Pada pagi Jumaat bertarikh 29hb Okt 2010, Muzammil & Wakjan (Azizan) telah bersepakat untuk menghantar tiga buah basikal dengan menggunakan khidmat penghantaran KTMD, yang terletak di bangunan stesyen keretapi Kuala Lumpur, jalan Sultan Hishamuddin. Sebuah basikal lagi ialah basikal yang akan digunakan oleh Zulhabri, yang akan turut serta dalam kayuhan ini. Sesampainya kami di sana, ketiga - tiga basikal diturunkan dari rak basikal di bumbung kereta lalu dibawa ke pejabat urusan penghantaran barang.
Menurut seorang pegawai bertugas pada hari tersebut, kebiasaannya barang yang dihantar akan mengambil masa dari satu hingga 5 hari untuk sampai. Harga yang dikenakan adalah RM13 untuk menghantar sebuah basikal ke Butterworth, dengan tambahan RM0.30 untuk satu consigment note bagi sebuah basikal. Sesudah habis berurusan, ketiga - tiga basikal ditinggalkan dengan harapan agar petugas - petugas KTBD dapat mengendalikan urusan penghantaran dengan secermat mungkin.
Jentera logistik BEL6689 mengambil basikal Muzammil di Lestari Perdana
Menurunkan basikal - basikal setibanya di KTM Distribution
Berlatarbalakangkan bangunan KTM Berhad di jalan Sultan Hishamuddin
Ketiga - tiga basikal diletakkan dalam pejabat pengurusan KTMD
Muzammil sedang mengisi dokumen (consigment note) untuk urusan penghantaran
Terima kasih pihak KTM Distribution !!
Dokumen consigment note bagi tujuan penghantaran & tuntutan
Jadual senarai harga penghantaran barang - barang menggunakan khidmat KTMD. Hantar basikal ke Butterworth RM13, Padang Besar / Arau RM17.80, Johor Bharu RM13 & Tumpat RM25.80
No comments:
Post a Comment