Kesinambungan dari episod lalu.
Awalan penceritaan boleh dibaca di sini.
Kampung Bukit Cherakah ke simpang Bukit Ramli
Awalan penceritaan boleh dibaca di sini.
Nota:
Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Pembesaran imej dapat dilakukan
dengan cara klik pada setiap gambar. Semua hakcipta penulisan dan gambar adalah terpelihara, sebarang
penggunaan mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari penulis.
Sabtu, 2hb Jun 2012
Sabtu, 2hb Jun 2012
Kampung Bukit Cherakah ke simpang Bukit Ramli
-
jam 1900 malam: Melepasi Sekolah Kebangsaan Bukit Cherakah, kami
meneruskan perjalanan ke hadapan, mengikuti jalan bertar yang pernah
saya lalui sebelum ini dengan bermotorsikal. Sampai di sebuah
persimpangan, ke kanan menghala ke laluan offroad Cycle4Care manakala jalan terus ke laluan yang saya yang tidak pernah ikuti sebelum ini. Dengan keyakinan melampau (over confident), saya meyakinkan Mawi yang jalan ini akan bertemu dengan simpang tiga menuju ke puncak Bukit Ramli.
- Kami melalui beberapa rumah, dan kemudian jalan mulai tidak bertar.
Penduduk tempatan yang kebetulan berada di tepi jalan kami tanyai,
katanya jalan yang kami lalui ini tidak akan bertemu dengan jalan ke
Bukit Ramli. "Ahhh sudah," bisik hati saya. OK tidak mengapa, saya
mengambil keputusan untuk menggunakan konsep 'redah saja'.
- Perjalanan seterusnya membawa kami ke sebuah laluan yang terdapat beberapa ekor lembu tertambat dan menghalang perjalanan. Di tepinya terdapat himpunan ranting dan pokok kering sedang terbakar. Masing-masing takut untuk mara, kerana bimbangkan lembu dewasa yang seolah-olah ingin menanduk kami. Hendak ketepi, api sedang marak membakar dan terpaksa pula melalui tebing bukit. Mujurlah gembala lembu ada di situ, beliau menenangkan kami dengan mengatakan yang lembu tersebut tidak garang.
- Dari kawasan itu, kami menjumpai sebuah rumah, sempat juga bertanyakan pada seorang lelaki separa umur yang sedang berada di luar rumah. Menurut beliau, tiada jalan yang menghubungkan terus ke Bukit Ramli, sebaliknya kami harus keluar kembali ke jalan besar. Tambahnya lagi, beberapa rumah di jalan yang akan kami lalui nanti terdapat banyak anjing. Tidak tahulah samada terdapat kebenaran ataupun beliau sengaja menakutkan kami.
- jam 1915 malam: Beberapa rumah dan kebun kami lalui, di akhir perjalanan terdapat laluan berpasir sebelum ianya menemukan kami ke jalan besar. Meter saya menunjukkan kami telah melalui jalan dalam tersebut sejauh 2.5 kilometer. Sebelum meneruskan perjalanan di jalan besar, kami menghidupan lampu keselamatan (blinker) masing-masing. Beberapa bukit harus kami tempuhi sejauh lebih kurang sekilometer, sebelum menemukan simpang masuk ke Bukit Ramli.Sempat juga kami berhenti seketika di tepi jalan bagi menghormati seruan azan Maghrib yang sedang berkumandang.
- jam 1935: Kami tiba di simpang masuk ke Bukit Ramli, berhenti seketika untuk bergambar kenangan. Yesss, akhirnya, jalan yang benar menuju Bukit Ramli !
- Ketika makan bersama, kami turut berbual-bual mengenai pengalaman berkayuh dari petang ke malam untuk ke puncak Bukit Ramli ini.

Gambar 1. Simpang masuk ke Bukit Ramli, berlatarbelakangkan balam-balam senja |
Gambar 2. Jalan Awin, menuju ke Bukit Ramli |
Simpang Bukit Ramli ke Bukit Ramli
- jam 1945: Perjalanan disambung, menuju ke puncak yang telah kelihatan lampunya dari bahagian bawah. Melepasi beberapa meter jalan berpasir sebelum jalan bertar, lebih kurang 150 meter dihadapan jalannya kemudian mula mendaki dan pendakiannya makin lama makin curam. Di satu selekoh kemudian ternampak lampu kenderaan datang dari arah hadapan, saya amati dan cam yang pemandu tersebut ialah Wak Ramli ! Beliau kemudian menyapa kami, saya memberitahunya yang kami akan bermalam di puncak.
- Sampai di simpang tiga, saya mengecam sebuah batuan tanda beserta anak panah ke Bukit Ramli, kawasan yang saya pernah lalui ketika membuat penandaaan Kayuhan Cycle4Care lalu. Kami memasuki hala kiri dan terus berkayuh hinggalah menemui satu simpang tiga, samada terus ataupun ke kanan. Di sini, saya menjadi keliru lantas mengambil ke arah kanan. Tidak sampai 200 meter berkayuh, saya mulai mendapati yang kami telah tersalah arah. Berpatah balik, naik ke atas dan kami sampai lagi di sebuah simpang tiga.
- Di simpang tiga itu, saya mula pasti laluan sebenar dan mengambil arah ke kanan. Jalan terus juga boleh membawa kami ke puncak Bukit Ramli, tetapi laluan yang curam membuatkan saya mengambil keputusan untuk mengambil jalan selamat dan mudah.
Puncak Bukit Ramli
- jam 2045 malam: Meninggalkan simpang tiga jalan besar - Jalan Awin sejauh 1.3 kilometer, akhirnya kami berdua selamat sampai di puncak Bukit Ramli ! Bagi individu lain, mungkin hanya biasa kerana telah banyak kali ke situ, tetapi bagi kami berdua ia merupakan satu lagi pencapaian peribadi. Tambahan pula berbasikal dengan membawa beg pannier melalui laluan berbukit dan tiba pada waktu malam, rasanya belum pernah lagi dilakukan oleh orang lain.
- Tiada orang lain di atas itu selain kami berdua; Fairus yang bertugas di kedai makan puncak bukit tersebut dan seorang wanita yang merupakan isteri Wak Ramli atau ibu kepada Fairus. Saya terus singgah di kedai makan lalu memesan air nenas cincau pada Firdaus. Untuk info, air nenas merupakan menu istimewa kedai makan tersebut. Mawi turut memesan air yang sama, setelah saya mencadangkannya kepada beliau.
- Kami berdua ke pelantar di tebing bukit untuk berehat dan menikmati pemandangan malam. Fairus menghantarkan minuman kami ke meja yang terdapat di pelantar pemandangan tersebut.
Gambar 3. Pelantar pemandangan bagi pengunjung menikmati suasana malam |
Gambar 4. Menikmati pemandangan Meru dan Klang, sambil menghirup udara segar yang bertiup di muka |
Gambar 5. Pemandangan kedai makan dari arah pelantar pemandangan |
- sambil minum, kami berdua berbicara tentang pengalaman kayuhan masing-masing disamping melihat tempat sesuai untuk kami memasang khemah. Tiba-tiba, saya mendapat SMS dari abang Naz memberitahu akan naik ke Bukit Ramli bersama keluarganya. Tulisnya lagi, tempat makan kegemarannya tidak dibuka pada malam itu. Ohhh OK, ada juga peneman kami malam ini ...
- sementara menunggu kehadiran abang Naz sekeluarga, saya meninjau keadaan persekitaran, menjengah sebuah papan yang dilekatkan pelbagai gambar dan tidak lupa juga masih terfikir lokasi sesuai untuk mendirikan khemah.
Gambar 6. Papan bergambar merakamkan segala program yang pernah dibuat di situ. |
Makan malam di puncak Bukit Ramli
- jam 2055 malam: Abang Naz, kak Zai dan famili sampai di puncak Bukit Ramli dengan sebuah kereta. Mereka terus ke kedai makan, memesan makanan - minuman dan turut mengajak Mawi serta saya menyertai mereka makan malam.

Gambar 7. Sebuah basikal tua diletakkan di bahagian bumbung kedai makan sebagai hiasan. Menarik bukan ? |
Gambar 8. Keluarga abang Naz & kak Zai |
Gambar 9. Mawi dan saya, turut menyertai keluarga abang Naz makan malam |
Gambar 10. Menu hidangan makan malam kami |
- Ketika makan bersama, kami turut berbual-bual mengenai pengalaman berkayuh dari petang ke malam untuk ke puncak Bukit Ramli ini.
- jam 2310 malam, keluarga abang Naz dan kak Zai memohon untuk pulang. Malam itu, abang Naz membelanja makan malam saya dan Mawi. Terima kasih banyak-banyak diucapkan, moga Allah SWT melimpahkan rezeki kepada mereka sekeluarga. Aaamiin ... Sebelum pulang, kami sempat bergambar kenangan beramai-ramai.
Gambar 11. Bergambar kenangan bersama keluarga abang Naz dan isteri Wak Ramli (paling kanan). Petikan kamera, ihsan Fairus |
Gambar 12. Satu lagi gambar kenangan |
- jam 2315 malam: Setelah masing-masing bersalaman, mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal, keluarga abang Naz dan kak Zai bergerak meninggalkan kami. Tinggallah kami berempat iaitu Mawi dan saya serta Fairus dan ibunya.
- Fairus menawarkan kami untuk bermalam di surau, memandangkan pada malam itu angin kencang dan kelihatan kilat sekali sekala menyabung di kejauhan. Kami yang pada mulanya keberatan, akhirnya bersetuju juga kerana memikirkan faktor keselamatan kerana puncak Bukit Ramli adalah lapang dan terdedah kepada bahaya kilat jika kami berkhemah dalam cuaca yang kurang baik.
- jam 1145 malam: Kami berdua masih belum tidur, masing-masing menonton televisyen sambil makan makanan ringan yang dijual di kedai makan tersebut. Tidak diingati cerita apa yang ditayangkan, tetapi cukup menarik lantas membuatkan saya tidak merasa mengantuk di ketika itu.
Gambar 13. Menonton televisyen sambil mengunyah keropok ikan dari Terengganu. Terbaikkk ... |
B E R S A M B U N G
*Nota ingatan kasih:
Penghargaan tidak terhingga pada individu yang sudi klik pada iklan dalam laman ini ( :
Episod seterusnya boleh dibaca di sini.
Episod seterusnya boleh dibaca di sini.
4 comments:
fuhhh...nasib baik jumpa jalan yang betul ke Bukit Ramlee!
@gadisBunga: itulah, walaupun sesat di penghujung jalanan. nasib baik dapat ketemu semula. By the way, terima kasih kerana sudi menjengah ( :
basikal tu kalo jatuh tas paler...naya jaa...hahaha
@zila: Ishhh, tak baik kamu ni janganlah minta camtu huhuhu ...
Post a Comment