ADS

17 October 2010

Touring Versi 1.0

Info Kayuhan:
Laluan: Sabak Bernam - Lumut - Pulau Pangkor (pusing pulau) - Lumut - Sabak Bernam.
Tarikh: 22 - 23hb Nov. 2008
Jenis touring: lightweight touring, supported (diiringi dengan sebuah motor)
Peneman: adik bongsu, Azri Zolkipli, dengan bermotorsikal.
Jumlah jarak: 209.43 km ( 112.25 km pergi dan balik 97.18km )
Jumlah masa kayuhan: 10:36:33  (jam/minit/saat, tidak termasuk waktu berhenti)  

Log Perjalanan dan Rakaman Lensa:

Hari pertama, 22/11/2008, Sabtu 

- bertolak dari rumah di Sabak Bernam seawal jam 0515 pagi.

- singgah di stesyen minyak Petronas Simpang Empat Hutan Melintang untuk mengisi minyak motorsikal pengiring.

- singgah di kedai makan Gulam Rasul berhampiran kawasan tanaman padi Felcra Seberang Perak untuk sarapan pagi.

- berhenti di Maybank Seri Manjung utk mengeluarkan wang, tengok - tengok tertinggal kad ATM. Duit dalam poket tinggal RM 7 + 25 USD baki balik dari trip Vietnam bulan Oktober 2008 lalu. Adik aku pulak langsung takde duit dlm akaun Maybank dia. Yang ada pun dalam bank BSN, tapi kad ATMnya  pula tidak dibawa aduhaiii ...

- mencari pengurup wang (money changer) di pekan Lumut, nasiblah terjumpa. tukar 25 USD, dapat lah RM89.

- bawa basikal dan motor naik feri ke Pulau Pangkor. Motor dikenakan bayaran RM 5 manakala basikal RM2. Tiket pergi balik feri untuk orang dewasa RM 10.

- sampai di jeti Teluk Pinang Kecil, nampak ada orang membawa turun semua motorsikal tapi basikal tidak diturunkan. Feri kemudian bergerak untuk ke jeti utama penumpang, rupanya kami tidak tahu yang semua motor / kargo barangan dimestikan turun di jeti Sg. Pinang Kecil (SPK).

- aku turun di jeti utama lalu kayuh basikal ke jeti SPK, adik aku terpaksa naik semula feri dan turun ke jeti SPK.

- makan tengahari disebuah kedai makan Melayu berdekatan jeti SPK.

- destinasi pertama ke Taman Fu Lin Rung, menempatkan rumah ibadat orang Cina dan yang paling menarik ada replika Great Wall of China.

- melalui pekan kecil Pangkor, terus ke Teluk Gedong sampai ke hujung jalan mati. Patah balik dan singgah di Batu Bersurat dan Kota Belanda.

- ke pantai Pasir Bogak untuk 'makan angin', selepas itu melalui jalan pendakian ke Teluk Ketapang. Di sini permukaan jalan hanya landai apabila sampai di kawasan pantai Teluk Ketapang.

- melalui lagi jala yang naik turun, sampai di Pantai Teluk Nipah jalannya mendatar dan kami terus ke Pangkor Rimba Kem.

- cari tempat penginapan, berjaya 'kautim' dgn budak penjaga bilik tu dapatlah seorang dengan bayaran RM  20. Sepatutnya bilik tu berharga RM 120, lebih - lebih lagi di musim cuti sekolah ini tapi hasil pujukan, dapatlah juga mendapat penjimatan di situ.

- bilik ada 6 katil dua tingkat, kira - kira 18 orang leh masuk sekaligus. siap dgn aircond + kipas & bilik air kat dalam.

- lepas rileks2 dalam bilik, turun ke laut untuk mandi manda & menikmati pemandangan indah matahari tenggelam.

- malam tu gi makan kat sebuah kedai makan tepi jalan yang banyak terdapat di pantai Teluk Nipah. suasana malam tu memang happening, dah rasa macam kat Teluk Bahang atau di Phuket lak ...

- basuh baju/seluar & bilas, sidai dlm bilik pastu zZz cas bateri hehehehe ... 

Hari kedua, 23/11/2008, Ahad:

- bangun tidur seawal 6.30 pagi, cadang jam 7.00am nak bergerak tapi hujan sangat lebat.

- dalam jam 1000 pagi hujan dah mula reda, lepas kemas barang dan serah kunci bilik (check out) kat kaunter resort kami gerak ke Teluk Dalam.

- kat Teluk Dalam ni kami berhenti untuk ambik gambar kenangan.

- meneruskan perjalanan ke jeti SPK, lalu jalan yang tersangatlah mendakinya. lutut pun dah goyang sebab belum bersarapan. apalagi, tolak ajelah basikal tu hahaha ...

- sampai di satu kawasan yang betul - betul curam, terpaksa tolak basikal sebab khuatir terjatuh: jalan licin basah dek hujan + banyak daun - daun gugur + basikal guna tayar sotong (slick tyre). bukan apa, jatuh apa pun tak dapat nanti dah le perjalanan masih jauh.

- sampai kat jeti SPK, singgah makan mee goreng kedai Melayu tu, sarapan pagi merangkap makan tengahari sekali.

- naik feri ke Lumut. sampai tanah besar, singgah stesyen minyak Shell Lumut untuk mengisi minyak motor. Meninggalkan stesyen minyak tu tepat jam 1.35 tengahari, aduiii panasnya berkilat kulit aku ...

- ada juga lah berenti dalam perjalanan dari Lumut ke jambatan Sg. Perak, angin kuat membuatkan aku tak larat nak mengayuh. aduh, tekanan mental, mental ...

- setelah penat mengayuh, akhirnya sampai di Sabak Bernam pada jam 6.15 ptg Ahad tu. Mission accomplished !! Syukur Alhamdulillah, kami berdua selamat pergi dan balik ...


Dalam perjalanan menuju Lumut, papantanda berhampiran kawasan Kayan


 
Persimpangan Seri Manjung - Setiawan


 Jentera kayuhan bersama jentera pengiring


 Berlatarbelakangkan feri ke pulau  Pangkor


 Tiket feri, RM10/seorg (pergi balik) + RM2 bayaran membawa basikal (sehala)


Pemandangan kawasan nelayan Sg. Pinang Besar, Pangkor


 Lagi beberapa ratus meter ke jeti utama Pulau Pangkor


Pangkor 0 km ? Errkkk ...


Teluk Gedung


Pantai Pasir Bogak, salah satu lokasi utama pelancongan pulau Pangkor


Selepas laluan 'jersi raja bukit', akhirnya sampai di sini


Pangkor Rimba Kem, Teluk Nipah


"Sayang basikal, simpan - simpankan ..."


Teluk Dalam, berhampiran jeti eksklusif milik sebuah resort


Jeti lama di Teluk Dalam


Dah guna habis gear, menolak lah jawabnya ...


 Kecuraman 16% ooo, nasib laluan menuruni bukit ...


 Di jeti Sg. Pinang Kecil, untuk menaiki feri ke tanah besar


"If you don't know where you're going, 
you will probably end up somewhere else" - Laurence J. Peter




2 comments:

Frája Beha said...

wahwahwah wakjannnn!!! belikan aja beskal satu lah! nak join gak! hehe

Azizan Zolkipli said...

nak belikan basikal sebiji ? errkkkk, kurang wang le. kalau pinjamkan satu, aci tak ??