ADS

07 December 2010

Slowly2 Go Down: pra kayuhan, bhgn 1

Disebabkan 05.11.2010 adalah hari Deepavali dan merupakan cuti umum, Muzammil & Wakjan (Azizan) terpaksa turun awal ke Butterworth bagi menuntut basikal di pejabat urusan KTM Distribution.

03.11.2010, Rabu

Petang tu Wakjan ke Lestari Perdana untuk meninggalkan kereta beliau di rumah Muzammil. Kemudiannya selepas Maghrib, Muzammil & anak - anak beliau serta Wakjan bertolak ke KL Sentral dengan dihantar oleh isteri Muzammil.

Semasa menunggu di KL Sentral, kedengaran pengumuman menyatakan Tren Senandung Mutiara no. 22 yang dijadualkan berlepas pada jam 2200, telah ditunda akibat masalah teknikal dan hanya akan berlepas pada jam 2230. Ketika waktu menghampiri jam 2200, diisytiharkan pula yang tren akan mula berlepas pada jam 2215 dan hal itu menyebabkan semua penumpang berpusu - pusu masuk ke terminal. Walaupun pada hari itu bukan cuti umum, namun kelihatan ramai juga yang menaiki keretapi pada malam itu. Ini berkemungkinan ramai yang mengambil peluang untuk cuti awal dan mengambil kesempatan sempena cuti umum hari Deepavali untuk menyambung terus cuti mereka.  

 Wakjan bersama himpunan kesemua pannier bag, dry bag & bag pack yg akan dibawa semasa touring

Sejurus selepas pengumuman menyatakan yang tren akan berlepas pada jam 2215, Wakjan bergegas ke kedai runcit 24 jam berhampiran di tingkat bawah untuk membeli minuman. Ini adalah kerana harga makanan  dan minuman agak mahal di atas tren kerana dikenakan cas perkhidmatan serta cas pengangkutan.

Selepas membeli minuman, kami berkejaran menuju ke terminal untuk menaiki tren. Dengan bertanyakan pada pegawai bertugas kami berjaya menemui gerabak yang ingin dinaiki. Setelah meletakkan bagasi masing - masing, kami duduk di kerusi yang berkenaan. Kami mempunyai sebuah tempat duduk kosong, yang mana sepatutnya diduduki oleh Zulhabri. Tepat jam 2222, tren Senandung Mutiara no. 22 yang  kami naiki bergerak meninggalkan stesyen KL Sentral. Beberapa jam berselang, suhu di dalam gerabak dirasakan terlalu sejuk, lantas Wakjan mengajak Muzammil untuk menikmati minuman panas di kafe tren.

 Menikmati minuman panas dan 'mee goreng sejuk' pada harga yang 'boleh tahan' lah ...


Di kafe, kami berdua lepak minum sambil mendengar radio transistor yang dibawa. Radio pun kadang - kadang terganggu siarannya disebabkan laluan keretapi yang melalui kawasan berbukit. Dalam pada itu, kami disapa oleh seorang yang berpakaian seragam biru KTM. Rupanya beliau adalah pegawai penyelia tren untuk tren yang kami naiki itu. Melalui beliaulah kami mengetahui yang kepala lokomotif mengalami masalah teknikal sebelum berlepas dan keluar lambat setelah dibaiki di bengkel. Beliau turut memaklumi kami yang pemandu tren bertugas pada malam tersebut adalah pemandu gantian yang tidak biasa memandu tren penumpang, sebaliknya merupakan pemandu tren kargo dan barangan.

Perbualan kami kemudiannya terarah kepada topik mengenai aktiviti berbasikal. Beliau amat mengagumi perancangan kami mahu berbasikal dari Penang ke Kuala Lumpur. Baginya yang telah bekerja selama lebih 30 tahun menaiki keretapi di laluan utara - selatan - pantai timur, berkelana seakan menjadi darah dagingnya dan beliau tidak pernah merasa jemu untuk bertugas. Katanya lagi, "setiap hari atau setiap perjalanan akan dianggap sebagai pengalaman baru baginya dan akan dilihat dari sudut positif" ... 

Boleh dikatakan apabila tren berhenti di setiap hentian utama, akan adanya penumpang yang naik mahupun turun dari tren samada sikit atau ramai. Apabila dirasakan suhu di kafe juga menjadi terlalu sejuk, kami ke luar dan berada di bahagian penyambung antara gerabak Pada setiap hentian, kami akan membuka pintu lalu berdiri di tangga untuk memerhatikan keadaan sekeliling. Secara peribadinya, dilihat pembesaran  satu  landasan kepada landasan berkembar menjadi punca perubahan fizikal stesyen keretapi yang asal. Sedikit demi sedikit arus kemodenan menghapuskan warisan keretapi yang tentunya meninggalkan banyak nostalgia pada pengguna - penggunanya suatu masa dahulu.

 Antara warisan papantanda lama yang masih digunakan, stesyen Kuala Kangsar


Peralatan lama; sistem mekanikal pengalihan laluan tren yang masih digunakan

Quote of the day:



No comments: