Muat turun majalah Bicycle Traveler edisi Mei 2012 di sini |
Pengenalan
Bicycle Traveler merupakan sebuah majalah antarabangsa mengenai kembara berbasikal (bicycle touring).
Ianya dipenuhi dengan cerita menarik dan gambar-gambar yang akan
menginspirasikan anda bagi mengimpikan pembacanya tentang destinasi dan
peralatan terbaru dunia kayuhan.
Majalah elektronik (selepas ini akan disebut sebagai e-mag) yang dipaparkan di sini merupakan edisi ketiga sepanjang penerbitannya dan juga edisi kedua bagi tahun 2012.
Isu keluarannya akan muncul selang tiga kali setahun, iaitu pada bulan Januari, Mei dan September. Para pembaca boleh melanggan e-mag percuma ini di sini
bagi mengelakkan ketinggalan keluaran yang akan datang. E-mel akan
dihantar oleh pihak yang berkenaan menandakan keluaran terbaru telah
diterbitkan dan mengisyaratkan pembaca untuk mula memuat turun e-mag tersebut
Keluaran sulung e-mag Bicycle Traveler terbitan September 2011 dan edisi kedua terbitan Januari 2012 boleh dimuat turun di sini.
Reviu ringkas e-mag Bicycle Traveler edisi Mei 2012
Saya tidak ingin mengulas secara mendalam mengenai penghasilan artikel, gambar ataupun produk yang dikongsikan dalam e-mag tersebut. Biarlah pembaca sekalian yang memberikan komentar masing-masing setelah membacanya sendiri.
Berikut disenaraikan isi kandungannya:
4 penceritaan,
4 penceritaan,
4 ruangan fotografi,
2 reviu kelengkapan kembara berbasikal,
1 temubual, dan
1 temubual, dan
1 ruangan penulis.
(1) Penceritaan:
(a) Himalayan Trader,
oleh Scott Stoll
Menceritakan tentang
pengalaman pengembara berbasikal dari barat yang menukar pen beliau dengan
pengembala Tibet. Beliau mendapat pengajaran yang berharga pada pengalaman ini.
(b) Which way to
Hyderabad, oleh Frank van Rijn
Catatan pengalaman
Frank van Rijn tentang kesukaran beliau menanyakan jalan untuk ke Hyderabad,
India.
(c) Hitch-biking
through Africa, oleh Jo Charnock
Jo Charnock berkongsi
pengalamannya berkembara basikal dengan basikal lipat (folding bike)
dari Kaherah (Cairo), Mesir ke Cape Town, Afrika Selatan.
(d) Welcome to Laos,
oleh Ian Mitchell
Ian Mitchell
mengimbas kembali pengalaman manisnya ketika berkembara basikal ke Laos.
Beberapa gambar
menarik mereka ketika berkembara basikal ke lima puluh buah negeri seluruh
Amerika Syarikat. Adam Coppola merupakan jurnalis foto (photojournalist),
bergabung bakat dan kebolehan bersama isterinya Christy untuk mendokumentasikan
perjalanan kembara mereka.
(b) Imej dari perjalanan: India, oleh Paul Jeurissen
(b) Imej dari perjalanan: India, oleh Paul Jeurissen
Gambar menarik
seorang pengembara berbasikal sedang berehat di sebuah pokok rendang.
(c) Imej dari
perjalanan: Malawi, oleh Peter Gostelow
Peter Gostelow
berkongsikan keadaan bilik yang diduduki bersama basikal serta barangan yang
dibawanya.
(d) Gambar akhir
(muka belakang): America, oleh Paul Jeurissen.
Gambar tanpa tajuk
yang menarik. Tangan yang hitam legam akibat kesan dari minyak sewaktu mahu
memotong dan menyambung kembali rantai basikal.
(3) Peralatan
(a) Trip Gear, oleh
Grace Johnson
Enam reviu produk
peralatan untuk kembara berbasikal. Diantaranya ialah khemah, lapik tidur, beg
pemampat kalis air dan lain lain.
(b) Pengujian kasut
Crocs, oleh Igor Kovse
Igor Kovse menguji
kasut Crocs ketika berkayuh di Namibia, Lesotho dan Paris - Brest - Paris.
Mengenengahkan beberapa kelebihan memakai kasut yang ringkas ini.
(4) Temubual
Jim Van Den Berg -
Lightweight touring, ditemubual oleh Grace Johnson
Pengembara basikal
yang mengamalkan konsep pembawaan barangan secara minima (ultralight touring);
berkongsi idea, pandangan dan nasihat beliau.
(5) Kolumnis
(5) Kolumnis
The Art of Unplanned
Journey, oleh Tom Allen.
Tom Allen, berkongsi
pemikiran beliau tentang halatuju kembara berbasikal dalam penghidupannya.
Oleh:
Azizan Zolkipli.
Rabu, 13hb Jun 2012, 3:20 PM,
Jalan Telawi, Bangsar, KL.
Oleh:
Azizan Zolkipli.
Rabu, 13hb Jun 2012, 3:20 PM,
Jalan Telawi, Bangsar, KL.
No comments:
Post a Comment