ADS

15 January 2011

Slowly2 Go Down: Hari Ketiga - Bhgn 1

07.11.2010, Ahad

Setelah puas tumpang cuci pakaian di mesin basuh, menonton siaran tv berbayar yang dipasangkan bersama sistem home theater, tidur berkipas angin serta diakhiri tidur dengan mimpi indah. Tibalah masa untuk kami meninggalkan penginapan dan meneruskan perjalanan. Masing - masing mandi pagi (eeee sejuk !!) dan kemudian bersiap - siap untuk memulakan perjalanan hari ketiga kayuhan touring Slowly2 Go Down kami. Terima kasih banyak diucapkan pada saudara Najib Abd Halim atas kesudian menumpangkan kami di rumahnya, thanks for your hospitality chewaaahhh ... Jasamu hanya Allah SWT sahajalah yang dapat membalasnya ...

Pintu dan pagar rumah Najib dikunci, saya kemudian meletakkan kunci rumah di dalam kotak surat jiran sebelah. Langkah ini terpaksa saya ambil apabila tiada jawapan dari tuan rumah setelah beberapa kali salam diberikan. Saya menggagak mungkin mereka sekeluarga keluar ke pasar kerana tiada kereta di halaman rumah. Satu khidmat pesanan ringkas (sms) saya hantar pada Najib untuk memaklumkan hal ini. Kami menyusun basikal di depan pagar untuk bergambar; mula - mula gambar basikal sahaja diikuti aksi bersama tuan empunya masing - masing. 


 Ambil gambar basikal dahulu ...


 Bergambar dengan basikal masing2, Muzammil tiada sebab dia jurugambar. Jangan marah haaa : )


Dalam jam 0822 pagi, kami meninggalkan Taman Jana Jaya II memasuki jalan Kamunting Lama. Keluar sahaja dari kawasan perumahan dan berada di jalan Kamunting Lama, terdapat sebuah kem askar di sebelah kanan kami. Berkayuh lebih kurang 1.8 kilometer terdapat kawasan perumahan untuk staff tentera. Di satu persimpangan ke kiri memasuki kawasan perumahan , terdapat sebuah gerai makan yang dipenuhi pelanggan. Saya pernah makan di situ bersama adik bongsu ketika kami membuat perjalanan Le Tour de Perak pada Jun 2010 yang lalu. Harga makanan yang boleh dikatakan murah, kepelbagaian menu, kelazatan makanan serta tempat meletak basikal yang selamat menjadi faktor untuk saya mencadangkan gerai ini untuk disinggah. Tetapi, untuk perjalanan kali ini saya memilih untuk tidak bersarapan di sini sebaliknya untuk detour dari laluan asal dan memasuki kawasan kaki Bukit Larut atau dulunya dikenali sebagai Maxwell Hill. Ini adalah untuk mencuba gerai bersarapan di lokasi tersebut selain membawa rakan - rakan bersiar di kawasan sekitar Taiping.


 jam 0822: Meninggalkan perkarangan rumah Najib


Semasa awal laluan pendakian dalam jarak lebih kurang 400 meter meninggalkan persimpangan gerai makan tadi, Subki tiba - tiba berhenti di tepi laluan. Kami turut berhenti dan mara ke hadapan sedikit dari kawasan selekoh untuk membolehkan kenderaan yang datang dari arah belakang menyedari kehadiran kami di tepi jalan. Subki mendapati tayar hadapannya pancit. Untuk rekod, inilah kes tayar basikal pancit yang pertama dalam masa tiga hari pertama kayuhan kami. Kami sama - sama menolong membuka tayar basikal Subki bagi membolehkannya menukar tiub. Percubaan pertama gagal, agak sukar untuk membuka tayar yang bahagian tepinya (sidewall) agak tinggi, tambahan lagi ia keras mungkin kerana sudah terlalu lama digunakan. Masing - masing dah mengeluh, "Subki, apa tayarlah kau guna ni" ... Jawab Subki, "mana aku tahu, ini tayar lama, beli basikal dah dapat camni" ... 

Ah Chong cuba berpatah balik ke kedai basikal yang terletak lebih kurang 100 meter dari persimpangan kedai makan tadi. Malangya kedai yang terletak di sebelah kiri jalan itu belum lagi membuka perniagaannya pagi itu. Akhirnya dengan menggunakan pemutar skru, Muzammil kemudian berjaya membuka, menukar tiub lalu memasang kembali tayar tersebut. Memasang tayar dengan menggunakan pemutar skru adalah jalan terakhir yang akan diambil jika gagal menggunakan pembuka tayar. Ia perlu dilakukan secara lebih berhati - hati kerana dengan carakerja yang tidak betul, tiub boleh terluka lalu bocor dan ini sudah tentulah mendatangkan masalah baru pula. Selesai menukar tiub dan memastikan tiada kebocoran berlaku, kami meneruskan perjalanan menaiki dan menuruni bukit sehingga ke simpang empat berlampu isyarat jalan Kamunting Lama - jalan Lumba Kuda - jalan Taming Sari dan jalan Taman Tasik. Di sebelah kanan kami, terdapat bangunan Penjara Taiping yang diasaskan pada tahun 1879.


 jam 0849: Tayar hadapan basikal Subki pancit ketika kami mula melalui kawasan pendakian


 Kedai basikal belum dibuka : (


 Bangunan penjara Taiping


Dari persimpangan lampu isyarat berhampiran penjara Taiping, kami menghala terus menuju jalan Taman Tasik dan selepas persimpangan kedua, kami membelok ke kiri melalui jalan Bukit Larut. Lebih kurang 650 meter dari persimpangan tadi, kita akan bertemu Taiping War Cemetary yang terletak di kiri dan kanan laluan. Ia adalah tanah perkuburan untuk askar - askar yang terkorban semasa perang dunia kedua. Tanah perkuburan ini didirikan oleh Suruhanjaya Perkuburan Perang Komanwel. Tanah perkuburan perang seperti ini boleh juga ditemui di Labuan dan Singapura. 350 meter di hadapan kemudiannya kami tiba di satu persimpangan dan membelok ke kanan lalu meletakkan basikal di hadapan deretan kedai jalan masuk ke Bukit Larut. Berhampiran simpang tersebut, terdapat jalan masuk ke sebuah kolam renang yang baru direnovasi. Kolam itu yang diberi nama Coronation Swimming Pool, pada asalnya merupakan kolam renang awam pertama di Malaysia yang mula dibuka pada tahun 1870. Sayangnya dengan kerja pengubahsuaian yang dilakukan ini telah mengubah lanskap asal lokasi bersejarah ini. Mujurlah kunjungan saya ke Taiping sekitar tahun 2008, saya ada merakamkan gambar tinggalan kolam dan bangunan asal kolam renang ini.

Kami meletakkan basikal di kawasan berhampiran meja paling hujung antara sederet kedai yang terdapat di situ. Semasa memasuki jalan ke kaki Bukit Larut tersebut, kami terserempak dengan dua orang basikalis yang sedang menikmati sarapan pagi mereka. Salam dihulur tanda perkenalan, mereka berdua adalah warga tempatan menunggang roadbike dan berbasikal sekitar Taiping sebelum berhenti untuk bersarapan disitu. Kami kembali ke meja dan kemudiannya memesan makanan masing - masing, menu pada pagi itu ada yang memesan nasi lemak, nasi kerabu malahan ada yang kedua - duanya sekali : )


 jam 0920: Menyusuri jalan Bukit Larut menuju ke kaki bukit


 jam 0924: Tiba di gerai makan kaki Bukit Larut


Parkir basikal di hadapan gerai makan. Ada dua basikalis yg turut bersarapan


 Berkenalan dan berbual dengan roadie tempatan


 Menu sarapan hari minggu kami di kaki Bukit Larut


Burrrppp Alhamdulillah, selesai ...


 Si cilik juga meminati basikal ?


Selesai menikmati hidangan dan membayar harga makanan / minuman, kami menuju ke basikal masing - masing. Tiba - tiba, datang sekumpulan lelaki berbasikal ke arah gerai makanan. Mereka adalah penunggang mountain bike yang baru pulang dari beroffroad di kawasan sekitar. Kami bersalaman dan berkenalan, juga mengambil gambar kenangan bersama. Touring atau roadbike atau mountain bike, selagi kita menunggang kenderaan kayuhan beroda dua ni kita tetap dikira bersahabat. Ini tidak terkecuali juga kepada pengayuh - pengayuh roda tiga seperti beca hehehe ... 

Siap bergambar, kami bersalaman dan memohon untuk meneruskan perjalanan. Memasuki kawasan berpagar, saya ditegur oleh seorang pengawal keselamatan di pos kawalan yang menegah kami dari menaiki Bukit Larut. Saya yang tidak mempedulikan arahan tersebut kerana memang kami tidak berniat pun untuk menaiki bukit kerana kesuntukan masa, terus ke sebuah papantanda di sebelah kanan laluan mendaki Bukit Larut. Kami meletakkan basikal di sebelah kanan jalan untuk bergambar. Macam biasa, gambar basikal didahulukan dan gambar pengayuh dikemudiankan. Sedang mengambil gambar, terdapat kenderaan pacuan empat roda Land Rover sedang turun membawa pengunjung - pengunjung yang melawat Bukit Larut.


Si kecil cuba 'membantu' Subki mengepam tayar basikalnya


 jam 1015: Bergambar kenangan bersama rider MTB Taiping


Selamat datang ke Bukit Larut !!


 jam 1024: Kenderaan pacuan 4 roda membawa pengunjung menaiki / menuruni Bukit Larut


T  A  M  A  T   -  B  H  G  N   1


Kata - Kata Hikmat:




No comments: