ADS

30 January 2012

Reviu majalah: Bicycle Traveler, edisi Jan 2012


Muat turun majalah elektronik (e-magazine)  Bicycle Traveler edisi Jan. 2012, di sini


Pengenalan 

Bicycle Traveler merupakan sebuah majalah antarabangsa mengenai kembara berbasikal (bicycle touring). Ianya dipenuhi dengan cerita menarik dan gambar-gambar yang akan menginspirasikan anda bagi mengimpikan pembacanya tentang destinasi dan peralatan terbaru dunia kayuhan.

Majalah elektronik (selepas ini akan disebut sebagai e-mag) yang dipaparkan di sini merupakan edisi kedua sepanjang penerbitannya dan juga edisi pertama bagi tahun 2012.

Isu keluarannya akan muncul selang tiga kali setahun, iaitu pada bulan Januari, Mei dan September. Para pembaca boleh melanggan e-mag percuma ini di sini bagi mengelakkan ketinggalan keluaran yang akan datang. E-mel akan dihantar oleh pihak yang berkenaan menandakan keluaran terbaru telah diterbitkan dan mengisyaratkan pembaca untuk mula memuat turun e-mag tersebut

Keluaran sulung e-mag Bicycle Traveler terbitan September 2011 boleh dimuat turun di sini.


Reviu ringkas e-mag Bicycle Traveler edisi Jan 2012

Saya tidak ingin mengulas secara mendalam mengenai penghasilan artikel, gambar ataupun produk yang dikongsikan dalam e-mag tersebut. Biarlah pembaca sekalian yang memberikan komentar masing-masing setelah membacanya sendiri.

Berikut disenaraikan isi kandungannya:

4 penceritaan,
5 foto,
3 artikel mengenai kelengkapan berbasikal,
1 temuramah,
1 sebutan (quotes), dan
1 ruangan penulis (kolumnis)

Penceritaan

- Fearghal O'Nuallain mengenai persepsi 'jalan' (The Road) dari pandangan kehidupan beliau.

- Andrew Morgan menemui 'buangan pemandu lori' ketika melalui jalanraya di Gurun Atacama, Chile. Bacakan isi hati dan pandangannya beliau mengenai perkara ini.

- Pengalaman seorang jurnalis dari Sweden, Hanna Mi Jakobson ketika mengembara mencari pemandangan baru dan segar di pesisiran pantai California, Amerika Syarikat.

- Bandar Bangkok, dari perspektif Rob Halkett 

Foto

- Foto dari Iceland, oleh Willem Megens dan Rudi Verhagen.

- Foto dari China, oleh Benjamin Jacob

- Foto dari Uganda, oleh Fabian Nawrath

- Foto dari India, oleh Paul Jeurissen

- Foto dari Bolivia, oleh Fearghal O' Nuallain

Kelengkapan Berbasikal

- 6 reviu peralatan oleh Grace Johnson, merangkumi khemah, beg tidur (sleeping bag), krim penghalang sinar matahari (sunblock), pad penggosok peralatan memasak, beg kecemasan (emergency bivy bag) dan bekas pelindung peralatan elektronik.

- Reviu kerusi mudah alih oleh Tyler Kellen

- Friedel Grant membuat reviu mengenai bekas menyimpan air boleh lipat.

Temubual

- Catatan temubual bersama Josie Dew, seorang pengarang beberapa buah buku kembara berbasikal, mengimbas pengalamannya ketika mengembara mengelilingi Perancis (France). Ditemuramah oleh Lynette Ebb, seorang penggiat rekreasi berbasikal dari Australia.


Sebutan (Quotes)

- Ketahui apa yang paling dirindukan oleh beberapa pengembara berbasikal apabila berjauhan dari kediaman atau zon selesa mereka. Antaranya ialah Helen Lloyd, Dennis Koomen, Loretta Henderson, Dirk van Hulle, Marc Freedman, Aaldrik Mulder, Alvaro Neil, Amaya Williams, Mirjam Wouters, Rachel Hugens dan banyak lagi ...


Ruangan penulis (Kolumnis)

Steve Fabes, mengulas pandangan beliau mengenai seseorang pengembara berbasikal yang mengutamakan kelajuan dalam kembara berbasikal mereka, istilah yang disebut sebagai 'Speedsters'.


"Do not seek to follow in the footsteps of the wise. Seek what they sought". - Matsuo Basho

17 January 2012

S240 (S Two Four O)

S24O (disebut "Es - Two - Four - Oh") bukanlah sinonim dengan cerita Hawaii Five O yang mungkin pernah kita tonton di kaca televisyen, tetapi adalah singkatan kepada 'Sub - 24 Hour - Overnight'.

Ia merupakan salah satu dari cabang kembara berbasikal atau bicycle touring. Grant Petersen dari Rivendell Bicycle Works telah cuba mempopularkan idea kembara mikro berbasikal (bicycle micro - touring), yang beliau gelarkan sebagai S24O. Matlamatnya adalah menggalakkan aktiviti kembara berbasikal kepada sesiapa yang tidak dapat meninggalkan kawasan kediaman untuk beberapa hari, minggu, bulan mahupun tahun.

Petikan mengenai bagaimana mula tercetusnya idea Grand Petersen mengenai S24O:

I used to spend a lot of time in the mountains, and then I got a full-time job, got married, had children, started Rivendell, and that cut in. I missed it a lot, so one night at about 7:30 pm I said, “You know, I think I’m going to sleep in the hills tonight... nothing bad, I’m not mad, and I’ll be back in the morning.” And I was back in the morning – before everybody woke up. That’s how it started.

Apakah itu S240 ?

(1) Jika basikal anda dilengkapi rack dan beg pannier (pannier bag), maka ianya telah bersedia untuk S240 !

(2) Ia kurang memfokuskan pada aktiviti kayuhan, sebaliknya lebih menumpukan kepada aktiviti berkhemah.

(3) Secara tipikalnya, seseorang itu akan bertolak dari rumahnya pada lewat petang ataupun malam. Berkayuh ke mana-mana tapak perkhemahan, mendirikan khemah, tidur, dan pada keesokan harinya berkayuh semula untuk pulang ke rumah.

(4) Kelebihan aktiviti ini ialah ianya hanya memerlukan sedikit perancangan dan komitmen masa. 

(5) Jika seseorang tinggal di kawasan bandar, perjalanan seperti ini boleh juga dilanjutkan. Ianya seperti mengambil tren, bas atau memandu sendiri kenderaan ke tempat permulaan yang sesuai, tetapi dilakukan dalam masa tidak lebih dari 24 jam, dengan menjadikan ianya sebagai kembara hujung minggu (weekend tour).

(6) Di luar negara, terdapat juga individu yang mengubahsuai istilah S240 ini kepada S48O atau S12O mengikut citarasa masa serta perjalanan yang dikehendaki mereka.

Antara e-book dan laman web yang boleh dijadikan rujukan ialah Petersen S240s, www.s24o.com, artikel Kevin Madzia di Century Cycles, Kent's Bike Blog dan laman Alex Wetmore.

13 January 2012

Kayuhan Solo Telok Kemang - Shah Alam: 25.09.2011, Bahagian 3

Sedutan dari episod lalu.

"Lebih kurang sepuluh kilometer berkayuh melepasi persimpangan ke Bagan Lalang, saya berhenti rehat di sebuah batu penanda jalan yang menunjukkan jarak perjalanan ke Morib masih bersisa dua puluh lima kilometer. Kesempatan berhenti di situ saya ambil untuk menghabiskan kesemua pisang yang dibeli dan minum air untuk membasahkan tekak. Memang hebat dugaan berkayuh di situ berseorangan. Di kiri dan kanan jalan hanya terdapat semak, kekadang ladang kelapa sawit tinggal, kebun kelapa dan juga estet-estet kelapa sawit yang masih diusahakan memberikan satu pemandangan yang membosankan. Teringat pada kes kematian seorang jutawan kosmetik membuatkan saya berasa sedikit gentar, takut-takut jika ianya terjadi kepada saya. Semasa berhenti rehat, saya dihiburkan oleh gelagat gembala menghambat lembu-lembu peliharaan mereka ..." 

Jika ketinggalan bahagian pertama pengkisahan ini, bolehlah merujuk di sini.

Nota
Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Gambar dengan imej lebih beresolusi tinggi boleh dilihat dengan cara klik pada setiap gambar.

Bagan Lalang ke Tanjung Sepat

Selesai berehat dan bergelak ketawa sendirian melihat telatah gembala menghambat lembu-lembu peliharaan mereka. Saya memulakan semula perjalanan, kembali ke jalanraya yang sungguh membosankan. Jalan lurus terbuka yang panas, tiupan angin yang kuat dari arah hadapan dan pemandangan estet yang lebih kurang sama sepanjang kiri dan kanan jalan.

Ketenangan saya berkayuh tiba-tiba terganggu-gugat (chewaaahhh) dengan bunyi kuat dari ekzos motorsikal kapcai yang dipandu laju oleh dua orang pemuda berbangsa India. Walaupun jaraknya cuma beberapa meter dari basikal saya, namun kayuhan saya tetap terganggu buat seketika kerana terperanjat dan ianya sedikit sebanyak mengakibatkan basikal melilau ke kiri dan kanan. Perasaan marah saya reda dengan cepat, setelah melihat telatah pembonceng motorsikal pemuda tersebut mengangkatkan tangannya ke udara sambil menjerit "Malaysia Boleh" ! Cissss, kalau iye nak memberikan semangat sekalipun, janganlah sampai begitu. "Terperanjat Boboi" huhuhu ...

Kelibat kedua pemuda tersebut bersama motorsikal mereka semakin kecil dan terus hilang dari pandangan setelah memasuki simpang ke sebuah lorong di sebelah kiri jalan. Tidak sampai lima kilometer berkayuh, saya kini telah meninggalkan daerah Sepang dan mula memasuki daerah Kuala Langat. Di satu papantanda aluan selamat datang, saya berhenti seketika untuk bergambar.

Jam 1700 petang. Selamat tinggal daerah Sepang. Selamat datang daerah Kuala Langat.

Meneruskan perjalanan hampir dua kilometer dengan tidak sampai sepuluh minit di hadapan, saya melepasi estet Ladang Tumbok. Terdapat perumahan estet dan sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil [SRJK(T)] di situ. Sedang melepasi sebuah padang di sebelah kanan jalan, pandangan saya tertarik pada satu papantanda tuntutan yang menarik minat untuk berfotografi. 

Saya lantas berpatah balik, meletakkan basikal di tepi jalan dan melintasi jalanraya setelah memastikan keselamatan. Seorang warga emas berbangsa India yang entah datang dari mana tiba-tiba menghampiri ketika saya berfotografi. Sangkaan saya akan dimarahi, tetapi ianya meleset kerana beliau hanya tersenyum dan saya yang pada mulanya berasa sedikit ketakutan membalas senyuman beliau, sambil mengangkat tangan seraya menyapanya, "Anney", kata saya ...

Dari tulisan di papantanda tersebut, hati saya terdetik, mesti terdapat satu ketidakpuasan hati oleh bekas pekerja ladang di situ. Hanya Tuhan, majikan, bekas pekerja ladang, dan mungkin ADUN kawasan situ yang mengetahui kisah sebenar ... Saya kemudian meninggalkan kawasan tepi padang tersebut, melintasi jalan dan kembali ke basikal dengan seribu satu persoalan yang bermain di minda.

Jam 1707 petang. Papantanda tuntutan oleh bekas pekerja Ladang Tumbok

Kayuhan disambung kembali dan lebih kurang lima ratus meter dihadapan, saya menemukan pemandangan yang sungguh indah. Bahagian tepi jalan yang hampir dengan laut, dengan terdapat banyak pokok bakau dan air laut yang sedang berkeadaan pasang. Hendak mengambil gambar, sayangnya pemandangan menarik itu terhalang oleh laluan paip air besar yang menghadang penglihatan. Saya hanya berhenti seketika untuk melihat keadaan sekeliling dan kembali meneruskan perjalanan. Satu kilometer dihadapan kemudiannya, saya mula memasuki kawasan pekan Tanjung Sepat. Lega rasanya kembali kepada 'ketamadunan', kerana semasa berada di kawasan estet tadi seolah berada di 'dunia berlainan' ...

Perjalanan saya dilihat dengan penggunaan Google Maps

Ketika melalui kawasan pekan Tanjung Sepat, saya melepasi sebuah bangunan besar-tinggi di sebelah kiri jalan yang kelihatan seperti dewan orang ramai lalu terdengar kemeriahan muzik lagu raya dimainkan. Mata saya terpandang kepada sebuah kain rentang bertulis Majlis Aidilfitri DUN Batu Laut. Hmmm, ada majlis makan free rupanya, hati saya berbisik. Secara spontan saya terfikir pada makanan kegemaran saya iaitu lemang (padahal masa sarapan pagi tadi baru aje makan lemang hahaha). Mesti ada dihidangkan sempena majlis sambutan hari raya peringkat DUN ni kan ... 

Sebelah minda saya menggesa agar berhenti seketika untuk menikmati hidangan manakala sebelah minda lagi menasihati agar meneruskan perjalanan kerana masa telah suntuk. Saya akur pada minda yang menasihati untuk meneruskan perjalanan, sekaligus bayangan lemang hilang dari fikiran. Plinggg ... Aduh ruginya ...

Tanjung Sepat ke Morib

Dari pekan Tanjung Sepat, saya meninggalkan kawasan yang mempunyai taburan berpusat itu kepada kawasan kampung yang mempunyai pola taburan penduduk berjajar dengan jalanraya. Walaubagaimanapun, jarak antara rumah ke rumah tidaklah berdekatan dan taburan penduduk seperti ini bolehlah juga dikelaskan sebagai petempatan berselerak.

Perasaan tenang dan damai bila melalui kawasan ini, melihatkan halaman rumah yang ditanami dengan pokok buah-buahan rendang. Terpesona juga apabila melihat gelagat beberapa warga kampung membersihkan daun-daun gugur serta kemudian membakarnya di satu sudut penjuru rumah mereka dengan api yang marak menyala.

Lebih kurang tiga puluh minit meninggalkan kawasan pekan Tanjung Sepat, saya tiba di kawasan mukim Kampung Batu Laut. Sebuah jeti kelihatan menarik pada pandangan saya, tanpa menghiraukan pengunjung yang datang ke situ, saya membawa basikal ke atas jeti untuk tujuan bergambar. Jeti itu dibina seolah terus memasuki ke dasar laut. Selesai bergambar apabila saya hendak kembali ke kawasan daratan, terpandang akan papantanda bertulis Kelab Pelayaran Batu Laut. Mungkin sebuah bangunan di situ adalah rumah kelab bagi organisasi maritim tersebut, "bertuah kampung ni mempunyai kemudahan sebegitu", bisik hati kecil saya.

Jam 1739 petang. Lautan seolah mahu menelan jeti tersebut

Bangunan di kejauhan sebelah kanan, adalah rumah Kelab Pelayaran Batu Laut

Meninggalkan kawasan sekitar bangunan Kelab Pelayaran Batu Laut tersebut, kayuhan diteruskan dan tidak sampai satu kilometer di sebelah kiri jalan, saya menemui kedai makan terletak bersebelahan kawasan pepohon kayu bakau yang telah mati. Panorama yang sangat menarik buat yang meminati fotografi. Oleh kerana kesuntukan masa, saya langsung tidak berhenti untuk menikmati pemandangan mahupun bergambar sambil berazam akan datang lagi ke tempat tersebut kelak. Perjalanan tidak sampai lima minit seterusnya membawa saya ke sebuah sungai yang dilintasi oleh sebuah jambatan kecil, di bawahnya terdapat jeti pendaratan ikan bagi penduduk mukim Batu Laut. Seperti biasa, peluang bergambar tidak saya lepaskan di sini.


Jam 1745. Deretan bot di kawasan jeti pendaratan ikan mukim Batu Laut

Saya meneruskan kayuhan melintasi beberapa buah perkampungan yang namanya tidak diingati. Pencahayaan semakin kurang, menandakan bumi kita akan memasuki zon malam. Lebih kurang sejam selepas meninggalkan kampung Batu Laut, saya melalui sebuah jambatan yang melintasi sungai hanya beberapa kilometer sebelum memasuki kawasan Morib. 

Subhanallah. Allahu Akbar. MasyaAllah. Terpacul perkataan-perkataan tersebut dari mulut saya secara spontan apabila melihatkan satu pemandangan indah di sebelah kiri jalan. Sebuah jeti nelayan dengan deretan bot-bot yang diletakkan, berlatarbelakangkan matahari terbenam. Saya mengambil masa beberapa minit di atas jambatan itu, sambil mata dan tangan sama berkoordinasi dengan kamera bagi merakamkan pemandangan tersebut. Tidak disedari berapa minit telah saya habiskan di atas jambatan tersebut, tetapi yang pasti saya puas hati dapat menikmati kebesaran Yang Maha Kuasa. Terasa diri ini sangat kerdil di sisiNya.

Jam 1852 petang
Jam 1854 petang
Jam 1854 petang. Pada sudut yang berlainan dari gambar di atas

Terasa seakan ingin menyaksikan pemandangan tersebut sehingga hari betul-betul gelap, 'malangnya masa mencemburui saya'. Itu ayat standard jika hendak menghabiskan sesuatu syarahan atau pidato hahahaha ... Jika dihitung pada pengiraan masa, saya sebenarnya dijangka tiba di Shah Alam selewat-lewatnya pada jam 1900 malam jika melalui jalan Sepang - Litar F1 Sepang - Bukit Changgang - Olak Lempit - Jenjarom - Jalan Kebun. 

Pada waktu menunjukkan hampir jam 1900 malam, saya masih belum tiba di Morib dan terdapat berpuluh kilometer lagi harus dilalui untuk tiba di Shah Alam. Di satu sudut pemikiran terasa seolah menyesal akibat melalui jalan yang jauh ini dan di satu perspektif lagi terasa amat bertuah dapat menyaksikan pemandangan alam yang begitu indah ini. Perasaan yang sungguh bercampur-baur huhuhu ...

Saya kembali berkayuh di jalanan, dan tanpa diduga lima minit berikutnya saya menemui apa yang ditunggu sekian lama. Papantanda Morib ! Yeayyyyy sorak hati saya girang. Kegembiraan ini tercetus kerana saya mengetahui jarak dari Morib ke Banting hanyalah sejauh sepuluh kilometer. Saya memberhentikan basikal dan meletakkan ianya berhampiran papantanda untuk bergambar. Setelah selesai, saya cepat-cepat berkayuh meninggalkan kawasan itu bagi menuju ke pantai Morib.

Jam 1901 malam. Memasuki kawasan Morib

B  E  R  S  A  M  B  U  N  G

 
"Every moment is a golden one for him who has the vision to recognize it as such"
- Henry Miller

06 January 2012

'Ceritera Touring' menang dua kategori !

Selamat tahun baru terlambat [terjemahan: happy belated new year] hehehe ... Salam sejahtera buat semua, harap belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2012 pada pembaca dan pengikut setia laman 'Ceritera Touring' ini.

Pertama-tama, bersyukur kepada Tuhan kerana masih dipanjangkan umur bagi menghadapi tahun 2012 ini. Moga semua berjaya melaksanakan azam tahun 2011, juga semoga tahun ini lebih bagus dari tahun sebelumnya mudah - mudahan ...

Ingat lagi artikel berjudul 26 fakta tentang seorang basikalis 'touring' bernama Azizan Zolkipli yang telah dimuatkan pada 16hb Nov 2011 lalu ? Ianya dibuat khas untuk menyertai kuiz soal selidik 26 Fakta Seorang Kaki Jalan oleh cik Fatt di laman Backpacker Busuk miliknya.

Pada siang semalam ketika membaca artikel terbaru Backpacker Busuk, alangkah terperanjatnya kerana mendapati artikel saya telah memenangi dua kategori, satu bagi soalan nombor satu dan satu lagi dalam kategori 'Readers Choice'. Bagi jawapan nombor satu, ia telah menjadi pilihan Ely yang juga selaku penaja hadiah. 

Komen dari beliau: 
"Walaupn dia tak cakap umur bape, ape status tapi aku caya tu nama dia dalam Mykad..."

Komen saya pula:
"Adoyaiiii, macam tu pun boleh ke hehehe ... Terima kasih Ely, umur saya nak masuk 34 tahun pada Februari ini, status 'bujang empat' hahahaha ...Kalau tak percaya, tengok pada badge Facebook di sebelah kanan laman ni hehehe ..."

Ayuh kita sama-sama lihat sedutan melalui printscreen yang telah saya buat. Klik pada gambar untuk pembesaran imej.

Soalan # 1: Pengenalan diri, yang berjaya menarik perhatian Ely

Walaupun tidak berjaya memenangi kategori pilihan oleh Fatt, namun Ceritera Touring tetap menjadi saingan kepada blog Yantie Ahmad yang memilih untuk menjadikan selam skuba (scuba diving) sebagai genre penceritaan kembaranya. 

Komen dari Fatt sendiri:
"Sebenarnya aku split jugak antara entry Yantie dan Azizan @ Wakjan sebab kedua-duanya totally berlawanan dengan our stereotype traveller's tale dan kedua-duanya dari genre yang berbeza tapi aku terpaksa memilih ... arghh ... !! But seriously aku suka baca entry cycling tu ! ..."

Komen saya:-
Aduhhh Fatt, Wakjan faham situasi kamu ... Sungguh sukar untuk membuat keputusan kan ? Walaupun tak dapat memenangi kategori pilihan, dapat bersaing secara sengit pun dah cukup membanggakan Wakjan. Terima kasih kerana meminati entry cycling Ceritera Touring ( :

Komen dari Fatt tentang saingan antara blog Yantie Ahmad & Ceritera Touring

Tuah yang kedua bagi blog Ceritera Touring adalah memenangi 'Readers Choice', seperti ditulis oleh Fatt dalam laman blognya:

"Seperti yang telah dijanjikan aku nak bagi suprise kat readers yang vote. Haritu aku cakap nak bagi 1 tapi nampaknya ada 2 readers yang bertuah. Aku split tatau nak pilih mana satu sebab dua-dua punya komen berjaya menarik hati aku ..."

Nak tahu apa pula komen pengundi, nah bacakan komentar dari Ajlaa: 

(a) Isu travel dikupas dari sudut lain. Tak sangka berbasikal boleh membawa beliau sejauh ini. Rupenye negara sendiri pun byk tmpt utk diterokai dengan cara tersendiri. He changes saya punya persepsi. Selama neh saya anggap orang yang berbasikal neh saje-saje, untuk menyehatkan badan pastu mcm takde keje menghabiskan duit banyak-banyak untuk hanya aksesori. Basikal beribu, baiklah macam habiskan duit untuk benda lain ke. Beliau ubah persepsi, tapi idakler smpi boleh memotivasikan diri saya untuk berbasikal pulak lepas ini. hehe.

(b) Observation beliau ... O M G! Sangat detail dan terperinci. Saya pun belum tentu dapat describe sebegitu. Kalo orang tanya, akan mention point-point penting je. Bukan takat observation je, semua benda pun beliau menceritakan dengan detail berserta sebab dan musabab skali.

(c) Ilmiah bah entri neh. Penulis siap beri amaran lagi kepada diri sendiri. Entri ini adalah cara terpantas untuk mengenali sukan berbasikal dengn lebih dalam dalam masa yang singkat. Ade formal dan saintifik jugak sebab segala aksesori basikal itu pun jarang di dengar, tp semua diolah dgn baik. eceh. syabas~ 

Komen dari saya:
Terima kasih Ajlaa kerana memilih & menyukai Ceritera Touring. Rasa berbangga dan seronok kerana berjaya menggubah persepsi kamu mengenai kembara berbasikal ini. Ya, memang benar negara kita masih banyak lokasi untuk diterokai. Harap lepas ini kamu akan berinspirasi untuk berkembara dengan basikal pula hehehe ...

Mengenai observation saya pula, rasanya belum cukup detail tu. Apabila kita boleh memberikan observation yang lebih bagus, itu bermakna kita telah menjiwai dengan sepenuhnya apa yang kita lakukan.

Dan yang terakhir, saya akan cuba memberikan kefahaman kepada pembaca tentang sebarang terma teknikal yang akan digunapakai. Iyelah, bukan semua yang mengikuti perjalanan Ceritera Touring ini memiliki minat yang sama seperti saya khususnya atau kami penggiat sukan berbasikal ini secara amnya. 

Printscreen dari blog Backpacker Busuk, mengenai komen dari Ajlaa.

Komen dari Ajlaa, yang menjadikan Ceritera Touring pilihan bagi Readers Choice

Kejayaan ini saya kongsikan bersama kenalan di laman sosial Facebook, ramai juga yang mengucapkan tahniah dan memberikan komen. Jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada individu tersebut, tidak kurang juga yang sekadar tekan butang Like. "Kerana Like mu begitu berharga ..." Tiru macam iklan komersial hihihi ...

Perkongsian di Facebook - Bahagian 1

Perkongsian di Facebook - Bahagian 2

Perkongsian di Facebook - Bahagian 3

Perkongsian di Facebook - Bahagian 4

Yang klik Like juga, tidak dilupakan. Terima kasih semua !

Tiga belas juta ucapan terima kasih saya ucapkan pada semua yang membaca, memberi komen, mengkritik laman Ceritera Touring ini mahupun yang klik pada iklan yang terdapat di dalamnya hik hik ... Segala jasa baik anda, hanya Tuhan sahajalah yang dapat membalasnya. Azam tahun 2012 bagi laman Ceritera Touring ini, ialah untuk melengkapkan pengkisahan perjalanan kembara berbasikal saya sepanjang tahun 2011, seperti senarai berikut:

1) Kayuhan Solo Telok Kemang - Shah Alam: Sikit lagi hendak dihabiskan. Tungguuu ...
2) Kayuhan Solo Bandar Klang, Bandar Diraja Selangor.
3) Kayuhan Duo: Shah Alam - Jugra - Pantai Kelanang - Pantai Morib, bersama Adnan.
4) Kayuhan NJ: Touring KL - Selangor - Perak - Pahang, bersama tiga rakan kayuhan.
5) Kayuhan Trio: Shah Alam - Sekinchan, bersama pasangan suami isteri
6) Kayuhan Solo Hari Natal 2011: Shah Alam - Jeram

Harapan saya untuk tahun 2012 ini, adalah untuk melihat aktiviti pelancongan kembara berbasikal (touring) semakin mendapat tempat di hati warga negara kita. Wassalam ...

"Life ought to be a struggle of desire toward adventures whose nobility will fertilize the soul" - Rebecca West