Bersambung dari siri sebelumnya
Kata Pengantar:
‘Saya’ dalam catatan perjalanan ini, merujuk pada Subki selaku penulis yang menyumbang untuk artikel ini. Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan atau rujukan lanjut. Imej beresolusi lebih tinggi boleh dilihat dengan cara klik pada setiap gambar. Susunan gambar dalam artikel ini adalah kompilasi dari album gambar rakaman lensa peribadi Ah Chong, Muzammil dan Wakjan.
Log Perjalanan dan Rakaman Lensa
Hari Kedua, 1hb Mei 2011:
*Pengkalan Balak – Masjid Sungai Raya
“Selamat ulangtahun kelahiran, Zaza !!” …
*Pantai Puteri – Bandar Melaka – Simpang Masjid Tanah
Waktu mula: Jam 1030 pagi
Waktu tiba: Jam 1555 petang
Masa terkumpul: 2:40:29 (Jam/Minit/Saat)
Kelajuan purata: 17.2 km/j
Kelajuan maksima: 43.1 km/j
Jumlah jarak terkumpul: 46.17 km
Suhu semasa tiba: 32 darjah Celcius
Nota:
Bersiap – siap barangan dan bersedia untuk menempuh hari kedua kayuhan. Menjamah sedikit sarapan sebagai penambah tenaga dan kalori yang diperlukan untuk mengharungi kayuhan seterusnya. Masing – masing menikmati makanan kegemaran ramai penduduk Malaysia seperti nasi lemak, roti canai, nasi campur bersama minuman teh tarik, milo tarik dan pelbagai lagi.
Mengemaskan peralatan masing - masing sebelum memulakan perjalanan pada pagi itu
Subki bersama 'peminat - peminat' kecilnya
Entah apalah yang disedihkan oleh Aliep tu ?
Muzammil mencuba basikal 'jipang' kanak - kanak tempatan
Bergambar kenangan di laman tempat kami bermalam; Pentas Budaya Pantai Puteri
Setelah siap bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke Makam Hang Tuah yang terletak di Tanjung Kling tidak berapa jauh dari kawasan Pantai Puteri. Selesai menziarahi dan bergambar di situ, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Melaka melalui Pantai Klebang. Ketika di Pantai Klebang, tanpa dijangkakan kami bertemu dengan sanak saudara Ah Chong a.k.a Abang Boy yang kebetulan sedang bercuti di Melaka. Di kesempatan singkat itu kami berpeluang untuk bergambar kenangan bersama ahli keluarga Ah Chong.
Bersarapan di medan selera (pasar) berhampiran
Singgah di Makam Hang Tuah, Tanjung Kling
Pak Abas bersama Aliep sedang melakonkan aksi Hang Tuah dan Hang Jebat bertikam
Aliep sedang membayangkan kecantikan Tun Teja
'Tak Melayu Hilang Di Dunia' ...
Setibanya di Pantai Klebang
Bersama sanak saudara Ah Chong yang kebetulan sedang bercuti di Melaka
Selesai bergambar kami meneruskan kayuhan ke Bandar Melaka menyusuri Jonker Street. Seterusnya singgah di ‘bangunan merah’ tinggalan Belanda iaitu The Stadthuys. Di sini, beberapa orang dari kami sempat ke gerai cendol dan air batu campur (ABC) yang berniaga di siar kaki berhampiran Sungai Melaka di seberang jalan bangunan The Stadthuys. Sungguh enak cendol jagung, cendol kacang merah, cendol pulut, cendol campur dan ABC. Amatlah rugi pada sesiapa yang sampai disini tetapi tidak menikmati cendolnya.
Pintu gerbang yang menandakan lokasi Jonker Street
Singgah sebentar di Jonker Walk World Heritage Park
Muzammil dan Wakjan membuat 'aksi kerbau'
'Aksi kerbau' secara beramai - ramai pula
Puas bergambar dengan kerbau, bertukar ke naga pula
Terpaksa mencelah antara kesesakan lalulintas di Jonker Walk berikutan cuti Hari Pekerja
Gerai cendol dan ABC di seberang jalan hadapan bangunan The Stadthuys
Berehat sebentar di hadapan menara 'bangunan merah' The Stadthuys
Puas menikmati kesedapan cendol, kami ke Bandar Hilir untuk melawat tempat – tempat bersejarah di sini iaitu Kota A Farmosa. Kebetulan cuti umum Hari Pekerja menambahkan lagi kesesakan di Bandar Hilir. Kami terpaksa mencelah – celah untuk meloloskan diri dan basikal. Banyak acara yang dianjurkan pada hari tersebut, antaranya ialah Pameran Motor Antik dan Klasik. Puluhan motor yang pelbagai jenis menyertai pameran ini. Antara motor yang saya ingati ialah Triumph, Norton, BMW dan lain - lain lagi.
Sebahagian dari motor yang menyertai Pameran Motor Antik dan Klasik
Di Kota A Farmosa, kami sekadar bergambar di hadapan pintu kota. Memandangkan waktu sudah suntuk dan matahari terik di atas kepala. Kayuhan diteruskan dan kali ini kami terpecah kepada dua kumpulan, saya dan Pak Abas dihadapan meninggalkan Zaza, Wak Jan, Aliep, Anas, Ah Chong dan Muzammil di belakang.
Foto grup di hadapan Porta Di Santiago, salah satu peninggalan tertua senibina Eropah di Asia. Ia merupakan rumah bagi pintu pagar kecil (gate house) dan merupakan satu - satunya peninggalan kota A Famosa yang masih tinggal
Bersama seorang pengembara dunia (world tourer) yang berkelana seorang diri
Saya dan Pak Abas singgah sebentar di stesyen minyak Petronas Klebang sementara menunggu kawan – kawan lain sampai. Setelah beberapa minit menunggu, saya diberitahu oleh Pak Abas bahawa mereka sedang menikmati ‘Coconut Shake’ yang terkenal di Klebang. Pak Abas dan saya mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Pengkalan Balak seperti yang dijanjikan setelah memaklumkan kepada Zaza melalui telefon.
Aliep sempat tidur semasa kami berhenti untuk membeli coconut shake
KOCS: Klebang Original Coconut Shake
Panjang barisan untuk mendapatkan coconut shake Klebang ni !!
Proses penyediaan coconut shake oleh peniaga
Pekena coconut shake bawah papantanda pun OK juga ( :
Menikmati coconut shake secara berjemaah
Kami melalui Tanjung Kling, Sungai Udang, Masjid Tanah dengan menempuh jalan yang berbukit-bukit dan berliku - liku untuk sampai ke destinasi yang dituju iaitu simpang Masjid Tanah. Perjalanan agak memenatkan, tetapi dibalas dengan permandangan yang menarik di sepanjang laluan tersebut.
Memasuki daerah Melaka Tengah ketika dalam perjalanan menuju Pengkalan Balak
*Simpang Masjid Tanah – Pengkalan balak
Waktu mula: Jam 1605 petang
Waktu tiba: Jam 1640 petang
Masa terkumpul: 3.08.13 (Jam/Minit/Saat)
Kelajuan purata: 17.8 km/j
Kelajuan maksima: 43.1 km/j
Jarak terkumpul: 55.86 km
Suhu semasa tiba: 33 darjah Celcius
Nota:
Setibanya di Pengkalan Balak, kami dimaklumkan bahawa kawan - kawan yang lain sudah berada kira – kira dua puluh kilometer di belakang sambil menikmati air kelapa. Sementara menunggu ketibaan mereka, perut yang kelaparan diisi. Menu yang pelbagai jenis di antaranya nasi goreng paprik, tomyam, sup dan lain – lain. Begitulah juga dengan minumannya yang pelbagai ...
Menghampiri kawasan Pengkalan Balak
Kedai makan tempat kami menjamu selera di pantai Pengkalan Balak
Kayuh 'lebih', makan pun kena 'lebih' juga hehehe ...
Waktu mula: Jam 1835 petang
Waktu tiba: Jam 1920 malam
Masa terkumpul: 3:59:38 (Jam/Minit/Saat)
Kelajuan purata: 19.2 km/j
Kelajuan maksima: 43.1 km/j
Jarak terkumpul: 76.84 km
Suhu semasa tiba: 29 darjah Celcius.
Nota:
Setelah selesai mengisi perut dan menikmati suasana pantai yang mendamaikan. Saya dan Pak Abas seperti biasa menjadi skuad barisan hadapan untuk ke destinasi seterusnya iaitu di R & R di tengah – tengah laluan tersebut (Medan Selera Tg. Agas, bersebelahan jambatan melintasi Sungai Linggi). Namun begitu, saya dan Pak Abas terlepas akan destinasi tersebut. Oleh yang demikian, kami meneruskan kayuhan sehingga ke Masjid Sungai Raya. Ketika berkayuh, azan Maghrib sedang berkumandang. Kami berhenti seketika untuk menghormati waktu maghrib. Ketika singgah sebentar untuk menunaikan solat di sini, saya disapa oleh seorang ahli tabligh. Kami diberikan sedikit ‘ceramah’, namun kami mengiyakan sahaja percakapan beliau.
Berhenti seketika untuk menikmati panorama matahari terbenam dan sessi fotografi
Ah Chong konon - konon tengah lalu situ. Berlakon aje ni ( :
Aliep dan Wakjan pun nak berlakon juga hahaha ...
Semakin menghampiri kawasan Kuala Sungai Baru
Haaa ... Dah sampai pun di Kuala Sg. Baru ...
Berhenti seketika di Tg. Agas, sebaik sahaja memasuki Negeri Sembilan setelah melepasi jambatan yang melintasi Sungai Linggi
*Masjid Sungai Raya – Port Dickson
Waktu mula: Jam 2014 malam
Waktu tamat: Jam 2140 malam
Masa terkumpul: 5:12:13 (Jam/Minit/Saat)
Kelajuan purata: 19.2 km/j
Kelajuan maksima: 43.1 km/j
Jarak terkumpul: 99.97 km
Suhu semasa tiba: 29 darjah Celcius
Nota:
Setelah menunaikan solat, saya dan Pak Abas meneruskan kayuhan ke Port Dickson, lokasi penginapan kami untuk malam kedua. Kayuhan malam memerlukan perhatian yang lebih disebabkan jarak penglihatan kami mahupun pengguna jalan raya lain adalah terbatas. Ketika berkayuh, saya telah dihubungi oleh Wak Jan bagi meminta pertolongan untuk mencari tapak perkhemahan di kawasan Blue Lagoon / Lagun Biru. Namun atas nasihat Pak Abas, kami tidak ke sana dan mengambil keputusan untuk bermalam di Teluk Kemang.
Ketika kami sampai di Teluk Kemang, kelihatan ianya dipenuhi oleh ribuan manusia yang datang untuk berhibur, berkhemah mahupun beriadah. Kebetulan semasa itu, sedang berlangsungnya Pesta Laut Port Dickson. Kami membatalkan niat untuk bermalam di Teluk Kemang, seterusnya menyambung kayuhan hingga ke pantai Batu Empat Port Dickson. Setibanya kami di situ, barang – barang dipunggah dan ground sheet dibentangkan sementara menunggu ketibaan rakan – rakan lain ke lokasi kami.
Kopi panas disediakan untuk menghangatkan malam yang semakin dingin sambil memasang khemah masing. Setelah selesai berurusan, semua kelihatan kepenatan dan mengambil keputusan merehatkan diri untuk menghadapi kayuhan keesokan harinya. Kira – kira jam 0000 tengah malam, hujan turun dengan lebat beserta angin kencang. Namun kejadian itu tidak menghalang untuk kami meneruskan tidur masing – masing.
'Gerabak akhir' (peserta kayuhan paling belakang), bergambar kenangan di papantanda Pantai Teluk Kemang
'Gerabak tengah' (peserta kayuhan di bahagian tengah konvoi) sudah pun lama sampai ketika 'gerabak akhir' tiba di pantai Bt. 4 Port Dickson
Aliep tidur di luar dengan menggunakan sleeping mat tanpa menunggu khemah dipasang terlebih dahulu, mungkin kerana terlalu keletihan
Khemah yang menempatkan peserta - peserta kayuhan di 'gerabak akhir'
Sinopsis Kayuhan Hari Kedua
Jangkamasa kayuhan: 5:12:13 (Jam/Minit/Saat, terkecuali waktu berhenti)
Kelajuan purata: 18.35 km/j (berdasarkan 4 rekod bacaan)
Kelajuan maksima: 43.1 km/j
Jumlah jarak terkumpul: 99.97 km
Jumlah jarak terkumpul hari pertama dan kedua: 288.71 km
Jumlah jangkamasa terkumpul hari pertama dan kedua: 14:44:03 (Jam/Minit/Saat, terkecuali waktu berhenti)
"Happiness is itself a kind of gratitude" - Joseph Wood Krutch
2 comments:
Fuh. puas hati!
*
aliep tu asyik tido ja. hahaha!!!
*
sedap ke coconut shake tu?
*
ok, nak baca part 1 pulak. ehehehh~
gadisBunga: jom, jom satu hari touring dengan saya pula !!
Aliep tu memang gitu, simptom 'kurang kasih tidur' namanya hahahaha ... coconut shake tu ? sedappppp. sebab ada orang belanja ( :
Post a Comment