ADS

03 December 2010

Slowly2 Go Down: Rancangannya ...

Alhamdulillah, trip touring kami yang digelar Slowly2 Go Down telah berjaya dilaksanakan pada 5 ~ 9hb Nov 2010 lalu. Trip ini mengambil idea sempena nama siri menjelajah bermotorsikal yang pernah disiarkan, iaitu Long Way Down. Kembara bermotorsikal berdua ini bermula dari UK sehingga Afrika Selatan. Untuk Slowly2 Go Down ini, laluan yang kami pilih ialah dengan melalui jalan persekutuan no. 1, atau Route 1. Laluan ini dipilih, dengan harapan satu hari nanti ia akan menjadi terkenal seperti Route 66 di Amerika Syarikat. Moga - moga ...

Pada asalnya, trip touring ini dirancang untuk dilakukan berdua oleh Muzammil & Wakjan. Tetapi kemudian ianya dibuka untuk rakan2 terdekat. Antara yang memberikan respon untuk mengikuti trip ini ialah Ah Chong (Fairos), Hairul,  Herman dan Subki. Kesemua yang memberi respon telah mengikuti & menamatkan trip ini kecuali Herman yang  menarik diri kerana terpaksa keluar negara atas urusan kerja manakala Hairul tidak dapat menyiapkan basikalnya pada masa yang ditetapkan. Pada perancangan awal, laluan adalah bermula dari Padang Besar, Perlis ke Kuala Lumpur. Setelah meneliti kembali, juga dengan reaksi serta cadangan dari rakan - rakan. Laluan dipendekkan dari Butterworth ke Kuala Lumpur. Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan purata kayuhan sehari, memberikan peluang untuk menjelajah tempat - tempat menarik dan juga mengambilkira aspek2 luar jangka.

Dijadikan cerita, beberapa hari sebelum kami memulakan perjalanan, Perlis serta Kedah dilanda banjir yang teruk. Lega rasanya bila apa yang dirancang tetapi tidak menjadi itu, rupanya terdapat hikmah disebaliknya. Dari segi logistik, kami telah menghantar basikal dengan perkhidmatan KTM Distribution dari stesyen keretapi Kuala Lumpur ke pejabat KTM Distribution Butterworth. Laluan yang dipilih pula, kami bahagikan pada 5 hari. Info laluan adalah seperti gambar2 berikut.

Nota: mungkin terdapat sedikit kelainan dari apa yang kami rancangkan dengan laluan sebenar semasa touring, tetapi perbezaannya hanya sedikit dan masih mengekalkan laluan perancangan asal.
 

Laluan hari pertama, pusing Pulau Pinang, jarak anggaran 82 km


 Laluan hari kedua, Butterworth - Kamunting, jarak anggaran 85 km


Laluan hari ketiga, Kamunting - Malim Nawar, jarak anggaran 127 km


 Laluan hari keempat, Malim Nawar - Behrang Ulu, jarak anggaran 100 km


Laluan hari kelima, Behrang Ulu - Bandar Tun Razak KL, jarak anggaran 102 km


No comments: