ADS

07 December 2010

Slowly2 Go Down: Halangan - halangan awal ...

Kata pepatah; bumi yang mana tidak ditimpa hujan, lautan mana tidak bergelombang. Setiap dari makhluk yang bernyawa di atas muka bumi ini pasti akan mempunyai masalah tersendiri. Ini tidak terkecuali juga kepada trip touring kami.

Masalah #1: Cuti Deepavali

* Masalah: cuti Deepavali yang jatuh pada 5hb Nov. 2010 , membuatkan keseluruhan syarikat dan pejabat dalam  negara kita ditutup sempena cuti umum hari perayaan.

* Punca masalah: Trip Slowly2 Go Down akan memulakan perjalanan hari pertamanya pada 5hb Nov. 2010. Terdapat tiga buah basikal yang telah dihantar terlebih dahulu dan perlu dituntut di Butterworth sedangkan pejabat urusan KTM Distribution (selepas ini akan dipanggil sebagai KTMD) ditutup sempena cuti umum hari perayaan Deepavali. Tujuan asal tarikh ini dipilih bertujuan agar peserta - peserta dapat mengurangkan bilangan hari bercuti yang perlu diambil sebagai pro nya manakala kontranya adalah sukar untuk berurusan. 

* Penyelesaian masalah:  Akibat tiada alternatif lain, Muzammil terpaksa menambah bilangan hari bercuti dan bertolak bersama Wakjan untuk tiba di Butterworth pada 4hb Nov. bagi menuntut basikal.di KTMD

* Analisis penyelesaian masalah: Perancangan tarikh dan masa adalah amat penting dalam merangka perjalanan touring. Tetapi bukan mudah untuk memenuhi kehendak semua peserta kerana tertakluk pada cuti dari majikan dan kelapangan masa masing - masing.

Masalah #2: Ketibaan basikal

Sms dari Muzammil pada 01.11.2010, jam 10:59:49 yang bertulis:
Salam. td ktm cal beskal dah sampai, suh amik. bg tau 4hb br amik dia ckp x simpan beskal lama. aku ckp klau ada charge kita byr la, nk bt camane? huhu..


* Masalah: Basikal tiba lebih awal di Butterworth dari yang dijangkakan. Pihak KTM Distribution (selepas ini akan dipanggil KTMD) tidak mahu menyimpan basikal kami di stor mereka untuk tempoh masa yang panjang.

* Punca masalah: Menurut pegawai KTMD semasa kami memberikan basikal untuk dihantar, jangkaan untuk basikal tiba di destinasi adalah dari satu hingga lima hari. Jangkaan worst case scenario kami, selewat2nya basikal akan tiba di Butterworth pada 3hb Nov. jika dihantar mulai 29hb Okt. 2010. Ironinya, ketiga - tiga basikal kami telah tiba pada 1hb Nov. 2010 !!

* Penyelesaian masalah: Muzammil telah menghubungi pihak KTMD, memberitahu yang kami sanggup dikenakan bayaran yang munasabah mengikut tempoh hari basikal kami disimpan.

* Analisis penyelesaian masalah: Semasa kami mengambil basikal di depoh KTMD Butterworth seawal pagi 4hb Nov. 2010, didapati tiada sebarang bayaran dikenakan jika lambat mengambil barang kiriman. Untuk penghantaran yang akan datang, kami akan memeriksa terlebih dahulu dengan syarikat khidmat penghantaran jika terdapat 'syarat & terma tersembunyi' yang mungkin dikenakan.
 
Masalah #3: Ketibaan peserta VS jumlah basikal

* Masalah: Tiga buah basikal telah tiba di Butterworth, tapi pada 4hb Nov. 2010 hanya dua orang sahaja yang dapat menghadirkan diri ke Butterworth.

* Punca masalah: Zulhabri yang sepatutnya bersama kami pada hari tersebut, tidak dapat turut serta kerana kekangan kerja. Beliau hanya dapat datang pada pagi Jumaat 5hb Nov.

* Penyelesaian masalah: Mujurlah dapat menghubungi seterusnya meminta bantuan seorang sahabat lama yang tinggal di Butterworth, bernama Zaironey. Kami meminta khidmat beliau untuk menyimpan basikal tersebut di rumahnya, dan seterusnya meminta untuk dihantar semula pada pagi 5hb Nov.

* Analisis penyelesaian masalah: Jaringan (network) saudara mara atau rakan - rakan adalah penting tidak kira dimana kita berada. Kita mungkin boleh meminta bantuan atau nasihat mereka apabila terjadinya sesuatu krisis.




No comments: