Artikel ini adalah sambungan dari Bahagian 2 dan boleh dibaca di sini.
Awalan penceritaan (Bahagian 1) boleh dibaca di sini.
Hari terakhir untuk touring kami, merupakan kayuhan paling jauh antara ketiga-tiga hari, juga rekod peribadi kayuhan touring paling jauh untuk sehari (sehingga artikel ini ditulis). Dari Taiping, masuk ke Kuala Kangsar dimana tempat saya dilahirkan. Memasuki Manong, Bota Kiri, Lambor Kiri, Seberang Perak, Hutan Melintang sebelum berakhir di kediaman keluarga kami di Sabak Bernam.
Info Kayuhan
Hari terakhir untuk touring kami, merupakan kayuhan paling jauh antara ketiga-tiga hari, juga rekod peribadi kayuhan touring paling jauh untuk sehari (sehingga artikel ini ditulis). Dari Taiping, masuk ke Kuala Kangsar dimana tempat saya dilahirkan. Memasuki Manong, Bota Kiri, Lambor Kiri, Seberang Perak, Hutan Melintang sebelum berakhir di kediaman keluarga kami di Sabak Bernam.
Info Kayuhan
* Hari ketiga, 25.06.2010, Khamis
* Jarak kayuhan: 203.96 km
* Masa diambil: 11 jam 42 min 15 saat (tidak termasuk waktu berhenti)
* Laluan: Taiping (bersarapan pagi, kemudian ronda sekitar kawasan Taman Tasik Taiping) ~ Air Kuning ~ Changkat Jering ~ Bukit Gantang (menziarahi pusara Long Jaafar) ~ Padang Rengas (layan laluan berbukit) ~ Kuala Kangsar (melawat pokok getah tertua di Malaysia; hospital tertua di Kuala Kangsar; MCKK; seberang sungai Perak untuk ke Sayong, lepak di dataran Sg. Perak; pekena laksa, cendol & mee rebus) ~ Manong (di pertengahan jalan singgah di Hutan Lipur Ulu Kenas) ~ Bota Kiri ~ Lambor Kiri ~ Seberang Perak ~ Hutan Melintang ~ Sabak Bernam (TAMAT!!)
* Touring mode: Fully loaded
Syukur Alhamdulillah, segala jentera anggota (tubuh badan daaa) dan juga jentera kayuhan (basikal) berada dalam keadaan sihat sejahtera & baik. Terima kasih untuk kata-kata semangat & doa dari saudara mara serta rakan-rakan.
Quote of the Ride:
"All our dreams can come true, if we have the courage to pursue them" - Walt Disney
Untuk melihat album gambar penuh, layari di sini.
Encik Najib Abd Halim. Terima kasih menumpangkan kami untuk penginapan.
Sarapan pagi tipikal rakyat Malaysia: Nasi lemak
Menikmati limpahan mentari pagi & ketenangan di Taman Tasik Taiping
Tol atau tanpa tol. Ada kami peduli ?
Sempat menziarahi makam Long Jaafar di Bukit Gantang
Laluan mendaki di Bukit Gantang. Lori balak yang perlahan itu pun lebih laju dari kami ...
Lintasan keretapi di bahagian atas laluan jalanraya
Meninggalkan daerah Larut, Matang & Selama, memasuki daerah Kuala Kangsar
Hentian untuk membeli pisang
Memasuki bandar Kuale Kangsor, tempat saya dilahirkan
Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
Bendera negeri Perak berkibar megah di pagar MCKK
Seorang pakcik yg 'fius putus' membelek2 basikal kami
Di hadapan pokok getah tertua di Malaysia, semenjak tahun 1877
Labu sayong gergasi, di jalan menuju ke Kuala Sayong
Jambatan yang dibina merentasi Sg. Perak. Jika dahulunya, penduduk setempat harus menaiki bot / sampan untuk ke Kuala Sayong.
Menikmati laksa & cendol di foodcourt Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
Kuala Kangsar, merupakan bandar diraja bagi negeri Perak
Hutan Lipur Ulu Kenas, terletak pertengahan antara jalan Kuala Kangsar - Manong
Gambar terakhir yang diambil, beberapa km selepas ini hujan membasahi bumi tanpa henti sehinggalah kami tiba di Sabak Bernam
Jarak kayuhan untuk 3 hari
Jumlah masa kayuhan untuk 3 hari (tidak termasuk waktu berhenti)
Purata kelajuan kayuhan, tak laju pun ...
T A M A T ...
T A M A T ...
No comments:
Post a Comment