Matlamat utama: bawa Zulhabri berlatih untuk kayuhan touring yang lebih jauh pada 5 ~ 9hb Nov 2010 (Slowly2 Go Down). Simulasi berkayuh dlm hujan - panas, jalan sempit, jalan besar, laluan berbukit, laluan berliku & kayuhan malam
Matlamat sampingan: bawa kawan Zulhabri, Naza jalan2, menguji basikal Bridgestone Wakjan yang baru diservis & dipasangkan dengan 'butterfly handlebar' disamping 'mengeraskan bontot' untuk kayuhan yang lebih jauh & lama ...
Info kayuhan: jumlah jarak = 108.48 km, jumlah masa kayuhan = 6 jam : 57minit : 52 saat (waktu berhenti terkecuali), purata kelajuan = 15.5 km / jam
Touring mode: Ultralight
Quote of the Ride:
It is the set of the sails, not the direction of the wind that determines which way we will go - Jim Rohn
It is the set of the sails, not the direction of the wind that determines which way we will go - Jim Rohn
Singgah membeli makanan - minuman yang akan dibawa semasa bertouring
Lokasi permulaan kayuhan, di UITM kampus Puncak Perdana
Sempadan daerah Petaling - Kuala Selangor
Hentian R & R berhampiran pekan Simpang Tiga Ijok
Sempat singgah di gerai tepi jalan yg menjual air tebu & kuih muih
Singgah di kedai motor di pekan kecil Bukit Rotan untuk meminyaki rantai basikal Naza
Hanya tinggal 1 kilometer lagi untuk ke pekan Kuala Selangor
Mercutanda di kaki bukit Melawati
Kenderaan utk org awam melawat Bkt Melawati. Pd Sabtu, Ahad & cuti am, laluan ke Bukit Melawati akan ditutup pd kenderaan lain kecuali basikal hehehe ...
Manusia dan haiwan harmoni bersama
Berehat sambil memerhatikan gelagat pengunjung
Manusia dan haiwan sama2 memeriahkan suasana di Bukit Melawati
Bergambar kenangan dgn latar belakang rumah api Bukit Melawati
Di mercutanda kemuncak Bukit Melawati
Ketiga2 jentera kayuhan peserta touring Puncak Perdana - Kuala Selangor
Naza sempat membuat aksi urban downhill menuruni tangga Kota Melawati
Zulhabri tidak ketinggalan mencuba aksi downhill offroad
Amboiii, banyaknya Naza makan : )
Wakjan sedang membaiki masalah teknikal pada brek disc basikal dinaiki Zulhabri
1 kilometer lagi ke pekan Bestari Jaya atau nama lamanya Batang Berjuntai
Berhenti rehat di hentian bas berhampiran persimpangan masuk ke Kota Puteri
Sempat juga Zulhabri melelapkan mata ...
Siang telah pun melabuhkan tirainya ketika kami tiba di persimpangan jalan Puncak Perdana - Puncak Alam
Hanya beberapa kilometer menuju ke garisan penamat
Jarak kayuhan kami bertiga pada hari tersebut
No comments:
Post a Comment