ADS

23 February 2011

Slowly2 Go Down: Hari Kelima - Bhgn 1

09.11.2010, Selasa, hari terakhir kayuhan

Dengan tidur berkualiti dan hidangan makan malam untuk penambahan kalori yang sungguh menyelerakan diperolehi pada malam sebelumnya. Kesemua peserta bangun pagi pada kayuhan hari terakhir itu dalam keadaan segar bugar, hasil layanan tuan rumah yang cukup MH (Malaysian Hospitality) ala - ala iklan sebuah syarikat penerbangan tempatan hehehe ... Masing - masing membersihkan diri, mengemas beg dan kemudian bersarapan bersama. Dalam perancangan atas skrin Google Map, jarak kayuhan hari terakhir masih berbaki 82 kilometer. Pagi itu, Encik Sharil meminta untuk meninggalkan kami kerana harus ke tempat kerja, sementara isterinya puan Nurul Jannah telah awal - awal meminta kebenaran dari majikannya untuk ke pejabat lewat pada pagi itu. 

Baju yang dipakai peserta juga beraroma harum dan segar, hasil dari pencucian malam sebelumnya yang kemudiannya dijemur di bawah kipas dalam sebuah bilik. Selesai bersarapan, kami mengeluarkan beg dan peralatan ke laman rumah untuk memasang beg pannier pada basikal masing - masing. Kesan dari hujan sepanjang malam tadi, mata kami dijamukan oleh pemandangan menarik banjaran Titiwangsa yang betul - betul menghadap hadapan rumah pasangan Sharil - Nurul Jannah ini. Sebelum meninggalkan rumah dalam jam 0845, kami sempat bergambar kenangan bersama.

Nota: Setiap perkataan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Untuk melihat imej lebih beresolusi tinggi, klik pada gambar


Pemandangan gunung ganang di banjaran Titiwangsa


Bergambar kenangan bersama adik perempuan Zulhabri, puan Nurul Jannah


Lebih kurang jam 0850, kami meninggalkan perkarangan rumah dengan iringan lambaian dari Nurul Jannah. Semoga Allah SWT membalas kebaikan dan merahmati mereka atas jasa baik yang telah diberikan oleh pasangan suami - isteri ini kepada kami. Amin ... Perjalanan diteruskan melalui jalan berbukit terakhir yang kami tempuhi malam tadi, cuma pagi ini kami hanya menuruni bukit tersebut hingga sampai ke jalan utama. Saya dan Ah Chong sempat singgah bergambar kenangan di binaan jalan masuk ke Behrang Ulu


jam 0856: Binaan jalan masuk ke Behrang Ulu


Dari situ, kami memasuki persimpangan lampu isyarat, kali ini menghala mengikuti arah ke kilang Proton dan bandar Tanjung Malim. Dengan jalan yang sebesar dua lorong dan tidak banyak kenderaan lalu lalang, membolehkan kami untuk berkayuh beriringan. Sampai di satu simpang masuk ke kilang Proton, terdapat sebuah papantanda dan kami berhenti untuk bergambar kenangan di situ.


 Persimpangan lampu isyarat, kanan ke arah Behrang Stesyen


Persimpangan menghala ke kilang Proton Tanjung Malim


Di hadapan binaan logo Proton


Dari persimpangan masuk ke kilang Proton, kami menghala ke arah pekan Tanjung Malim yang jaraknya lebih kurang tidak sampai 8 kilometer. Ohh ya sebelum terlupa, pada malam berikutnya dua buah basikal iaitu yang dimiliki oleh Muzammil dan Subki telah mengalami masalah yang disyaki berlaku pada crank bearing. Jadi pada pagi itu, plan asal kami untuk terus ke Kuala Lumpur terpaksa ditukar pada memasuki pekan Tanjung Malim bagi membetulkan masalah teknikal bagi kedua - dua basikal tersebut. Sebelum sampai di persimpangan lampu isyarat, saya dan Ah Chong sempat singgah ke kedai menjual pau tersohor di Tanjung Malim, iaitu Restoran Yik Mun. 

Kami berdua membeli dua biji kuih pau tiap seorang untuk dimakan dalam perjalanan mencari kedai basikal. Di restoran ini, saya mendapat panggilan telefon memberitahu yang beberapa peserta sudah menunggu berhampiran jejantas melintasi laluan berkembar keretapi (double track rail). Sebaik membayar harga kui pau dan bergambar kenangan, kami berdua bergegas ke arah mereka. Dalam pada itu, sempat juga kami berhenti di perkarangan masuk laluan utama ke Universiti Perguruan Sultan Idris atau lebih dikenali sebagai UPSI untuk sekali lagi bergambar kenangan. Jangan marah haaa ...


6 km lagi untuk ke Tanjung Malim


 Hentian bas unik & khusus untuk pelajar UPSI


Beberapa ratus meter sebelum persimpangan lampu isyarat & juga kedai pau Yik Mun


Bahagian hadapan Restoran Yik Mun - Pau Tanjung Malim


 Keratan akhbar pelbagai bahasa yang diletakkan di bahagian belakang kaunter bayaran


 Satu lagi sudut yang menempatkan keratan - keratan akhbar


 Ah Chong tak sempat tapau, terus makan di tempat kejadian hahaha ...


"Bungkus, jangan tak bungkus" ...


UPSI, salah satu institusi perguruan tertua di Malaysia.


 Rakan - rakan telah menunggu berhampiran jejantas melintasi laluan berkembar keretapi


Setibanya semua berkumpul di laluan menghala jejantas tersebut, kami meneruskan pencarian kedai basikal dengan melalui laluan pendakian kemudiannya jalan rata sebelum turun semula ke seberang jalan keretapi. Di situ semua kami telah hilang punca untuk memulakan pencarian. Usaha dibuat dengan menanyakan pada seorang pemuda, yang kemudiannya dikenali sebagai seorang guru yang baru keluar dari restoran KFC membeli ayam goreng untuk murid - muridnya. Dari arahan perjalanan beliau, dapatlah kami menemui kedai basikal tersebut. Sementara Muzammil dan Subki menghampiri kedai tersebut, saya bersama Ah Chong dan Zulhabri berada di deretan kedai berhadapan deretan kedai basikal tersebut, apalagi kalau bukan menghabiskan kuih pau yang dibeli dari Restoran Yik Mun tadi hihihi ... Dalam pada memerhatikan budak berdua itu, sambil memakan pau, kami sempat bersembang bersama pasangan suami isteri yang sedang berada dalam kedai emasnya. Berikut catatan perbualan kami ...

Kami: Aunty, mau tanya sikit aaa. Lu tau sini mana ada lagi kedai basikal ?
Wanita Cina: Kejap aaa, wa tanya wa punya laki ...
Lelaki Cina: aaa incik aaa ... Ala (ada), ala. tapi mau pigi (pergi) jauh sikit lah ... Lu kena naik itu jambatan balik, sampai sana itu olang Melayu semayang (sembahyang) punya tempat (masjid), ada simpang tiga bukan. lu pigi terus, sampai lepas itu jambatan sana. ada kelai (kedai) tepi sebelah kiri. haaa sana ada satu kelai (kedai) basikal.

Sedang kami bersembang, kami ternampak isyarat tangan Muzammil memberitahu yang kedai tersebut tidak mampu membaiki kerosakan basikal mereka berdua. 

Mungkin kerana lelaki Cina turut nampak akan keresahan kami, dia pun bersuara. "Haiiyyaaa, ini olang (orang) aaa tak tahu bikin punya, lia (dia) sudah tua. Umur sulah (sudah) tujuh puluh libih (lebih) maaa ... Mana tau bikin ini balu (baru) punya balang (barang). Kalau itu sana kelai (kedai) aaa, dia umur mula (muda) sikit, umur lalam (dalam) lima puluh itu macam, mesti tau bikin punya" ...

Errkkk, umur lima puluh tahun itu muda katanya ... Kami meninggalkan pasangan suami isteri itu setelah mengucapkan terima kasih dan meneruskan pencarian kedai basikal, mungkin dalam kotak fikiran kami bertiga masing - masing terfikir akan relevannya angka lima puluh tahun itu dengan usia muda ...


 Kedai basikal yang pertama kami jumpai, tidak mampu untuk memperbaiki kerosakan crank bearing


Dari situ, saya memberitahu rakan - rakan untuk merayau sebentar mencari mesin ATM bagi mengeluarkan duit kerana sudah kehabisan, beli kuih pau di restoran Yik Mun tadi pun terpaksa 'pau' duit Ah Chong dulu aduhaiii ... sebaik sahaja beredar dari bank, saya terus ke arah tempat kami berkumpul tadi iaitu di hadapan kedai emas dan menyuruh mereka semua ke arah jejantas untuk ke seberang. Dari jejantas itu, terpandanglah akan kami sebuah simpang tiga yang terdapat sebuah masjid berhampirannya. Kami menghala terus melalui sebuah jambatan seakan jambatan lebuhraya dan meneruskan perjalanan sehinggalah melepasi sebuah jambatan sungai kecil. Terdapat deretan kedai dua tingkat di sebelah kiri jalan, kami memasuki jalan bertar di situ lalu menjumpainya terletak di penjuru akhir deretan kedai tersebut. Ah Chong, Zulhabri dan saya mengambil peluang untuk minum di kedai berhampiran sementara menunggu kedua - dua basikal diperbaiki. Harga bagi menukar crank bearing adalah cuma RM10 bagi satu basikal termasuk upah. Murahnya ...


Kedai basikal tidak bernama yang kami temui. Adakah mungkin namanya 'Serba Baru Mountain Bike' seperti yang tertulis pada bidai di hadapan kedai tersebut ?


Basikal tandem custom yang terdapat di kedai tersebut


Dua budak nakal sedang mengerjakan basikal tersebut dengan tujuan menguji ketahanan hahaha ...


Proses membuka crank bearing menggunakan alatan khas sedang dijalankan


Bearing lama (kiri) VS bearing baru (kanan) basikal Muzammil


 Sementara menunggu basikal mereka berdua diperbaiki, "kita minum dulu" ...


Subki tekun memerhatikan basikal beliau yang sedang diperbaiki


Kerosakan crank bearing yang lebih teruk berlaku pada basikal Subki


B E R S A M B U N G . . .






2 comments: