ADS

24 February 2012

'Cyclo - Tourism': Klang, Bandar Diraja Selangor, Bahagian 4

Sambungan dari bahagian lalu.

Nota:
Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Imej lebih beresolusi tinggi dapat dilihat dengan cara klik pada setiap gambar. 

Jambatan Kota 

Semasa berfotografi di sekitar kawasan Masjid Bandar Diraja, saya terpandang akan sebuah jambatan dua tingkat yang dirasakan sebuah jambatan lama jika melihat pada struktur besinya. Dengan melawan arus aliran trafik tetapi pada keselamatan yang terkawal, saya berpatah balik di Jalan Pasar. Tidak sampai dua ratus meter meninggalkan pintu masuk utama Masjid Bandar Diraja, berhampiran sebuah jambatan konkrit yang terdapat deretan bas Rapid berhenti, saya mengambil arah ke kanan. Di situ terdapat sebuah kedai makan yang bersambung dengan binaan laluan sikal untuk naik ke tingkat atas jambatan besi tersebut. Sebuah jalan bertar pendek menghubungkan Jalan Pasar dengan lorong ke jambatan tersebut.


Jambatan Kota dilihat dari waterfront Masjid Bandar Diraja

Pemandangan dari kawasan meletak kereta Pasar Jawa


Memasuki sahaja penghujung jambatan, saya mula kagum dengan binaan dan struktur jambatan tersebut. Ia kelihatan kukuh dan tidak dimakan zaman. Penghujung arah utara jambatan itu terdapat banyak basikal yang dikunci pada besi penghadang, mungkin basikal-basikal itu dimiliki oleh pekerja asing ataupun murid-murid sekolah. 

Terdapat laluan utama di tengah yang pada anggaran mata kasar saya selebar hampir empat meter, dengan laluan pejalan kaki di kiri dan kanan selebar lebih kurang satu perpuluhan lima meter.


Pemandangan menghala ke arah utara jambatan
Seorang penunggang basikal dari arah selatan jambatan
 
Jambatan Kota menjadi saksi bisu kemajuan Klang sejak mula dibina pada tahun 1957


Dari kawasan utara dan tengah, saya beralih ke penghujung selatan jambatan tersebut. Terdapat dua buah tangga, satunya menghubungkan kepada tingkat atas jambatan dan kawasan rekreasi Taman Pengkalan Batu manakala satu lagi betul-betul di hujung selatan menghubungkan ke tempat meletak kereta yang bersempadankan pagar laluan tren komuter KTM.


Penunggang basikal dari arah utara jambatan
Pejalan kaki di bahagian paling selatan Jambatan Kota
 
Penunggang motorsikal dan basikal sama berkongsi lorong


Laluan selatan jambatan ini kemudiannya bersambung di hadapan Taman Pengkalan Batu. Saya sempat meninjau kemudahan yang terdapat di situ, iaitu disediakan medan selera, tandas awam dan surau oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Perbandaran Klang. Dari bahagian paling selatan, saya kemudian ke hujung paling utara jambatan untuk melalui laluan khas lorong sikal bagi naik ke bahagian atas jambatan. Panjang jambatan ini, saya anggarkan hampir mencecah lima ratus meter.

Di bahagian atas, ianya telah diubahsuai menjadi laman siar kaki berlanskap dan ditutup pada laluan kenderaan. Selain tidak berbumbung seperti di bawah, permukaannya juga telah diletakkan jubin bagi menggantikan permukaan jalan yang asal.



Bahagian atas Jambatan Kota yang telah ditutup pada lalulintas

Bendera Malaysia dan Selangor megah berkibar

Jambatan Kota merupakan salah satu dari lokasi pelancongan di Klang

Jambatan konkrit dibina bersebelahan bagi menampung aliran trafik yang meningkat


Mengikut laman web MPK, Jambatan Kota mula dibina pada bulan Mei 1957 oleh sebuah syarikat British bernama Dorman Long Bridge and Engineering Ltd. Jambatan dua tingkat sepanjang lima ratus meter ini dibina dengan menggunakan struktur besi merentasi Sungai Klang serta menjadi penghubung utama antara Klang Utara dan Klang Selatan. Ianya telah ditutup untuk kegunaan orang ramai pada 21hb Jan 1992. Untuk pembacaan lanjut, bolehlah dirujuk di sini.

Lokasi berikutnya, Gedung Raja Abdullah dan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz. Nantikan di siri yang akan datang. Tungguuu ...


"Education is a progressive discovery of our own ignorance." - Will Durant

13 comments:

Ren said...

Menariknya jambatan ni wakjan.
Saya teringat dulu2 masa kecik2 (beberapa puluh tahun yang lalu) ada jambatan yang share laluan keretapi (penagngkut kelapa sawit) dan laluan kereta dari Teluk Intak ke Sabak Bernam...oldskool gile, (jambatan kayu)...masa tu jambatan baru (batu tu tak siap lagi). Kalau ada lagi jambatan tu kan best...hehehe.

Azizan Zolkipli said...

As Salam bro !
Terima kasih atas jengahan kamu tu ...
Ooo, kalau jambatan yang itu Wakjan tahu.
Ia melintasi Sungai Bidor di Teluk Intan, merupakan bekas laluan jalan keretapi Telok Anson (kini Teluk Intan) ke Tapah Road.

Dulu masa tahun 80'an pernah naik keretapi tu sekali dari Teluk Intan ke Tapah Road, memakan masa lebih kurang 45min.
Jambatan tu berkongsi trafik antara kereta api dan kenderaan lain, menggunakan sistem lampu isyarat penggiliran.
Tapi bila ada keretapi nak lalu, kedua2 hujung laluan akan ditutup dan semua kena bagi laluan pada ini 'abang besar' hahahaha ...

Sebenarnya jambatan tu ada lagi, telah ditutup sejak pembinaan dua jambatan konkrit yang baru tu cuma bahagian permukaan atas tu telah diubahsuai oleh pihak JKR, rel kereta api telah dibuang, dan permukaannya telah diletak lapik konkrit lalu ditar. menjadi laluan pejalan kaki, basikal dan motorsikal pula sekarang.

Gambar2 jambatan tu ada Wakjan letakkan di gambar pertama laman [http://akubasikaldansesuatu.blogspot.com/2011/12/jambatan.html] serta [http://pkrider.blogspot.com/2012/01/kayuhan-nj-17-21hb-nov-2011-bahagian-3.html]

Ren said...

Ye betol betol betol ! Jambatan tu la... saya pon macam tak berapa ingat sebab dulu rasa macam besar gile jembatan tu hehehe.

Azizan Zolkipli said...

Janggel: Hehehe, good boy ... ingat pun pasal jambatan tu ...

gadisBunga™ said...

hmmm...kalau sukat jambatan tu utk photoshoot saje2 best jugak kan pakcik?

oh pakcik, words verification buat mata saya nak tercabut. heheh~

Azizan Zolkipli said...

gadisBunga: boleh je, takde sapa larang pun hehehe ... haaaa, mata nak tercabut. hmmm, siannnn diaaaa ... OKlah, Pakcik keluarkanlah word verification tu khas sempena request dari kamu ( :

Joe Radzif said...

Salam dari Cyclo-Turbo

Tulisan yang bagus disulami gambar yang cantik...

mohon saya link kan blog bro di blog saya.

terima kasih

Azizan Zolkipli said...

Joe Radzif: Terima kasih atas kunjungan kamu. Dipersilakan, it's my pleasure ( :

p/s: Suka juga tengok laman basikal lipat kamu itu. Akan dibuat pautan ke http://pkrider.blogspot.com

Unknown said...

meminta izin saudara utk saya meminja gambar saudara.

Unknown said...

meminta izin saudara utk saya meminja gambar saudara.

Unknown said...

ingin meminta keizinan utk mengambil gambar yg ketujuh (turutan dari atas)

Unknown said...

ingin meminta keizinan utk mengambil gambar yg ketujuh (turutan dari atas). :)

Azizan Zolkipli said...

@azri kurus: dipersilakan, dengan segala hormatnya ...