Poskad, menurut istilah dirujuk dari laman Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membawa maksud "kad yang biasanya bergambar pada sebelah hadapannya dan pada sebelah
belakangnya boleh ditulis khabar berita dan alamat (dan dikirim melalui
pos)". Menurut laman Wikipedia pula, ia membawa maksud "sekeping kertas tebal atau kadbod nipis empat segi yang khusus untuk ditulis lalu dipos tanpa menggunakan sampul surat". Tanpa mengggunakan 'sampul surat', rasanya menjadi kata kunci kepada maksud perkataan 'poskad' itu sendiri.
Nota:
Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Pembesaran imej boleh dilakukan dengan cara klik pada setiap gambar.
Pada 31hb Mac 2012 yang lalu, Ceritera Touring telah menerima sekeping poskad bersetemkan negara India. Setelah diingat-ingati, sebelum ini ada seorang rakan blogger kembara (tidak berbasikal) yang menggelarkan dirinya "Kemang" pernah meminta alamat saya ketika berinteraksi di Twitter. Katanya mahu berkembara secara solo ke India, dan semasa perjalanan akan menulis lalu mengirimkan sekeping poskad kepada saya.
Muka hadapan poskad, berhias lokasi pelancongan kawasan Jaipur, India |
Saya cuba mencari bagi memaklumkan dan berterima kasih atas pemberian beliau. Malangnya pencarian di laman blognya menghasilkan kepada penemuan seperti berikut:
Adakah laman blog encik Kemang ditutup buat sementara waktu ? |
Begitu juga dengan akaun Twitter beliau. Gagal ditemui !
Adakah beliau telah menutup akaun Twitter nya. Misteri nusantara betul lah ... |
Apa - apa pun yang berlaku, saya mendoakan kesejahteraan beliau di dunia dan akhirat. Dengan harapan agar beliau tidak membuat sesuatu yang kurang wajar untuk diri sendiri secara khususnya, juga kepada nama baik negara secara amnya. Ok, jom kita kongsikan pula catatan pengalaman beliau secara ringkas ketika berkembara secara solo ke India melalui gambar di bawah.
Hah, malas nak klik pada gambar tu ? Gambar kecil sangat tak jelas untuk dibaca ? (Cisss, manja betul lah korang ni hehehe ...). Takpe, saya titipkan untuk perkongsian, dalam ejaan dan penulisan asal, seperti berikut:
Salam !
Hi WakJan !
Salam !
Hi WakJan !
Saya skang (sekarang) kat Jaipur, duduk kat Tony Guest House, rm (RM) 10 / night. Nice ! Pegi (pergi) India ni, hati kena kering kan ? Banyak benda pelik saya jumpa kat sini. Traffic jam jangan cakap, teruk gila !
Dah berapa kali nak kena langgar tapi Alhamdulillah selamat lagi. Saya ada 5 hari lagi kat sini, esok pegi (pergi) Jodhpur .. sebenarnya ..... Saya rindu MALAYSIA hahaha ! Teringat je ..
travel sorang - sorang ni kengkadang (kadang - kadang) boring, sbb (sebab) takde teman nak diajak berbual ... ok ler, sampai sini je .. hehe .. take care !
Dah berapa kali nak kena langgar tapi Alhamdulillah selamat lagi. Saya ada 5 hari lagi kat sini, esok pegi (pergi) Jodhpur .. sebenarnya ..... Saya rindu MALAYSIA hahaha ! Teringat je ..
travel sorang - sorang ni kengkadang (kadang - kadang) boring, sbb (sebab) takde teman nak diajak berbual ... ok ler, sampai sini je .. hehe .. take care !
Nota kaki:
Hmmm, bagus juga kalau berbuat semacam ini. Encik Kemang memberikan saya idea menarik untuk dilakukan jika saya berkembara basikal di masa hadapan. Pastikan jika saya meminta alamat dari rakan - rakan, jangan terkejut atau enggan memberikannya ( :
"We are always the same age inside." - Gertrude Stein
12 comments:
Kenapa jadi cam tu ya.... Kemang skrg ada dibumi india ke? saya rasa ada buka blog nya tapi tak ingat bila... apa nama blog ia ya nanti nak try check.
Apa pun cantik postcard tu, walau kita dah ada internet dan mudah menghantar berita tapi bagi saya mengirim postcard pada rakan disini ketika kita diluarnegara memang bagus. Saya pun kerap melakukannya dulu. Kita yang menerima pun tentu berbesar hatikan.... :)
AndaQue:
kalau ikut pada cerita di poskad kirimannya, sepatutnya udah pun kembali ke tanahair.
sekali sekala dapat poskad, rasa seronok pula hehehe ... blognya di alamat http://mrkemang.blogspot.com/
kemang dah balik Malaysia..flight dia sama ngan flight saya. ;)
wakjan,
gmbr yg pertama ialah kat amber fort. yg kedua pulak salah sebuah gate nk masuk pink city. yg ke-3 tak pasti kat mana.
yg ke4,ade gajah tu ialah bangunan hawa mahal. yg ke-5 ialah jal mahal. yg last sekali tak pasti kat mana.
Janggel: Oooo, gitu ceritanya. Ingatkan dia hilang entah kemana. Terima kasih atas infonya. Lega Wakjan mendengarnya ...
Danny / John: Ohhh, terima kasih atas jawapan tu. Tak sia kamu ke sana hehehe ... Wakjan ingin cuba, gambar terakhir tu rasanya City Palace kot ...
wanjan, gambar ke-3 tu cawan rase dlm amber fort ni jugak.. sbb dpt capture performance diaorg mase last visit.. lebih kurang rasenye..
http://blueewoke09.blogspot.com/2011/03/day-5-jaipur-amber-fort-jal-mahal.html
wakjan, gmnbr yg last tu mmg kat city palace. sy baru tgk kat salah sebuah blog ni. die ade masuk city palace. tibe2 rse rugi pulak tak masuk sana. waduhhh...
Cawan: Oooo, gitu kah ? Bertuah ekk kamu dapat tengok performance tu ! Terima kasih atas pengesahan mengenai gambar tu ( :
Danny / John: Yeayyyyy, tekaan Wakjan betul !! Kamu tak masuk situ ? Aduhhhh, kerugian sungguh huhuhu ...
so kemang dah dapat dihubungi atau belum? dia belum komen ke atau wak yg baleum approve komen dia?
gadisBunga: Belum dapat lagi lah GB. Dia takde komen pun huhuhu ... Tapi udah minta tolong si Fatt sampaikan salam & ucapan terima kasih pada Kemang tu.
Post a Comment