ADS

24 February 2011

KL - Fraser Hill - KL: Bhgn 1

20.01.2011, Khamis, Hari 1 - cuti hari Thaipusam

Penyertaan dan basikal:

Laluan:
Bandar Tun Razak - Selayang - Rawang - Serendah - Batang Kali - Rasa - Ampang Pecah - Kuala Kubu Bharu - Gap (sempadan Selangor - Pahang)

Nota: Catatan perjalanan adalah berdasarkan perspektif Ah Chong, beberapa perkataan telah diubahsuai dari artikel asal supaya mudah difahami pembaca. Segala gambar dalam album ini adalah hakcipta terpelihara Ah Chong, ucapan penghargaan dan terima kasih saya berikan untuk beliau. Perkataan berwarna biru atau merah boleh diklik untuk bacaan lanjut manakala imej beresolusi tinggi boleh dilihat dengan cara klik pada gambar.

- Sekitar jam 0455 bertolak menuju Bukit Fraser ... ikut jalan Kuching, ingat kereta tak banyak masa ni ... tapi silap ... banyak ooo ... dalam dok layan kayuh tersentak apabila disergah segerombolan anjing yang tgh 'lepak' kat stesyen minyak tepi jalan ... hampeh ... muka buat - buat poyo tapi dalam hati macam nak 'cabut' je hehehe ...


 jam 0440: Ah Chong bersama Jamis Allegro 2X dan muatannya


 Abang Ken bersama Polygon Trexia dan muatannya


 Wakjan bersama Bridgestone dan bagasinya


- Dalam jam 0600 lebih, singgah minum sekejap di kolam air panas Selayang ... kedai pun tinggal satu je yg masih buka ... lain dah tutup ... nak 'memerut', tandas pula tak boleh pakai ... lagi hampeh ... ku tahan jebat ... arghhh ...


jam 0611: Baru tiba di jalan masuk ke kolam air panas Selayang


- Perjalanan diteruskan menuju Petronas Rawang ... jalan di sini memang tiada lampu, lori pun banyak ... bawa laju giler macam haram ... buat kecut perut je ... dalam jam 0700 sampai ... berhenti untuk solat sekejap ... aku ambil peluang sambung pesanan penaja yg tertunda tadi ... fuhhh legaaa ... : )


 jam 0708: Jalan menuju Rawang yang gelap, banyak lokasi pembinaan dan terpaksa beriringan dengan lori2 besar


jam 0714: Singgah sebentar untuk menunaikan kewajipan pada Yang Maha Esa ...


jam 0736: Dalam perjalanan mencari restoran untuk bersarapan pagi


Di pekan Rawang, lepak sarapan sekejap sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Kubu Bharu (KKB) ... cuaca mmg cantik ... panas bro hahaha ... 


 jam 0744: Restoran tempat kami bersarapan


 Ah Chong dan abang Ken bersama menu sarapan masing2


Wakjan pekena roti telur bersama teh o panas


Telur separuh masak - formula rahsia kekuatan abang Ken hehehe ... 


 Asal lepas makan aje cari tandas, asal gi tandas aje lepas makan hahahaha ...


Wakjan ni kalau pasal tidur, di mana sahaja pun asal boleh ...


Basikal touring pun nak buat downhill ??


jam 0909: Memasuki deretan kedai lama pekan Rawang


jam 0922: Memasuki daerah Hulu Selangor


- Baru melepasi 5 km dari pekan Rawang baru terperasan tayar belakang macam ade joget - joget sikit. aiseyman, ini mesti kes langgar lubang ... Chettt, mana pula mau cari kedai basikal ... Rawang dah terlepas jadi teruskan juga sampai ke Antara Anyer & Jakarta ... oppsss Antara Gapi daaa ... kedai pun belum buka lagi ... dalam jam 1030 tauke pun sampai buka kedai ... check punya check, bukan setakat rim je gelong tapi sebatang spoke dah patah. aiseyman ... tauke bermurah hati mengenakan caj RM10 sahaja untuk balancing 2 rim + 1 batang lidi (spoke) ... murah tu beb ...


jam 0924: Jalan Persekutuan No. 1 kami lalui


jam 0937: Memasuki kawasan Serendah


jam 0955: Kedua2 destinasi jaraknya berpangkalkan nombor 1 - 6


 jam 1034: Tauke (kedai basikal Saudagar Kayuhan 2 Roda, Seksyen 1, Antara Gapi) sedang membaiki rim Ah Chong


jam 1125: Bergambar kenangan bersama tauke kedai dan rakan2 baru


jam 1129: Posing 'maut' di Dataran Antara Gapi


Jam 1200 ... perghhh amik kau ... panas matahari dah mula menggigit ... perjalanan diteruskan hingga ke KKB ... melalui kawasan Broken Dam a.k.a Ampang Pecah sebagai jalan pintas ke KKB... makan tengahari di sini dan pusing - pusing sekitar pekan KKB untuk beli sardin dan gula untuk makan - minum malam nanti ... dah puas mkn, solat dan membuta (zZz) di masjid berhampiran, tayar bergolek kembali meredah bukit dan kepanasan empangan Sungai Selangor hingga ke Sg.Chilling ...


Menggunakan tenaga suria untuk mengecas pek bateri cas semula


jam 1149: Menyuruk atau menyorok ?


jam 1155: Sudah tidak jauh lagi untuk ke Kuala Kubu Bharu.


Memasuki kawasan Ampang Pecah, dalam perjalanan menghala KKB


jam 1233: Akhirnya, tiba di kawasan Kuala Kubu Bharu


jam 1243: Menu makan tengahari Ah Chong pada hari itu


Berselera ataupun tidak, 'tangki' perlu diisi untuk persediaan laluan pendakian sebentar nanti


jam 1504: Di pekan KKB, ehhh, basikal siapa pula yang join kami bertouring tu huhuhu ...


- Bermula dari sinilah gear melompat - lompat turun dengan lajunya hehehe ... dari 9 jadi 8, dari 8 terus 1 hahaha ... kerana kepenatan,  dua - tiga kali terpaksa minta take - 5 take 5 dari Wak Jan & abang Ken ... peparu dah berdering banyak kali minta top up kan nikotin hehehe ... aku rasa inilah uphill yang paling panjang aku lalui selama ni ... smpai krem bontot pun tak sampai - sampai lagi ... hmm, menolak lah jawabnya ...


 jam 1602: Di kala tiada kenderaan lain, kamilah raja hehehe ...


jam 1613: Pemandangan empangan Sungai Selangor


jam 1616: Sebuah bukit yang ditenggelami air dan menjadi sebuah pulau di tasik empangan Sg. Selangor


jam 1617: Berhenti seketika untuk melepaskan lelah


jam 1627: Pemandangan jarak jauh jambatan yang melintasi tasik


 jam 1633: Bersaing dengan kanak2 yang berbasikal ke Sg. Chilling untuk mandi - manda


jam 1637: Ah Chong ketika melalui kawasan jambatan lama melintasi Sg. Chilling


jam 1640: pintu gerbang ke Santuari Ikan Sungai Chilling di bawah kelolaan Jabatan Perikanan Selangor


 jam 1727: Ah Chong memohon pit stop untuk take five


jam 1749: Regrouping dan hentian rehat untuk kesekian kalinya


jam 1852: Apabila tiba 'waktu itu', maka jawabnya menolak ajelah hehehehe ...


jam 1909: Berhenti seketika untuk menikmati panorama matahari terbenam


- Dalam remang - remang senja, barulah ternampak bayang Gap ... pergghhhh, macam mahu menangis tengok bangunan itu. Abang Ken dah lama sampai kat situ meninggalkan aku dan Wak Jan di belakang ... Gila slow ... Kebetulan masih ada kedai lagi yang masih dibuka, tapi sayangnya makanan - makanan dah tiada ... sudah tutup kedai ... Hmmm perut dah lapar, pankreas dah nyanyi - nyanyi minta nasi ... 

- Peralatan memasak ada ... Wak Jan keluarkan 'mesin - mesin' memasaknya dan abang Ken membekalkan mee segera sebanyak 3 cawan ... sesambil tunggu mee segera masak, layanlah roti benggali yg abg Ken bawa buat alas perut ... nyam nyammm ...


 jam 2018: Proses memasak mee segera akan dijalankan, sementara itu 'belasah' dulu roti benggali


Abang Ken sedang menikmati hidangan mee segera beliau


Pemandangan 'R & R' Gap kami dari arah depan


'Tangki' dah terisi semula, lepas ni dah boleh sambung perjalanan ke Fraser Hill ...


- Makan sudah, minum pun sudah ... kemas barangan untuk menghabiskan baki 8 km perjalanan ke Fraser Hill ... rancangannya nak berkhemah di kawasan food court tapi terpaksa dibatalkan pada saat akhir apabila mendapat info dari abang peniaga kedai makan di situ ... "Waktu malam kat atas sana kena hati - hati dik ... babi hutan banyak kat kawasan tu ... silap - silap dengan korang sekali kena sondol percuma" ... gulppp, tak mahu ... diaorang sarankan agar kami tidur sahaja di surau itu. Mengambil kira nasihat yang diberikan, kami putuskan untuk bermalam di surau hentian Gap.


 jam 2203: Basikal disimpan dalam surau, lantai dialas menggunakan flysheet


Susun atur tempat tidur kami malam itu, macam 'tongkang pecah' hehehe ...


- Waktu terluang digunakan sebaiknya; dari mengemas beg dan peralatan, membersihkan diri, menyediakan tempat tidur, memasak makan malam dan membuat perancangan untuk hari esoknya ....



 Proses memasak makan malam dilakukan di luar surau


Lama dah tak pekena 'ikan dalam tin' ni hihihi ...


Berborak sementara tunggu nasi siap dimasak


jam 2218: Cukup lengkap peralatan yang dibawa, stove, lantern ...


jam 2302: Masa untuk menikmati nasi & lauk 'paling sedap dalam dunia' ketika itu ...


Rupabentuk 'ikan dalam tin' yang dipanaskan, lama betul tak makan menu ni ...


B   E   R   S   A   M   B   U   N   G    .  .  .





5 comments:

Anonymous said...

adventurenyee....thumb up :)

aeinmaen said...

Best la pkcik...rajin sungguh b'kayuh:) bleh j0in LTDL:)

Azizan Zolkipli said...

* Anonymous: terima kasih ...

* aeinmaen: terima kasih Moksu jengah laman 'anak sedara angkat' ni ngeeeee ...

gadisBunga™ said...

salam. woa...bestnyer touring korang....saya pun baru je naik bukit fraser ahad lepas, tapi guna cara tradisional la.

tapi korang cycling gi sana....best..best!

Azizan Zolkipli said...

gadisBunga: terima kasih atas kunjungan. samada cara biasa atau cara kami, tetap sama kan penghayatan alam sekitar semasa di sana ...

terima kasih kerana menyokong usaha kami bertouring ke sana. mungkin ada rezeki di masa hadapan, kamu juga boleh berbuat demikian ...