Kesinambungan dari
bahagian lalu.
Awalan penceritaan
boleh dibaca di sini.
Nota:
Tulisan berwarna biru
boleh diklik untuk bacaan lanjut. Pembesaran imej dapat dilakukan dengan cara
klik pada setiap gambar. Semua hakcipta penulisan dan gambar adalah
terpelihara, sebarang penggunaan mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu
dari penulis. Terima kasih.
Ahad, 3hb Jun 2012
Kaki Bukit Ramli.
Setibanya kami berdua
dia persimpangan Jalan Awin - jalan besar, kami berehat seketika melepaskan
lelah dah bergambar kenangan. Setelah berehat dan membasahkan tekak dengan
tidak sampai lima minit, kami meneruskan perjalanan menuju ke sebuah
persimpangan untuk menghala ke pekan Meru.
Tidak sampai dua
kilometer berkayuh, kami dikejutkan dengan pemandangan sebuah kereta terbakar
hangus di tepi kanan jalan. Ianya menarik perhatian kami berdua untuk berhenti
dan bergambar. Entah apalah punca kebakaran ini berlaku, lebih malang lagi
bagaimanalah keadaan pemandu atau penumpang kenderaan kereta tersebut. Dari
pengamatan saya, kereta ini adalah dari jenis Proton Saga.
Saya memfotokan
keadaan ini untuk entry blog milik saya yang satu lagi (Aku, Basikal Dan Sesuatu), dan turut menyuruh Mawi memanjat ke atas bumbung bagi mendapatkan
aksi yang lebih dramatik. Model tidak berbayar saya memanjat ke atas bumbung
dengan berhati-hati, manalah tahu kebakaran itu mungkin melemahkan struktur
logam bahagian bumbung tersebut.
Gambar 1. Bahagian depan kereta
yang terbakar
|
Gambar 2. Bahagian sisi tepi
dan belakang kereta yang terbakar
|
Gambar 3. Mawi memanjat bumbung
kenderaan untuk mendapatkan sudut lebih dramatik
|
Persimpangan sempadan daerah Klang & Kuala Selangor
Puas bergambar, kami
meninggalkan lokasi kebakaran kereta dan laluan berubah kepada pendakian jarak pendek
sebelum dihidangkan pula dengan laluan menuruni bukit yang membawa kami ke
sebuah simpang tiga. Sebuah papantanda di tepi jalan memberitahu kami yang ke
kiri akan membawa ke pekan Meru manakala ke kanan menuju ke Puncak Alam
atau Kuala Selangor.
Rupa-rupanya,
persimpangan itu menjadi tanda persempadanan antara daerah Klang dan Kuala
Selangor. Kami meluangkan sedikit masa untuk sesi fotografi di situ.
Gambar 4. Basikal kami
diletakkan di daerah Klang
|
Gambar 5. Tidak sampai beberapa
saat, Mawi berada di daerah Kuala Selangor.
|
Majlis kenduri kahwin di Jalan Jambu, Meru
Kami meninggalkan
kawasan persempadanan dua daerah tersebut, dengan memasuki Jalan Meru Tambahan dan mensasarkan Jalan Jambu untuk
menuju majlis kenduri kahwin rakan Facebook saya, Anita. Satu demi satu jalan
yang dinamakan dengan nama buah-buahan kami lalui dan tidak lama kemudian
sampailah kami ke persimpangan Jalan Jambu.
Kami masuk ke Jalan
Jambu dan tiba di satu majlis perkahwinan di sebelah kanan jalan. Saya
bertanyakan pada seorang petugas majlis di kenduri itu, setelah memberi nama
pengantin berserta nama bapanya lelaki itu memberitahu kami rumah yang dicari
itu hanya terletak dua persimpangan utama dari situ. Selepas mengucapkan terima
kasih, kami berdua berlalu pergi dan setelah dua persimpangan utama kami
lepasi, tibalah keduanya di majlis kenduri kahwin yang sebenarnya ingin kami
hadiri.
Hadirin masih ramai
biarpun tiba hampir jam 1530 petang. Kehadiran kami menjadi tumpuan
beberapa mata yang memandang, dan itu membuat
saya dan mungkin juga Mawi menjadi sedikit segan. Kami meletakkan basikal
di bawah sepohon pokok yang rendang di antara beberapa buah kereta tetamu yang
diletakkan di situ dan menguncinya.
Berjaya mendapatkan
sebuah meja kosong, kedudukan meja kami tidak jauh dari rumah pengantin. Semasa
kami makan, satu keluarga turut menumpang meja makan kami bagi menikmati
hidangan. Kami berkenalan dan berborak-borak, rupanya lelaki itu merupakan bapa
saudara kepada pengantin perempuan, Anita.
Sedang kami makan,
tiba-tiba Anita datang menghampiri kami. Beliau mengucapkan terima kasih atas
kehadiran saya dan Mawi, seterusnya meminta maaf kerana tidak dapat melayan
kami kerana kesibukan berjumpa dengan saudara mara dan tetamu yang hadir serta
sessi bergambar kenangan.
Setelah selesai
menikmati hidangan, dan juga membiarkan makanan yang dihadam jatuh ke bahagian
bawah perut (Burppp, Alhamdulillah ...) tibalah masanya untuk kami
beredar. Waktu ketika itu menghampiri jam 1600 petang, jika diikutkan aktiviti
S24O kami telah terbatal kerana memulakan perjalanan petang semalam pada jam
1600 petang, bermakna telah 24 jam dilalui dan masih belum pulang ke rumah.
Tetapi, biarlah waktu 24 jam itu sekadar menjadi panduan asas berS240 dan
biarlah kami menikmati setiap detik tanpa perlu terburu-buru mengejar masa.
Saya berniat untuk
bergambar dengan pasangan pengantin bagi mengabadikan perkenalan dan kedatangan
kami ke majlis kenduri kahwin ini, tetapi terpaksa menunggu beberapa minit
sebelum dapat peluang untuk berfoto. Saya meminta pertolongan jurugambar rasmi
majlis bagi merakamkan gambar kami berempat. Setelah sessi fotografi diadakan,
saya dan Mawi saling bersalaman dengan pengantin lelaki dan mengucapkan selamat
pengantin baru pada keduanya.
Gambar 6. Aksi spontan dan
bersahaja keluarga pengantin ketika acara bergambar beramai-ramai diadakan.
|
Gambar 7. Gambar kenangan saya
dan Mawi menghadiri majlis kenduri kahwin pasangan pengantin
|
Mencuba jalan pintas Setia Alam ke Bukit Bandaraya
Dari Jalan Jambu, kami
kemudian memasuki Jalan Kopi yang menembusi hingga ke jalan Meru - Kapar (Persiaran Hamzah Alang). Dari
situ kami memasuki Jalan Haji Abdul Manan 1 yang kemudiannya keluar ke Jalan Abdul Manan.
Selepas stesyen minyak Petronas yang baru didirikan di sebelah kanan jalan, kami
memasuki simpang berlampu isyarat di sebelah kanan dan melalui Klang Sentral
serta pasaraya besar Giant di sebelah kiri kami.
Saya mengambil keputusan untuk melalui jalan ini bagi mengelakkan keadaan merbahaya persimpangan yang bersimpang siur dari pekan Meru menghala ke Setia Alam dan Klang. Banyak kenderaan besar seperti lori kontena yang melalui jalan tersebut dan keadaan itu adalah merbahaya bagi kami berdua.
Saya mengambil keputusan untuk melalui jalan ini bagi mengelakkan keadaan merbahaya persimpangan yang bersimpang siur dari pekan Meru menghala ke Setia Alam dan Klang. Banyak kenderaan besar seperti lori kontena yang melalui jalan tersebut dan keadaan itu adalah merbahaya bagi kami berdua.
Selepas pasaraya
besar Giant, kami melalui satu pusingan U dan kemudian memasuki Setia Alam.
Saya agak biasa dengan jalan di situ kerana terdapat pasangan rakan rekreasi
pendakian gunung tinggal di Setia Alam. Selain faktor keselamatan kerana hendak
mengelakkan kenderaan besar dan jalan yang sibuk, faktor saya mengambil laluan
ini adalah untuk mencuba satu laluan pintas offroad yang dikatakan dapat
menembusi kawasan Bukit Bandaraya dari Setia Alam.
Menurut seorang rakan
kayuhan iaitu abang Nazari, terdapat jalan pintas di bawah laluan kabel
penghantaran elektrik bervoltan tinggi dengan jalan masuknya tidak jauh dari
plaza tol Setia Alam. Faktor inilah yang mendorong saya untuk mencuba sendiri
laluan tersebut.
Gambar 8. Setia Eco Park,
antara perumahan elit yang terdapat dalam kawasan Setia Alam
|
Tidak jauh dari plaza
tol Setia Alam, ternampaklah akan kami berdua sebuah laluan sebelah kiri jalan
betul-betul di bawah kabel penghantaran voltan tinggi. Ianya seolah-olah
menjadi laluan alternatif utama penduduk tempatan, melihatkan pada kesan
tanahnya. Kami berdua melalui jalan tersebut, dan sempat berhenti seketika
untuk bergambar.
Jika mengambil gambar dengan tidak memasukkan struktur besi pemegang kabel voltan talian tinggi tersebut, kehijauan padang rumput tersebut dilihat seolah padang ragut lembu tenusu di New Zealand (chewaaahhh ...)
Jika mengambil gambar dengan tidak memasukkan struktur besi pemegang kabel voltan talian tinggi tersebut, kehijauan padang rumput tersebut dilihat seolah padang ragut lembu tenusu di New Zealand (chewaaahhh ...)
Gambar 9. Mawi mendahului di
hadapan mencuba laluan pintas menuju ke Bukit Bandaraya
|
Gambar 10. Jika tiada struktur
besi dan kabel penghantaran voltan tinggi ini, lanskap yang menarik pasti akan
kita perolehi
|
Gambar 11. Laluan yang jelas,
kering dan berumput memudahkan perjalanan kami walaupun dengan beg pannier
di kiri kanan kami.
|
Dengan jarak 1
kilometer ataupun kurang, kami berdua tiba di penghujung laluan pintas
tersebut. Hujungnya mempunyai tanah yang ditimbunkan dan ini sedikit
menyukarkan laluan kami.
Gambar 12. Timbunan tanah di
bahagian hujung laluan sedikit menyukarkan perjalanan kami.
|
Gambar 13. Perjalanan melalui
jalan pintas hampir selesai !
|
Tasik di kawasan Bukit Bandaraya
Dari laluan pintas itu, kami mula memasuki kawasan perumahan di Bukit Bandaraya. Tidak jauh di hadapan, terdapat sebuah tasik di sebelah kiri jalan. Saya yang agak biasa dengan kawasan di situ kerana pernah mencuba laluan offroad 'Band of MTB Rider', kemudian mengajak Mawi untuk melalui jalan tersebut.
Sebelum merasai pengalaman di laluan itu, terlebih dahulu kami bergambar di tepi tasik. Semasa bergambar, ternampaklah akan kami seorang surirumah warga etnik Orang Asli sedang mencuci pakaian di tepi tasik, betul-betul di seberang hadapan tempat kami meletakkan basikal.
Dari laluan pintas itu, kami mula memasuki kawasan perumahan di Bukit Bandaraya. Tidak jauh di hadapan, terdapat sebuah tasik di sebelah kiri jalan. Saya yang agak biasa dengan kawasan di situ kerana pernah mencuba laluan offroad 'Band of MTB Rider', kemudian mengajak Mawi untuk melalui jalan tersebut.
Sebelum merasai pengalaman di laluan itu, terlebih dahulu kami bergambar di tepi tasik. Semasa bergambar, ternampaklah akan kami seorang surirumah warga etnik Orang Asli sedang mencuci pakaian di tepi tasik, betul-betul di seberang hadapan tempat kami meletakkan basikal.
Gambar 14. Kedua basikal kami
dengan berlatarbelakangkan pemandangan tasik serta hutan yang menenangkan.
|
Gambar 15. Mawi dibawa oleh saya
untuk merasai pengalaman laluan offroad sekitar tepi tasik
|
Gambar 16. Seorang pemuda Orang Asli di laluan kami, mungkin sedang mencari sebarang hasil hutan. |
Gambar 17. Dengan serba
kepayahan, kami melalui jalan offroad tersebut
|
Di penghujung laluan
tepian tasik, saya membawa Mawi ke jalan lain yang berselari dengan jalan besar
ke Bukit Bandaraya dan di sebelah kirinya terdapat beberapa rumah penempatan
Orang Asli hutan Bukit Cherakah. Jalan tersebut kemudiannya bercantum dengan
penghujung laluan offroad 'Band of MTB Rider'.
Menuju jalan pulang
Dari laluan offroad itu, kami naik semula ke laluan asal bertar (Persiaran Gunung Nuang) yang membawa kami ke persimpangan tiga menuju Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) - Seksyen 8 untuk pulang ke kediaman Mawi yang terletak di Seksyen 11 Shah Alam.
Menuju jalan pulang
Dari laluan offroad itu, kami naik semula ke laluan asal bertar (Persiaran Gunung Nuang) yang membawa kami ke persimpangan tiga menuju Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) - Seksyen 8 untuk pulang ke kediaman Mawi yang terletak di Seksyen 11 Shah Alam.
Gambar 18. Penghujung laluan
offroad yang bercantum dengan trek 'Band of MTB Rider'
|
Gambar 19. Kembali ke
ketamadunan, jalan bertar dan bersimen
|
Kami berdua tiba di
kediaman Mawi yang terletak di Seksyen 11 Shah Alam tepat jam 1830 petang.
Setelah berehat sebentar dan dihidangkan minuman oleh Mawi, saya kemudiannya
menuju pulang ke kediaman yang terletak di seksyen 24.
Selesai aktiviti S240 kami yang pertama !
Walaupun ianya memakan masa keseluruhan 26 jam, lebih 2 jam dari aktiviti S24O yang sepatutnya. Segala payah jerih dan kepenatan berkayuh terbalas dengan kepuasan tidak terhingga. Berpuas hati kerana dapat membawa basikal dengan beg pannier melalui kawasan berbukit - bukau di laluan Lebuhraya Guthrie (GCE), Puncak Perdana - Alam Budiman, laluan 'dragonback' yang selalu diperkatakan, jalan dalam di kampung Bukit Cherakah dan yang paling utama iaitu laluan pendakian menuju puncak Bukit Ramli disamping dapat menikmati pemandangan malam sekitar kawasan Meru, Kapar dan Klang dari tempat tinggi.
Gambar 20. Satu lagi rencana
laluan yang dirancang berjaya ditempuhi oleh basikal Bridgestone saya tanpa
sebarang masalah
|
Gambar 21. S240 ke Bukit Ramli
merupakan laluan paling jauh sejak basikal Surly Long Haul Trucker (Surly LHT) ini dibeli dan dipasang
|
Selesai aktiviti S240 kami yang pertama !
Walaupun ianya memakan masa keseluruhan 26 jam, lebih 2 jam dari aktiviti S24O yang sepatutnya. Segala payah jerih dan kepenatan berkayuh terbalas dengan kepuasan tidak terhingga. Berpuas hati kerana dapat membawa basikal dengan beg pannier melalui kawasan berbukit - bukau di laluan Lebuhraya Guthrie (GCE), Puncak Perdana - Alam Budiman, laluan 'dragonback' yang selalu diperkatakan, jalan dalam di kampung Bukit Cherakah dan yang paling utama iaitu laluan pendakian menuju puncak Bukit Ramli disamping dapat menikmati pemandangan malam sekitar kawasan Meru, Kapar dan Klang dari tempat tinggi.
Bagi basikal jenama Surly model Long Haul Trucker milik Mawi,
itu adalah jarak terjauh yang pernah dilalui sejak ianya mula dibeli lalu
dipasang. Saya mendoakan agar Mawi terus maju jaya dalam aktiviti berkembara
basikal yang baru diceburinya ini. Amin Ya Robbal Alamin ...
T A M A T
3 comments:
Wah, Wak jan jupe keter tebakau? sipa pegi kenduri kawen? wah gambar lawa la kat bukit2 rumput tu.
salam pakcik! ada pencawang2 tu pun nampak cantik gak gambo tu. :D
tapi kan...tasik kat bukit bandaraya tu kan...saya nak pegi lah next time balik KL! tapi kat mana eh? mintak tlg pakcik bagi lokasinye boleh?
nanti saya banje cendol. heheh~
terima kasih... :)
@Janggel / Rain: Ha'a, ntah kereta sapa ntah yang terbakor tu. Hehehe, langkah ekk kayuhan kanan tu, ada makan2. Burrppp, Alhamdulillah 3 pinggan Wakjan belasah ... Oopppsss *ngeeee ....
Terima kasih ! Konon2 berangan macam padang rumput kat NZ lah tu ngeh5x ...
@gadisBunga: Wassalam GB. Terima kasih ... Nanti Pakcik infokan pada kamu lokasi tasik tu. Tapi, jangan pergi sorang2 tau kalau nak explore sekeliling tasik tu.
Belanja cendol ? Nak, nak ! Nak dua mangkuk ! Entah bila lah dapat jumpa kamu nya pun huhuhu ...
Post a Comment