Untuk pengkisahan kayuhan ini (dan mungkin seterusnya, ooppsss), saya akan menggunakan pendekatan berlainan dari sebelum ini iaitu secara butiran ringkas. Ia sekadar mempelbagaikan gaya penulisan dan juga memendekkan penceritaan.
Pendahuluan
- Kayuhan secara ad-hoc, dirancang beberapa hari sahaja sebelum ianya dilaksanakan. Beberapa rakan grup Pedal Krem Riders dan rakan kayuhan lain telah dijemput menyertai.
- Hanya Adnan yang menyahut seruan, beliau berkelapangan kerana bekerja shift malam pada hari tersebut.
Pertemuan & permulaan perjalanan
- Sabtu, 29hb Oktober 2011.
- Bertemu di persimpangan masuk ke sebuah pasaraya besar (hyper market) berhampiran Uptown Shah Alam.
- Memasuki Lebuhraya LKSA, laluan sikal di Lebuhraya KESAS, Bukit Rimau, Jalan Kebun dan Jalan Sukepi.
Nota:
Gambar dengan resolusi lebih besar boleh dilihat dengan cara klik pada setiap gambar
Gambar 1: Adnan tiba di lokasi pertemuan yang kami janjikan |
Gambar 2: Bridgestone yang dilengkapi plet khas, bersedia untuk berkembara pada pagi itu |
Jenjarom ke Banting
- Beberapa kilometer sebelum memasuki Kampung Jenjarom, perjalanan terhalang oleh kerja-kerja pembaikan jalan dan terpaksa menukar haluan memasuki jalan dalam lalu keluar di kawasan Sungai Rambai.
- Berhenti bersarapan di gerai Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), sudah semestinya di gerai pakcik Mat Nor yang dikenali dengan pelbagai menu lempengnya.
Gambar 3. Tiba di pekan Jenjarom, setelah melalui jalan dalam menembusi Sg. Rambai |
Banting ke Jugra
- Menerokai penghujung jalan di kawasan Jugra, berhampiran Sungai Langat. Berhenti untuk berehat dan menikmati pemandangan.
- Singgah di perkarangan luar muzium (Muzium Insitu), kemudian merasai pengalaman menaiki sendiri sebuah kenderaan perisai yang ditempatkan di situ
Gambar 4. Melepasi pekan Banting, menghala ke Jugra |
Gambar 5: Adnan mendemonstrasikan teknik me'raba' ( : |
Gambar 6. Nama tempat yang agak unik |
Gambar 7. 'Spiderman cilik' memerhatikan sahaja aksi Adnan ketika bergambar |
Gambar 8. Di sebuah pelantar berhampiran Sungai Langat, berlatarbelakangan Pulau Carey |
Gambar 9. Kereta perisai lama yang diletakkan di hadapan Muzium Insitu |
Gambar 10. Pelbagai gelagat Adnan ketika mencuba masuk ke dalam kereta perisai |
Gambar 11. Tiga ekor anjing anak beranak yang kelihatan jinak |
Di Bukit Jugra
- Tiba di puncak yang mempunyai sebuah rumah api dan menara radar setelah berkayuh lebih tiga kilometer melalui jalan yang curam.
- Beberapa orang penggiat sukan paragliding dan pelancong dari luar negara telah berada di sana.
- Sempat bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman tentang sukan paragliding dari mereka yang berpengalaman.
- Melihat persiapan dan pelepasan seorang remaja yang ingin terbang secara solo
- Menjadi jurufoto bagi sekumpulan pelancong luar negara, dan kemudian mengambil peluang untuk bergambar kenangan dengan tulisan besar JUGRA.
Gambar 12. Di persimpangan sebelum laluan pendakian ke Bukit Jugra |
Gambar 13. Berhenti sejenak menikmati pemandangan dalam perjalanan ke puncak Bukit Jugra |
Gambar 14. Sekumpulan pelajar yang berkunjung ke Bukit Jugra meminta aksi mereka dirakamkan |
Gambar 15. Kurang berpuas hati apabila gambar kami pula dirakamkan ) : |
Gambar 16. Adnan bergambar kenangan, gambar dalam format 16:9 |
B E R S A M B U N G ...
"The world of reality has its limits; the world of imagination is boundless." - Jean-Jacques Rousseau
4 comments:
salam,
kalau berkayuh area Putrajaya jgn lupa info saya...
@Joe Radzif: Wassalam bro. Orait, insyaAllah akan dimaklumkan. Saya pun dah lama tak kesana ni...
Menarik.. dah banyak berubah bukit jugra.. saya sendiri pun dah lama tak ke sana.. ;)
@iina: hah, dah banyak berubah ke ? saya pun tak pasti, tapi dalam jangkamasa lebih kurang 10 tahun ni, rasanya camtu aje kot. mungkin dengan penambahan tempat rehat berbumbung tu aje ...
Post a Comment