ADS

25 October 2010

Mini Touring SKVE: 22.09.2010

Lama dah Muzammil, tak berkayuh sesama disebabkan offday kerja yang tidak sama dengan rakan2 lain. Lama juga kami tak berkayuh (touring) redah panas siang hari. Cuba calling2 dia, tengok off plak hari Rabu tu. Ajak dia cuba lebuhraya SKVE yang baru dibuka. Memulakan perjalanan dari Lestari Perdana, masuk SKVE sampai hujung di Saujana Putra dan berpatah balik.  

INFO KAYUHAN:
* Jumlah jarak kayuhan: 39.54 km
* Masa kayuhan: 2:27:36 (jam/minit/saat, tidak termasuk waktu berhenti)
* Purata kelajuan: 16.0 km/jam, kelajuan maksima: 37.7 km/jam.

Touring mode: Ultralight 

Qoute for the ride:
A man who dares to waste one hour of time has not discovered the value of life - Charles Darwin


Zon pelepasan di Lestari Perdana, Puchong


Sepeda buatan Jepang


Cukup siksa nak sampai ke sini, terpaksa menghadapi kenderaan yang dipandu laju


 Laluan lebuhraya SKVE (E26) bermula


Di plaza tol Ayer Hitam


Sg Rasau ? Mcm pernah jumpa je nama ni berhampiran Bkt Raja, Selangor


Menghampiri susur keluar 2607, ke Saujana Putra


Lokasi yg sama, tapi low angle pula ...


Memasuki daerah Kuala Langat, lokasi di atas jambatan melintasi lebuhraya Elite


 Penghujung lebuhraya SKVE yang masih dalam pembinaan



Berehat di wakaf yang disediakan berhampiran plaza tol Saujana Putra


 Sarapan kami berdua untuk pagi itu


Kampung Lombong ? Mesti kampung tu wujud sebab ada lombong bijih timah ekk ...


Binaan aluan ke Bandar Saujana Putra; terletak tidak jauh dari bulatan


Bertukar daerah semula, dalam perjalanan balik ke Puchong


 Refleksi di kacamata Muzammil


Kenderaan berat di sini dipandu begitu laju, sila berhati2 ...


Balik ikut jalan shortcut


Kesulitan amat dikesali ...


Maklumat perjalanan melalui rakaman GPS

22 October 2010

Le Tour de Perak: Bahagian 3

Artikel ini adalah sambungan dari Bahagian 2 dan boleh dibaca di sini.
Awalan penceritaan (Bahagian 1) boleh dibaca di sini. 

Hari terakhir untuk touring kami, merupakan kayuhan paling jauh antara ketiga-tiga hari, juga rekod peribadi kayuhan touring paling jauh untuk sehari (sehingga artikel ini ditulis). Dari Taiping, masuk ke Kuala Kangsar dimana tempat saya dilahirkan. Memasuki Manong, Bota Kiri, Lambor Kiri, Seberang Perak, Hutan Melintang sebelum berakhir di kediaman keluarga kami di Sabak Bernam. 

Info Kayuhan 

* Hari ketiga, 25.06.2010, Khamis 

* Jarak kayuhan: 203.96 km 

* Masa diambil: 11 jam 42 min 15 saat (tidak termasuk waktu berhenti) 

* Laluan: Taiping (bersarapan pagi, kemudian ronda sekitar kawasan Taman Tasik Taiping) ~ Air Kuning ~ Changkat Jering ~ Bukit Gantang (menziarahi pusara Long Jaafar) ~ Padang Rengas (layan laluan berbukit) ~ Kuala Kangsar (melawat pokok getah tertua di Malaysia; hospital tertua di Kuala Kangsar; MCKK; seberang sungai Perak untuk ke Sayong, lepak di dataran Sg. Perak; pekena laksa, cendol & mee rebus) ~ Manong (di pertengahan jalan singgah di Hutan Lipur Ulu Kenas) ~ Bota Kiri ~ Lambor Kiri ~ Seberang Perak ~ Hutan Melintang ~ Sabak Bernam (TAMAT!!)

* Touring mode: Fully loaded

Syukur Alhamdulillah, segala jentera anggota (tubuh badan daaa) dan juga jentera kayuhan (basikal) berada dalam keadaan sihat sejahtera & baik. Terima kasih untuk kata-kata semangat & doa dari saudara mara serta rakan-rakan.

Quote of the Ride: 
"All our dreams can come true, if we have the courage to pursue them" - Walt Disney

Untuk melihat album gambar penuh, layari di sini.



Encik Najib Abd Halim. Terima kasih menumpangkan kami untuk penginapan.


 Sarapan pagi tipikal rakyat Malaysia: Nasi lemak


Menikmati limpahan mentari pagi & ketenangan di Taman Tasik Taiping


Tol atau tanpa tol. Ada kami peduli ?


Sempat menziarahi makam Long Jaafar di Bukit Gantang


Laluan mendaki di Bukit Gantang. Lori balak yang perlahan itu pun lebih laju dari kami ...


Lintasan keretapi di bahagian atas laluan jalanraya


Meninggalkan daerah Larut, Matang & Selama, memasuki daerah Kuala Kangsar


Hentian untuk membeli pisang


 Memasuki bandar Kuale Kangsor, tempat saya dilahirkan


Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)


Bendera negeri Perak berkibar megah di pagar MCKK


 Seorang pakcik yg 'fius putus' membelek2 basikal kami


 Di hadapan pokok getah tertua di Malaysia, semenjak tahun 1877


Labu sayong gergasi, di jalan menuju ke Kuala Sayong


 Jambatan yang dibina merentasi Sg. Perak. Jika dahulunya, penduduk setempat harus menaiki bot / sampan untuk ke Kuala Sayong.


Menikmati laksa & cendol di foodcourt Majlis Perbandaran Kuala Kangsar


Kuala Kangsar, merupakan bandar diraja bagi negeri Perak


Hutan Lipur Ulu Kenas, terletak pertengahan antara jalan Kuala Kangsar - Manong


 Gambar terakhir yang diambil, beberapa km selepas ini hujan membasahi bumi tanpa henti sehinggalah kami tiba di Sabak Bernam


Jarak kayuhan untuk 3 hari


Jumlah masa kayuhan untuk 3 hari (tidak termasuk waktu berhenti)


Purata kelajuan kayuhan, tak laju pun ...


T A M A T ...

 

20 October 2010

Le Tour de Perak: Bahagian 2

Awalan penceritaan (bahagian 1) boleh dibaca di sini 

Info Kayuhan

*Hari kedua, 23.06.2010, Rabu

*Jarak kayuhan: 49.78 km

* Masa diambil: 3 jam 40 min 19 saat (tidak termasuk waktu berhenti)

* Laluan: Changkat Ibol ~ Changkat Jering ~ Simpang ~ Matang ~ Kuala Sepetang (Port Weld) ~ Taiping

* di Matang, ambil gambar kenangan di hadapan Kota Ngah Ibrahim, rumah Kapten Speedy & balai penghulu Matang.

* Kuala Sepetang: jumpa papantanda lama stesyen keretapi Port Weld, berpeluang melawat kilang membuat arang & pekena mee banjir udang di Kuala Sepetang. Dalam perjalanan ke Taiping, kami mengambil jalan lama laluan warisan keretapi Taiping - Port Weld. Laluan itu meliputi Matang Road, Jebong, Aulong & Kg. Boyan.

* terpaksa berteduh bawah sebuah pondok di Taman Tasik Taiping akibat hujan lebat yang diselangi dengan petir & angin kencang.

* terima kasih diucapkan pada saudara Najib yang membenarkan kami bermalam di rumah sewa beliau. 

* Touring mode: Fully loaded

Untuk melihat album gambar lengkap, layari di sini.


Pakcik Rahman bersarapan dgn kami sebelum bergegas ke Ipoh. Menu jam 10 pagi, nasi ayam


Memasuki mukim Matang, dengan kota Ngah Ibrahim di kejauhan


Di hadapan Kota Ngah Ibrahim


Berhadapan rumah Kapten Speedy


Singgah bagi melawat warisan sejarah, bangunan penghulu terawal di Perak


Hiasan dalaman pejabat penghulu mukim Matang


Sikit lagi untuk tiba ke Kuala Sepetang @ Port Weld


Warisan laluan keretapi Taiping - Port Weld, 1885


Berehat sebentar membasahkan tekak, dalam keadaan cuaca yang panas terik


Aktiviti seharian penduduk tempatan di Kuala Sepetang


Pepohon bakau di Komplek Eko Pelancongan Paya Bakau, Matang


Susunan kayu bakau yang akan dimasukkan ke dalam relau pembakaran


Pekerja sedang mengasingkan arang untuk proses pembungkusan


Bot2 yang digunakan untuk mengambil & membawa kayu2 bakau ke kilang pemprosesan


 Mee udang yang gah di sekitar Kuala Sepetang. "Selak udang, nampak mee" ...


Laluan warisan keretapi Port Weld - Taiping telah berjaya dijejaki


Pemandangan bahagian dalam stesyen keretapi Taiping


Awan hujan menantikan kehadiran kami di kejauhan


Bergambar di salah sebuah bangunan lama


Berteduh sebentar dari hujan gerimis di Taman Tasik Taiping


Pepohon rendang yang menjadi ikon bagi Taman Tasik Taiping


Pekena minuman panas, sementara menunggu hujan berhenti


Mujurlah ada wakaf yang dapat dijadikan tempat teduhan


B E R S A M B U N G ... di sini