Edisi pengenalan mengenai kayuhan ini boleh dibaca di sini.
Nota:
Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Pembesaran imej dapat dilakukan dengan cara klik pada setiap gambar. Koleksi gambar adalah dari saya sendiri, Ah Chong dan Muzammil. Semua hakcipta terpelihara dan sebarang penggunaan mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari pemilik.
Untuk kembara berbasikal kali ini, saya menggunakan pendekatan untuk tidak membuat rakaman perjalanan secara kebiasaan yang dilakukan iaitu menggunakan buku catatan dan juga pen, sebaliknya hanya mengharapkan khidmat pesanan ringkas (sms) yang berintegrasi dengan penggunaan akaun Facebook bersama aplikasi 'fb2mobile' oleh sebuah syarikat telko tempatan.
Disamping ingatan yang kadang-kadang tidak berapa baik ini, memori saya turut dibantu oleh gambar-gambar dari koleksi Ah Chong dan Muzammil. Kombinasi inilah saya gunakan bagi menghasilkan pengkisahan untuk perjalanan Kayuhan NJ di dalam blog ini. Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim, saya rasmikan pengkisahan ini …
16hb Nov 2011, Rabu.
Seksyen 24, Shah Alam
Hari itu adalah hari Rabu, sehari sebelum kembara berbasikal Kayuhan NJ kami bermula. Pagi itu saya habiskan dengan membeli dan melengkapkan keperluan yang diperlukan untuk kembara kali ini. Selain itu, membuat persiapan terakhir pada 'jentera kayuhan' (basikal) dan 'menguji kayuh' (bukan uji pandu tau !) untuk mengesan sebarang kerosakan sebelum ianya digunakan dalam kayuhan nanti.
Petang dan malamnya pula, saya bergelut melawan masa untuk menghabiskan artikel blog bagi menyertai sebuah pertandingan menulis "26 fakta tentang seorang kaki jalan bernama ...". Ia adalah anjuran cik Fatt, penulis blog Backpacker Busuk, sebuah blog kembara yang mula mendapat perhatian peminat aktiviti berkembara tempatan termasuk saya sendiri.
Tujuan utama saya memasuki pertandingan tersebut, dengan harapan agar peminat kembara tanahair mula menyedari kewujudan aktiviti berkembara basikal yang semakin berkembang kebelakangan ini, juga untuk menzahirkan kesedaran tentang peri pentingnya kita menjelajah negara kita, dimana terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik yang mungkin tersembunyi atau terlepas pandang.
Alhamdulillah, artikel tersebut yang saya berikan judul "26 fakta tentang seorang basikalis 'touring' bernama Azizan Zolkipli" telah pun meraih dua hadiah, iaitu kategori menjawab soalan nombor tertentu yang mana penyumbang hadiah menjadi juri memilih pemenang dan satu lagi iaitu kategori 'Reader Choice'. Artikel mengenai kemenangan itu, boleh dibaca di sini.
Selesai sahaja memuatnaik pertandingan tersebut dengan cara mengemaskinikan entry terbaru blog Ceritera Touring, satu post diadakan di status Facebook saya dengan memberikan peta laluan perjalanan disamping menyatakan hasrat untuk berkembara berbasikal. Ianya menerima reaksi yang hangat dari kenalan di laman sosial itu, lantas ada yang mendoakan keselamatan serta kejayaan disamping memberikan pelbagai saranan tempat untuk saya singgahi semasa perjalanan nanti.
Status di wall Facebook sebaik sahaja menghantar pertandingan menulis. |
Lagi ucap selamat serta saranan dari kenalan Facebook |
Selepas mematikan komputer riba (laptop lah tu !), bantuan diminta kepada rakan serumah untuk menghantar saya berserta basikal ke Kampung Baru Subang. Ia bertujuan untuk mengambil seorang lagi rakan kembara, iaitu abang Joe. Sebelum bertolak dari Shah Alam, saya menghubungi beliau untuk bertanyakan lokasi rumahnya. Beliau memberikan panduan, dan berkata akan menunggu di tepi jalan berhampiran sebuah kedai tayar.
Shah Alam ke Kampung Melayu Subang
Dari Shah Alam, selepas melalui Lebuhraya Persekutuan kami memasuki jalan Lapangan Terbang SSAAS, kemudian memasuki jalan lama yang betul-betul terletak bersebelahan pagar lapangan terbang. Di penghujung jalan tersebut, bertemulah kami dengan kedai tayar dan kelibat abang Joe. Selepas menaikkan basikal ke kenderaan, kami bertiga meninggalkan kawasan Subang menghala ke Bandar Tun Razak, rumah Ah Chong.
Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur
Kami tiba sekitar jam 0100 pagi di rumah Ah Chong. Satu panggilan terpaksa dibuat memandangkan hari telah lewat malam dan Ah Chong telah pun melelapkan matanya. Sejurus pintu dibuka, Ah Chong keluar menyambut kehadiran kami bertiga. Sebaik sahaja menurunkan basikal dari kenderaan, saya cuba untuk memasang rack pada basikal abang Joe. Tidak kelihatan eyelet pada bahagian belakang rangka basikalnya ! Mujurlah saya ada membawa rack mudah alih yang dipasang pada tiang tempat duduk (seatpost) basikalnya.
Rack mudah alih ini senang dipasang dan dibuka pada mana-mana basikal, cuma keburukannya ialah ia hanya berkapasiti untuk membawa beban sehingga sembilan kilometer sahaja. Rakan serumah kemudiannya meminta diri untuk pulang, saya kemudian menasihatkannya agar berhati-hati memandu dan berhenti di tempat yang selamat jika merasa mengantuk.
Tidak saya ingati, jam berapa kami bertiga tidur pada malam itu. Mungkin sekitar jam 0300 pagi jika tidak silap. Sebelum kami tidur, beberapa persiapan terakhir telah dilakukan. Ah Chong meminjamkan alas tidur (sleeping mat) dan beg tidur (sleeping bag) kepada abang Joe untuk dibawa. Abang Joe pula sempat membeli sebuah lampu suluh berkuasa tinggi dengan bateri 'boleh - cas semula' (rechargeable) dari Ah Chong yang boleh diletakkan pada handlebar basikal.
Ah Chong kemudian meminta diri untuk meninggalkan kami berdua kerana dia hendak masuk ke bilik menyambung tidur yang terganggu tadinya. Bagi kami berdua, juga perlukan rehat sebelum berkayuh pada paginya nanti. Sebaik lampu ditutup, beberapa minit kemudian tiada lagi perbualan antara saya dan abang Joe dan kemudian pandangan saya pun terus gelap gelita, zZzZzZ ...

B E R S A M B U N G ...
"Since there is nothing so well worth having as friends,
never lose a chance to make them." - Francesco Guicciardini
3 comments:
wahhhh semangat...:)
AndaQue: Terima kasih bro !
AndaQue: Terima kasih bro !
Post a Comment