal BMD2 (Berbasikal Mengelilingi Dunia-2) iaitu Aswad Zainal dalam blog Ceritera Touring ini kan ? Pada yang telah lupa, ataupun belum pernah membacanya lagi. Kalian dijemput untuk klik ke laman berikut di http://basikaltouring.blogspot.com/2010/12/interaksi-bersama-pengembara-bmd2.html

Alhamdulillah, mereka berdua (Abdul Khalib Zakaria, 41 & Aswad Zainal, 25) telah kembali dengan selamat ke tanahair dengan memasuki sempadan Thailand - Malaysia melalui Bukit Kayu Hitam pada hari Ahad, 31hb Jul 2011 kira - kira jam 1.40 tengahari. Artikel mengenai sambutan kepulangan mereka dengan diiringi oleh Kelab Basikal Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan disambut oleh ahli keluarga dan diraikan pada satu majlis di Batalion Kelima Rejimen Sempadan  telah disiarkan di Utusan Malaysia dan Harian Metro bertarikh 1hb Ogos 2011.

Sedikit petikan dari kedua - dua akhbar.

Utusan Malaysia

KUBANG PASU 31 Julai - Selepas menempuhi pelbagai rintangan dan ujian, dua sahabat berjaya menamatkan pengembaraan berbasikal mengelilingi dunia sejauh 28,000 kilometer dengan merentasi 18 buah negara dalam masa 380 hari.

Koperal Abdul Khalid Zakaria, 41, dan Mohd. Aswad Zainal, 25, memasuki sempadan Thailand-Malaysia di Bukit Kayu Hitam di sini kira-kira pukul 1.40 petang ini setelah memulakan penjelajahan itu di Putrajaya pada 14 Julai tahun lalu menerusi projek Berbasikal Mengelilingi Dunia Kedua (BMD-2).

Lebih manis terutama bagi Abdul Khalid yang merupakan anggota Grup Gerak Khas (GGK), kejayaan itu dilakar pada sambutan Hari Pahlawan hari ini dan ketika negara menghampiri sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini.

Antara negara yang dijelajahi mereka ialah Thailand, Laos, China, Uzbeskistan, Iran, Turki, Greece, Itali, Perancis, England, Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan.

Hadir sama ialah Hasan Nawawi yang merupakan penaung BMD-2 dan Pengarah GGK, Kolonel Fadzil Tajuddin.


Artikel dalam akhbar online Utusan Malaysia

Nota:


Harian Metro 

BUKIT KAYU HITAM: Dua penunggang berbasikal yang mengelilingi dunia selama setahun selamat pulang ke tanah air selepas berjaya mengelilingi dunia dengan jarak kayuhan sejauh 28,000 kilometer (km), semalam.

Mohd Aswad Zainal, 25, dan Koperal Khalib Zakariya, 40, adalah antara peserta Projek Berbasikal Mengelilingi Dunia (BMD2), yang disempurnakan perjalanan mereka pada 14 Julai 2010 oleh Setiausaha Politik Kementerian Luar, Datuk Norhaidi Che Dan.

Antara negara yang dikunjungi termasuk Thailand, Laos, China, Uzbekistan, Iran, Turki, Greece, Itali, Jepun, Korea Selatan, Vietnam, Laos, England, Perancis dan Amerika Syarikat. Mereka tiba kira-kira jam 1.40 tengah hari di pintu sempadan negara melalui pekan Danok, Thailand dan disambut keluarga dan rakan serta kakitangan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) Selangor serta anggota dari Kem Batalion 5, Rejimen Sempadan, Bukit Kayu Hitam.

Acara itu adalah kesinambungan daripada ekspedisi berbasikal mengelilingi dunia pertama oleh Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman iaitu rakyat Malaysia pertama berbasikal mengelilingi dunia pada 2001.


 Artikel dalam akhbar online Harian Metro

Nota:

Kami peminat - peminat sukan berbasikal dan touring di Malaysia mengucapkan selamat pulang, salam Ramadhan 1432H kepada mereka berdua. Semoga dapat meluangkan masa untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan bersama rakan - rakan kayuhan yang lain. Wassalam ... 


"Dream as if you'll live forever. Live as if you'll die today" - James Dean



2 comments:

gadisBunga™ said...

hebat...hebat....

Azizan Zolkipli said...

gadisBunga: hebat kan mereka berdua ni ...