ADS

13 June 2011

Loretta Henderson

Nota:
Sementara menunggu catatan perjalanan Kayuhan Dua Tasik di Pahang ditamatkan, rasanya elok juga saya berikan entry ini sebagai selingan. Maaf pada followers, agak sibuk dan juga kurang sihat kebelakangan ini. InsyaAllah, akan diselesaikan sambungan siri tersebut dengan seberapa segera. Harap tidak jemu dan sabar menunggu ( :
* Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Untuk gambar dengan resolusi lebih tinggi, sila klik pada gambar.

Pada Khamis yang lalu, wall Facebook saya telah menunjukkan adanya satu permohonan menjadi rakan (friend request) dari sorang insan bernama Loretta Henderson.

Hmm, nama macam pompuan, minah saleh. Macam biasa, kena tapis dahulu permohonan sebelum boleh diluluskan. Mutual friend pula ada dalam tujuh puluh orang, kebanyakannya rakan touring dari seluruh pelusuk dunia. Gambar profailnya, gambar karikatur pompuan bawa basikal, dengan roda depan ada imej globe peta dunia. Ok, boleh approve permohonan ini. Kalau entah apa - apa di kemudian hari, tiada sebarang masalah boleh remove atau unfriend sahaja hehehe ...


 Gambar profail Loretta (semasa artikel ini ditulis)


  Sebahagian 'mutual friend' kami, kebanyakan bergambar profail membawa 'almari baju' di setiap basikal masing - masing (bak kata seorang akak tu, almari baju = beg pannier hahahaha)


 Bersama basikal beliau, di laluan tarmac


Gambar kenangan disalah satu laluan offroad semasa pengembaraan beliau


Pada pagi Jumaat lalu, tiba - tiba saya mendapat  satu entry yang di post pada wall akaun Facebook saya. Dan dari situlah, saya mendapat tahu laman web beliau iaitu www.skalatitude.com. Hmm, ingatkan basikalis wanita biasa - biasa, rupanya mengelilingi dunia wanita secara solo rupanya huhuhu ...


 Posting di wall saya memberitahu betapa beliau seronok mengembara di tanahair kita


 Laman web beliau, menampilkan beberapa pautan pada basikalis wanita solo yang mengelilingi dunia


 Masing - masing ada gambar dengan ular. Jangan marah ( :


Pautan (link) ke laman beliau telah pun dimasukkan ...


Basikalis touring tempatan tidak dianaktirikan. Pautan ke beberapa laman web catatan perjalanan encik David Munusamy telah pun dimasukkan.