Bersambung dari siri bahagian lalu ...
13.02.2011, Ahad - Hari Kedua
Selesai bersalaman antara kami berempat di hadapan pintu gerbang memasuki jalan menuju Tasik Bera, kami membawa haluan masing – masing. Ah Chong menuju ke Kuala Lumpur manakala kami bertiga ke Tasik Chini. Matahari sudah terpacak di atas kepala dan hari itu juga panas terik, tidak seperti separuh masa pertama kami pada hari sebelumnya.
Nota: Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Imej beresolusi lebih tinggi dapat dilihat dengan cara klik pada gambar. Segala gambar yang digunakan dalam artikel ini adalah dari rakaman lensa saudara Mohd Shukri, hak cipta terpelihara. Ucapan terima kasih tidak terhingga saya ucapkan pada beliau.
Baru sahaja memasuki laluan persekutuan no. 1572, kami terus dihidangkan dengan laluan pendakian yang bertubi – tubi. Tidak banyak kenderaan melalui jalan tersebut, jika ada pun kebanyakannya lori treler yang membawa muatan penuh kelapa sawit. Di kiri – kanan kami, terdapat hutan dara yang terletak di bawah kawasan Hutan Simpan Tasik Bera. Sejujurnya, agak menakutkan jika berkenderaan disitu pada waktu malam kerana keadaan hutan yang tebal dan tiada satu pun penempatan di tepi sepanjang laluan.
Fikiran saya tiba – tiba menerawang memikirkan satu makhluk berbulu yang dikenali sebagai ‘Bigfoot’, jahat pula minda ni terfikir sampai ke situ, aissshhh ... Uncle Chew masih menggunakan cara yang sama seperti hari sebelumnya, iaitu beliau akan berkayuh laju di hadapan dan kemudiannya menunggu di tepi jalan sebelum menyertai kembali konvoi dengan memintas kami semula dan berada di hadapan. Laju betul basikal uncle Chew apabila menuruni bukit, entah apalah jenis bearing yang dipasang pada hub basikal beliau huhuhuhu ...
Lebih kurang lima puluh minit berikutnya kami meninggalkan kawasan hutan dara dan laluan kini memasuki kawasan ladang kelapa sawit bawah kelolaan Felda Bera Selatan. Beberapa kilometer dihadapan, kami menjumpai batu tanda jalan pertama yang menunjukkan jarak ke Muadzam Shah masih berbaki lagi tujuh puluh lima kilometer. Di sini kami berhenti seketika untuk bergambar kenangan. Fuhhh, jauh lagi perjalanan untuk ke Tasik Chini ni ...
jam 1249: Shuk bersama batu penanda jarak dan basikal kami. 75 kilometer menuju Muadzam Shah
Meninggalkan Temerloh 70 kilometer dan bandar Bera 43 kilometer di belakang
Perjalanan disambung dan selepas tiga puluh minit berkayuh kami bertiga tiba di persimpangan masuk ke Felda Bera Selatan 4/7. Tidak lama di hadapan, berhampiran jalan masuk utama ke tanah rancangan Felda, terdapat sebuah gerai makan di tepi jalan dan kami bercadang untuk makan tengahari di situ. Uncle Chew membuat tinjauan dan mendapati, gerai tersebut hanya menjual kuih – muih dan tiada nasi berlauk dihidangkan. Mengikut kata salah seorang dari pelanggan yang berada di gerai tersebut, lebih kurang lapan kilometer dihadapan terdapat sebuah kedai makan. Tambahnya lagi, kawasan sekitar terdapat kedai makan tetapi kami perlu memasuki kawaasan tanah rancangan Felda. Memasuki tanah rancangan bermakna lebih kilometer dan ini akan melambatkan lagi jangkaan tiba kami ke Tasik Chini.
jam 1316: Berhampiran persimpangan masuk ke Felda Bera Selatan 4/7
Selepas mengucapkan terima kasih, kami menyambung perjalanan untuk mencari kedai makan seperti yang diperkatakan. Sekitar jam 1355 kami menjumpai sebuah papantanda berwarna biru di sebelah kanan jalan memberitahu yang kami telah meninggalkan kawasan daerah Bera dan kini memasuki daerah Rompin. Saya dan Shuk bergambar di papantanda itu dan sebuah lagi papantanda terletak berhadapan simpang tiga. Uncle Chew tidak kelihatan, tetapi kami dapat menggagak yang beliau telah berhenti di sebuah kedai makan yang terdapat tidak jauh dari simpang tersebut.
jam 1355: Kini kami memasuki pula daerah Rompin
Meninggalkan daerah Bera
Dua haluan, pelbagai destinasi
Keadaan yang semakin panas terik pada tengahari itu
Puas bergambar kenangan, saya dan Shuk kemudian menyertai uncle Chew untuk makan tengahari di kedai makan yang terletak berhampiran persimpangan masuk ke Felda Melati. Untuk info, pada mulanya saya merancang untuk bermalam di kawasan simpang tiga ini. Tetapi setelah membuat reviu semula laluan bersama Ah Chong, kami sepakat untuk mengurangkan jarak kayuhan hari pertama dan bermalam di Tasik Bera agar bersesuaian dengan tema Kayuhan Dua Tasik di Pahang. Untuk menu makan tengahari pada tengahari itu, saya mengambil sepinggan nasi putih bersama ikan patin masak asam pedas. Saya yang pada mulanya tidak menggemari ikan patin walaupun memakan ikan darat, kemudiannya mula menggemari ikan tersebut. Semasa sedang makan, kelihatan seorang lelaki berusia empat puluhan meletakkan sebuah MPV di tempat meletak kereta. Rupanya beliau adalah pemilik kedai makan tersebut. Semasa kami berehat selepas makan, beliau berbicara mengenai pengalaman kayuhan kami dan saling bertukar pendapat. Selesai makan dan membayar harga makanan – minuman, kami mengambil kesempatan berehat, membersihkan diri, menggunakan tandas dan bersolat Zohor.
Tepat jam 1500 petang, kami bertiga meninggalkan kedai makan dan kembali menyambung perjalanan. Melepasi simpang tiga tempat saya dan Shuk bergambar, tidak lama di hadapan terdapat satu lagi simpang tiga dan kami mengambil ke arah kanan. Jalan menghala terus kelihatan teruk, berdebu dan menuju ke sebuah ladang kelapa sawit. Laluan ke kanan ini, dikenali dengan nama jalan Persekutuan No. 2489 dimulai dengan satu laluan landai yang lurus dan sayup – sayup kelihatan, tanpa kami ketahui rupanya setelah beberapa kilometer dihadapan laluan mula terdapat kawasan pendakian. Lumayan sungguh, aduhhh ...
Lebih kurang tiga puluh minit berkayuh dari simpang tiga terakhir, kami tiba di sebuah jambatan lurus dan panjang. Melihat pada meter basikal saya, tepat pada angka seratus kilometer perjalanan yang saya lalui sepanjang dua hari. Saya ingin membuat satu hentian bersejarah, menyambut harilahir dan bergambar kenangan dengan satu sepanduk mini yang ditulis sendiri menggunakan kertas bersaiz A4. Melalui bantuan Shuk dan kamera DSLRnya, saya merealisasikan impian saya bersempena kayuhan ini. Kelihatan di bawah jambatan terdapat sebatang sungai kecil, dipenuhi oleh ramai kaki – kaki pancing yang mencuba nasib memancing ikan.
Lebih kurang tiga puluh minit berkayuh dari simpang tiga terakhir, kami tiba di sebuah jambatan lurus dan panjang. Melihat pada meter basikal saya, tepat pada angka seratus kilometer perjalanan yang saya lalui sepanjang dua hari. Saya ingin membuat satu hentian bersejarah, menyambut harilahir dan bergambar kenangan dengan satu sepanduk mini yang ditulis sendiri menggunakan kertas bersaiz A4. Melalui bantuan Shuk dan kamera DSLRnya, saya merealisasikan impian saya bersempena kayuhan ini. Kelihatan di bawah jambatan terdapat sebatang sungai kecil, dipenuhi oleh ramai kaki – kaki pancing yang mencuba nasib memancing ikan.
jam 1537: Berhenti di sebuah jambatan untuk bergambar kenangan
Tepat seratus kilometer perjalanan saya untuk dua hari
jam 1543: Bergambar kenangan di tengah – tengah jambatan
Gambar sepanduk mini buatan sendiri bersaiz A4 dari jarak dekat
Sepanduk mini dipasangkan pada basikal pula
jam 1546: Bersedia untuk menyambung kembali kayuhan
B E R S A M B U N G ...
B E R S A M B U N G ...
2 comments:
HAPPY BELATED BIRTHDAY BRO.....
Anonymous: thanks a lot ...
Post a Comment