ADS

Showing posts with label Reviu produk. Show all posts
Showing posts with label Reviu produk. Show all posts

13 May 2013

Reviu produk: Pencuci badan 'bebas - bilas', Outdoor RX



[Klik untuk pembesaran imej]


Produk: Pencuci badan 'bebas - bilas' (rinse - free body wash).

Jenama: Outdoor RX.

Pengeluar:AGS Brands.

Bentuk: Cecair.

Isipadu: 8 oz (236 ml).

Ramuan: Air ditapis (purified water), TEA - Lauryl Sulfate, Propylene Glycol, Cocamidopropyl Betaine, Polysorbate-20, Diazolidinyl Urea, Metylparaben, Propylparaben & Citric Acid. 

Harga: RM 19.90 sebotol.


Reviu:

Saya mengunakan produk ini, ketika 'berbasikal ke tempat kerja' (CTW: cycling to work).
Berikut pandangan saya mengenai produk ini:

+ ve  

- satu produk untuk dua kegunaan, cecair pembasuh badan dan juga syampu rambut.

- tidak berbau harum (unscented), tidak menarik perhatian serangga seperti lebah, penyengat dan lain-lain jika untuk kegunaan di dalam hutan.

- tidak perlu dibilas (rinse - free), menjimatkan penggunaan air.

- kurang buih, senang untuk dibilas (jika mahu). 

- membersih dan menyegarkan badan, walaupun tanpa membilas.

- tidak memberikan rasa melekit, walaupun tanpa dibilas. 

- sesuai untuk peminat aktiviti luar.


- ve

- tidak berbau harum (unscented), kelainan kepada pengguna yang biasa dengan produk pembasuh badan berbau wangi.

- kurang berbuih, kelainan kepada pengguna yang biasa dengan produk pembasuh badan yang kaya dengan buih.

- berharga lebih tinggi berbanding produk basuhan badan biasa.

- isipadu botol terlalu besar untuk penggunaan jangkamasa pendek, contoh penggunaan sehari. Penyelesaian: pindahkan cecair pencuci badan ini ke botol yang berisipadu (volume) kecil. 

- memedihkan jika termasuk ke dalam mata semasa menggunakannya.

- produk ini tidak 'mesra alam', tiada status 'biodegradable' pada label produk.