Pada cuti Tahun Baru Cina 2011 yang  lalu, aku diberi peluang untuk  menjadi pengiring (escort) pada kayuhan  sekumpulan anak - anak muda  dalam perjalanan mereka menuju ke Teluk  Cempedak, Pahang bagi menghadiri  satu persembahan seni jalanan yang  dinamakan sebagai PLORE.
Aku  namakan kayuhan mereka sebagai 'Kayuhan Pelbagai Ideologi',  kerana  mereka terdiri daripada penunggang pelbagai variasi basikal  seperti  mountain bike, roadbike, basikal touring, malahan juga sebuah  basikal  tua !! Aku kagum dengan semangat yang mereka tunjukkan, juga  komitmen  yang mereka berikan. Membuatkan aku lantas lebih bersemangat  untuk  menghadapi beberapa hari berikutnya bersama kumpulan ini. Aku  ditemani  oleh Hairul Anwar, sahabat kayuhan geng Pedal Krem Riders yang   ditinggalkan oleh rakan - rakan pendakian gunung Trans Noring anjuran  OGKL kerana gagal mendapat cuti sebelum perayaan Tahun Baru Cina  huhuhu.  Beliau aku undang untuk turut serta kerana lebih mahir dalam  bidang  teknikal basikal berbanding aku, yang mana aku lebih menumpukan  pada  strategi laluan dan juga taktikal logistik. 
Sejujurnya,   pengalaman mengendalikan kayuhan ini dapat menjadi kayu pengukur bagi   diriku & Hairul dalam menghadapi pelbagai situasi luar jangka,   menguji kemahiran membetulkan basikal yang pelbagai jenis, memberikan   pengalaman mengendalikan para peserta dari segi fizikal mahupun mental   dan satu pengalaman baru menghadiri persembahan jalanan oleh satu   komuniti seni.
Nota: Semua gambar adalah dari koleksi kamera saudara Piko, kredit dan hakcipta terpelihara untuk beliau. Ulasan dan jalan cerita adalah menurut perspektif aku sebagai pengiring, bukannya peserta dalam kayuhan ini. Setiap perkataan berwarna biru boleh diklik untuk info lanjut. Imej lebih beresolusi tinggi turut boleh dilihat dengan cara klik pada setiap gambar.
* Album gambar dalam Facebook, klik sini
* Jalan cerita dalam blog dari perspektif Bart Ahmad, dengan ayat lebih radikal boleh dibaca di sini. Atau ringkasan catatan pengalaman oleh saudara Piko, di sini.
* Penyertaan:
- Pa'an, MTB rigid
- Zulhabri, MTB hardtail
- Bart, MTB hardtail
- Mar, basikal tua
- Meera, MTB rigid
- Afiq, basikal touring 
- Piko, roadbike Proton T Sprint
- Vida, roadbike Merida
- Hairul & Wakjan, sama - sama bergilir memandu van Renault Kangoo, jadi pengiring merangkap perancang perjalanan dan juga mekanik 'bidan terjun' hihihihi ...
* 02.02.2011, Rabu *
* Apa yang ku dengar pada hari itu:
- 6 org telah bergerak terlebih dahulu ke Hutan Lipur Lentang pada tengahari itu dan akan bermalam di sana.
- mereka berjaya mengharungi laluan pendakian ke Genting Sempah, kemudiannya menumpang lori ke Hutan Lipur Lentang
- kumpulan 6 org berjaya tiba di Hutan Lipur Lentang, tetapi malangnya tiada sebarang kedai makan / restoran yang dibuka pada waktu malam berhampiran kawasan itu. kesiannnn ...
* Apa yang ku lalui pada hari itu:
- selepas menonton berita malam waktu perdana, terus bergegas ke rumah Zulhabri di TTDI
- tiba di TTDI, hujan turun dengan terlalu lebat. menghubungi Zul dan katanya beliau akan sampai di rumah tidak lama kemudian. singgah di kedai mamak berhampiran rumah Zulhabri untuk pekena roti nan cheese bersama ayam tandoori hehehe ...
- Bart sampai di TTDI, beliau sertai aku untuk acara makan malam. sempat tapau 6 bungkus nasi goreng kampung bersama air minuman untuk rakan - rakan yang kelaparan di Hutan Lipur Lentang. selesai makan, terus ke rumah Zul.
- masukkan barang serta 2 buah basikal ke dalam van Renault Kangoo milik kawan Bart & Zul. Bart yang pandu dan kami terus ke rumah Hairul di AU2.
- ambil Hairul di AU2, terus ke Ukay Perdana untuk ambil barangan lagi 6 org peserta yang ditinggalkan dalam kereta kancil milik seorg rakan mereka.
- masukkan kesemua barangan, bertolak menghala ke Hutan Lipur Lentang.
- sampai di Hutan Lipur Lentang, kebanyakan peserta sedang tidur ketika kami sampai lewat tengah malam di sana. terdapat satu kes peserta terjatuh dan luka, menyarankan agar beliau dibawa ke klinik atau hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan
03.02.2011, Khamis (cuti Tahun Baru Cina, Tahun Arnab)
- bawa Afiq ke Hospital Bentong utk beliau mendapat rawatan dgn ditemani oleh Hairul & Zulhabri. sementara itu, Bart memasang 3 buah khemah untuk semua peserta tidur & berehat.
- sampai di hospital Bentong, si Afiq boleh tak bawa kad pengenalan pula. ishhh Afiq, Afiq ... tapi petugas hospital pun 'sporting', beliau dirawat tanpa perlu mendaftar diri.
- balik dari Bentong, sampai Hutan Lipur Lentang sekitar jam 3.30 pagi.
- pasang hammock dgn Hairul utk tidur dalam gerai peniaga makanan di situ. mata hanya dapat lelap sekitar jam 4.00 pagi ...

-  pagi - pagi lagi sebelum Subuh satu lori ais datang mengejutkan kami  yang sedang tidur, awalnya pembekal hantar kiub ais tak cepat cair ke  nanti huhuhu ...
* Gambar - gambar ketika hari pertama kayuhan mereka, dari KL ke Genting Sempah dan kemudian ke Hutan Lipur Lentang dengan menumpang sebuah lori secara percuma. Terima kasih diucapkan untuk abang pemandu lori, masih ada lagi orang baik - baik dalam dunia ni ekk ...

 Dari kiri; Mar, Meera & Afiq
Jentera kayuhan Meera, uisshh dahsyat !!
Internal hub berdinamo menjanakan elektrik utk kegunaan lampu, roda depan basikal touring Afiq
Pa'an, tukang petik sekaligus pencetus idea untuk kayuhan ini
 Vida, salah seorang antara 3 basikalis wanita untuk kayuhan ini
Depan: basikal Pak An, belakang: basikal Vida
Jentera  kayuhan yang akan dibawa oleh Mar. Jangan pandang rendah sebab nanti  basikal ni termasuk pengayuhnya akan melakukan satu rekod kayuhan Kuala  Lumpur - Kuantan
 
No comments:
Post a Comment