Info kayuhan:
Tarikh: 13 – 15hb Feb 2009 (13/02/2009, harijadi aku ke 31 tahun weiii !! )
Anjuran: Along (Biawak Tasik) & rakan - rakan dari kejiranan beliau di Ampang Tasik
Peserta: 12 orang
Touring mode: ultralight, supported (bersama sebuah kereta pengiring)
Laluan:
Pergi: KL (Jln. Cheras) – Kajang – Bandar Baru Bangi – Salak Tinggi – Sepang – Lukut - PD (Apartment KWSP)
Balik: PD (Apartment KWSP) – Lukut – Mambau – Seremban – Mantin – Beranang – Semenyih – KL (Jln. Cheras)
CATATAN PERJALANAN:
(‘waktu tiba’ adalah berasaskan pada peserta terakhir yang sampai, iaitu diri sendiri)
13hb Feb 2009, Jumaat :
- berkumpul di Petronas Jln Cheras (berdekatan Plaza Phoenix / kem PGA)
- 11 orang peserta memulakan perjalanan pada 11.20 mlm, melalui jln. Cheras, masuk ke Kajang & Bandar Baru Bangi.
14hb Feb 2009, Sabtu :
- 12.30 mlm, berhenti rehat di pintu masuk MOSTI – Agensi Nuklear Malaysia, Bangi.
- 01.45 pagi ,tiba di stesyen Petronas Sepang. Seorang peserta menyertai kumpulan konvoi dari sini, menjadikan jumlah peserta kepada 12 org.
- 4.10 pagi, tiba di persimpangan lampu isyarat jln Lukut – PD.
- 4.35 pagi, tiba di PD. Singgah di kedai makan untuk sarapan pagi (bagi aku makan malam merangkap sarapan pagi sebab tak sempat makan malam sebelum bertolak, baru balik dari outstation di Ipoh huhuhuhu)
- 6.25 pagi, tiba di persimpangan masuk ke apartment KWSP. Check – in dan rehat zZzZzZ. Opsss, tengok odometer tercatat jumlah perjalanan 110.16km (dari rumah Ah Chong di Bndr Tun Razak)
- 8.15 pagi: Mata tak boleh zZzZz le plak aduiiii, gi tepi pantai menikmati keindahan sambil tangkap gmbr basikal. Gambar sendiri takde orang nak tolong tangkapkan sebab tak bawa tripod huhuhuhu … Pastu gerak sorang2 ke Blue Lagoon & naik bukit ke rumah api Tanjung Tuan. Turun dari situ & sarapan pagi di warung kat Blue Lagoon, menu nasi lemak. Balik ke apartment, layan tv, pastu zZz, layan tv, pastu zZz balik hahahaha …
- 5.40 ptg, keluar ronda ramai2 ke PD. Ah Chong tak nak naik basikal, punggung lenguh & melecet katanya hehehehehe …
- 6.15 ptg, singgah di Baden Baden Bundle disusuli dgn minum petang merangkap makan tengahari kat Watie Beach Café, menu nasi kukus dgn ‘ayam panggang Bagan Pinang’. Sambil makan kami dihiburkan dgn lagu berentak country / western.
- 7.40 mlm, singgah di tepi pantai untuk menikmati panorama matahari terbenam & merakamkan gambar kenangan.
- 8.10 mlm, tiba di Komplek Peranginan Bank Negara. Apa tujuan kami kesitu? Adalah pula sorang peserta yang minta bergambar disini sebagai bukti kepada isteri yang beliau benar2 menyertai konvoi & sampai di PD. Haiiii, kelakar, kelakar …
- 8.20 mlm. tiba di apartment KWSP, lepak ramai2 tepi pantai.
- 9.20 mlm, masing2 pulang ke bilik untuk menonton tv atau berehat. Pastu aku keluar minum di kedai makan berhampiran bersama Hairul & Yeop.
15hb Feb 2009, Ahad:
- 4.30 pagi, mula berkumpul di perkarangan apartment diikuti dengan senaman memanaskan badan.
- 4.45 pagi, bergerak meninggalkan apartment KWSP.
- 5.05 pagi, tiba di Seven Eleven berhampiran Hospital PD, masing2 membeli keperluan makanan & minuman utk bekalan peribadi.
- 6.05 pagi, tiba di hentian bas berdekatan persimpangan lampu isyarat jln Lukut – PD. Berehat sementara menghormati seruan azan subuh.
- 7.50 pagi, tiba di Seremban. Singgah di sebuah gerai makan untuk sarapan pagi. Menu spesel, nasi lemak & mee kari.
- 8.40 pagi, singgah di stesyen Shell bandar Seremban untuk aktiviti rutin. Membuat ‘pelaburan’ hehehehe …
- 10.15 pagi, selepas turun dari pendakian yang panjang di bukit Mantin, peserta2 tiba di kawasan berdekatan pintu gerbang sempadan Majlis Perbandaran Nilai.
- 10.45 pagi, singgah pekena ABC/cendol di gerai tepi jalan berhampiran padang golf Staffield Country Resort.
- 12.30 tghari, tiba di bawah flyover lebuhraya SILK dan kemudian masuk ke lebuhraya untuk pulang ke Jln Cheras.
- 1.40 petang, tiba di kawasan rehat tol Bt. 10 lebuhraya Jln. Cheras. Berehat sebentar sebelum bertolak pulang ke rumah masing. Konvoi kemudiannya berpecah dua, satu menuju ke rumah Ah Chong di Bndr Tun Razak manakala satu lagi ke Ampang Tasik. Sampai rumah Ah Chong, masing apalagi cargas zZzZ ...
- 6.00 ptg, penulis (Wakjan) bertolak balik kampung ke Sabak Bernam ...
Persiapan terakhir di rumah Ah Chong, Bandar Tun Razak
Tambahan seorang lagi peserta di Petronas Sepang
Sarapan 'subuh', sebaik sahaja memasuki Port Dickson
Setibanya di apartment KWSP
Keselamatan basikal hendaklah diutamakan : )
Jarak sehala dari Bandar Tun Razak ke apartment KWSP
Teman kayuhan yang semuanya pengsan keletihan
Pohon kelapa condong di pantai berhampiran apartment KWSP
Sessi jalan2 seorang diri: di rumah api Tanjung Tuan (Cape Rachardo)
Lepak ramai2 layan tv dalam bilik
Jalan2 cari pakaian bundle yang baeeiiik punya !
Minum petang merangkap makan tengahari + makan malam di Watie Beach Cafe
Peniaga sedang menyediakan hidangan ayam panggang
Menikmati pemandangan matahari terbenam
Hari kedua: Bersarapan pagi di sebuah warung tepi jalan, Seremban
Sesampainya di rumah Ah Chong setelah melalui perjalanan yang panjang
"If fear is cultivated it will become stronger,
if faith is cultivated it will achieve mastery" - John Paul Jones
2 comments:
laden bundle kat mana wehh
Baden Baden bundle ni kat PD. seingat aku, dekat2 dengan Petronas PD kalau tak silap ...
Post a Comment