ADS

07 June 2012

Kayuhan NJ: Hari 1, Bahagian 2

Imbasan episod lalu:

"Kami meninggalkan kawasan kafetaria dan kembali ke lokasi pejabat Muzammil bagi mengambil basikal-basikal kami. Sebelum memulakan perjalanan, seperti biasa sesi bergambar beramai-ramai dan juga solo sebagai kenangan sebelum secara rasminya Kayuhan NJ ini dimulakan ..." 

Nota:
Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Pembesaran imej dapat dilakukan dengan cara klik pada setiap gambar. Koleksi gambar adalah dari Ah Chong dan Muzammil. Semua hakcipta terpelihara dan sebarang penggunaan mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari pemilik. 

17hb Nov 2011, Khamis 

Bangunan MAA, Jalan Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur ke Batu Caves
Setelah sesi fotografi, tepat jam 0900 pagi kami berempat meninggalkan bangunan MAA dengan Ah Chong mengepalai konvoi di barisan hadapan. Kami memasuki Jalan Dewan Bahasa Dan Pustaka secara melawan arah sebelum memasuki arah yang betul dengan melintas di sebuah lampu isyarat simpang tiga menghala ke arah tanah perkuburan lama.

Dari Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, kami memasuki Jalan Maharajalela, Jalan Kinabalu dan kemudian Jalan Raja melintasi Dataran Merdeka di sebelah kiri kami dan Bangunan Sultan Abdul Samad di sebelah kanan kami. Dari Jalan Raja, perjalanan diteruskan melalui Jalan Raja Laut, Jalan Ipoh, Jalan Sentul, Jalan Sentul Pasar, Jalan 46/10 dan Jalan Taman Batu Muda. Di Jalan Taman Batu Muda ini, kami telah meninggalkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kini mula memasuki negeri Selangor Darul Ehsan.

Selamat tinggal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ! Selamat datang Selangor !
Jalan Taman Batu Muda ditinggalkan dan kami kini memasuki Jalan Perusahaan 1 menghala ke arah Batu Caves. Di persimpangan berhadapan Batu Caves, kami menghala ke kiri memasuki sebahagian Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke arah sebuah bulatan untuk keluar pula ke Jalan Ipoh. Di Jalan Ipoh, bahu jalannya adalah besar dan di sini kami perlu lebih berhati - hati dengan kenderaan yang keluar masuk dari susur masuk / keluar. Kadang - kadang terdapat kenderaan yang dipandu laju dan secara tiba - tiba menghala ke susur keluar tanpa memberikan lampu isyarat terlebih dahulu.

Air Panas Selayang ke Rawang
Melepasi kawasan Air Panas Selayang, laluan mula beransur - ansur mendaki. Abang Joe berada paling hadapan diikuti saya, Ah Chong dan Muzammil paling belakang. Untuk info, di dalam perjalanan ini Muzammil membawa keempat - empat beg panniernya yang dipasang pada rack belakang dan hadapan basikal beliau. Pada hemat saya, semestinya Ah Chong dan Muzammil terpegun dengan kekuatan stamina abang Joe yang kuat berkayuh walaupun umurnya telah melebihi setengah abad. Ini dibantu pula oleh penggunaan kasut berklip pedal yang akan membantu dirinya mengoptimumkan tenaga semasa berkayuh, lebih - lebih lagi ketika melalui jalan mendaki.

Sampai di kemuncak pendakian, saya melihat pada odometer saya dan mendapati laluan pendakian tersebut adalah tepat berjarak satu kilometer. Abang Joe pula sudah tidak lagi kelihatan. Saya menerima SMS dari abang Joe, memberitahu beliau menunggu di sebuah stesyen minyak Petronas selepas sahaja kawasan menuruni bukit. Oleh kerana tidak mahu menunggu rakan - rakan di belakang di tempat yang terbuka dan panas di tepi jalan, saya kemudian mengayuh ke hadapan menuruni bukit dan berteduh di kawasan bawah jambatan.

Kaki Muzammil kejang !
Beberapa minit kemudian, saya ternampak Ah Chong dan beliau berhenti menemui saya. Katanya, Muzammil mengalami kekejangan otot di belakang. Saya menyuruh Ah Chong mara ke hadapan terlebih dahulu dan mencari abang Joe di stesyen minyak Petronas. Beberapa minit menunggu, akhirnya saya nampak Muzammil menuruni bukit dalam keadaan laju dan saya terus menahannya.

Kami berborak seketika tentang keadaan kaki beliau. Katanya, ia berpunca dari kurang latihan berkayuh kerana kesibukan dengan urusan kerja. Saya menambah lagi yang ia mungkin juga berpunca dari kurang rehat, kerana Muzammil baru sahaja menamatkan shif kerjanya hari itu pada jam 0700 pagi dan tidak sempat untuk tidur. Saya menghulurkan satu tiub 'deep heating rub' untuk disapukan pada kaki beliau. Selepas menyapunya, kami berdua menyambung perjalanan ke  stesyen minyak yang dijanjikan.

Perjalanan ke stesyen minyak tersebut melalui jalan menurun bukit melepasi Taman Rimba Templer dan Taman Rimba Kanching di sebelah kanan serta Taman Rimba Komanwel di sebelah kiri kami. Satu dari pengalaman yang tidak dapat kami berdua lupakan ketika di sini ialah terdapat satu lori treler yang dipandu laju dalam jarak hampir satu perpuluhan lima meter dari kami dan angin yang dibawa lori tersebut membuatkan basikal kami terhuyung hayang. Setelah melalui saat - saat mendebarkan dengan melintasi kawasan pembinaan di bahu jalan, Muzammil dan saya sampai di stesyen minyak Petronas tepi jalan tersebut.

Stesyen Minyak Petronas Rawang
Kelihatan Ah Chong dan abang Joe telah menanti, dengan terdapat tambahan seorang lelaki berbadan tegap bersama sebuah kereta Proton Wira berwarna kuning. Lelaki tersebut kelihatan ramah berbual dengan Ah Chong dan Abang Joe. Muzammil dan saya kemudian bersalaman dengan lelaki tersebut. Setelah berbual, barulah saya mengetahui yang lelaki tersebut mengaku yang dia adalah pengawal peribadi kepada pemain bolasepak negara yang diimport ke kelab Pelita Jaya FC di Indonesia, iaitu Safee Sali. Entah benar entahkan tidak, tidak dapat kami pastikan ...


Gambar 1. Bersama pemuda yang mengaku dirinya pengawal peribadi kepada Safee Sali (paling kanan)


Ketika di situ, sempat saya menghantar satu SMS ke laman sosial Facebook menggunakan aplikasi Maxisfb2mobile, bertulis: 

Pit stop pertama di Petronas Rawang. 37.51 km DST, 18.3 km/h AVG, 2:02:23 TM, 43.3 km/h MAX [17.11.2011, 1100 hrs]
 
Yang membawa maksud; jumlah jarak kayuhan 37.51 kilometer, purata kelajuan 18.3 km/j, masa kayuhan berjumlah 2 jam 2 minit 23 saat dan kelajuan maksima 43.3 km/j.

Puas berehat di stesyen minyak tersebut, kami meneruskan perjalanan. Sebelum itu, Ah Chong meminta kami meninjau kedai hardware untuk beliau membeli rantai kunci basikal dan cable tie. Di satu deretan kedai di sebelah kiri jalan, kami ternampak sebuah kedai hardware lalu singgah ke situ. Berjaya mendapatkan apa yang Ah Chong inginkan, perjalanan disambung dan kami kini memasuki pekan Rawang. Terdapat satu laluan mendaki pendek yang terpaksa kami lalui sebelum jalan kembali landai.

Beberapa kilometer di hadapan, kelihatan abang Joe berhenti menunggu kami bertiga di sebuah hentian bas. Rupa - rupanya dalam perjalanan, beliau sempat berhenti di gerai menjual buah - buahan di tepi jalan bagi membeli sesikat pisang. Lokasi yang teduh, ditambah dengan sesikat pisang yang dibelanjai oleh abang Joe menyempurnakan lagi hentian kami pada hari yang terik itu hehehe ...


Gambar 2. Hentian rehat sambil memakan pisang ( :


Selesai menghabiskan pisang yang dibeli dan membasahkan tekak, kami meneruskan perjalanan dan tidak beberapa jauh di hadapan, saya meminta mereka untuk berhenti bagi mengambil foto grup di satu papantanda sempadan daerah.


Gambar 3. Meninggalkan daerah Gombak dan memasuki daerah Hulu Selangor.


B   E   R   S   A   M   B   U   N   G

 
"Do not go where the path may lead, go instead where there is no path and leave a trail" 
- Ralph Waldo Emerson 

6 comments:

AndaQue said...

ohhh saya tak dapat bayangkan bahang terik matahari yang memancar ketika kayuhan tu... Nak tanya ada sapu sunscreen kekulit muka dan sekitar kulit yang terdedah tu?

Satu lagi..bagi yang tak berpengalaman jika sedang kayuh dan dipukul dengan angin dari lori besar disebelah memang boleh bawa kp kemalangankan.

Saya ada seorang kwn sekolah yang aktif berbasikal, melalui FB ia saya tgk ia selalu konvoi dg rakan2 lain kemerata tempat, tgk dari segi pakaian yang dipakai mcm pro sangat.

Saya pun berbasikal juga sekitar sini, tapi hanya naik basikal lama. Kalau tak keberatan nak tanya berapa harga basikal yang awak guna tu?

Azizan Zolkipli said...

@AndaQue: Uisss, bahangnya jangan dicakaplah. Takpe, itu kan cuma panas dunia aje ...

Jika yang berpengalaman pun, kalau disapu angin lori pasti goyang juga bang.

Siapa nama kawan tu ? Cuba berikan, manalah tahu rakan saya di Fesbuk juga ke ...

Basikal saya tu masa dibeli berharga RM650, basikal 2nd hand je pun ...

Ren said...

Salam wakjan, gigihnya mengayuh ditengah rembang tu.....kompom paneh dan sunburn .

Apa2 pon cayalah dengan semangat juang korang yang meredah beberapa wilayah dan negeri.

Basikal jenis apa wakjan pakai eh?

khairul said...

haha.wakjan,for touring.agak2 rear rack brand apa yang tahan lama,affordable lah untuk angkat.selalu jumpa topeak je banyak

Azizan Zolkipli said...

@Janggel: Terpaksa menggigihkan diri dan juga menabahkan diri hahaha ...

Wakjan guna jenama Bridgestone, basikal lama dari Jepun ...

Azizan Zolkipli said...

@khairul: nak paling baik, belilah Ortlieb. Tapi harga mahal giler lah, dekat RM700 huhuhu ...

yang murah lingkungan harga RM120 - RM170 pun ada, tapi jenis tak kalis air lah ...