ADS

30 December 2010

Slowly2 Go Down: Hari Pertama, bhgn 1

5hb Nov - Jumaat, cuti umum Deepavali 2010

Hari ini, secara rasminya bermula kayuhan Slowly2 Go Down kami. Pagi itu, seawal jam 0600 pagi saya telah bangun. Ehhh, terperanjat pula ada tambahan seorang lelaki tidak dikenali menginap dalam bilik kami. Salam dihulur tanda perkenalan, oohhh, inilah si Subki rupanya. Untuk pengetahuan, saya tidak pernah bertemu apalagi bertentang mata dengan beliau sebelum ini. Beberapa minggu sebelum kami bertouring, Muzammil telah memberitahu yang seorang rakannya hendak mengikuti kayuhan kami ini. Kami hanya berinteraksi menggunakan media laman sosial Facebook dan khidmat pesanan ringkas (SMS) serta telefon bagi berkomunikasi. Subki bekerja satu bangunan dengan Muzammil, di Menara MAA tetapi berlainan syarikat. Keduanya dihubungkan menerusi asas yang sama iaitu di bawah naungan kumpulan MAA (MAA Group). 

Setelah ditanya, rupanya Subki tiba di hotel tempat kami menginap pada jam 0100 pagi. Itupun katanya puas menghubungi kami berdua, tetapi tidak berjawab. Mujurlah pada beberapa kali percubaan, Muzammil terbangun setelah mendengar deringan telefonnya. Maaflah yek, saya kalau tidur memang tidur mati hahaha ... Menurutnya lagi, beliau datang dengan menumpang kereta rakannya yang pulang ke utara. Dia juga terpaksa menceraikan beberapa bahagian basikal demi untuk disumbatkan ke bahagian bonet kereta rakannya. Pada awal pagi sejurus selepas tiba di hotel (semasa itu saya sedang tidur mati), beliau dan Muzammil bertungkus lumus memasang kembali bahagian - bahagian basikal tersebut. Apa nak buat, dah nasib badan ... Kalau basikal tu dibawa naik keretapi guna perkhidmatan KTM Distribution kan senang : )

Tidak beberapa lama kemudian, Muzammil pun terbangun dari tidur dan kami bertiga bergilir menggunakan tandas serta bilik mandi. Sesudah bersiap sedia dan mengemaskan barangan apa yang sepatutnya, saya kembali ke katil untuk tidur sebentar manakala yang lain dengan hal sendiri, ada yang menonton televisyen dan ada yang berkemas barang. Terlebih dahulu sebelum itu saya mendapat sms dari Ah Chong dan Zulhabri mengatakan yang mereka telah sampai di Butterworth. Saya menyuruh mereka untuk tunggu di stesyen keretapi Butterworth pada jam 0830 pagi. Setelah saya puas melelapkan mata barang beberapa minit dan rakan - rakan lain sedia, kami meninggalkan bilik setelah memeriksa tiada suatu barangan yang tertinggal. Kami turun ke kaunter hotel yang terletak di tingkat bawah bagi memulangkan kunci dan mengambil basikal kami.


Subki, yang tiba di hotel penginapan kami pada jam 0100 pagi


Kunci bilik dipulang dan kesemua basikal dibawa keluar dari ruang penyimpanan di belakang kaunter hotel. Kami meletakkan basikal di hadapan pintu masuk utama hotel untuk memasang kembali beg pannier masing - masing. Terjadi satu perkara lucu di sini, Subki bersuara meminta tolong kerana gagal memasang beg pannier nya. Tiba - tiba, beliau disergah oleh Muzammil. "Weiii, kau buat apa ni ? Itu basikal akulah" ... Rupa - rupanya Subki telah tersalah memasang beg pannier nya pada basikal Muzammil. "Laaa, salah basikal ke patutlah aku rasa lain, susah aje nak masuk" ... Kami ketawa bagai nak rak pada pagi itu. Tambah Muzammil, "kau ni Subki, belum lagi jalan jauh, awal pagi dah pewai" lantas disambut dengan deraian kami ketawa.

Jam sudah menunjukkan jam 0830 pagi ketika kami mahu beredar meninggalkan perkarangan hotel. Alamak, janji dengan Ah Chong dan Zulhabri nak jumpa mereka 0830 di stesyen keretapi Butterworth. Baru sahaja beberapa meter kami bergerak, tiba - tiba kedengaran Subki menjerit. "Weiii aku lupa pasang brek depan" ... Aduhhh, ada - ada sahajalah budak ini. Kami berpatah semula ke hadapan hotel untuk Subki memasang brek depannya. Muzammil berkata, "Subki, cuba kau periksa brek belakang juga kalau - kalau tak terpasang ke" ... Rupa - rupanya, brek belakang pun menerima nasib yang sama. Aduhaiii, ini mesti kes malam tadi masing - masing dah mamai semasa memasang semula bahagian - bahagian basikal yang diceraikan hahaha ...


Proses memasang beg pannier dilakukan di hadapan pintu masuk utama hotel


Memandangkan telah lewat dari waktu yang dirancangkan, kami bergegas menghala ke arah stesyen keretapi Butterworth. Ketika keluar dari jalan Kampung Benggali untuk ke jalan Bagan Luar, saya terpandang sebuah gerai makan tepi jalan. Pada mulanya saya bercadang untuk mengajak Muzammil dan Subki bersarapan di situ. Tetapi memandangkan kami telah terlewat, saya mencadangkan agar membeli 2 bungkus nasi lemak setiap orang untuk dimakan ketika kami bertemu di stesyen keretapi nanti. Selesai membayar kami teruskan perjalanan memasuki jalan Bagan Luar. Melepasi 2 persimpangan lampu isyarat utama di jalan Bagan Luar, hampir 30 minit kemudian kami bertiga tiba di stesyen keretapi Butterworth. 

Di sini buat pertama kalinya kelima - lima peserta kayuhan Slowly2 Go Down bertemu, dimana sebelum ini dua rakan baru iaitu Subki tidak penah berjumpa Ah Chong dan Zulhabri manakala Zulhabri tidak pernah bertemu semua peserta kecuali saya. Untuk info, Zulhabri merupakan rakan kembara backpackers saya dan pernah mengembara bersama ke Thailand, Laos, India, dan yang terbaru pada Julai 2010 iaitu  China & Inner Mongolia. Beliau peserta 'bidan terjun' dalam dunia berbasikal di antara kami berlima. Plan untuk kayuhan ini  sebenarnya telah lama saya rancangkan, apabila rancangan ini saya suarakan pada Zulhabri beliau kelihatan sangat teruja untuk menyertai. Oleh kerana komitmen Zulhabri dengan kerjayanya, saya hanya sempat melatih beliau dengan satu kayuhan sahaja iaitu dari Puncak Perdana ke Kuala Selangor dan berpatah balik. Yakin dengan semangat dan kemampuan yang beliau tunjukkan, saya tidak ragu - ragu untuk mengajak beliau menyertai kayuhan jarak jauh ini.

Kami melepak di bangku yang disediakan di bahagian tengah stesyen, iaitu pertengahan antara kaunter tiket, kedai serbaguna dan blok bangunan pentadbiran KTM Butterworth. Perut masing - masing pun telah lapar, kami tidak membuang masa lalu makan nasi lemak yang dibeli semasa dalam perjalanan tadi dengan hanya menjadikan bangku konkrit sebagai meja makan. Malah ada juga antara kami yang makan berlapikkan lantai. Alahhh, bukan selalu pun ... Untuk air minuman dan rokok pula (Amaran: Merokok membahayakan kesihatan), kami membelinya di kedai serbanika stesyen tersebut.


Menikmati sarapan nasi lemak di stesyen keretapi Butterworth, beralaskan bangku konkrit dan lantai


Hujung sebelah kiri ada kedai serbaguna, hujung kanan pula jalan ke terminal feri &  stesyen bas Butterworth


Selesai makan, saya sms kepada rakan saya, Zaironey menanyakan tentang waktu ketibaan beliau di stesyen Butterworth. Saya berbuat demikian kerana bimbang beliau terlupa untuk menghantar basikal yang akan dikayuh oleh Zulhabri. Beberapa minit berselang dan sms saya dibalas oleh Zaironey. Beliau meminta maaf kerana terlambat dan akan menghantar basikal itu di stesyen keretapi Butterworth. Sementara menunggu kehadiran Zaironey, kami meninggalkan basikal masing - masing di bahagian tengah ruang menunggu dan mundar - mandir di sekeliling kawasan. Sempat juga saya melihat pameran mini barangan KTM yang dipamerkan dalam satu sudut di penghujung kaunter membeli tiket.


Antara barangan lama yang dipamerkan di suatu sudut dalam kawasan kaunter tiket.


Ketika sedang menunggu kedatangan Zaironey dan rakan - rakan lain asyik dengan karenah masing - masing. Kami didatangi oleh seorang yang berpakaian seragam biru, iaitu kakitangan KTMB. Beliau menasihati agar kami tidak meletakkan basikal di bahagian tengah ruang menunggu, dikhuatiri akan dimarahi oleh boss beliau yang belum masuk ke pejabat lagi pada hari ini. "Ok, minta maaf encik" ... Kata beliau lagi, "Saya tak kisah kalau awak semua nak letak basikal kat sini, tapi kalau boss saya datang, saya juga yang akan dimarahinya" ... Saya lalu meminta agar semua rakan meletakkan basikal di kawasan jalan menuju ke terminal feri dan stesyen bas Butterworth. Alamak, dalam pada itu saya teringatkan janji saya dengan seorang warga tempatan Pulau Pinang yang mahu menjadi guide untuk membawa kami pusing - pusing Penang ni, iaitu abang Idris Sani. Satu sms dilayangkan pada beliau, mengatakan yang sebuah basikal lagi belum sampai dan meminta maaf atas kelambatan saya. Juga untuk meminta beliau sabar menunggu akan kedatangan kami. Sebenarnya memang menjadi pantang saya kalau tak menepati janji dan masa ni, tapi apa mau buat kadang - kadang tu terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan. 

Lebih kurang jam 1000 pagi, Zaironey tiba dengan kereta Proton Wajanya membawa basikal Jamis X - Trail 2.0 kepunyaan saya. Saya memasang kedua - dua tayar dan cuba mengayuh uji. Terdapat satu bunyi bising pada bahagian brek belakang, seolah - olah cakera brek (brake disc) bergesel. Aduhhh, dalam nak cepat - cepat ni macam - macam hal pulak jadi ... Kami membawa basikal ke stesyen untuk membaikpulih kerosakan. Setelah diteliti, rupanya brake caliper yang menjadi punca masalah ini. Mujurlah dengan tools yang dibawa dan rakan - rakan yang berpengalaman, masalah ini dapat diperbaiki. Selesai membetulkan kerosakan, Zaironey mohon untuk berundur diri begitu juga kami. Satu lagi sms dihantar pada abang Idris, memberitahu yang terdapat masalah pada sistem brek salah sebuah basikal dan berjaya diatasi, kami akan bergegas untuk menaiki feri pula.


Plet peringatan di stesyen keretapi Butterworth, berhampiran bangku tempat kami bersarapan & melepak


Terima kasih kerana tidak merokok. Tulisan bahasa Arab pun ada.
(Amaran: Merokok dapat menyebabkan kanser, serangan kantung, impotensi, serta gangguan kehamilan dan janin)


 Tempat kami membaiki kerosakan sistem brek basikal, terdapat pintu pagar short cut ke laluan menaiki feri


Waktu menunjukkan hampir 1015 pagi ketika kami meninggalkan stesyen keretapi Butterworth. Kami mengikuti laluan pintas melalui pintu pagar di belakang stesyen keretapi menuju ke pondok tol bagi menaiki feri. Dengan berbuat begini, kami dapat memotong hampir 1 kilometer jika dibandingkan melalui atas ramp seperti yang Muzammil dan saya lakukan pada hari pertama dahulu. Bagai telah diduga; Ah Chong, Subki dan Zulhabri agak terkejut kerana perlu membayar tol. Saya rasakan, inilah kali pertama dalam seumur hidup mereka membayar tol untuk menaiki basikal. Kami beratur berselang seli dengan beberapa penunggang motorsikal, selesai membayar masing - masing menghala terus ke laluan yang dikhaskan untuk kenderaan sikal (motorsikal & basikal). Sampai di penghujung laluan, kami beratur bersama puluhan lagi penunggang dan pembonceng motorsikal dimana terdapat sebuah pagar yang ditutup dan dikawal oleh seorang petugas. Perhatian kami teralih pada sebuah papantanda bulat besar yang melarang beberapa haiwan peliharaan dari dibawa masuk.  


 Menantikan giliran untuk membayar tol bersama penunggang motorsikal lain



 Bersama - sama penunggang motorsikal yang lain. Papantanda melarang 4 jenis haiwan dibawa masuk


 Beratur di sebelah kiri laluan, untuk memberikan keutamaan laluan pada penunggang motorsikal

H A R I  P E R T A M A (B H G N 1) -  T A M A T


Kata - Kata Hikmat:


27 December 2010

Interaksi bersama pengembara BMD2

Malam tadi kebetulan saya tidur lambat, ehh, bukan selalu tidur lambat ke hehehe ... tiba - tiba ternampak ada seorang yang menggunakan nickname AskWhatBeskal komen pada beberapa gambar saya di laman sosial Facebook. Ohhh, alangkah bertuahnya gambar - gambar saya dijengah oleh pengembara mengelilingi dunia berbasikal negara kita (BMD2) iaitu saudara Aswad. Setelah kami berinteraksi dan komen - mengomen pada dua keping gambar touring saya. Saya mengambil peluang untuk memperkenalkan laman basikaltouring.blogspot.com ini pada beliau dan meminta beliau memberikan komennya. Jom ikuti interaksi kami seawal pagi 27hb Dis 2010 ...

* Azizan Zolkipli 27 December at 02:23
Salam Aswad
jom jengah2 http://basikaltouring.blogspot.com  komen / kritik le apa patut hehehe ...

* AskWhatBeskal 27 December at 02:30
waalaikumsalam wakjan
teman ni x pndai nk kritik org ... just kite share jer pengalaman n ilmu sedikit yg saye ade nih. hahaha ... lawa pannier mike. ortlieb? bli kt mane? hrga brape erk??

* Azizan Zolkipli 27 December at 02:48
alahhh, kritik je mcm ala2 juri awam Akademi Fantasia tu hehehe ... pannier yg merah tu Ottlieb, tapi kwn saya nama Nor Muzammil tu yg punya. katanya dia beli kat kedai outdoor Lafuma di Bangsar. harga dlm RM550 ke RM600 ntah tak ingat plak ...

saya punya guna Top Peak aje, tak sampai dua tahun guna dah koyak. rasanya Deuter yg korang guna tu lagi bagus lah cuma ia bukan kategori 'pannier drybag' je sebab kena guna raincover kan ...  

* AskWhatBeskal 27 December at 03:58 
pendapat sy ler dr pengalaman ...
mmg sy sangt gembira bile nengok wakjan n kwn2 p touring.
sbb dlm pengembaraan byk benda kite pelajari ttg kehidupan
dalam negara mmg mudah tp bile dh kluar lingkungan asia mmg byk benda boleh kite fahami n pelajari.

byk pengembara yg sy jmpa ade muda, ade senior, ade veteran n ade senior veteran umur 79thn dr US (pencen mayor california). 
tp yg menarik nyer hikmah mengembara tuh
sy byk jmpa org muda n student umur 20'an
dr muda depa da menanam sifat berani keluar dr lingkungan kepompong
ade yg doktor, engineer, biological n hebat2 ler deme tp mengapa mengembara sikal hbiskn cuti thunan or cuti semester. bg org melayu itu xde clas, takot bahaya, mahal n mcm2 fikiran -ve.
sy hairan mengapa budak2 universiti dr jepun or europe suke hbiskn cuti semester dgn mengembara sikal ??? mengapa mereka sedangkan dlm islam da suruh kite mengembara dan lihatlah dunia supaya tidak berasa selesa dlm kepompong kite dan merasakan kite adalah yg terbaik.

bangsa yang maju adalah bangsa yg mengembara dan pelajari sesuatu utk memperbaiki diri, bangsa dan negara. sy kagum melihat seorang perempuan jepun berumur 22thn sy jmpa kt kyrgyzstan. dia berani travel backpack sorang2 smpai duit hbis. then nk cari keje dlm pengembaraan utk tampung kos pengembaraan dia. mmg ckup survive dan tabah deme. klu budak laki kt msia klu umur 25 thn pon blom tntu berani lakukan pekara yg dirasakan x masuk akal tp itulah cara terbaik utk menimba ilmu kehidupan ...

so sy ucapkan taniah kt wakjan n kwn2 sbb berfikiran lebih terbuka utk mengembara. kuatkan semangat ... pasti ade sesuatu yg dpt kite pelajari setiap detik pengembaraan kite.

sy nih dpt menulis da mcm motivator plak ... hahaha ...

alatan mengembara yg lebih baik dr pengalaman sy

- frame steel @ cromoly @ besi standart geometri adalah pling bagus utk kegunaan touring kerana binaan keras dan mudah diperbaiki jika rosak (kedai welding besi byk kt mane, kalu titanium or aluminium pyh ler)

- tayar pling thn lasak adalah schwalbe marathon tp hrga berbaloi RM200/pcs

- carrier pling bagus custom made besi sbb jika patah mudah welding

- stem adjustable pling sesuai utk mengembara kerana posisi kayuh kayuhan lebih santai. kalu race perlukan erodinamik

- seadle pling best adlah BROOKS.tp hrga nyer berbaloi.

- groupset pling tahan lasak dan murah utk drivetrain adlah shimano deore.

- wheelset pling sesuai n thn lasak kena custom.hub guna shimano deore XT 36hole + rim mavic 719 + spoke steel @ byk duit psg DT Swiss ... hehehe

- handle bar sesuai mengikut keselesaan. flatbar or handle no 8 standart size sesuai ... riserbar or monkey bar x sesuai sbb prob nk psg handlebar bag bracket + gadjet mcm GPS, meter, loceng pyah nk psg. hahaha ...

- v-brake lg mudah maintainance n ringan. disk brake bgus utk laluan bergunung-ganang bg menyerap haba ketika membrek turun gunung. tp pyah kena adjust kerap berbanding v - brak ade clearance gap luas berbanding disk brake yg ciput. tp kalu pkai trailler tarik tuh elok pkai disk sbb pnjg perlu cengkaman brek yg maximum.

- khemah kena tngok kwsn n negara kite lalu. mcm khemah kmi nih x sesuai utk musim sejuk. tp xde budget nk bli iglu 3 layer so guna jer la yg nih ... hahaha ...

- sleeping bag pon ikot kwsn n suhu kwsn tersebut. kena sesuaikan ler limit sleepingbag tuh.

- air minuman pling ckit kna ade kt sikal adalah 2liter x kira ler ade gula, berkarbonat, mineral water n beer (mat salleh touring musim sejuk bwk beer utk pnaskn bdn. hahahaa ...

- stok mknan bergantung kemampuan ler nk bwk n space pd pannier. stove campingaz pling thn lasak stakat nih sy guna. yg china pon boleh jgk. hehehe ... murah cket ...

- pkaian bwk pling ringkas or yg bleh combine 2 in 1 mcm suar ade zip 3 suku tuh. leh pkai siang mlm, sejuk pnas, nk solat or ape2 ler ...

- peta laluan set sendri ler. nk mudah pkai GPS Garmin Csx60.

- gadjet elektronik mcm netbook, mp3, mini CD writer, multi-card reader, universal charger, bateri alkali spare utk lampu sikal dpn blakang, extention utk mudah cas bateri, laptop, hp dll

- baju hujan kena spare / poncho pkai buang pon ok

- alat ganti sikal (spoke 7 btg minimum, minyak rantai, tube 3 minimum seorg, pin rantai utk smbung, brake pad / brake shoes, BB, pam sikal high presure,

- kasut klip or kasut sukan biasa x kisah. bwk sandle pon ok utk pkai kyuh tp pastikan paddle sesuai n pkai stokin utk keselamatan

- halmet or tidak terpulang. safety first.

- pkaian santai lg sempoy ... x perlu fit mcm rider.

- sun protection perlu guna jika cuaca panas n sunglass.

- trip santai kurang dr seminggu boleh melebihi 2 org tapi jgn lebih dr 7org. jika trip lama lebih dr seminggu better 2 org jer ckup dan jgn lebih sbb tiada org ketiga or batu api. segalanya kena teamwork dr berkyuh, mkn, memasak, tido khemah, tumpang umah org pon mudah klu 2org. klu dh smpai 10 org jenuh ler tuan rumah. hahahaah ...

ntah yg lain2 kalu sy lupa, itulah kelemahan sy ...
ni pon just share utk pnduan kite same2 utk mengembara.

z Z z Z z Z z Z - masa dapat reply Aswad ni, rasanya saya dah ke 'alam lain' kot. hahaha, jangan marah : ) lepas hari dah siang barulah balas balik pada Aswad, seperti di bawah:

Azizan  Zolkipli 27 December at 08:28

terima kasih Aswad utk panduan yg panjang lebar tu. ilmu yg bermanfaat, memang elok utk dikongsikan bersama ... oklah, selamat merehatkan diri & kemudian berkelana lagi. kirim salam pada bro Khalib ekk ... 

 W     A     S     S     A     L     A     M 

Catatan:
Saudara Aswad, atau nama sebenar beliau  Mohd Aswad Bin Zainal adalah salah seorang dari duo kayuhan berbasikal mengelilingi dunia (BMD2) negara kita bersama seorang lagi tourer, saudara Khalib atau nama sebenar Abdul Khalib Zakaria. Dikhabarkan mereka sekarang sedang berada di Greece dan akan ke Italy pula selepas itu. Catatan pengalaman dan rakaman lensa mereka boleh dilayari di http://bmd2.multiply.com Semoga Allah SWT melindungi & merahmati perjalanan mereka semasa sedang berkelana agar dapat pulang ke tanahair untuk sama - sama berkongsikan pengalaman bersama kita. InsyaAllah dengan izinNya sama - samalah kita doakan ...

Kata - Kata Hikmat:


 Gambar yang mula - mula dikomen Aswad.


 Gambar kedua yang dikomen Aswad.


 Laman rasmi BMD2


  Jurnal perjalanan terbaru BMD2


Koleksi foto sepanjang perjalanan BMD2


Profail Aswad di Facebook. Perhatikan stail rambut terbaru beliau. Saya tak mau komen apa - apa hehehe ...


 Rakan kayuhan BMD2 sorang lagi, bro Khalib. Malangnya beliau tak approve friend application saya : (


 Yeayyy, udah ada link dalam BMD2. Terima kasih korang : )


 Pautan pengembara berbasikal seantero dunia yang diletakkan dalam blog. Kalau dulu cuma ada senarai omputih aje, sekarang dah boleh berbangga dengan pencapaian pengembara negara kita. Malaysia boleh !!


Catatan perjalanan Mr. Meng di http://bentonhimalaya.blogspot.com


Jurnal perjalanan encik Zahariz di http://zahariz.wordpress.com


10 December 2010

Slowly2 Go Down: pra kayuhan, bhgn 2

04.11.2010, Khamis

Setelah melalui beberapa jam perjalanan yang menyejukkan; di gerabak penumpang mahupun kafeteria tren, kami tiba di stesyen keretapi Butterworth lebih kurang jam 0645 pagi. Iaitu hampir 2 jam lewat jika dibandingkan dalam tiket yang tertulis jangkaan waktu tiba pada jam 0458 pagi. Apapun, kami bersyukur pada Tuhan kerana telah sampai dalam keadaan selamat. Matahari pagi telah pun terbit, seakan menjanjikan sinar kebahagiaan serta kelegaan pada kami kerana sebelum itu telah diberitahu oleh beberapa orang rakan mengatakan Pulau Pinang berada dalam keadaan hujan selama beberapa hari. Kami menunggu sehingga semua penumpang beredar, barulah turun dari gerabak dengan membawa barangan yang dibawa. Sempat juga kami bergambar kenangan bersama kepala lokomotif dan di terminal stesyen. Stesyen keretapi Butterworth tidak banyak berubah, sejak kali terakhir saya menggunakan khidmat tren untuk ke utara sekitar tahun 1996.    


 Muzammil bersama kepala lokomotif yang membawa gerabak Senandung Mutiara pada malam itu, Berlian 25205



Landasan dan terminal stesyen keretapi Butterworth, pandangan dari arah menuju ke bangunan utama



 Bangunan utama stesyen keretapi Butterworth, dari arah terminal & landasan


Selesai mengabadikan kenangan, kami terus menghala ke bangunan utama stesyen keretapi. Dalam perjalanan ke situ, ternampak sebuah bangunan di sebelah kanan landasan keretapi dimana beberapa pekerja kelihatan sedang memuat masuk barangan ke dalam lori. Pada andaian awal kami, mungkin itulah bangunan KTM Distribution tempat dimana kami akan menuntut basikal - basikal yang telah dihantar terlebih dahulu. Setelah menguruskan apa yang patut & membersihkan diri, kami ke bangunan berhampiran stesyen keretapi tadi. Telahan kami benar belaka, dari papantanda di pintu masuk utama tertera nama KTM Distribution. (selepas ini akan ditulis sebagai KTMD) Bangunan itu letaknya tidak sampai 200 meter dari stesyen keretapi.

Kami segera mencari pegawai bertugas, setelah bertanyakan pada seorang yang sedang memindahkan barang. Kaunter tuntutan berada di bahagian belakang stor dan kami menemukan seorang penyelia. Beliau membuka buku penerimaan barang, kemudian meminta salinan consignment note kami. Setelah Muzammil memberikan salinan yang diminta, beliau memproses tuntutan kami. Dalam pada itu, kami memberitahu yang akan mengambil dua buah basikal terlebih dahulu. Beliau memberi kebenaran dengan syarat basikal yang lagi satu itu mestilah diambil pada hari itu juga sebelum stor ditutup. Selesai berurusan, kami mengucapkan terima kasih lalu pergi mengambil basikal yang diletakkan di bahagian luar stor. Kesemua basikal berada dalam keadaan sempurna. Terima kasih pihak pengurusan KTMD !! Tanpa membuang masa, kami memasang beg pannier dan lain - lain yang berkaitan di basikal masing - masing.


 Kedua - dua basikal siap sedia dipasangkan dengan beg pannier dan peralatan lain

Selesai dengan kerja pemasangan beg pannier pada basikal masing - masing, kami meninggalkan stor KTMD dan menunggu di jalan masuk utama ke stesyen keretapi. Minda berpusing ligat mencari ilham, dimanakah hendak diletakkan sebuah lagi basikal sedangkan esok adalah hari Deepavali dan sudah pastinya stor KTM Distribution akan ditutup sempena cuti umum. Satu pesanan ringkas (sms) dihantar kepada seorang sahabat lama, dengan doa agar ianya berbalas dan diakhiri dengan satu berita baik buat kami. Sementara menunggu jawapan yang tak pasti, Muzammil mengeluarkan kamera beliau untuk mengambil gambar manakala saya menaiki sebuah kepala lokomotif lama yang dipamerkan di situ. Beberapa minit berselang, saya menerima sms yang cukup ditunggu - tunggu. 

Sahabat lama itu membalas dengan memberitahu yang beliau tidak jadi bertugas luar kawasan kerana Alor Setar tempat beliau ditugaskan sedang dilanda banjir. Alhamdulillah, hanya itu yang mampu diucapkan dalam hati. Muzammil kemudiannya mengambil sebuah lagi basikal di stor KTMD sementara saya menjaga kedua - dua basikal kami. Untuk info, sahabat lama saya itu bernama Zaironey Jainudin. Kami pernah tinggal serumah di seksyen 24 Shah Alam pada tahun 1999, ketika itu beliau masih menuntut di Politeknik Shah Alam manakala saya sedang membuat latihan industri di Glenmarie, Shah Alam.

Sementara menunggu kehadiran seorang rakan dari Butterworth

Lebih kurang jam 0900 pagi, Zaironey pun sampai di tempat kami menunggu. Kedua - dua tayar basikal Jamis dibuka untuk meletakkannya di bahagian tempat duduk penumpang kerana bonet keretanya telah penuh. Selesai memasukkan basikal, beliau mengajak kami bersarapan. Kami bersetuju dengan syarat kedai makan tersebut membolehkan kami meletakkan basikal hampir dengan meja makan. Beliau kemudian memandu Proton Wajanya dengan diekori kami memasuki jalan Bagan Luar, dimana kemudiannya beliau berhenti di warung tepi jalan di seberang jalan menghadap bangunan hospital Butterworth. Semasa makan, kami bertanyakan perihal masing - masing setelah beberapa tahun tidak bertemu. Saya juga sempat meminta kebenaran untuk menginap di rumahnya pada malam itu. Dengan rasa berat hati beliau terpaksa menolak disebabkan kini beliau menetap bersama keluarga mertuanya. Saya memahami situasi tersebut dan nampak gayanya terpaksalah memikirkan alternatif lain. Selesai bersarapan, jam menghampiri 1000 pagi dan Zaironey meminta diri untuk ke tempat kerja beliau. Alhamdulillah syukur, sarapan pagi hari itu ditaja oleh beliau. Terima kasih ya Zaironey : )

Saya dan Muzammil kemudiannya berkira - kira untuk masuk ke pulau, bertujuan untuk mengetahui laluan menaiki feri dan tambang yang dikenakan. Setelah melepasi persimpangan lampu isyarat berhampiran stesyen bas Butterworth, kami mengikuti papantanda jalan menuju ke jeti Pengkalan Sultan Abdul Halim. Di awal laluan kami melalui ramp yang boleh tahan kecuramannya, mujurlah dalam jarak yang dekat. Di laluan rata, kami berhenti untuk mengambil gambar pemandangan kren di Penang Port. Tiba - tiba kami disapa oleh seorang lelaki Cina yang agak berusia, beliau menaiki sebuah basikal berwarna merah berkilauan seakan warna kereta Ferrari. Beliau bersalaman dengan kami dan memperkenalkan dirinya. Katanya dia tinggal di pulau dan setiap pagi akan berbasikal ke Butterworth bagi menemui rakan, bersarapan pagi dan kemudian pulang semula ke pulau. Itu telah menjadi rutin beliau sekian lama setelah bersara dari kerja. Kami sungguh tertarik dengan basikal yang dinaiki beliau. Menurutnya lagi, dia menganggotai sebuah kelab pemilik basikal antik di Pulau Pinang, basikal ini dibelinya dari sebuah kedai di jalan Raja Tun Uda, Butterworth tanpa menyebut nama kedai tersebut. Muzammil dan saya berazam untuk mencari kedai basikal tersebut, jika berkesempatan nanti. Setelah bersembang panjang, beliau meminta untuk meneruskan perjalanannya manakala kami menyambung sesi fotografi yang terganggu tadi.


    Seorang warga veteran tempatan yang bersama kami melalui laluan untuk menaiki feri


Basikal beliau yang unik kerana mampunya no. plet pendaftaran


Selesai bergambar, kami meneruskan perjalanan dan tidak lama kemudian di penghujung jalan ternampaklah sebuah plaza tol. Inilah kali pertama sepanjang pengalaman berbasikal kami membayar tol, hari ini dalam sejarah hehehe ... Untuk basikal, dikenakan bayaran RM1.40, motosikal RM2.00 manakala motokar RM7.70. Perjalanan diteruskan ke terminal dimana laluan terbahagi dua iaitu laluan sikal & kenderaan lain seperti kereta, lori, dan sebagainya.


 Muzammil memasuki lorong sikal di plaza untuk membayar tol


Kadar harga bagi pengguna feri mengikut kategori kenderaan


 Menunggu feri bersama penunggang motosikal yang lain. Perhatikan papantanda larangan membawa haiwan diletakkan di situ


Di ruangan menunggu Pengkalan Sultan Abdul Halim yang dikhaskan untuk penunggang sikal, kami berasa amat kekok kerana hanya terdapat dua buah basikal di situ iaitu basikal kami berdua. Secara peribadinya, inilah kali pertama saya menaiki feri dengan berbasikal. Sebelum ini pernah berjalan kaki (duduk di bahagian atas feri) dan juga pernah beberapa kali berkereta. Selang beberapa minit menunggu, pintu pagar dibuka oleh petugas dan semua berpusu - pusu menuju ke arah feri. Kami terpaksa berhati - hati bagi mengelakkan penunggang motosikal melanggar beg pannier kami. Bagi ruangan kenderaan yang ditempatkan di bahagian bawah feri ini, kenderaan lain dibenarkan masuk terlebih dahulu dan diakhiri dengan penunggang sikal. Setelah semua memasuki feri, pintu pagar ditutup untuk keselamatan dan ramp pun diangkat. Kedengaran pengumuman dari menara kawalan memberi arahan pada pemandu feri untuk bersedia meninggalkan pengkalan.


 Ramp diangkat dan pintu ditutup untuk keselamatan penumpang


Keadaan di bahagian bawah feri, ruangan untuk penumpang yang membawa kenderaan


Semasa di dalam feri, Muzammil sempat menghubungi Ahmad Nadir, salah seorang kenalan outdoor kami. Beliau merupakan warga Pulau Pinang yang berjanji akan meluangkan masa untuk bertemu kami .Lebih kurang 15 minit, feri yang membawa kami tiba di Pengkalan Raja Tun Uda. Kenderaan di bahagian hadapan ruangan bawah feri dibenarkan keluar terlebih dahulu dengan diikuti oleh penunggang motosikal. Muzammil dan saya sengaja membiarkan semua keluar dahulu kerana tidak mahu bersesak - sesak. Setibanya di pengkalan Raja Tun Uda, kami berehat sebentar di bawah kawasan yang teduh sementara menantikan kehadiran Ahmad Nadir.

 Setibanya di Pengkalan Raja Tun Uda, berehat sebentar di kawasan teduh selepas keluar dari feri


Menunggu kehadiran Ahmad Nadir, di bawah jejantas sebelah terminal bas Rapid Penang


Tika waktu menghampiri 1200 tengahari, Ahmad Nadir pun muncul dengan kenderaan pacuan empat rodanya. Kami berborak dengannya di bawah jejantas berhampiran terminal bas Rapid Penang sebelum beliau mengajak kami makan tengahari di sebuah restoran nasi kandar yang terkenal di Pulau Pinang. Menurutnya, tidak sah lawatan ke Penang kalau tak pekena nasi kandar ni. Oleh kerana kami tidak mengetahui selok belok jalan, Ahmad Nadir menandakan lokasi restoran di GPS milik Muzammil. Dengan bantuan GPS serta penerangan dari beliau, kami berdua berbasikal ke restoran itu. Jalan - jalan yang kecil dan sesak dengan kenderaan seolah - olah menjadi salam perkenalan kedatangan kami ke negeri yang terkenal dengan gelaran pulau mutiara. Selepas melepasi beberapa lampu isyarat dan persimpangan, kami tiba di Penang Road. 

Dari skrin GPS, kelihatan restoran yang dikatakan oleh Ahmad Nadir sudah berada sekitar laluan kami. Muzammil dan saya berhenti di tepi jalan, mata kami ligat mencari dimanakah terletaknya restoran tersebut. Tiba - tiba kami terpandang sebuah papantanda kecil bertulis Selamat Datang Nasi Kandar Line Clear 24 Jam berwarna hijau. Sangkaan awal kami meleset kerana di kotak fikiran masing - masing menjangkakan yang ia adalah sebuah restoran, tetapi rupanya kawasan perniagaan berbumbung di celah lorong antara bangunan. Memandangkan kawasan meletak motosikal terletak di luar tempat makan ini, kami merasakan tidak selamat untuk meletakkan basikal jauh dari pandangan mata. Setelah bertanyakan pada seseorang di situ, beliau membenarkan kami membawa basikal untuk masuk ke dalam. Semasa melalui bahagian hadapan, kelihatan satu barisan panjang pelanggan sedang beratur bagi mengambil giliran untuk mengambil makanan.


 Papantanda kecil, menandakan lokasi Nasi Kandar Line Clear


Muzammil dan saya mengambil tempat di bahagian tengah, dimana kami boleh meletakkan basikal di bawah sebuah garaj. Kami berehat seketika sementara menunggu kedatangan Ahmad Nadir yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Tidak lama kemudian, Ahmad Nadir pun tiba dan duduk di meja kami. Kami bergilir - gilir mengambil makanan bagi menjaga keselamatan basikal. Nasi berserta lauk pauk pauk dan sayuran diambil di bahagian penyediaan makanan, minuman yang dipesan kemudiannya dihantar ke meja kami.

 Menu makan tengahari kami berdua pada hari itu


 Ahmad Nadir turut menikmati keenakan nasi kandar


 Khidmat penghantaran kiub ais menggunakan basikal, satu pemandangan yang jarang dapat dilihat


Selesai menikmati hidangan, kami berborak dengan mata masing - masing mulai kuyu akibat kekenyangan. Ditambah dengan angin sepoi - sepoi dari kipas angin yang bertiup membuatkan mata kami semakin berat. Lebih kurang jam 1500 petang, Ahmad Nadir mohon untuk pulang kerana ada urusan yang hendak diselesaikan. Setelah bersalaman, kami bertiga meninggalkan Restoran Nasi Kandar ke destinasi masing - masing. Beliau berjanji akan berjumpa kami lagi pada keesokan harinya jika berkesempatan. Ooppss terlupa, makan tengahari kami dibelanjai oleh Ahmad Nadir pada hari itu. Terima kasih ya, semoga murah rezeki kau ... Semasa mengeluarkan basikal, perhatian kami terpaku pada beberapa keping gambar yang digantung pada dinding kedai tersebut; ada paparan keratan akhbar, gambar - gambar menu makanan serta gambar selebriti dan tokoh yang pernah datang menjamu selera di situ.


Muzammil melihat pada gambar - gambar yang digantung pada dinding


Wowww !! Siap ada alamat Facebook tu ...


"Ooppsss baik - baik anney, belakang kari jatuh atas beskal pulak" ...


Bagi menghabiskan masa sebelum hari mulai malam, saya merencana untuk membawa Muzammil melawat ke beberapa buah tempat. Salah satunya ialah rumah Allahyarham Tan Sri P Ramlee dilahirkan. Dengan bantuan GPS milik Muzammil, juga berbekalkan pengalaman bersekolah di Pulau Pinang pada tahun 1994 - 95, saya mengemudi laluan ke lokasi yang dituju. Hampir 30 minit kemudian, kami tiba di laman Rumah Kediaman P. Ramlee yang terletak di Jalan P. Ramlee. Kelihatan rumah itu dan kawasan persekitarannya telah berubah dibandingkan ketika saya melawatnya pada tahun 1995 yang lalu. Pagar telah dibina di sekeliling rumah, begitu juga sebuah binaan Pejabat Kesenian dan Kebudayaan telah dibina di sebelahnya. Kami membawa masuk basikal ke bahagian dalam, pada mulanya bercadang untuk dibawa masuk ke wakaf berhadapan rumah tersebut dengan tujuan agar dapat memantau keselamatan basikal kami. Tetapi setelah dilarang oleh pegawai keselamatan bertugas, kami akur dan cuma meletakkan kedua - dua basikal kami di bahagian luar rumah berhampiran papantanda info.

  Bahagian luar kawasan berpagar rumah kelahiran P. Ramlee


Pemandangan bahagian hadapan rumah kelahiran P. Ramlee


Jenis basikal yang dikatakan pernah digunakan oleh P. Ramlee


Salinan sijil persekolahan P. Ramlee


Bahagian depan kad pengenalan P. Ramlee


Puas mengamati paparan pameran mengenai Allahyarham Tan Sri P. Ramlee di rumah kelahiran beliau. Saya merancang untuk membawa Muzammil ke Penang Free School pula. Lebih kurang setengah jam setelah meninggalkan rumah P. Ramlee, kami tiba di pintu masuk Penang Free School. Penang Free School diasaskan pada tahun 1816, ia ialah sebuah sekolah menengah bahasa Inggeris yang pertama dan tertua di wilayah Asia Tenggara. Penang Free School dibuka dengan rasminya pada 21 Oktober 1816 di sebuah rumah yang disewa di Love Lane. Penang Free School berpindah kepada bangunan kepunyaanya sendiri pada tahun 1821. Perkataan 'Free' Percuma pada nama Penang Free School merujuk kepada kebebasan untuk semua bangsa untuk masuk dan bukannya merujuk kepada pelajaran percuma seperti yang dilakukan oleh Malacca Free School (kini Sekolah Tinggi Melaka). Pada 1924 pembinaan bangunan baru Penang Free School di tapak seluas 30 ekar di Green Lane (kini Jalan Masjid Negeri) bermula dan siap pada tahun 9hb Januari 1925.

Setibanya kami di hadapan pintu masuk ke Penang Free School, Muzammil dan saya mengeluarkan kamera untuk mengabadikan kenangan. Tiba - tiba, kami dihalang dari mengambil gambar oleh seorang pengawal keselamatan bertugas. Muzammil dan saya terpinga - pinga dengan tindakan lelaki tersebut yang kemudiannya bercakap dalam bahasa Inggeris. Dalam hati saya berbisik, agaknya mungkin pakcik ni ingatkan kami pelancong luar negara, aduhaiii ... Setelah menerangkan tujuan kami, akhirnya beliau memberikan kebenaran setelah mengetahui yang kami berdua adalah warga Malaysia dan merakam gambar untuk kenangan peribadi.


Pakcik guard yang pada mulanya menghalang kami dr merakamkan gambar


Penang Free School, ditubuhkan pada 21hb Okt 1816 ...


Dari Penang Free School, saya membawa Muzammil ke sekolah lama saya iaitu Sekolah Menengah Vokasional Batu Lanchang (dulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Pulau Pinang, SMVPP) bagi mengenang kembali nostalgia semasa menuntut di situ pada tahun 1994 - 95. Kali terakhir saya ke sekolah tersebut ialah pada tahun 1996 ketika mahu mengambil sijil SPM(V) dan selepas itu tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke sana. Hasrat utama iaitu merakamkan gambar arca sebuah kereta melanggar tembok yang dibina ketika zaman saya belajar terpaksa dibatalkan kerana lanskap sekitar kawasan telah berubah di mana sebuah bangunan telah didirikan di tapak arca tersebut.


Lencana sekolah yang unik kerana berbentuk bujur


Berhampiran persimpangan laluan masuk sekolah


 Mengimbau kenangan ketika masih menuntut di SMVPP, tingkatan 5 EK (B) tahun 1995


Dari Sekolah Menengah Vokasional Batu Lanchang yang terletak di Jalan Batu Lanchang, kami meninggalkan sekolah lama saya menuju ke pekan Ayer Hitam. Waktu menghampiri jam 1715 petang, kami tiba di kaki bukit laluan naik ke Kek Lok Si Temple atau dikenali dengan nama Tokong Ular. Perancangan awal saya ialah untuk naik kesana dengan basikal, tetapi lupa pula yang jalan naik kesana perlu melalui jalan bertangga. Hmm, bergambar kenangan di bawah ajelah ...


Kedua - dua basikal Bridgestone berlatarbelakangkan Kek Lok Si Temple


Kelihatan sebuah bangunan baru sedang dibina bersebelahan Kek Lok Si Temple


Dari Kek Lok Si Temple, kami berdua menghala ke kaki Bukit Bendera (Penang Hill). Agak malang kerana kawasan itu sedang ditutup untuk pembinaan. Tanpa membuang masa, saya mengajak Muzammil untuk ke Padang Kota. Tepat jam 1830 petang, kami tiba di Padang Kota. Orang ramai dilihat memenuhi sekitar kawasan, mungkin kerana keesokan harinya cuti umum sempena Deepavali. Kami singgah di Fort Cornwallis, yang terletak di sebelah hujung Padang Kota. Ia merupakan kota lama berbentuk bintang 5 bucu yang terletak di timur laut Pulau Pinang. Didirikan pada tahun 1786, ia dinamakan sempena Gabenor Jeneral India pada masa itu, Charles Cornwallis. Dibina oleh Francis Light pada mulanya dengan menggunakan kayu nibong tanpa binaan kekal yang meliputi kawasan seluas 417.6 kaki persegi. Pada tahun 1804, kota ini dibina semula dengan batu - bata dan batu dengan menggunakan tenaga buruh tahanan India semasa perkhidmatan Kolonel R.T. Farquhar sebagai Gabenor Pulau Pinang. Kota Cornwallis siap sepenuhnya pada tahun 1810 semasa perkhidmatan Norman Macalister sebagai Gabenor Pulau Pinang dengan kos sebanyak $80,000. Ia bertujuan bagi mempertahankan kepentingan British dari serangan Perancis. Kami sekadar bergambar di pintu masuknya kerana tidak berminat untuk meninjau kawasan dalamannya.


Di pintu masuk utama ke Fort Cornwallis


Info sejarah Fort Cornwallis


Dibuka setiap hari jam 0900 hingga jam 1900, bayaran masuk RM2 bagi dewasa & RM1 kanak - kanak


Batuan tembok Fort Cornwallis


Dari Fort Cornwallis, kami berdua memilih untuk ke tepi tebing yang menghadap pemandangan laut. Di sini kami dihubungi oleh Subki yang mencadangkan satu hotel untuk kami bermalam. Muzammil kemudiannya menghubungi hotel tersebut bagi menanyakan harga. Setelah berbincang, kami bersetuju untuk menginap di hotel tersebut. Muzammil kemudian menghubungi sekali lagi hotel tersebut untuk membuat penempahan sekaligus bertanyakan tentang panduan arah kesana. Ahhh, lega rasanya dah tak perlu fikir pasal dimana mahu menginap pada malam itu, syukur Alhamdulillah ... Keselesaan tidak menjadi objektif utama kami, yang penting adalah keselamatan diri dan juga basikal - basikal kami. Tiba - tiba, pandangan saya teralih pada satu kerusi yang dikosongkan apabila satu keluarga yang beredar dari situ. Saya lantas meletakkan basikal lalu membaringkan diri untuk berehat. Tanpa disedari, saya terus melelapkan mata tanpa mengunci basikal terlebih dahulu. Mungkin kerana kepenatan akibat seharian berkayuh ditambah dengan asakan kesesakan lalulintas yang, hmmm boleh tahanlah ...


 Muzammil bersantai menikmati pemandangan sambil 'tidur - tidur ayam'


Pemandangan Padang Kota, dari sudut lain pula


Setelah lebih kurang 20 minit tidur dengan nyenyaknya, saya terbangun secara automatik. Kelihatan Muzammil juga sedang tidur di sebelah saya. Basikal masing - masing kelihatan tidak berkunci, aduhhh cuai sungguh kami berdua tapi nyarislah basikal kami tidak hilang. Matahari telahpun terbenam di ufuk barat ketika Muzammil terbangun dari tidurnya. Saya meminta GPS dari Muzammil untuk melihat lokasi hotel penginapan kami. Untuk info, hotel yang kami akan menginap malam itu bernama Hotel Apollo terletak di Kampung Benggali, Butterworth. Dari Padang Kota, kami melalui Jalan Tun Syed Sheh Barakbah dengan penghujungnya terdapat bulatan yang menempatkan menara jam yang dipanggil Jubilee Clock Tower. Memasuki hala jam sembilan di bulatan tersebut, kami melalui jalan Pengkalan Weld sebelum memasuki laluan menaiki feri di Pengkalan Raja Tun Uda.

Selepas turun dari feri dan mendarat di terminal feri Pengkalan Sultan Abdul Halim. Kami berdua memasuki arah ke  Jalan Bagan Luar dengan bantuan GPS. Hampir tiba di sebuah persimpangan lampu isyarat, pandangan kami tertumpu pada sebuah papantanda yang bertulis Butterworth 0 KM & Alor Setar 64 KM. Wahhh, menarik ni. Kami berdua terus mengeluarkan kamera masing - masing untuk mengambil gambar. Saya pula, meminjam GPS Muzammil untuk mencari jalan menghala ke hotel penginapan kami.


Berhenti seketika bagi menjejaki lokasi hotel penginapan kami menggunakan bantuan GPS


Papantanda Butterworth 0 KM yang terletak tidak jauh dari persimpangan lampu isyarat Jalan Bagan Luar - Jalan Heng Choon Thian, Butterworth


Melepasi persimpangan lampu isyarat Jalan Bagan Luar - Jalan Heng Choon Thian tadi, menghala terus dalam lingkungan 400 meter kami menjumpai bangunan Telekom di persimpangan sebelah kanan. Kami memasuki jalan tersebut sampai ke penghujung persimpangan tiga, belok ke kiri memasuki Jalan Kampung Benggali. Hotel Apollo terletak lebih kurang 200 meter dari persimpangan terakhir tadi. Basikal diletakkan berdekatan pintu masuk utama hotel dan kami pun check in hotel tersebut. Kami memilih bilik dengan tiga katil single disebabkan seorang lagi rakan touring iaitu Subki akan datang pada tengah malam kemudian. Kami bercadang untuk mengangkat basikal masuk ke dalam bilik kami tetapi petugas hotel tidak membenarkan sebaliknya menawarkan satu ruangan di belakang kaunter penerimaan. Kami turut mengatakan yang seorang lagi rakan kami akan tiba pada awal pagi dan beliau berkata tiada masalah untuk menempatkan sebuah lagi basikal. Selesai dengan urusan menempatkan basikal, kami naik ke atas di tingkat dua bagi meninjau bilik. Wowww, boleh tahan berpatutan dengan kemudahan serta keluasan yang ditawarkan. Bilik itu berhawa dingin, mempunyai satu ruang luas di bahagian pintu masuk, mempunyai kemudahan air panas (hot shower), tandas serta bilik mandi berasingan serta dilengkapi peti televisyen. Siap mengemas beg masing - masing, kami bergilir - gilir mandi sebelum keluar makan di restoran tomyam berhampiran dan membeli air mineral di sebuah kedai 24 jam. Sekembali dari keluar makan dan membeli minuman, kami berdua pulang ke bilik untuk menguji katil masing - masing. Letak kepala atas bantal aje, tiba - tiba dunia gelap gelita kurasakan. Apalagi, zZzZzZz lah hehehe jangan marah : )


 Bahagian luas di sebelah kanan pintu masuk bilik yang dilengkapi meja dan kerusi


 Tiga unit katil single


Bilik mandi yang turut dilengkapi pemanas air


Nasib nombor bilik bukan Apollo 13

Jarak kayuhan pemanas badan: 34.15 km

B E R S A M B U N G . . . 

Kata - Kata Hikmat:
True change takes place in the imagination - Thomas Moore