ADS

08 February 2011

Merealisasikan Impian Seseorang

Perbezaan lokasi, keturunan, bahasa pertuturan, warna kulit, agama dan sebagainya tidak menghalang seseorang untuk mempunyai minat yang mendalam atau dalam bahasa Inggerisnya passionate dalam aktiviti berbasikal. Kita berkongsi minat yang sama, tetapi mungkin tidak sama objektif masing - masing dimana ada yang bertujuan untuk berlumba menguji keupayaan sendiri / pasukan, beriadah mencari atau menambah kesihatan diri, bersantai sebagai escapism dari masalah kehidupan harian mahupun berkelana mencari pengalaman hidup. 

Melalui laman sosial Facebook, saya berkenalan dengan seorang basikalis wanita dari Afrika Selatan bernama Jolandie Rust. Hari ini adalah harilahir beliau yang ke 27 tahun. Impian hidupnya untuk mengelilingi benua Afrika dengan berbasikal berseorangan yang mana ianya akan dilancarkan pada 27hb Apr 2011. Berikut sedikit latar belakang Jolandie Rust yang dipetik dari laman blognya.

Nota: Setiap tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut.


I have a dream. A dream to be the first woman to circumnavigate Africa. On a bicycle. On my own. 

I was born a dreamer. I don’t subscribe to society’s rules and have always believed in possibility. If you can dream it you can do it.  I guess this is usually a case of: ‘easier said than done’. Though the difficult times and challenges one encounters on any journey always just makes the taste of success so much sweeter. 

I am naturally curious and love exploring the ‘unknown’ and venture where others dare not. I love a challenge. 

I grew up in a town called Kempton Park, which is situated east of Johannesburg. I have a younger brother who lives in Richards Bay. Father – Andre Rust, Mother – Desiree Theresa Rust. My mom passed away on the 12 June 2009 after a long, hard struggle against Motor Neuron Disease at the age of 45. 

Four months later I started my journey cycling around South Africa. In a way I think my mother’s passing added even more fuel to that fire I have inside of me. I wanted her to be proud of her daughter. I organized the trip in less than a month. What mattered to me was to ‘just do it’. Never mind whether I had everything I needed or not. 

. . .  Untuk bacaan lanjut, sila klik pada pautan About Jo di atas


Memang tidak dapat dinafikan, selain kemampuan fizikal serta mental, dana kewangan yang kukuh juga adalah amat penting dalam memastikan kelancaran sesuatu pengembaraan. Dengan adanya perkembangan teknologi terkini, pelbagai usaha dapat dirancang dan dibuat demi untuk membantu merealisasikan impian seseorang. Salah satu caranya ialah dengan membuat 'International Virtual Smart Mob. 

Jolandie telah merencanakan satu smart mob yang dibuat bersempena harilahirnya dengan cara mengajak rakan - rakan, penyokong dan peminat beliau menghantar emel pada pasangan Ewan McGregor dan Charley Boorman. Pasangan ini merupakan pengembara bermotorsikal secara duo, pernah muncul dalam siri kembara 'The Long Way Round' atau juga dikenali sebagai LWR serta 'The Long Way Down' yang telah ditayangkan dalam siri tv berbayar di Malaysia.

Cara menyokong usaha beliau ini mudah sahaja, anda boleh menghantar emel ke alamat info@longwayround.com. Masukkan mesej peribadi anda untuk menyokong emel anda. Walaupun dengan hanya sebaris ayat ringkas yang berbunyi "Please help Jolandie live her dream". Pada bahagian 'Subject' atau 'Perkara' di emel anda, masukkan ayat "Ewan and Charley - Please help Jolandie". Jangan lupa untuk memasukkan laman blog Jolandie http://jolandie-rust.blogspot.com/ pada pengakhiran mesej.

Untuk info tambahan, anda boleh melawat laman blog beliau di http://jolandie-rust.blogspot.com. Saya hanya menukarkan surat asal beliau dengan perkataan I / me kepada she / her.

Nota: Sila klik pada gambar di bawah untuk melihat imej yang lebih beresolusi tinggi


 Emel kepada Ewan & Charley - bahagian atas emel


Emel kepada Ewan & Charley - bahagian bawah emel





1 comment:

Azizan Zolkipli said...

Balasan dr laman Facebook Jolandie

Jolandie Rust 08 February at 22:09 Reply

Thank you to every single person who has sent out an email today!

And thank you for the all the beautiful birthday wishes. I am really blessed!

Hundreds of emails have gone out so far. And I know this will make an impact.

Thank you for all your amazing support and for all the kind messages from all over the world!
As a friend of mine would say: "I am , because you are". :)

If you haven't gotten round to sending your mail yet, please do so.

I will keep everyone updated on whether I receive a response on my facebook profile, group and blog!

Thank you so much, from the bottom of my heart.

This truly is my best birthday ever. Without a doubt!

Jo
*Dream with your heart*