ADS

29 November 2010

Puncak Perdana < - - - > Kuala Selangor: 24.10.2010

Matlamat utama: bawa Zulhabri berlatih untuk kayuhan touring yang lebih jauh pada 5 ~ 9hb Nov 2010 (Slowly2 Go Down). Simulasi berkayuh dlm hujan - panas, jalan sempit, jalan besar, laluan berbukit, laluan berliku & kayuhan malam

Matlamat sampingan: bawa kawan Zulhabri, Naza jalan2, menguji basikal Bridgestone Wakjan yang baru diservis & dipasangkan dengan 'butterfly handlebar' disamping 'mengeraskan bontot' untuk kayuhan yang lebih jauh & lama ...

Info kayuhan: jumlah jarak = 108.48 km, jumlah masa kayuhan = 6 jam : 57minit : 52 saat (waktu berhenti terkecuali), purata kelajuan = 15.5 km / jam
Touring mode: Ultralight
 
Quote of the Ride:
It is the set of the sails, not the direction of the wind that determines which way we will go - Jim Rohn
 


Singgah membeli makanan - minuman yang akan dibawa semasa bertouring



Lokasi permulaan kayuhan, di UITM kampus Puncak Perdana



Sempadan daerah Petaling - Kuala Selangor



Hentian R & R berhampiran pekan Simpang Tiga Ijok



Sempat singgah di gerai tepi jalan yg menjual air tebu & kuih muih



Singgah di kedai motor di pekan kecil Bukit Rotan untuk meminyaki rantai basikal Naza

Hanya tinggal 1 kilometer lagi untuk ke pekan Kuala Selangor


Mercutanda di kaki bukit Melawati


Kenderaan utk org awam melawat Bkt Melawati. Pd Sabtu, Ahad & cuti am, laluan ke Bukit Melawati akan ditutup pd kenderaan lain kecuali basikal hehehe ...


Manusia dan haiwan harmoni bersama


Berehat sambil memerhatikan gelagat pengunjung


Manusia dan haiwan sama2 memeriahkan suasana di Bukit Melawati


Bergambar kenangan dgn latar belakang rumah api Bukit Melawati


Di mercutanda kemuncak Bukit Melawati


Ketiga2 jentera kayuhan peserta touring Puncak Perdana - Kuala Selangor


Naza sempat membuat aksi urban downhill menuruni tangga Kota Melawati


Zulhabri tidak ketinggalan mencuba aksi downhill offroad


Amboiii, banyaknya Naza makan : )


Wakjan sedang membaiki masalah teknikal pada brek disc basikal dinaiki Zulhabri


1 kilometer lagi ke pekan Bestari Jaya atau nama lamanya Batang Berjuntai


Berhenti rehat di hentian bas berhampiran persimpangan masuk ke Kota Puteri


Sempat juga Zulhabri melelapkan mata ...


Siang telah pun melabuhkan tirainya ketika kami tiba di persimpangan jalan Puncak Perdana - Puncak Alam



 
Hanya beberapa kilometer menuju ke garisan penamat



Jarak kayuhan kami bertiga pada hari tersebut


02 November 2010

Kajang < - - - > P.D.: 22 - 23.10.2010

Catatan pengalaman Ah Chong, bersama abg Ken, abg Sam & Ady.
Laluan:
1. Saujana Prima, Kajang - Lebuhraya LEKAS - susur keluar persimpangan Setul (plaza tol Setul).
2. Plaza Tol Setul - Seremban - Lukut - Lebuhraya Port Dickson (P.D.) - P.D. - Bukit Pelanduk - Bangi - Saujana Prima

Jarak perjalanan: 165km
Touring mode: Fully loaded

Dipetik dari laman Facebook, Ah Chong:

plan nak ride ke Melaka tapi tetiba lak kengkawan tertukar fikiran nak ride sampai P.D. je. hmm ... ikut jer lerrr ... memasing ade hal la kot ...

gerak dari Petronas di Prima Saujana sekitar jam 11.30 malam ... layan lebuhraya LEKAS cepat sikit sampai ... dalam jam 1.00 pagi kat Mantin ... lepak jap layan nasi sepinggan dua ... hahaha ... perut sudah berbunyi ... lepas makan terus sambung ride ke tol Setul dimana kitaorang rehat & tidur buat seketika ...

dalam 7.00 pagi terus gerak ke P.D. mau sarapan disana ... memusing jap kat bandar Seremban mau cari jln dekat ke P.D. ... jumpa akhirnya ... Lukut kot ... rasa cam kejap jer jalannya ... dlm 9.45 pagi kitaorang dah sampai P.D. ... mau tiruk laut tak mau, buntutku dah melecet ... awww ...

lepas sarapan, lepak kat wakaf pantai berdekatan sambil membuta barang 20 minit. pastu teruskan perjalanan ... on the way tu terserempak lak dengan bebudak Malakof tgh ber racing ... bagi diaorang semangat sikit pastu teruskan perjalanan menghala  Bukit Pelanduk ...

Selepas setengah nyawa hadap bukit ni ... perjalanan seterusnya diiringi ngan hujan lebat, renyai, gerimis, topan hahaha ... hinggalah sampai Universiti Kebangsaan Bangi ... itu pun dah sekitar jam 6 petang baru sampai ...

Gambar2, kredit untuk Ah Chong & abg. Ken

Quote for this ride:
Every moment is an experience - Jake Roberts

Basikal Ah Chong


Basikal abg. Ken


Basikal Ady


Basikal abg. Sam


 Dari kiri; Ady, abg. Ken & abg. Sam


Berhenti seketika berhampiran plaza tol


Exit 2104, menuju susur keluar ke Mantin / Lenggeng


Curi2 masa untuk zZz ...


Menjamu selera di kedai makan, Mantin


Berehat sebentar di sebuah wakaf yg terdapat di Lebuhraya LEKAS


Melepasi Seremban dan memasuki lebuhraya Seremban - Port Dickson


Tidur, tidur juga. Jangan basikal kena bawa lari udah ...


Terserempak dengan para pelumba acara MALAKOFF


Berhenti berteduh di stesyen minyak, sambil melindungi apa yang patut dari dibasahi hujan