ADS

20 October 2010

Puchong < - - - > Tg. Bidara: 15 - 16.04.2010

INFO KAYUHAN
Peserta & basikal:
1) Muzammil, Bridgestone 26”, drybag pannier Ottlieb
2) Hamdan, Dawes Discovery 501 700C, beg pannier O - GNS
3) Azizan, Bridgestone 26”, drybag pannier Top Peak

Touring mode: Fully loaded

15hb Apr 2010, Khamis:

# Muzammil, Hamdan & saya meninggalkan Lestari Perdana, Puchong (N 02 59 43.4 / E 101 39 46.6) tepat jam 0800 hrs*. (* waktu adalah dalam sistem 24 jam)

# Tiba di Restoran Hamid Jaya (N 02 52 48.7 / E 101 39 55.1) untuk sarapan pagi pada jam 0850 hrs. Odometer mencatatkan jarak kayuhan 16.49 km.

# Check point 1, Petronas Bandar Baru Salak Tinggi (N 02 48 22.4 / E 101 42 59.1) pada jam 1035 hrs. Jarak kayuhan 31.51 km, telah mencapai satu perempat dari jumlah jarak ke Tg. Bidara. Meneruskan perjalanan naik – turun bukit melalui Bandar Baru Salak Tinggi diikuti pekan Salak.

# Dari Salak ke Sepang, begitu juga Sepang ke Lukut, laluan adalah berbukit dan perjalanan begitu menjerihkan terutama ketika melalui kawasan Bukit Pelandok & Tanah Merah. Dah rasa macam nak merebut jersi ‘raja bukit’ pula hahahaha. Tiba di check point 2, Petronas D’ Ambang Kota, Lukut (N 02 35 30.1 / E 101 49 15.7) pada jam 1310 hrs. Jarak kayuhan 64.5 km, separuh dari keseluruhan laluan Puchong ~ Tg. Bidara telah dilalui.

# Berhenti rehat di Medan Selera Bt. 4 Port Dickson (N 02 29 54.1 / E 101 50 20.2) pada jam 1515 hrs. Jarak kayuhan mencapai 79.8 km, iaitu 65.9% dari jumlah keseluruhan.

# Check point 3, berdekatan Tiara Beach Resort (N 02 25 56.0 / E 101 54 06.0) pada jam 1650 hrs. Jarak kayuhan telah mencapai 94.9 km, bermakna lagi satu perempat dari jumlah jarak perjalanan. Baru beberapa meter berkayuh, tayar basikal Hamdan mengalami kebocoran akibat terlanggar satu dawai halus yang tajam . Tiub baru ditukar dan perjalanan diteruskan …

# Hentian Rehat Tg. Agas (N 02 23 52.0 / E 101 58 56.3) pada jam 1820 hrs dengan jumlah jarak kayuhan 106.9 km. Kawasan ini terletak bersebelahan jambatan Sg. Linggi, yg menjadi penghubung juga sempadan kepada Negeri Sembilan dan Melaka. Sessi fotografi di papantanda sempadan negeri. Meneruskan perjalanan melalui Kuala Sg. Baru. Tersesat jalan pula memasuki arah ke Medan Ikan Bakar Kuala Sg. Baru, berpatah balik dan kembali memasuki ke jalan yang betul. Mengalami pengalaman menarik yang tidak boleh dilupakan ketika menyusuri jalan di tepi pantai sambil menikmati bunyi hempasan ombak dan tiupan angin laut.

# Tiba di Pengkalan Balak sekitar jam 2000 hrs barangkali. Tak ingat nak tengok koordinat GPS dan waktu tiba sebab nak meninjau tempat untuk menginap serta makan malam. Odometer menunjukkan jumlah kayuhan 127.3 km. Ronda – ronda sampai ke Tg. Bidara untuk mencari tempat penginapan. Malangnya tak banyak chalet yang dibuka, gelap sahaja. Bertanyakan harga pada beberapa chalet untuk info. Rata – rata chalet di sini mengenakan harga sekitar RM70 semalam untuk hari biasa dan RM90 pada hujung minggu. Setelah meninjau & berbincang bersama, kami mengambil keputusan untuk bermalam di Angin Laut Chalet, itupun setelah pemilik chalet sudi untuk menurunkan harga setelah dirayu dan menunjukkan muka kesian hehehe. Kami menyewa bilik di tingkat bawah, basikal – basikal dimasukkan kedalam bilik. Selesai membersihkan diri, kami makan malam di restoran berhampiran. Selesai makan malam, macam biasa berehat zZzZzz dalam bilik yang dilengkapi penghawa dingin, yezzzzaaaaaa …

16hb Apr 2010, Jumaat:
# Bangun awal, layan suasana ombak air surut di waktu pagi. Meninjau tempat untuk sarapan pagi, dapati ada dua kedai makan berhampiran yang dibuka pada pagi itu. Mandi, bersiap & berkemas barang- barang. ‘Check out’ dari chalet dan bersarapan pagi di kedai makan berhampiran.

# Selesai bersarapan, meninggalkan Angin Laut Chalet (N 02 19 12.5 / E 102 04 15.0) pada jam 1005 hrs.

# Singgah di kedai runcit pekan Kuala Sg. Baru (N 02 25 52.9 / E 102 02 19.9) jam 1050 hrs untuk membeli bekalan minuman.

# Berhenti rehat di check point 1 berhampiran Palm Spring & Tiara Beach Resort (N 02 25 52.9 / E 101 53 57.0) jam 1240 hrs. Jumlah jarak kayuhan 156.2 km dicampur jarak keseluruhan hari pertama. Meneruskan perjalanan melalui Sg. Panjang, Teluk Kemang dan berhenti rehat serta makan tengahari di Port Dickson, terlupa pula untuk mencatatkan koordinat GPS & masa berhenti.

# Rehat ‘cari angin’ di check point 2 pekan kecil Tanah Merah Site C (N 02 36 58.7 / E 101 48 06.9) pada jam 1625 hrs setelah ‘pra laluan Raja Bukit’ melalui D’ Ambang Kota, Lukut. Odometer menunjukkan angka 2389.3 km, iaitu sudah 191.3 km dilalui sejak hari pertama dan juga telah melepasi 50% jarak perjalanan pulang.

# Berhenti untuk membeli minuman di check point 3 Petronas pekan Salak (N 02 47 00.7 / E 101 45 01.8) pada jam 1800 hrs. Memasang lampu depan dan belakang untuk persediaan berkayuh malam. Langit pun nampaknya gelap sahaja seakan mahu hujan. Meneruskan perjalanan ke Bandar Baru Salak Tinggi, di sini kami menghadapi hujan dan terpaksa berhenti seketika di sebuah stesyen minyak berhampiran. Apabila mendapati hujan telah berhenti, kami meneruskan perjalanan melalui lebuhraya yang melepasi persimpangan Kota Warisan.

# Melalui kawasan lebuhraya berhampiran Putrajaya sebelum sampai ke Lestari Perdana, Puchong. Cabaran paling utama ialah terpaksa menghadapi kereta yang dipandu laju serta banyak persimpangan. Paling membahayakan ialah apabila menghadapi pemandu yang suka menukar lorong di saat akhir, membelok tanpa memberikan lampu isyarat serta kemungkinan untuk dilanggar dari belakang oleh pemandu yang mungkin tidak menyedari kehadiran kami.

# Tiba di Restoran Al Azwath (N 02 59 49.9 / E 101 40 04.9) pada jam 2050 hrs. Odometer menunjukkan jumlah jarak kayuhan 250.3 km. Hendak pulang ke Lestari Perdana pun semacam tidak larat melalui jalan berbukit berhampiran Jaya Jusco Tmn Equine. Rupanya sebab kalori sudah tidak mencukupi hehehe. Menu makan malam saya roti nan cheese bawang bersama ayam tandoori beserta kopi o panas. Sesudah makan malam, kami bertiga meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir iaitu Lestari Perdana di mana kami meletakkan kereta & memulakan perjalanan pada 15hb Apr 2010. Sesudah mengemaskan barangan & basikal, saya dan Hamdan masing – masing bersurai untuk pulang ke rumah.



 Zon pelepasan di Lestari Perdana, Puchong


 Sarapan pagi di sebuah restoran berhampiran Dengkil


 Di persimpangan ke Bandar Baru Salak Tinggi - Banting


'Jijan' pada papantanda tidak ada kena mengena dengan 'Azizan' hehehe ...


Hamdan di papantanda aluan selamat datang ke Negeri Sembilan


Bersiap sedia, sebelum menempuhi laluan 'jersi raja bukit'


 Tambah kalori setelah melalui Bkt Pelanduk & Lukut. Makan lewat tengahari di Bangi Kopitiam, P.D.


 Berhenti rehat berhampiran Tiara Beach Resort, sudah menempuh 3/4 dari jumlah jarak kayuhan


 Di Tg. Agas, jambatan yg melintasi Sg. Linggi, sempadan Negeri Sembilan - Melaka


 Negeri Melaka menyambut kehadiran kami bertiga pada petang itu


Destinasi dituju tak jauh dah, lagi 23 km ...


Angin Laut Chalet, penginapan kami di Pengkalan Balak


Gabungan sarapan pagi yg hebat: nasi lemak + mee kari + kopi O + pemandangan pantai yg indah


Muzammil, Hamdan, dan basikal2 kami ...



Japanese bikes invaded Pengkalan Balak beach


Warga tempatan mencari rezeki di pagi hari


Sebelum berkayuh pulang, 'gambar bukti' adalah penting !!


Rumah tradisonal, sekitar kawasan Kuala Sg. Linggi


Berehat sebentar di pekan kecil Tanah Merah C, sebelum 'menghadap' laluan Bukit Pelanduk


Ohh, nasib kita bukan nak ke Kelang ...


Sunset yg begitu indah, berhampiran Bndr Baru Salak Tinggi. Tinggal  1/4 jumlah jarak perjalanan pulang.

No comments: