Awalan penceritaan (bahagian 1) boleh dibaca di sini
Info Kayuhan
*Hari kedua, 23.06.2010, Rabu
*Jarak kayuhan: 49.78 km
* Masa diambil: 3 jam 40 min 19 saat (tidak termasuk waktu berhenti)
* Laluan: Changkat Ibol ~ Changkat Jering ~ Simpang ~ Matang ~ Kuala Sepetang (Port Weld) ~ Taiping
* di Matang, ambil gambar kenangan di hadapan Kota Ngah Ibrahim, rumah Kapten Speedy & balai penghulu Matang.
* Kuala Sepetang: jumpa papantanda lama stesyen keretapi Port Weld, berpeluang melawat kilang membuat arang & pekena mee banjir udang di Kuala Sepetang. Dalam perjalanan ke Taiping, kami mengambil jalan lama laluan warisan keretapi Taiping - Port Weld. Laluan itu meliputi Matang Road, Jebong, Aulong & Kg. Boyan.
* terpaksa berteduh bawah sebuah pondok di Taman Tasik Taiping akibat hujan lebat yang diselangi dengan petir & angin kencang.
* terima kasih diucapkan pada saudara Najib yang membenarkan kami bermalam di rumah sewa beliau.
* Touring mode: Fully loaded
Untuk melihat album gambar lengkap, layari di sini.
Pakcik Rahman bersarapan dgn kami sebelum bergegas ke Ipoh. Menu jam 10 pagi, nasi ayam
Memasuki mukim Matang, dengan kota Ngah Ibrahim di kejauhan
Di hadapan Kota Ngah Ibrahim
Berhadapan rumah Kapten Speedy
Singgah bagi melawat warisan sejarah, bangunan penghulu terawal di Perak
Hiasan dalaman pejabat penghulu mukim Matang
Sikit lagi untuk tiba ke Kuala Sepetang @ Port Weld
Warisan laluan keretapi Taiping - Port Weld, 1885
Berehat sebentar membasahkan tekak, dalam keadaan cuaca yang panas terik
Aktiviti seharian penduduk tempatan di Kuala Sepetang
Pepohon bakau di Komplek Eko Pelancongan Paya Bakau, Matang
Susunan kayu bakau yang akan dimasukkan ke dalam relau pembakaran
Pekerja sedang mengasingkan arang untuk proses pembungkusan
Bot2 yang digunakan untuk mengambil & membawa kayu2 bakau ke kilang pemprosesan
Mee udang yang gah di sekitar Kuala Sepetang. "Selak udang, nampak mee" ...
Laluan warisan keretapi Port Weld - Taiping telah berjaya dijejaki
Pemandangan bahagian dalam stesyen keretapi Taiping
Awan hujan menantikan kehadiran kami di kejauhan
Bergambar di salah sebuah bangunan lama
Berteduh sebentar dari hujan gerimis di Taman Tasik Taiping
Pepohon rendang yang menjadi ikon bagi Taman Tasik Taiping
Pekena minuman panas, sementara menunggu hujan berhenti
2 comments:
gua suke lu punya touring style... 5 bintang gua kasi.....lu mmg champion..
Mohd Azemi: terima kasih bebanyak sudi melawat laman saya. maaf tak dpt memuatkan kesemua gambar2 di sini. jika nak tengok album lengkap, layari:
http://azizanzolkipli.multiply.com/photos/album/*
Gantikan * dgn no. berikut:
957 - utk bhgn 1
958 - utk bhgn 2, &
959 - utk bhgn 3
Post a Comment