ADS

10 March 2011

Kayuhan Pelbagai Ideologi: Hari 2, Bhgn 1

... bersambung dari bahagian 1

Nota: Perkataan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut, imej beresolusi lebih tinggi boleh dilihat dengan cara klik pada setiap gambar. Semua gambar yang digunakan, adalah hakcipta terpelihara saudara Piko, yang turut menyertai kayuhan ini. Terima kasih dan ucapan penghargaan sama - sama kita berikan pada beliau

Khamis, 03.02.2011, hari pertama Tahun Arnab dalam kalendar Cina
* Hutan Lipur Lentang ke Karak *
- pagi itu, setelah bersengkang mata membawa Afiq ke Hospital Bentong. aku hanya dapat lelap sekitar jam 0400. tidur yang lena kemudiannya dikejutkan oleh bunyi sebuah lori, menghantar beberapa plastik kiub ais di kedai tempat beberapa orang antara kami tidur. aduhhh, apa kejadahnya hantar ais seawal pagi, kedai pun belum dibuka lagi ...

- lebih kurang dua jam kemudian, aku terbangun kerana perut mula memulas tanda 'objek dalaman' hendak keluar. terus bergegas ke tandas, malangnya kedua - dua tandas lelaki mahupun wanita dikunci. alamak, macamana hendak 'melabur' ni alahaiii. oleh kerana hari masih lagi gelap - gelita, aku pun mengambil keputusan untuk 'melabur' di longkang besar belakang tandas awam tersebut. mujurlah terdapat dua paip air berhampiran untuk aku beristinjak. eee, manyak busyuk punya olang hahahaha ... 

- sambung balik tidur, sampailah hampir jam 0700 dan terus bangun bersama kedinginan pagi akibat hujan malam sebelumnya. 


 jam 0731: Suasana pagi di Hutan Lipur Lentang. tiga buah khemah didirikan untuk peserta tidur & berehat


jam 0732: Basikal - basikal diletakkan di tepi khemah untuk tujuan keselamatan


- disebabkan pagi yang dingin itu, aku cuma menggosok gigi dan mandi 'P. Ramlee' apabila tandas sudah dibuka. Pa'an, Piko dan Vida nampaknya naik ke bahagian atas sungai untuk mandi pagi. sempat juga aku membawa Jamis X - Trail 2.0 kesayangan meredah laluan offroad di bahagian paling atas selepas hujung laluan bertar, dengan menggunakan tayar semi - slick !! kelihatan beberapa tapak perkhemahan diseberang sungai dipenuhi pengunjung - pengunjung yang mengambil kesempatan berekreasi sempena cuti Tahun Baru Cina ini. apabila aku turun ke tempat penginapan kami, kelihatan hampir semua telah bersedia untuk memulakan perjalanan. khemah yang dipasang untuk tidur malam tadi, dibuka dan disimpan lalu dimasukkan kedalam kenderaan logistik berjenama Renault Kangoo

- aku berbincang bersama Hairul, Bart & Zulhabri tentang strategi logistik kami untuk hari itu. kami bersepakat agar tiga buah basikal iaitu yang dibawa oleh Mar, Meera dan Afiq akan dibawa menaiki van terlebih dahulu ke pekan Karak untuk penjimatan masa. ohh ya, jarak dari Hutan Lipur Lentang ke pekan Karak adalah sekitar tiga puluh kilometer. basikal selebihnya akan kami ambil sebaik sahaja menghantar tiga basikal ini. tanpa membuang masa, aku dan Hairul memulakan proses membuka tayar serta mudguard ketiga - tiga basikal sebelum dimasukkan ke dalam van. nat dan skru yang ketat melambatkan proses membuka komponen basikal, mujurlah penetrant berjenama WD40 turut dibawa untuk membantu. nahhh, ambik kau karat durjana !!


 jam 0903: Zulhabri (tengah) dan Bart (paling kanan), "weiii korang mandi tak hari tu hehehe" ...


- selesai segalanya iaitu memasukkan basikal, khemah, beg - beg dan barangan peribadi peserta, Piko mengeluarkan kamera DSLR nya untuk kami bergambar kenangan. beberapa shot diambil dengan menggunakan pemasa (timer) dan bantuan tripod. selepas sessi fotografi, kami berkumpul untuk membaca doa. Bacaan doa yang diketuai oleh Piko, turut diaminkan semua peserta dan pengiring bagi memohon kerahmatan, keselamatan serta kelancaran perjalanan dari Yang Maha Esa. lebih kurang jam 0930, lima orang peserta meninggalkan Hutan Lipur Lentang untuk memulakan perjalanan ke pekan Karak manakala tiga orang akan bersama aku dan Hairul di dalam van untuk dihantar bersama basikal masing - masing. 

Selesai menguruskan hal - hal berkaitan logistik, memeriksa tiada sebarang barangan hakmilik yang tertinggal di tapak perkhemahan, kami berlima pun bergerak dari situ. Kesian pada Mar, Meera dan Afiq yang terpaksa berhimpitan gara - gara kerusi belakang terpaksa direbahkan untuk memberikan ruang kelegaan pada muatan yang dibawa. ooppsss, terlupa untuk memberitahu. sepasang radio amatur dibawa untuk memudahkan komunikasi dan diberikan satu set pada peserta manakala sebuah lagi diletakkan di dalam kenderaan pengiring.


 jam 0924: Barisan peserta bersama basikal, pengiring & kenderaan logistik


- lebih kurang empat puluh lima minit, kami sampai di stesyen minyak kedua sebelah kiri penghujung pekan Karak jika datang dari arah Bentong. sebelum itu aku yang pada ketika itu memandu, memasuki salah persimpangan dan menghala ke arah Lebuhraya Pantai Timur. Mujurlah aku biasa melalui lebuhraya tersebut dan mengetahui terdapat satu lorong pusingan U berhadapan plaza tol . Aduhhh, macam mana boleh tersalah jalan ni. Kurang mendapat tidur yang berkualiti, dijadikan 'kambing hitam' untuk menutup rasa malu pada diri sendiri hahahaha ...

- kami meletakkan van di kawasan yang redup berhampiran stesyen minyak, bertentangan kami terdapat sebuah kedai makan di seberang jalan. SMS dihantar pada kumpulan yang satu lagi, memberitahu tentang situasi dan lokasi kami berlima. Beberapa minit berselang, sms aku berjawab memberitahu mereka sedang berhenti untuk bersarapan di stesyen minyak Petronas lebuhraya Karak dan meminta agar aku dan Hairul tidak perlu untuk mengambil mereka. Kesemua basikal dikeluarkan dan dipasangkan kembali. Mar, Meera dan Afiq kusuruh bersarapan pagi dahulu di kedai seberang jalan tetapi mereka menolak kerana mahu menolong dan memerhatikan aku dan Hairul memasang basikal mereka.


 jam 1108: Proses memasang semula komponen basikal yang ditanggalkan

- Lumrah barangan mekanikal, apabila dibuka dan dipasangkan kembali pastinya sedikit sebanyak ada cacat celanya. Antara yang menjadi isu ialah jajaran (alignment) tayar yang senget serta kurangnya kekuatan membrek dan beberapa isu kecil yang lain. Mujurlah pengalaman dan pengetahuan bermain basikal BMX di zaman kecil dahulu sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah. Iyelah, zaman sekarang hampir semua basikal dah menggunakan brek cakera (disc) jadi kemahiran aku dan Hairul untuk membetulkan brek - V (V - brake) pun dah jadi berkurangan huhuhu ... Mar, Meera dan Afiq meninggalkan kami berdua untuk bersarapan setelah kerja - kerja utama selesai. Aku dan Hairul tiada masalah kerana kami boleh bersarapan, atau terus sahaja makan tengahari sebaik sahaja menyelesaikan tugas yang diamanahkan.


jam 1158: Menukar kabel brek pada sebuah basikal tua


Jentera kayuhan Meera, jangan main - main ooo Dreamweapon ni...


- lebih kurang jam 1200 tengahari, kumpulan yang berlima itupun sampai di lokasi kami. masing - masing dengan momentum semangat yang masih berkobar - kobar. pada mereka berlima ni, tahniah diucapkan atas kayuhan extra sejauh tiga puluh kilometer !!


Piko yang nakal, mengambil peluang berehat sebelum menyambung kayuhan


Refleksi Vida pada lensa kacamata


"Tadi hang naik van kan, lepaih ni hang kena pi kayuh, tahulah nasib hang ...", mungkin itulah kata Vida pada Meera hahahaha ...


 Pa'an membuka baju beliau untuk menyejukkan diri. Awwww ...


* Karak ke Temerloh *
- jam 1230 tengahari, peserta - peserta mula meninggalkan stesyen minyak tempat kami berhenti dan memasuki pekan Karak menuju ke Maran. dengan jarak berbaki seratus dua (102) kilometer untuk ke Maran, bertolak pada waktu tengahari ini dirasakan agak lambat dan kemungkinan untuk sampai ke Maran pada waktu malam tidak boleh dinafikan lagi. apa apa pun yang terjadi, aku dan Hairul yang dilantik sebagai penasihat dan perancang perjalanan akan bersedia untuk sebarang keadaan dan situasi serta memastikan keselamatan para peserta sentiasa menjadi keutamaan. dari sini, Hairul pula mengambil alih tugas aku untuk memandu kenderaan logistik kami.


 jam 1233: Peserta baru melepasi pekan Karak tidak sampai dua kilometer perjalanan, dengan didahului oleh Pa'an.


Bart yang berMTB jauh meninggalkan peserta dengan roadbike, laju lah tu kononnya hehehe ...


 Vida mula membuat pakatan nakal bersekongkol dengan Piko untuk 'cucuk angin' Bart dari belakang


Stereng kenderaan logistik bertukar tangan pada Hairul pula


- memandangkan aku dan Hairul belum lagi bersarapan pagi, kami bersepakat untuk terus makan tengahari di mana - mana kedai di tepi jalan. setelah kami meninggalkan para peserta jauh di hadapan, kami ternampak sebuah kedai makan di persimpangan masuk ke kampung yang saya telah lupa akan namanya. semasa sedang menikmati hidangan makan tengahari, ternampaklah oleh kami berdua konvoi para peserta melintasi lokasi kami.

- setelah selesai makan, membayar harga makanan - minuman dan Hairul mendapatkan tambahan bekalan 'nikotin' dalam badan yang diperlukannya, kami meninggalkan kedai makan tersebut dan bergegas mendapatkan rakan - rakan kayuhan. Ketika kami berjumpa kembali kelompok mereka, sudah tidak berapa jauh untuk menghampiri kawasan Lanchang.


jam 1237: Konvoi mula terbahagi pada dua kelompok


 jam 1333, selepas sejam dan lebih kurang 22 kilometer meninggalkan pekan Karak


 jam 1333, yeayyy dah sampai Lanchang !!


- dari Lanchang, mereka berkayuh dan terus berkayuh. Kami mendahului mereka di depan untuk mencari lokasi hentian yang sesuai. Tiba di persimpangan menuju kawasan perindustrian Temerloh, tidak jauh di hadapan kami menemukan sebuah stesyen minyak Petronas di sebelah kanan jalan.. Tetapi jarak itu dirasakan terlalu jauh untuk mereka berehat, dan juga terlalu hampir ke hentian seterusnya yang dirancang. Kami berpatah balik menuju ke stesyen minyak Petronas berhampiran persimpangan lampu isyarat Mentakab - Temerloh, yang mana ianya dirancang sebagai pit - stop seterusnya. Para peserta telah mula sampai apabila kami tiba di situ. Kelihatan peserta telah mula keletihan setelah melalui cuaca panas, ada yang mula tidur untuk merehatkan diri.


jam 1355: Peserta melepasi kawasan Kampung Paya Siput


jam 1356: Perjalanan masih berbaki 82 kilometer menuju bandar Maran


 jam 1434: Zulhabri kelihatan berbaring bagi mencari ilham, perhatikan kakinya diletakkan di rim basikal bagi tujuan keselamatan mengelakkan basikal dari dicuri ( :


Sama lokasi, macam - macam situasi ...


Siapa kata ironlady tidak perlukan rehat ?


- setelah berehat setengah sejam, peserta menyambung perjalanan dan kali ini akan terus ke hentian rehat Bukit Angin yang terletak betul - betul sebelum jambatan melintasi Sungai Pahang. setelah peserta meninggalkan stesyen minyak tersebut, kami pula mengambil peluang untuk berehat. keluar ke arah jalan besar, ternampaklah oleh kami gerai tepi jalan yang berpapantanda ABC dan cendol. kami tidak melepaskan peluang keemasan ini, untuk masing merasa keenakan cendol. Apabila perut dah kenyang, ditambah dengan hembusan angin yang sepoi - sepoi bahasa dibawah teduhan pokok. Mulalah mata masing - masing kuyu sahaja hahahaha ...


jam 1501: Zulhabri semasa hendak meninggalkan hentian rehat, sedang diperhatikan oleh awek telefonis


 Meera tiba - tiba mendapat perhatian hangat dari sekumpulan kanak - kanak tempatan


- selesai menikmati hidangan cendol spesel bawah pokok, kami meneruskan perjalanan untuk mencari dimanakah lokasi rakan - rakan kayuhan. aku dan Hairul memberhentikan van kami berhampiran stesyen minyak Shell, tidak jauh dari sebuah papantanda bertulis Temerloh. lebih kurang beberapa belas minit menunggu, kelihatan kelibat peserta - peserta yang telah menjadi banyak kelompok. aku memberitahu melalui radio agar mereka merapatkan jarak, supaya kelihatan cantik apabila difoto nanti. BERSAMBUNG ...


jam 1603: Cabaran pendakian menanti setiap peserta nun jauh di sana


Mar, dengan jaket bertutup kepala untuk melindungi leher dari sunburn katanya ...


Pa'an jauh dihadapan meninggalkan rakan - rakan lain


jam 1618: Setelah berkayuh lebih kurang 54 kilometer dari pekan Karak, mereka akhirnya memasuki kawasan Temerloh


B   E   R   S   A   M   B   U   N   G






2 comments:

the alpha... 'that' said...

best. sangat best

Azizan Zolkipli said...

Alpha: thanks bro. tunggu catatan penuh perjalanan dr perspektif kau pulak hehehe ...