ADS

18 October 2010

Cherating < - - - > Kuala Terengganu: 13 - 15.02.2010

Trip kayuhan touring bertiga bermula dari Cherating, Pahang Darul Makmur ke Kuala Terengganu (KT), Terengganu Darul Iman. Dilakukan semasa cuti Tahun Baru Cina 2010, mengambil masa 3 hari keseluruhannya. 2 hari untuk pergi dan balik manakala sehari untuk berehat & berjalan2 di lokasi pelancongan sekitar KT. Jarak sehala adalah 175km, tidak dikira jumlah jarak berbasikal sekitar KT dan 175 km seterusnya untuk perjalanan pulang.

Perjalanan pergi mengambil masa 15 jam manakala balik hanya 12 jam. Sesetengah laluan adalah sukar kerana terpaksa melawan angin yang agak kuat, ditambah dengan bahang panas matahari. Kebanyakan laluan kami adalah landai kecuali sedikit berbukit di kawasan Bukit Bauk berhampiran Dungun. Laluan adalah menarik kerana mengikuti jalan pesisir pantai dan peluang untuk bergambar tidak dilepaskan jika terdapat spot2 yang menarik. Antaranya ialah Taman Pelancongan Kemasik, Kuala Abang dsbnya.

Di KT, kami sempat melawat ke Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, China Town KT dan singgah di Masjid Terapung, Kuala Ibai.

Touring mode: Fully loaded

Untuk gambar & cerita selanjutnya, layari:-
http://azizanzolkipli.multiply.com/photos/album/893/Cherating_-_Kuala_Terengganu_-_Cherating_Cycling_Trip, atau

http://normuzammil.multiply.com/photos/album/151/East_Coast_Ride, atau 

http://faizahsalleh.multiply.com/photos/album/9/Cherating-Kuala_Terengganu_Cycle_Touring


 Perjalanan dirancang, dengan menggunakan peta


Khidmat Google map juga digunakan untuk merancang laluan


Jarak laluan, spot hentian rehat serta anggaran masa ketibaan turut dihitung


Jentera logistik BEL6689 ditinggalkan berhampiran surau stesyen MARDI Sg. Baging


Bergambar sebelum memulakan perjalanan


Sarapan pagi di R & R Chendor


Hentian rehat Chendor dari pandangan hadapan


Pintu gerbang menandakan masuknya wilayah negeri Terengganu Darul Iman


Di sempadan negeri Pahang - Terengganu


Berhampiran persimpangan ke Awana Kijal


Batuan seakan pulau di pantai Kemasik


Berlatarbelakangkan pantai Kemasik


Tempat menikmati hidangan di pantai Kemasik


Basikal diletakkan tidak jauh dari pandangan mata ...


Keropok lekor ori pantai timur yg lazat ...


Jalan masuk ke Pantai Kemasik


1, 2, 3 ... gerak ...


Triple one kilometers more to go for K.T.


Nak berpatah balik, lagi 99 kilometer. Nak tak nak, teruskan ajelah ...


Papantanda bertulisan jawi yang unik di Paka


Hari kedua, jalan2 di K.T. Melawat ke Taman Tamadun Islam


Nasiblah masing2 ada membawa kunci:  kunci - tawakkal - tinggal


Replika masjid Dome of Rock


Berehat di bawah teduhan ...


Replika Taj Mahal pun ada ...


Masjid Kristal, yang terletak bersebelahan Taman Monumen Islam.


 Chinatown, bandar Kuala Terengganu


Masjid Tengku Tengah Zaharah @ Masjid Terapung, Kuala Ibai


Hari ketiga (perjalanan pulang), menikmati pemandangan indah di pantai Kuala Abang


Memasuki kembali sempadan Pahang Darul Makmur, menandakan touring hampir berakhir

No comments: