Majalah Elektronik
(selepas ini akan disebut sebagai e-mag, singkatan dari electronic
magazine) Bicycle Traveler edisi November 2012 telah pun mula diterbitkan.
Ianya boleh dimuat turun melalui laman ini, secara percuma !
Seperti biasa, penulis akan membuat reviu ringkas dan pembaca boleh memuatnaik dan membacanya sendiri
untuk menambah pengalaman serta pengetahuan, serta membuka minda saudara -
saudari tentang aktiviti berkembara basikal ini.
Ringkasnya, kandungan
e-mag ini masih terbahagi kepada beberapa bahagian seperti artikel,
fotografi, peralatan, temuramah dan kolumnis.
Bicycle Traveler
edisi November 2012
Artikel:
Cycling The Dempster.
Mike Boles berkongsi
pengalamannya berkembara basikal melalui Dempster Highway di utara Kanada.
Bicycling The
Americas.
Cass Gilbert
berkongsi pengalamannya berkembara basikal di benua Amerika, gaya perjalanan
dan destinasi akhir yang dituju.
Slow Boat To Borneo.
Amaya William
menceritakan pengalaman beliau dan suaminya Eric Schambion menaiki bot selama
dua hari setengah dari Pulau Bintan ke Pontianak di Kalimantan Barat, sejurus
sebelum memulakan perjalanan mereka meneroka kepulauan Borneo.
Ten Bicycle Touring
Commandments.
Charlie Baxter
menulis 10 'rukun' yang beliau fikir patut diamalkan oleh penggiat aktiviti
kembara berbasikal
Fotografi
A New Paint Job
Yvonne &
Valentjin van der Valk mengecat kedua basikal mereka, selepas mendapat ilham
apabila melihat lori-lori milik negara Pakistan ketika berkayuh melalui
Lebuhraya Karakoram.
Photo Story - French
Alps
Kees Swart dan rakan
kayuhannya, berkongsi gambar-gambar menarik ketika mereka melakukan kembara
berbasikal di kawasan berbukit antara Geneva dan Laut Mediterranean.
Image From The Road -
Bolivia
Gambar berkembara
basikal di kawasan bergurun Bolivia oleh Neil Pike.
Image From The Road -
Tanzania
Gambar pengembara
berbasikal memilih tapak perkhemahan di antara dua batang pokok besar oleh Dave
Conroy.
Image From The Road -
India
Penduduk tempatan berkerumunan
melihat basikal milik Paul Jeurissen.
Parting Shot -
America
Gambar cebisan pokok
kaktus dan durinya yang melekat pada tayar basikal oleh Paul Jeurissen
Peralatan
Trip Gear
Grace Johnson membuat
reviu beberapa peralatan terkini di pasaran seperti khemah ringan untuk 2 orang
(lightweight 2 person tent), kole berpenebat (insulated mug), beg
handle bar, beg tidur (sleeping bag), kerusi mudah alih dan lampu
kepala (headlamp).
Test Anjungilak Air
Pillow
Henrik Risager
menguji dan memberikan reviu mengenai bantal angin model Anjungilak keluaran
jenama Mammut.
Test MSR Pocket
Rocket Stove
Helen Llyod menguji
dan memberikan reviu mengenai dapur gas mudah alih model Pocket Rocket keluaran
jenama MSR.
Temuramah
Ian Hibbell
Ben Searle berkongsi
pengalamannya menemuramah seorang pengembara basikal warga emas, mendiang Ian
Hibbell. Untuk info, Ian Hibbel telah meninggal dunia pada tahun 2008 akibat
dilanggar lari di lebuhraya Athens - Salonika ketika berlatih untuk kayuhan
rentas dunia, pada umurnya 74 tahun ketika itu.
Kolumnis
An Eco Friendly Bike
Trip
Edward Genochio
memberikan sedikit penulisan aluan, mengenai perjalanan kembara berbasikalnya
dari England ke China, dan berpatah balik.
Selamat menaikturun dan membaca !
Muka hadapan Bicycle Traveler edisi Nov. 2012 |
2 comments:
Wah ingatkan wakjan masuk e-mag tadi.
@Janggel / Rain: Ehhh, dalam progres. Tunggu balik outstation dulu dan akan jumpa dengan penerbit sorang tu ...
Post a Comment