Catatan pengalaman Ah Chong, bersama abg Ken, abg Sam & Ady.
Laluan:
1. Saujana Prima, Kajang - Lebuhraya LEKAS - susur keluar persimpangan Setul (plaza tol Setul).
2. Plaza Tol Setul - Seremban - Lukut - Lebuhraya Port Dickson (P.D.) - P.D. - Bukit Pelanduk - Bangi - Saujana Prima
Jarak perjalanan: 165km
2. Plaza Tol Setul - Seremban - Lukut - Lebuhraya Port Dickson (P.D.) - P.D. - Bukit Pelanduk - Bangi - Saujana Prima
Jarak perjalanan: 165km
Touring mode: Fully loaded
Dipetik dari laman Facebook, Ah Chong:
plan nak ride ke Melaka tapi tetiba lak kengkawan tertukar fikiran nak ride sampai P.D. je. hmm ... ikut jer lerrr ... memasing ade hal la kot ...
gerak dari Petronas di Prima Saujana sekitar jam 11.30 malam ... layan lebuhraya LEKAS cepat sikit sampai ... dalam jam 1.00 pagi kat Mantin ... lepak jap layan nasi sepinggan dua ... hahaha ... perut sudah berbunyi ... lepas makan terus sambung ride ke tol Setul dimana kitaorang rehat & tidur buat seketika ...
dalam 7.00 pagi terus gerak ke P.D. mau sarapan disana ... memusing jap kat bandar Seremban mau cari jln dekat ke P.D. ... jumpa akhirnya ... Lukut kot ... rasa cam kejap jer jalannya ... dlm 9.45 pagi kitaorang dah sampai P.D. ... mau tiruk laut tak mau, buntutku dah melecet ... awww ...
lepas sarapan, lepak kat wakaf pantai berdekatan sambil membuta barang 20 minit. pastu teruskan perjalanan ... on the way tu terserempak lak dengan bebudak Malakof tgh ber racing ... bagi diaorang semangat sikit pastu teruskan perjalanan menghala Bukit Pelanduk ...
Selepas setengah nyawa hadap bukit ni ... perjalanan seterusnya diiringi ngan hujan lebat, renyai, gerimis, topan hahaha ... hinggalah sampai Universiti Kebangsaan Bangi ... itu pun dah sekitar jam 6 petang baru sampai ...
Gambar2, kredit untuk Ah Chong & abg. Ken
Quote for this ride:
Every moment is an experience - Jake Roberts
Basikal Ah Chong
Basikal abg. Ken
Basikal Ady
Basikal abg. Sam
Dari kiri; Ady, abg. Ken & abg. Sam
Berhenti seketika berhampiran plaza tol
Exit 2104, menuju susur keluar ke Mantin / Lenggeng
Curi2 masa untuk zZz ...
Menjamu selera di kedai makan, Mantin
Berehat sebentar di sebuah wakaf yg terdapat di Lebuhraya LEKAS
Melepasi Seremban dan memasuki lebuhraya Seremban - Port Dickson
Tidur, tidur juga. Jangan basikal kena bawa lari udah ...
Terserempak dengan para pelumba acara MALAKOFF
Berhenti berteduh di stesyen minyak, sambil melindungi apa yang patut dari dibasahi hujan
No comments:
Post a Comment