ADS

27 February 2011

KL - Fraser Hill - KL: Bhgn 2

21.01.2011, Jumaat

... Bersambung dari catatan hari pertama 

Pendakian diteruskan seawal jam 0920 ... melewati pintu pengawal menuju 8 km terakhir yg memenatkan ... sejam berikutnya aku & Wak jan sampai ke garisan penamat di atas ... Abang Ken yang tiba lebih awal setia menunggu kami ... dengan boringnya ... hahaha ... giler slowww ... food court seterusnya menjadi tempat persinggahan kami ... lagak kambing jumpa seguni rumput di padang pasir ... dengan lahapnya kami belasah hampir semua lauk yg di hidangkan muahahaha ...

Nota: Artikel ini diambil dari catatan pengalaman dan album bergambar Ah Chong. Semua gambar adalah hakcipta terpelihara beliau. Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Imej lebih beresolusi tinggi boleh dilihat dengan cara klik pada setiap gambar. Layannn, zassssss ...


 jam 0728: Wakjan bersarapan dengan bubur nasi dalam cawan segera, sebagai punca tenaga menghadapi 8 km terakhir ke Bukit Fraser


Selain bubur nasi dalam cawan segera, ada juga roti benggali dicicah bersama sup cendawan dan minuman Milo 3 - dalam - 1


 jam 0730: Langit cerah di awal pagi
jam 0753: Berkemas barangan masing2 sebelum meninggalkan lokasi penginapan


 jam 0848: Bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan


jam 0852: Sessi bergambar sementara menantikan giliran masa untuk menaiki Bukit Fraser


jam 0853: Wakjan pun nak juga ada gambar lompat2 : )


jam 0855: Ah Chong bersama papantanda peta kawasan Bukit Fraser


jam 0856: "Baaaa, chakkkk" ...


 jam 0857: Pemandangan pos kawalan lalulintas laluan Gap - Bukit Fraser


 jam 0859: Papantanda menunjukkan jadual perjalanan turun naik dari / ke Gap


jam 0927: Tanda peringatan pada pengguna laluan Gap - Bukit Fraser


jam 0958: Dua kilometer lagi untuk sampai ke destinasi, seksa rasanya ...


 jam 1008: 1 km dan 1 Malaysia !! 7 km telah ditempuhi ...


 Dengan 'angkuh'nya King of Fraser Hill berlagak dengan 1 km terakhirnya hahahaha ...


1 km lagi, 1 tujuan, 2 rider, 2 basikal ...


jam 1021: Akhirnya, berjaya sampai di Bukit Fraser setelah sejam berkayuh dari Gap


jam 1024: Ah Chong sedang melihat satu papantanda lama


jam 1027: Satu binaan baru dibina sebagai mengalukan kedatangan pelancong


jam 1034: Sempadan negeri Selangor - Pahang


jam 1049: Gabungan tiga jentera kayuhan di menara jam Bukit Fraser


 jam 1053: Rider bersama jentera kayuhan masing2


 jam 1055: Siapa kata pakai sandal 'Kerok' tak boleh sampai ke Bukit Fraser ?


jam 1058: Sandal 'Kerok' pun minta peluang bergambar : )


jam 1109: Di hadapan medan selera baru dalam kawasan Bukit Fraser


Beca lama diletakkan sebelah restoran sebagai hiasan


 Reflector yang menggunakan bekas celak


jam 1110: Hidangan masakan yang masih panas menanti kehadiran kami


"Apalagi cargaslah, serannnggg" !!


 Menu makan kami, dari kiri sajian Abg Ken, Ah Chong & Wakjan


 jam 1118: Sedang 'mengadap' sajian masing2, kelaparan kesan dari pendakian sejauh 8 km hahahaha ...


 jam 1205: Basikal Ah Chong bersama sebuah motorsikal lama


 jam 1224: Wakjan tidur sementara menunggu Ah Chong 'memerut'


 Abang Ken pun tidur juga, siap buka sleeping bag lagi hehehe ...


Ah Chong bersama 'rakan' barunya ...


"Aku memang pencinta wanita ... tapi aku bukan buaya" lalalalala ...


Ride more, play more, learn more ...


Lepas makan, ronda - ronda sekejap di sekitar Bukit Fraser kemudian lelap mata sebentar di sebuah wakaf terakhir menuju ke air terjun Jeriau ... hasrat ke sana terpaksa dilupakan kerana faktor masa ... tapi pewai sebenarnya muahahaha ... dah tak mau gelak bebanyak ... pukul 2 petang 'pintu tol' dah buka ... masa utk bergumbira ...yeeehhhaaa ... downhill all the way sampai pondok di bawah ... fuhhhh, nikmat nya ... 


 jam 1254: Dalam perjalanan menuju airterjun Jeriau


 Menghampiri bangunan hotel Ye Olde Smoke House, dengan rekabentuk hampir atau mungkin sama seperti terdapat di Cameron Highlands.


 Pemandangan di persimpangan menghala ke jalan menuju airterjun Jeriau, dari arah wakaf taman rekreasi. Airterjun Jeriau terletak 4 kilometer dari sini


 jam 1323: Di mana sahaja Wakjan ni boleh tidur. Sekarang, dah percaya bukan ? Hahahaha ...


 jam 1355: Menghampiri kawasan foodcourt dalam perjalanan pulang


 jam 1359: Bergambar di salah sebuah banglo lama yang terdapat di Bukit Fraser


 jam 1410: Berhenti membeli makanan & minuman di kedai runcit berhampiran menara jam


jam 1424: Laluan downhill yang berliku dan sungguh mengujakan


Berehat sekejap sesambil minum - minum di kedai makan Gap sebelum menyambung keseronokan berdownhill ... uuuhhhhh, i like ... sesi kejar mengejar terhenti sekejap untuk sesi bergambar di air terjun Sungai Berbisik, terletak di sebelah kiri jalan ... dah puas bergambar yang sememangnya tak puas - puas di sepanjang jalan ... tayar pun digolekkan semahunya ... 



jam 1517: Singgah di kedai makan Gap


Ah Chong bersama arnab milik tauke kedai makan Gap


 Pekena mee kari di kedai makan kat Gap, sedaaappp ...


Jam 1537: Rumah Rehat Gap sedang direnovasi


jam 1544: Layan laluan downhill yang panjang memang menyeronokkan ...


Aliran anak sungai kecil dari airterjun Sungai Berbisik ...


 Ah Chong berlatarbelakangkan airterjun Sungai Berbisik ...


Pandangan dari jarak dekat airterjun Sg. Berbisik


 jam 1650: Wakjan dgn kayuhan ala 'Titanic'


Aduhhh, teriknya cuaca petang tu huhuhu ...


jam 1825: Di persimpangan lampu isyarat ke Batang Kali


Kepanasan terik matahari terus dilalui hinggalah berhenti di food court berhampiran persimpangan lampu isyarat menuju ke Batang Kali. jam dah menunjukkan pukul 7 malam ketika kami hendak meneruskan perjalanan ... dari jauh langit mendung sedang menunggu ... konfem lebat hujan nanti ... ketika mencari masjid utk berhenti solat Maghrib, tersua pula dengan seorang rider yang namanya saya boleh terlupa pula ... hampehhh ... baru je habis ride ... beliau mengajak kami semua bersolat dan berehat dirumah bujang nya yg tak jauh dari situ ... undangannya lantas kami penuhi ... dalam sibuk - sibuk berborak di rumahnya, hujan lebat mula membasahi bumi Batang Kali ... aduhhh, perjalanan jauh lagi ... hmm ... tapi rahmat menanti ... 
 Berhenti makan di food court Batang Kali, yang rasanya dulu merupakan sebuah stesyen bas


jam 1828: Rehat seketika sebelum memesan makanan / minuman
 jam 2127: Di perkarangan rumah 'rakan baru' yang menumpangkan kami solat & berehat di rumahnya. Maaf dipinta, terlupa pula akan nama beliau ...

Abg Ken mengambil keputusan menelefon isterinya datang me'rescue' kami ... hehehe ... stesyen minyak Petronas Batang Kali akan jadi lokasi pertemuan kami nanti ... salam perpisahan dihulurkan pada sahabat tadi ... terima kasih kerana sudi melayan kami ... dlm jam 10 lebih malam, 'skuad penyelamat' tiba dan berakhirlah episod touring kami pada kali ini ... walaupun lari sedikit dari plan asal, tapi kami tetap berpuas hati ... kalau tak puas, jom naik lagiii ... muahahaha ... SEKIAN ...


jam 2143: Sementara menunggu kehadiran isteri abang Ken datang ke Batang Kali

 Layan steamboat dulu ...


jam 2147: Ah Chong tak boleh menahan godaan untuk makan steamboat
 Menu steamboat Ah Chong


jam 1035: Yeaayyyy, kenderaan 'rescue' dah sampai !!


Susunan ketiga2 basikal kami di bahagian belakang kenderaan abang Ken







6 comments:

aeinmaen said...

best..best....rajin tol berkayuh....
advanture...:)

Azizan Zolkipli said...

aeinmain: terima kasih Moksu atas lawatan ke laman anak sedara ni (:

Anonymous said...

Hebat abang2 nih....teringin sangat nak menchoba......

Azizan Zolkipli said...

Anonymous: terima kasih atas kunjungan. takdelah hebat mana pun kami ni, semangat aje besor. itupun semangat tu kadang hilang hehehehe ...

gadisBunga said...

best!!!

teruskan bertouring semua! :D

Azizan Zolkipli said...

gadisBunga: terima kasih. saya dah jengah laman kamu, suka tengok gambar2 yg dimuatkan. teringat kenangan bertouring ke sana ...