Kesinambungan dari bahagian lalu.
Awalan penceritaan boleh dibaca di sini.
Nota: Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Pembesaran imej dapat dilakukan dengan cara klik pada setiap gambar. Semua hakcipta penulisan dan gambar adalah terpelihara, sebarang penggunaan mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari penulis. Terima kasih.
Ahad, 3hb Jun 2012
Puncak Bukit Ramli
- jam 0820 pagi: Hendak menyambung tidur, malangnya mata tidak mahu terpejam. Mungkin kerana perut sudah mula berkeroncong minta diisikan, mana mungkin mendapatkan tidur yang lena ! Kami berdua mengeluarkan bahan-bahan makanan dan minuman serta peralatan memasak untuk menyediakan sarapan pagi. Proses memasak dilakukan di lantai bersimen luar perkarangan surau.

Gambar 1. Antara barangan makanan - minuman dan peralatan yang dibawa |
Gambar 2. Periuk belanga, dapur memasak dan bahan api dalam tin |
Gambar 3. |
- jam 0950 pagi: Sarapan pagi selesai disediakan, dua minuman iaitu kopi o kaw dan minuman coklat beserta nasi goreng ikan bilis perasa ikan bilis siap sedia untuk dihidang dan dinikmati.
Gambar 4. Siap siaga untuk bersarapan pagi. Bismillah ... |
- jam 1030 pagi: Sedang kami melepak setelah menghabiskan sarapan pagi, kelihatan beberapa orang penunggang mountain bike menaiki puncak Bukit Ramli dari arah laluan curam yang kami elak dari laluinya malam tadi. Seorang daripadanya menghampiri kami berdua lalu menegur saya, "Wakjan ekk ?" "Ya", jawab saya. "Saya kawan Facebook Wakjan, En Mka", katanya. "Berjumpa kita di sini ekk", tambahnya lagi. Ketika berbual-bual, beliau turut menampakkan minat dengan peralatan memasak dan stail kembara berbasikal kami.
- Kenalan saya itu, encik Muhd Khairul Anuar atau lebih dikenali sebagai En Mka dalam laman sosial Facebook kemudian meminta kami mengambil gambar kenangan mereka sekumpulan bersama kenderaan Perodua Kancil berwarna biru yang diubahsuai untuk membawa penunggang acara basikal menurun bukit (downhill) yang suatu masa dahulu cukup popular di Bukit Ramli.
Gambar 5. En Mka dan rakan-rakan kayuhan bergambar kenangan |
- melihatkan mereka bergambar dengan kenderaan biru tersebut, saya dan Mawi turut ingin merakamkan kenangan di Bukit Ramli bersama 'Kancil" yang diubahsuai itu. Salah seorang dari mereka menawarkan diri untuk mengambil gambar kami berdua.
Gambar 6. Kami juga mahu bergambar kenangan bersama 'kenderaan biru' |
Gambar 7: Mawi bersama En Mka dan rakan-rakan kayuhan |
Gambar 8. Pasangan sehati |
Gambar 9. Sebuah kenderaan pacuan empat roda membawa dua buah basikal MTB. Tidak diketahui arah tuju mereka. |
Gambar 10. Bergambar solo untuk merakamkan kenangan tiba di puncak Bukit Ramli |
Gambar 11. Berlegar-legar sementara menunggu untuk menuruni bukit ke laluan lain |
- jam 1200 tengahari: Peralatan memasak kesemuanya telah dicuci, dijemur agar kering dan disimpan. Kini, masa untuk menyegar dan mencuci badan di bilik mandi yang terdapat bersebelahan surau. Kami berdua bercadang untuk turun dari puncak Bukit Ramli jam 1400 petang, selepas menunaikan fardu Zohor terlebih dahulu.
Gambar 12. Bersedia untuk meninggalkan Bukit Ramli |
- jam 1345 petang: Kelihatan tiga orang pemuda membawa basikal mereka, salah seorang darinya saya cam mukanya. Ya, sudah pasti ! Dia adalah salah seorang rakan kembara gunung, tidak pernah saya mengembara bersamanya cuma sebagai penggiat aktiviti rekreasi luar kami memang saling mengenali walaupun tidak mengetahui nama sebenar masing-masing.
- Menurutnya, mereka ingin membersihkan laluan downhill yang terdapat di situ memandangkan sebahagian daripadanya telah pun rosak akibat tanah runtuh dan bersemak. Saya kemudiannya meminta jasa baik beliau untuk merakamkan gambar kenangan kami berdua bersama basikal masing-masing dan 'kenderaan biru' Bukit Ramli.

Gambar 13. Bergambar kenangan di Bukit Ramli bersama basikal masing-masing dan 'kenderaan biru |
Gambar 14. Beberapa minit sebelum meninggalkan puncak Bukit Ramli |
- jam 1415 petang: Kami berdua tiba di
persimpangan masuk ke Jalan Awin. Berehat sebentar dan bergambar kenangan
sebelum melalui jalan besar untuk ke Meru.
Gambar 15. Menolak basikal di permulaan laluan masuk ke Jalan Awin yang sedikit berpasir |
Gambar 16. Di persimpangan masuk ke Jalan Awin, berlatarbelakangkan laluan pendakian naik menuju ke Bukit Ramli. |
B E R S A M B U N G ...
Nota terima kasih:
Penghargaan tidak terhingga pada individu yang sudi klik pada iklan dalam laman ini ( :
2 comments:
sungguh gah basikal yang tergantung tuh!
@gadisBunga: Kannnnn ... Basikal milik Wak Ramli tu !
Post a Comment